Sunday, April 28, 2013

Undilah Barisan Nasional

Dalam kerancakan PRU-13 ini, perkara yang menjadi kebimbangan dan juga sekali sekala menjadi penghibur adalah apabila mengingatkan gelagat Barisan Nasional yang bercita-cita untuk meneruskan kuasa mereka dengan bantuan rakyat Bangladesh, Nepal, Myanmar dan Indonesia.

Hari ini saya terbaca berita di Kuala Terengganu pihak BN menggunakan pekerja Bangladesh untuk mengedarkan risalah kempen mereka kepada orang ramai. Persoalan di sini, dimana ahli UMNO seramai 3 juta itu?

Apakah maksud semua ini, saya pun tidak mengerti. Kekadang lawak juga apabila mengingatkan cerita seorang rakan yang membantu jentera Pakatan di Bangi. Mereka kekadang confuse untuk membezakan rakyat Myanmar dan Malaysia bagi mengedarkan risalah kempen. Maklumlah kita serumpun, maka mirip wajah juga tidak banyak perbezaaan.

Dari satu sudut terasa lawak dengan cerita ini, seolah kita di Malaysia begitu nicely integrated. Namun bila menilai sedalam-dalamnya, sudah tentu kita akan menarik nafas yang dalam menahan kebimbangan.

Bayangkan apabila kuasa yang menentukan siapa pemerintah negara ini bukan lagi rakyat sendiri tetapi warga asing yang datang bekerja di tanah air ini dan diberikan privilege oleh pengkhianat negara untuk mendapat hak mengundi scara haram.

Antara ucapan menarik Saudara Zamri, bakal YB Parlimen Titiwangsa ialah rakyat Malaysia sila beri secukup rasa kepada mana-mana warga asing yang cuba membuang undi pada 5 Mei ini. Mereka tiada hak lansung untuk terlibat dalam proses pengundian nanti.

Ajar mereka secukupnya, kemudian selepas diisytiharkan kemenangan, kita akan ajar secukupnya pula pengkhianat negara yang memberi IC kepada pendatang asing ini.

Saya bukan bersifat racist dengan mana-mana pihak tetapi kebencian ini lahir setelah menyaksikan kegiatan yang memualkan pengkhianat negara secara terang-terangan menghina maruah rakyat Malaysia dengan menjadikan warga asing sebagai jambatan penyelamat kuasa mereka.

Ayah saudara kepada rakan saya, Khoiri secara berseloroh ketika melalui pondok pengawal keselamatan kawasan perumahannya menyebut, “Malaysia ini telah dijaga dengan selamatnya oleh orang Bangladesh….”.

Saya sempat melihat di poket seragamnya terdapat button yang tertulis “Undilah Barisan Nasional” sambil saya melemparkan senyuman kepada pengundi baru itu. Apa maksud semua ini?

Hanya kalian sahaja yang bijak menilainya. Ini kalilah!