Thursday, May 2, 2013

Tidak Malukah Najib Dengan Mandat Penuh Dari Bangla?

Hal ini sangat menghairankan. Tidak malukah Najib dan BN mengharapkan mereka memenangi PRU-13 ini dengan mandat penuh dari pekerja Bangla dan Indon?

Bukti terpampang di depan mata. Rasanya sudah ratusan malah mungkin mencecah ribuan laporan polis sudah dibuat tetapi semua tahu SPR itu saling tak tumpah umpama sayap kanan utama kepada BN. Itu belum dikira dengan isu dakwat kekal kuasa lagi!

Kalau benar sekalipun inginkan kuasa selepas PRU-13, janganlah memalukan diri sendiri dan menjatuhkan maruah!

Ini bukan sahaja melibatkan diri Najib tetapi maruah, kedaulatan dan identiti Malaysia!

Di mana maruah anda wahai Najib sehingga sanggup menggunakan strategi yang begitu menjijikkan ini?

Alangkah tidak malunya Najib dan BN terus menerus menipu rakyat kononya mendapat sokongan penuh padahal hanya Bnagla dan Indon sahaja sudi memberi sokongan padu, itupun hanya kerana ditawarkan IC!

Jika ada istilah lain selain penderhaka, maka inilah penderhaka-penderhaka utama dan pengkhianat besar kepada Malaysia.

Isu Najib tidak ada maruah menggunakan pengundi Bangla dan Indon ini satu hal, yang lagi parah ada pihak terutamanya “sepakat” dan puak-puak rausyanfikir tidak pula mempersoalkan tentang perkara ini.

Mereka cuma tahu isu Kristianisasi dan perkauman siang dan malam. Konspirasi tidak ada penghujungnya. Perkara utama dibuat tidak nampak, yang sering dihujahkan adalah hal-hal yang lansung tiada asas!

Bayangkan, Zul Nordin dengan over confident boleh mengatakan dia adalah ahli parlimen Shah Alam selepas 5 Mei walau apapun yang terjadi. Di mana dia ini mendapat motivasi sehinggakan begitu yakin mengalahkan Tuhan?

Saya berharap dan berdoa dia masih merasa malu jika memenangi kerusi Shah Alam dengan mandat penuh dari mat Bangla dan Indon!

Musim pilihanraya ini cukup tipikal dengan segolongan manusia yang masih DANGKAL dengan realiti semasa. Saya kira hanya dengan perubahan kali ini sahajalah mampu membuka mata mereka dan memaksa mereka celik dengan isu sebenar.

Inilah masanya untuk UBAH!

Ini kalilah!