Skip to main content

4 Tahun Bersama PEMATRA

Alhamdulillah, untuk sekian kalinya Tuhan memberi peluang untuk bernafas di bumi ini. Artikel ini ditulis, setelah saya sudah tidak lagi bergelar PEMATRA secara rasmi setelah 4 tahun tempoh bersusah dan senang dengan persatuan mahasiswa ini.

Mungkin sebelum pergi lebih jauh, seeloknya saya bercerita dan berkongsi hidup saya bersama PEMATRA selama tempoh tersebut. Saya bermula di PEMATRA selaku Exco Kerohanian, dilantik ketika penghujung Tahun Pertama pengajian di UKM. Tidak, itu tidak benar. Saya bermula sebagai ahli sehingga dilantik sebagai exco di penghujung semester.

Selama sesi pertama bertugas sebagai Exco Kerohanian, saya banyak belajar dari senior PEMATRA dan alumni. Mereka hebat, moga rahmat ALLAH kepada mereka semua. Selama menjadi exco, juga menjadi ketua pengarah kepada bebrapa buah program pada sesi tersebut telah membuka ruang yang luas untuk saya belajar mengenali PEMATRA. Ternyata PEMATRA bukan sekadar kelab, ianya persatuan mahasiswa.

Tuhan terus membuka peluang kepada saya dengan diberi amanah untuk memegang posisi Naib Yang Dipertua I untuk sesi 2011/2012. Saya menjadi orang nombor 2 PEMATRA ketika penghujung Tahun Kedua pengajian. Tugas saya mudah, saya adalah pembantu kepada Fakhrie selaku YDP ketika itu.

Menjadi NYDP menjadikan saya semakin mencintai PEMATRA. Saya menetapkan cita-cita saya tersendiri untuk PEMATRA. Ketika itu, saya telah diberi kebebasan oleh Fakhrie untuk membentuk PEMATRA, sesuai dengan jiwanya selaku persatuan mahasiswa.

Mungkin lagi enak jika saya menyebut nama beberapa individu yang begitu mendokong usaha dan cita-cita ini. Terima kasih Rosilina, Nurfatihah Adnan, Rashdan, Syazwan, Khoiri, Roslina, Nor Zawani, rakan-rakan Tahun 2 ketika itu – yang saya tidak mampu menyebut nama mereka satu persatu.

Kami melaksanakan agenda kami, bermula dengan Karnival Teknologi Kejuruteraan atau lebih popular dalam kalangan kami dengan panggilan EngTEC. Kami belajar membuat unjuran matlamat dalam beberapa jangka masa.

Mungkin ianya berjaya, dan mungkin tidak brgantung kepada persepsi dan penilaian masing-masing. Kami juga memulakan beberapa kerjasama denga pihak luar, terutamanya NGO dan badan-badan kebajikan.

Kami punya target yang besar di masa hadapan, kerana kami yakin prospek PEMATRA bukan sekadar kelab biasa tetapi sebagai sebuah persatuan mahasiswa. Kami membawa gagasan dan semangat kesatuan pelajar, atau mungkin rakan-rakan luar negara lebih popular dengan terma student union. Kami sebahagian itu, kerana kami yakin jiwa PEMATRA adalah student union.

Akhir sesi selaku NYDP I, ALLAH memberi ruang kepada saya untuk bergerak selaku Yang Dipertua PEMATRA sesi 2012/13.

Ini tanggungjawab besar. Perkara paling bertuah saya kira ketika saya dilantik memegang jawatan tertinggi persatuan ini ialah, saya mendapat Mukhsen Abdul Kadir selaku NYDP I, menemani saya dan membantu saya segenap segi.

Beliau tidak pernah berhenti menyokong setiap cita-cita dan usaha yang saya cuba terapkan dalam PEMATRA sepanjang saya menjadi YDP. Untungnya PEMATRA, jika saya tetiba berundur atau tiada – sudah tentu Mukhsen berupaya untuk memimpin PEMATRA dengan lebih baik tanpa ragu.

Saya menulis idea dan corak pembawakan saya dalam artikel ini, Memacu PEMATRA Yang Berjiwa Demokrat dan Merdeka. Apa yang saya lakukan sepanjang sesi 2012/13, artikel tersebut menerangkan segalanya.

Saya mengambil ruang dalam artikel ini untuk mengucapkan terima kasih dan momohon ribuan kemaafan terutama kepada seluruh rakan-rakan Exco saya yang telah bersama saya selama satu sesi. Pelbagai certa kita telah coretkan.

