Skip to main content

Mohon Hassan Ali Dilantik Sebagai MB Selangor

Sebenarnya saya terharu dengan keprihatinan Hassan Ali terhadap PAS dengan menggesa parti tersebut diberi peluang oleh Pakatan Rakyat untuk melantik Menteri Besar Selangor dalam kalangan ADUN PAS.

Apa tidaknya, selama ini Hassan Ali sudah hampir setahun lamanya berkempen bahawa PAS itu sebuah parti yang rosak dan seleweng pejuangannnya tetiba hari ini dia dengan penuh rasa bertanggungjawab menasihatkan Pakatan sebegitu.

Selepas menghujani PAS dengan pelbagai gelaran dan kecaman, saya mengagak Hassan Ali akan tetap berprinsip bahawa PAS tidak boleh menjadi pemimpin utama mana-mana negeri. Hari ini dia melakukan U-Turn?

Kembali yakin kepada perjuangan PAS kah?

Atau punya sebarang impian tersembunyi?

Saya agak, beliau masih belum dapat melupakan kempunan untuk menjadi MB Selangor penggal yang lepas. Itulah, JATI sepatutnya menjadi seberani ISMA dengan menghantar calon muslim berwibawa dan sudah tentu Hassan Ali terlebih wibawa untuk mencalonkan diri sendiri.

Kasihan juga pada Hassan Ali, segala usahanya tidak berjaya menarik perhatian Najib berbanding rakan sejiwanya, Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin walaupun mereka berdua telah dikalahkan dengan teruk oleh rakyat!

Mungkin mengingatkan bahawa dia dulu pernah bercita-cita menjadi MB Selangor tetapi tidak kesampaian, saya mencadangkan agar Selangor sudi memberi peluang kepada Hassan Ali merasai bagaimana menjadi MB Selangor untuk sehari. Bak kata orang, apa salahnya?

Mungkin dengan cara itu dia akan berhenti merapu tidak tentu arah. Sekurangnya sudah dipenuhi hajat lamanya yang dipendam.

#ApaLagiCinaMahu

Comments

Popular posts from this blog

Pengajaran Dari Sebuah Komik

Sejak kecil lagi, saya telah didedahkan dengan berbagai jenis komik bacaan ringan seperti Doraemon , Dewata Raya, Utopia, Naruto dan sebagainya. Namun ternyata saya lebih berminat untuk “mendalami” komik-komik Kung Fu karya penulis China seperti Tony Wong melalui karyanya Jejak Wira. Seperti biasa, kepulangan saya kali ini ke kampung halaman dalam misi menghabiskan beberapa buah Jejak Wira yang dibeli oleh abang semasa ketiadaan saya di rumah.

Ternyata plot ceritanya meskipun panjang dan tak pasti bila penghabisannya namun ia tetap tidak membosankan. Menjadi semakin menarik dan sukar bilamana ia melibatkan pergolakan politik dunia yang terang-terang menyebelahi siapa yang kuat dia yang menang.

Setelah “menelaah” kesemua komik muktabar ini saya seakan terpanggil untuk mengulas karya Tony Wong iaitu Jejak Wira yang mana saya kira ianya amat dekat dengan apa yang berlaku kini di dunia realiti.


Bagaimana para penguasa negara sanggup membutakan hati dan mata demi kepentingan nafsu mereka…

Homosexuals and The Idea of Abnormality

Once ago, my friend and me have a little chat about stuff—if not mistaken, we gossiping a hot Math teacher from Italy, and from where it began, we start talking about gay and LGBT.

The pinnacle of it was when my friend proudly declares the gay people is abnormal.

I just sit still, silent and stunned.

I should start somewhere. Here it is, for myself, to be abnormal is to be true to oneself. And it is a kind of freedom that I longingly seek and understand, that is to be true to yourself, to who you are.

It is a freedom to be able to against the flow. It is a freedom when we do not favor the external to validate ourselves. To do this, first, we have to be abnormal, in the eye of the many.

Anyway, I don’t mean to philosophize anything here. It is just a version of abnormality that I always think and perceived before, and luckily (no pun intended), that day comes when my friend bluntly declare homosexuality is abnormal.

And, I have to revisit my thought on abnormality.

I am OK with her…

Tentang Si Genius Adi Putra

Ini coretan ringkas awal Mac 2015, beberapa hari lagi sebelum kita akan tiba pada hari yang menandakan setahun hilangnya MH370 tidak ketemu. Coretan ini tentang Adi Putra, si genius cilik yang dulunya begitu popular, semua media mahu mendapatkan cerita tentangnya.

Kini, di mana Adi Putra? Kita bertanyakan soalan begitu kerana kerisauan kita adalah kisah Adi Putra ini akan menjadi senasib generasi genius Malaysia lain-lainnya. Tentulah kita berharap ianya tidak berlaku demikian.

Hari ini mStar kembali dengan cerita tentang si Adi Putra ini. Saya antara peminat beliau. Saya kepingin mahu bertemu dan berbual dengan Adi Putra. Saya mahu berkawan dengan beliau – dan belajar dengannya. Tapi, Adi di mana?

Jika membuat carian di Google, yang berderet keluar di halaman utama adalah kisah tentang Adi Putra, si pelakon layar teater. Untuk apa ambil tahu tentang si pelakon itu. Bukanlah mendapat apa-apa manfaat pun pada perkembangan akal dan ilmu pengetahuan. Entahlah.

Cerita mStar membuka episo…