Skip to main content

Tiada Beza Norman KRU dan Muhyiddin Yassin

Tindakan Norman KRU dan artis-artis lain mencelah dalam arus politik menjelang PRU-13 ini wajar dipuji. Sekurangnya kita nampak partisipasi dan ketercaknaan mereka juga dalam sepak terajang politik sekarang. Percubaan Noman itu bagus, idea nya ada tetapi agak bodoh apabila kenyataan beliau jelas menunjukkan belau sendiri gagal dalam berfikir dan menilai secara berasas.

Kenyataan penuh prejudis itu dapat dielakkan jika beliau rajin sedikit membuat homework berkenaan PAS dan Pakatan. Bukannya tiada sumber maklumat untuk dibandingkan di dalam internet bagi membuat kenyataan ringkas dalam Twitter yang tidak lebih 140 abjad itu.

Timbul persoalan, dari sumber mana yang beliau katakan bahawa PAS akan menghancurkan industri seni di Malaysia?

Atau beliau sendiri sebelum ini pernah menjadi mangsa kekejaman PAS dan Pakatan apabila berurusan di negeri-negeri kerajaan Pakatan dalam hal kesenian?

Jika ada elok beliau kemukakan bukti tersebut yang betul-betul menunjukkan bahawa PAS bakal menjadi penghancur industri seni negara ini. Jika tidak, Norman KRU ini tidak ubah seperti budak-budak baru nak belajar politik. Semalam saya ada membaca luahan 2-3 orang rakyat Malaysia di laman Twitter dan mereka semua ini adalah pelajar sekolah menengah di sekitar Kuala Lumpur.

Semuanya membuat status mirip Norman KRU antaranya tidak akan memberi undi kepada PAS selama-lamanya kerana parti itu akan mengharamkan acara tari menari dan parti jika berpeluang untuk mengundi kelak. Saya membaca status sebegini sambil tergelak.

Dari satu sudut saya memuji langkah mereka untuk cakna dengan politik negara, bermakna mereka tahu politik itu akan mengambil ruang yang besar dalam kehidupan mereka dan akan mempengaruhi segenap polisi negara selama ini. Bagus cuma mreka perlu mengkaji dan berfikir sedikit supaya dapat membuat pertimbangan yang adil dan tidak prejudis sepertimana Norman KRU.

Ada yang berkata bahawa, biarkanlah Norman KRU menulis sebegitu kerana kita negara demokrasi. Beliau bebas untuk mengeluarkan kenyataan sebegitu dan kalian tiada hak untuk menafikan kata-kata beliau. Benar, memang negara kita menjamin kebebasan bersuara tetapi yang menentukan samada kita bijak atau tidak ialah cara dan strategi untuk bersuara. Jika tidak anda kelihatan tidak ubah seperti BBNU!

Ada orang cakap, jika bodoh jangan nampakkan kebodohan itu kepada orang lain. Saya tidak mahu troll kenyataan Norman KRU cuma sedikit terkilan apabila beliau sengaja membuat kenyataan yang prejudis sedangkan jika benar beliau mahu menunjukkan sokongan kepada BN – dan ini tidak pernah salah dari sudut perlembagaan – buatlah suatu yang bijak sedikit dari itu.

Saya yakin orang tidak marah kerana dia menyokong BN tetapi orang ramai marah pada kenyataan beliau yang begitu menampakkan kebodohan dirinya itu.

Kenapa saya katakan Norman KRU dan Muhyiddin Yassin ini tiada beza antara mereka?

Masihkan kalian ingat siapakah orang kuat UMNO yang mula-mula membuat kenyataan bahawa Pakatan akan mencetuskan kekacauan dan pergolakan jika keputusan PRU-13 nanti tidak memihak kepada mereka? Perbetulkan jika saya salah, Tan Sri inilah yang memandai membuat kenyataan sebegitu.

Muhyiddin, PAS dan DAP terutamanya sudah 12 kali tewas dalam pilihanraya sejak merdeka. Pernah wujudkan dalam mana-mana simpanan rekod PDRM yang menunjukkan rusuhan telah dicetuskan oleh kedua parti ini setelah diumumkan kekalahan oleh SPR?

Kenyataan ini bukan lagi disifatkan prejudis tetapi bodoh yang berguni-guni. Lagi sedih apabila mengingatkan tuan badan yang mengeluarkan kenyataan itu merupakan orang nombor 2 di Malaysia. Alangkah jauhnya beza jika nak dibuat perbandingan ranking kebijaksanaan antara semua Timbalan Perdana Menteri atau Timbalan Presiden seluruh dunia, agaknya di manakah kedudukan Muhyiddin?

