Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2013

Terima Kasih Ya ALLAH

ALLAH, Tiada Tuhan Melainkan Engkau!

Terima kasih atas nikmat Ramadan yang Engkau sampaikan kepadaku dan sekalian umat Islam serata dunia. Benarlah sabda kekasih-Mu, tiada yang lebih beruntung selain senantiasa diberkahi dengan nikmat Islam dan Iman.

Untuk sekian kalinya. kita dipanjangkan umur untuk bertamu dengan Ramadan. Biarkan Ramadan berbicara, usah kita bazirkan peluang ini untuk memperbaiki diri, merenung kembali setahun yang berlalu selepas Ramadan 1432H – menghitung diri yang tidak terkira silap dan mungkarnya.

Ini kerja yang tiada kesudahannya. Ianya akan berulang saban tahun. Cuma tinggal diri kita sahaja untuk menjadi bijak dengan Ramadan. Ramai teman mengungkapkan, Ramadan ini sama sahaja saban tahun kerana yang membezakan antara hari ini dengan Ramadan setahun yang lepas ialah natijahnya kepada diri kita selaku hamba Tuhan.

Dulu, saya pernah menulis sepatutnya Ramadan menjadikan saya yang bernilai 2 mampu menjadikan nilai itu bertambah kepada 3 atau seterusnya. Namun h…

Menjelajah Kota Istanbul

Jika ada peluang ke sana, jangan sesekali lepaskan. Itu sahaja yang mampu saya ungkap untuk menggambarkan betapa Istanbul tidak seperti mana-mana bandar yang pernah anda jelajahi sebelum ini. Ini antara catatan bergambar ketika berada di sana, hampir seminggu lamanya untuk program Global Power Shift anjuran 350.org.


Oleh kerana pemergian ke Istanbul itu atas tajaan mereka, makanya bolehlah merasa menaiki cruise dengan percuma. Kalau pergi sendiri, mungkin tidak mampu. Mungkin. Di atas kapal itu sempat berkenalan dengan seorang budak Libya hibrid (sebenarnya dia separuh Libya, separuh Malaysia), kerana lahir di Malaysia tetapi permohonan ayahnya untuk menjadikan dia sebagai warganegara tidak diluluskan. Sayang betul!

Gambar diatas itu adalah pesisir Selat Bosphorus. Cantik bukan?


Inilah dia, Abdul Benghazi, budak Libya hibrid.



Tentang Masjid Biru di Kota Istanbul, rasanya semua maklum akan kisah lagendanya. Sempat bersolat di sini sambil menikmati aiskrim dan gula-gula manisan Turki.…