Saturday, July 6, 2013

Menjelajah Kota Istanbul

Jika ada peluang ke sana, jangan sesekali lepaskan. Itu sahaja yang mampu saya ungkap untuk menggambarkan betapa Istanbul tidak seperti mana-mana bandar yang pernah anda jelajahi sebelum ini. Ini antara catatan bergambar ketika berada di sana, hampir seminggu lamanya untuk program Global Power Shift anjuran 350.org.

A view from the cruise. Fascinating right?

Oleh kerana pemergian ke Istanbul itu atas tajaan mereka, makanya bolehlah merasa menaiki cruise dengan percuma. Kalau pergi sendiri, mungkin tidak mampu. Mungkin. Di atas kapal itu sempat berkenalan dengan seorang budak Libya hibrid (sebenarnya dia separuh Libya, separuh Malaysia), kerana lahir di Malaysia tetapi permohonan ayahnya untuk menjadikan dia sebagai warganegara tidak diluluskan. Sayang betul!

Gambar diatas itu adalah pesisir Selat Bosphorus. Cantik bukan?

With a half-Libyan, half-Malaysian friend.

Inilah dia, Abdul Benghazi, budak Libya hibrid.

The landmark of Istanbul. Blue Mosque. BLAWG!

The decoration of Blue Mosque.

Tentang Masjid Biru di Kota Istanbul, rasanya semua maklum akan kisah lagendanya. Sempat bersolat di sini sambil menikmati aiskrim dan gula-gula manisan Turki. Dan bersebelahan dengannya, adalah Hagia Sophia. Bangunan yang kini menjadi muzium. Berasal sebagai sebuah gereja Roman Timur, kemudiannya bertukar menjadi masjid saat Al-Fateh menawan Byzantine.

Hari ini, sudah menjadi muzium dan masih mengekalkan warisan seni bina dari kedua-dua tamadun besar itu.

From the outside of Hagia Sophia. Another breakthrough scenery!

Inside Hagia Sophia, Jesus in between ALLAH and Muhammad PBUH calligraphy.

Hagia Sophia

Gambar diatas, merupakan gambar yang paling saya gemari. Gambar lampu chandellier di tengah-tengah dewan utama Hagia Sophia. Dibawah, adalah gambar ketika menyertai protes Anti-Coal yang dianjurkan oleh Greenpeace. Bertuah kerana dapat memegang sepanduk di barisan paling hadapan.

Join Anti-Coal Protest organized by Greenpeace. Another world is possible! #DirenGezegen

Soal makanan, Istanbul tidak pernah kalah. Kebab kambing dihidangkan bersama teh Turki? Apa lagi kami mahu wahai manusia?

The kebab. Delicious, no more question.

Turkey tea, a compulsory!

Oleh kerana ketika itu sekitar Julai, Istanbul sedang hangat dengan protes besar-besaran di Taksim Gazi Park. Sempatlah juga menyibukkan diri bersama para demostran.

In the middle of riot.

Mustapha Kamal erect at the square.

Akhirnya, di Istanbul jua, kali pertama belajar menikmati hookah atau kita popular dengan panggilan shisha.

Shit I’m not virgin anymore!

Sebenarnya, banyak lagi gambar sepanjang seminggu disana, cuma untuk tatapan pembaca, cukupla beberapa gambar yang boleh bercerita, betapa kota Uthmaniyyah ini kaya dengan pelbagai warisan sejarah. Moga kita ketemu lagi di lain masa, Istanbul!