Kalau ada pihak yang cuba mengaitkan Tragedi 13 Mei itu sebagai contoh kepada kenyataan Muhyiddin, sila bagi penampar 44 kali sebelum menjawab persoalan mereka.

Tuntasnya di sini, bersuara itu tidak salah. Menyatakan pendirian untuk menyokong parti mana pun lansung tidak salah. Tetapi buatlah dalam keadaan bijak dan penuh hikmah. Saya yakin orang tidak marah anda sokong siapa tetapi orang akan marah jika anda cuba memperbodohkan diri sendiri.

Sekarang siapa susah, kerana sudah tentu saya yakin akibat kenyataan bodoh ini maka KRU sudah tentu tidak akan berani mengumumkan sebarang siaran atau pengiklanan filem terbaru mereka pada masa yang terdekat.

Saya yakin hal sebegini boleh diubah jika rakyat diberi peluang untuk memahami konteks politik dengan cara yang betul. Mudahnya ialah kita perlukan sistem pendidikan politik yang mematangkan rakyat bermula sejak kecil lagi. Oleh itu besar harapan saya agar manifsto Pakata untuk mengkaji sistem pendidikan negara tidak akan melupai aspek penting ini.

Jika anda mahu hasrat dan cita-cita ini terlaksana, ini kali lah!

Comments

Popular posts from this blog

Laila dan Majnun

Telah sampai cherita bahwa pada suatu hari Sultan Mahmud Ghaznawi menitahkan pesuruh2nya supaya membawa Laila menghadapnya agar dapat ditanyai peri kisah kekasihnya Majnun.

Apabila tiba Laila dihadapannya Baginda bertanya: "Wahai Laila, kau yang kechantikanmu mashhur seluruh alam; yang kasih sayangmu menjadi sumber segala puisi!—aku ingin menatap wajah Majnun, ingin tahu sifat rupa yang kau chintai dengan teguh dan jujur itu."

Maka Laila menjawab seraya menangis mengenangkan Majnun bahwa kekasihnya telah hilang tiada yang tahu kemana.

Mendengar ini Baginda menitahkan kepada pesuruh untuk menchari Majnun hingga dapat supaya dibawa dihadapannya. Pesuruh menchari dikota, dikampung, didusun hingga akhirnya diperpinggiran batasan negeri dan luasan padang pasir. Disitu beliau mendapat khabar bahwa ada seorang yang berdiam sebatang-kara dipadang pasir merayau merana senantiasa menzikirkan nama Laila bagai orang sudah gila.

Orang itu dibawa kehadapan Baginda Sultan yang, sambil terk…

Pengajaran Dari Sebuah Komik

Sejak kecil lagi, saya telah didedahkan dengan berbagai jenis komik bacaan ringan seperti Doraemon , Dewata Raya, Utopia, Naruto dan sebagainya. Namun ternyata saya lebih berminat untuk “mendalami” komik-komik Kung Fu karya penulis China seperti Tony Wong melalui karyanya Jejak Wira. Seperti biasa, kepulangan saya kali ini ke kampung halaman dalam misi menghabiskan beberapa buah Jejak Wira yang dibeli oleh abang semasa ketiadaan saya di rumah.

Ternyata plot ceritanya meskipun panjang dan tak pasti bila penghabisannya namun ia tetap tidak membosankan. Menjadi semakin menarik dan sukar bilamana ia melibatkan pergolakan politik dunia yang terang-terang menyebelahi siapa yang kuat dia yang menang.

Setelah “menelaah” kesemua komik muktabar ini saya seakan terpanggil untuk mengulas karya Tony Wong iaitu Jejak Wira yang mana saya kira ianya amat dekat dengan apa yang berlaku kini di dunia realiti.


Bagaimana para penguasa negara sanggup membutakan hati dan mata demi kepentingan nafsu mereka…

Homosexuals and The Idea of Abnormality

Once ago, my friend and me have a little chat about stuff—if not mistaken, we gossiping a hot Math teacher from Italy, and from where it began, we start talking about gay and LGBT.

The pinnacle of it was when my friend proudly declares the gay people is abnormal.

I just sit still, silent and stunned.

I should start somewhere. Here it is, for myself, to be abnormal is to be true to oneself. And it is a kind of freedom that I longingly seek and understand, that is to be true to yourself, to who you are.

It is a freedom to be able to against the flow. It is a freedom when we do not favor the external to validate ourselves. To do this, first, we have to be abnormal, in the eye of the many.

Anyway, I don’t mean to philosophize anything here. It is just a version of abnormality that I always think and perceived before, and luckily (no pun intended), that day comes when my friend bluntly declare homosexuality is abnormal.

And, I have to revisit my thought on abnormality.

I am OK with her…