Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2013

Separuh Abad Malaysia Menyambut Kemerdekaan Plastik

Saban tahun Malaysia menyambut Hari Merdeka, yang menjadi simbolik kepada tamatnya kolonial British terhadap tanah Melayu ini setelah hampir 500 tahun di bawah jajahan pelbagai kolonial. Cerita tentang penjajahan dan kemerdekaan ini bukanlah suatu yang mudah dan boleh diringkaskan.

Bayangkan, jikalau Malaysia yang baru berusia 56 tahun ini sudah tidak tertampung dengan pelbagai coretan pahit manisnya, bayangkan bagaimana sejarah 500 tahun dijajah dan diperhamba oleh kolonial mahu dicatatkan secara ringkas?

Maka sudah tentu tidak mungkin. Tetapi itulah malangnya Malaysia, apabila saban tahun ada sahaja pihak yang cuba mengkonklusikan sejarah kemerdekaan itu dalam bentuk yang penuh pembohongan dan plastik. Tahun ini kita bergelak ketawa dengan lawak yang cuba dipaparkan oleh Shuhaimi Baba melalui filemnya, Tanda Putera. Tahun depan bagaimana pula?

Ini belum lagi menyentuh perihal subjek Sejarah di sekolah-sekolah menengah seluruh Malaysia yang begitu berat sebelah dan menjadi alat doktr…

Keperluan Asasi Terhadap Capaian Internet

Saya mengikuti perkembangan ini dengan penuh minat berkenaan desakan-desakan beberapa pihak berkenaan keperluan asasi manusia terhadap akses internet.

Statistik secara umum menganggarkan hanya 1 per 3 manusia pada hari ini menikmati akses internet manakala selebihnya iaitu tidak kurang dari 3 bilion manusia masih belum mampu menikmati keperluan ini.

Saya melihat, kadangkala perbincangan mengenai hal ini sering menjurus ke aras perdebatan yang tidak berkesudahan mengenai keperluan manusia terhadap kesihatan dan nutrisi terlebih dahulu sebelum mula menjurus kepada isu akses internet.

Boleh jadi pandangan ini ada benarnya, dengan mendahulukan keperluan asasi iaitu makanan, tempat tinggal dan kesihatan.

Menariknya bagi mencari definisi baru kepada keperluan asasi, ada pihak berpendapat capaian atau akses internet ini sepatutnya tidak menjadi pilihan antara ia dan makanan sepertimana keperluan makanan dan kesihatan.

Rata-rata pihak yang mengangkat sudut pandang ini mula mengambil langkah p…