Pelbagai ragam kita rakamkan bersama. Mungkin ada antaranya membuatkan kita tersenyum lebar, namun saya tidak menolak ada juga antaranya mampu membuatkan kita menangis dan mengetap bibir menahan marah.

Saya tidak nafikan sesi saya begitu banyak kelemahan PEMATRA. Kami berusaha untuk menampung kelemahan yang ada, berusaha sedaya mungkin mencapai setiap objektif yang digariskan bersama, membanting sekeras mungkin memenuhi cita-cita yang diimpikan.

Saya tiada hak menyebut kejayaan PEMATRA, kerana itu bagi saya tidak penting berbanding saya menulis kelemahan PEMATRA yang boleh diberi perhatian untuk kepimpinan akan datang. Beri perhatian seterusnya mencari jalan untuk memperbaikinya.

Ya, silap. Bukan kelemahan tetapi peluang yang wujud untuk kita terus berfikir dan bekerja untuk menyelesaikannya!

Izinkan saya berkongsi sedikit pandangan mengenai PEMATRA secara jujur,

  1. PEMATRA masih belum mampu menghapuskan persepsi bahawa kesatuan ini hanya untuk orang Melayu. Tidak dinafikan majoriti pelajar FKAB adalah Melayu, tetapi saya tidak merasakan bahawa kesatuan ini perlu mengikut ras sebegitu. Saya adalah Malaysian, maka saya tersangat berimpian PEMATRA mampu menjadi pusat integrasi yang baik. Saya gagal untuk melaksanakan pada sesi saya. Kami sudah berusaha, tetapi masih belum diberi jalan penyelesaian. Saya berharap, dan ini benar-benar bukan pengharapan yang palsu bahawa ingin sekali saya lihat PEMATRA menjadi dokongan semua mahassiwa tanpa sekelumit persepsi bersentimenkan ras ini.
  2. PEMATRA perlu lebih menekankan aspek kebajikan selaku teras utama yang menggerakkan kesatuan ini. Tanpa tonggak kebajikan, apa lagi yang tinggal pada PEMATRA?
  3. PEMATRA juga masih belum berupaya menjadi jambatan antara alumni dan fakulti secara berkesan dan meninggalkan impak yang berkualiti. Ini cita-cita peribadi saya, yang dikongsi bersama ramai rakan-rakan exco untuk melihat PEMATRA bejaya menyusun strategi mewujudkan liga alumni yang bersedia menyalurkan khidmat ilmu dan pengalaman mereka kepada fakulti secara sukarela. Sebagai gambarannya, kami bercita-cita memulakan langkah untuk mewujudkan satu kursus (course) di mana barisan pengajarnya adalah alumni FKAB. Ramai antaranya begitu hebat pencapaian mereka sekarang, bayangkan betapa bertuahnya adik-adik junior jika PEMATRA mampu merealisasikan cita-cita ini. Saya sendiri yang akan menjadi bakal alumni FKAB tidak lama lagi, akan menyahut seruan ini tanpa ragu!
  4. PEMATRA perlu berusaha menjadi initiator kepada usaha menyuburkan semangat kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa. Saya menyebut hal ini sebagai usaha ke arah FKAB memulakan kempen social engineering pada setiap sudut dan elemen yang wujud di fakulti. Persoalan utamanya ialah, bagaimana PEMATRA dan FKAB memberi manfaat kepada masyarakat luar sebagai kapasiti mereka selaku sekolah kejuruteraan dan kesatuan mahasiswa kejuruteraan?

Sebenarnya ini bukan masalah, tetapi peluang kepada PEMATRA untuk menjadi semakin berkesan dan benar-benar memberi impak kepada persekitaran. Ketika sesi saya, mungkin 2-3 perkara diatas sudah cuba dilaksanakan tetapi masih gagal. Jadi PEMATRA sesi ini sepatutnya berusaha mencapai dan menyelesaikan permasalahan ini.

Saya menamatkan kisah dengan PEMATRA selaku Yang Dipertua. Begitu banyak lompang dan kekurangan yang ada, jika mahu disenarai satu persatu mungkin mampu dijilidkan sebagai novel.

Tidak mengapa, saya percaya zaman universiti adalah tempak untuk melakukan kesalahan tanpa perlu merasa risau. Kerana ini tempat kita belajar. Jika bukan di universiti, dan bukan sekarang masanya maka bila lagi?

4 tahun bersama kesatuan ini cukup bermakna. Umpama kata Prof Kamal dalam ucapan perasmian AGM PEMATRA semalam, usaha kita pada waktu sekarang akan dapat dilihat hasilnya dalam beberapa jangka masa yang akan datang.

Selama 4 tahun ini, secara peribadinya saya cuba membawa idea saya tersendiri dan mengajak rakan-rakan bersama menyokong idea tersebut. Ada yang berjaya, dan tidak kurang juga yang tidak berjaya.

ALLAH, sesungguhnya percaturan dan ketentuan Engkau itu yang Maha Sempurna!

Moga segala usaha dan penat lelah PEMATRA berbakti kepada fakulti, mahasiswa FKAB, universiti, masyarakat dan alam sekitar mendapat ganjaran setimpalnya oleh ALLAH SWT.

The work end, the bond never.

Ahmad Tajuddin Abdullah,
Mantan Presiden PEMATRA 2012/13

Comments

Popular posts from this blog

Laila dan Majnun

Telah sampai cherita bahwa pada suatu hari Sultan Mahmud Ghaznawi menitahkan pesuruh2nya supaya membawa Laila menghadapnya agar dapat ditanyai peri kisah kekasihnya Majnun.

Apabila tiba Laila dihadapannya Baginda bertanya: "Wahai Laila, kau yang kechantikanmu mashhur seluruh alam; yang kasih sayangmu menjadi sumber segala puisi!—aku ingin menatap wajah Majnun, ingin tahu sifat rupa yang kau chintai dengan teguh dan jujur itu."

Maka Laila menjawab seraya menangis mengenangkan Majnun bahwa kekasihnya telah hilang tiada yang tahu kemana.

Mendengar ini Baginda menitahkan kepada pesuruh untuk menchari Majnun hingga dapat supaya dibawa dihadapannya. Pesuruh menchari dikota, dikampung, didusun hingga akhirnya diperpinggiran batasan negeri dan luasan padang pasir. Disitu beliau mendapat khabar bahwa ada seorang yang berdiam sebatang-kara dipadang pasir merayau merana senantiasa menzikirkan nama Laila bagai orang sudah gila.

Orang itu dibawa kehadapan Baginda Sultan yang, sambil terk…

Pengajaran Dari Sebuah Komik

Sejak kecil lagi, saya telah didedahkan dengan berbagai jenis komik bacaan ringan seperti Doraemon , Dewata Raya, Utopia, Naruto dan sebagainya. Namun ternyata saya lebih berminat untuk “mendalami” komik-komik Kung Fu karya penulis China seperti Tony Wong melalui karyanya Jejak Wira. Seperti biasa, kepulangan saya kali ini ke kampung halaman dalam misi menghabiskan beberapa buah Jejak Wira yang dibeli oleh abang semasa ketiadaan saya di rumah.

Ternyata plot ceritanya meskipun panjang dan tak pasti bila penghabisannya namun ia tetap tidak membosankan. Menjadi semakin menarik dan sukar bilamana ia melibatkan pergolakan politik dunia yang terang-terang menyebelahi siapa yang kuat dia yang menang.

Setelah “menelaah” kesemua komik muktabar ini saya seakan terpanggil untuk mengulas karya Tony Wong iaitu Jejak Wira yang mana saya kira ianya amat dekat dengan apa yang berlaku kini di dunia realiti.


Bagaimana para penguasa negara sanggup membutakan hati dan mata demi kepentingan nafsu mereka…

Homosexuals and The Idea of Abnormality

Once ago, my friend and me have a little chat about stuff—if not mistaken, we gossiping a hot Math teacher from Italy, and from where it began, we start talking about gay and LGBT.

The pinnacle of it was when my friend proudly declares the gay people is abnormal.

I just sit still, silent and stunned.

I should start somewhere. Here it is, for myself, to be abnormal is to be true to oneself. And it is a kind of freedom that I longingly seek and understand, that is to be true to yourself, to who you are.

It is a freedom to be able to against the flow. It is a freedom when we do not favor the external to validate ourselves. To do this, first, we have to be abnormal, in the eye of the many.

Anyway, I don’t mean to philosophize anything here. It is just a version of abnormality that I always think and perceived before, and luckily (no pun intended), that day comes when my friend bluntly declare homosexuality is abnormal.

And, I have to revisit my thought on abnormality.

I am OK with her…