Skip to main content

Saya Memilih Saifuddin Abdullah Bagi Parlimen Temerloh

Saya menulis artikel ini bukan kerana saya pengundi di Parlimen Temerloh tetapi tarikan kedua-dua calon yang ditawarkan oleh kedua parti yang bertanding menjadikan saya yakin Parlimen Temerloh menjanjikan pening kepala kepada golongan anak muda terutama dalam kalangan mahasiswa untuk memilih calon yang tepat untuk mewakili suara mereka di peringkat Parlimen. Tajut artikel seolah sudah memberi jawapan kepada persoalan yang bakal timbul dari tulisan ini.

Jujurnya, saya tidak pasti kenapa PAS mempertaruhkan kerusi Parlimen Temerloh itu kepada Nasrudin sedangkan masih berlambak kerusi lain yang boleh dikira sebagai “laluan mudah” buat Nasrudin untuk ke Parlimen berdasarkan kredibiliti dan pengaruh yang beliau ada.

Mungkin ada strategi dan perancangan mereka tersendiri dan hanya mereka sahaja yang mengetahuinya. Biarkan ia menjadi tanda soal kepada semua.

Telahan ini tidak memberi indikasi bahawa Saifuddin terlalu ampuh di Temerloh, tetapi pertandingan ini secara lansung telah memberi gambaran kepada Malaysia bahawa inilah salah satu contoh yang terbaik – mungkin – kepada mereka yang mengharapkan sebuah pertandingan politik yang sihat, matang dan baru suasananya. Itu adalah pemerhatian saya setakat ini selepas hampir seminggu proses kempen berlansung.

Saya meneliti cara kedua-dua tokoh ini berkempen. Mengikut sifir yang mudah, sudah tentu anak muda yang menyokong Pakatan akan mengundi Nasrudin dan begitu juga sebaliknya, tetapi setelah seminggu berlansungnya kempen, saya mula merasakan teori yang menggunakan sifir ini seolah tidak terpakai di Temerloh.

Kempen Nasrudin Berimejkan Ketua Pemuda PAS


Dalam hal ini, saya merasa kecewa dengan corak kempen yang diamalkan oleh Nasrudin. Sehingga kini beliau masih gagal mengemukakan dokumen manifesto beliau khusus buat warga Temerloh, dan bukannya hanya sekadar menjual manifesto Pakatan Rakyat secara umum itu. Hal ini menjadi menarik apabila Saifuddin nyata lebih berstrategik dengan manifestonya yang khusus menyentuh isi hati warga Temerloh. Di mana Nasrudin?

Saya menunggu sehingga kini beliau melancarkan secara rasmi tawaran yang khusus kepada warga Temerloh dan menjadi modal ceramah kepada penduduk tempatan yang saya kira sudah tentu mengharapkan wakil mereka adalah yang membawa hasrat dan aspirasi mereka secara tepat.

Pendekatan beliau tidak salah cuma nampak tidak cermat apabila calon yang beliau lawan bukanlah calon BN yang jenis sembang kedai kopi, tetapi “winnable candidate”.

Pembaca boleh menilai dari sudut ceramah beliau dan bahan kempen yang diedarkan melalui media alternatif, semuanya masih dibayangi dengan imej beliau sebagai Ketua DPPP bukan sebagai salah seorang calon yang cuba membawa suara warga Temerloh ke parlimen.

Berbanding dengan Nasrudin, Saifuddin nyata terkehadapan. Dia berusaha membawa imej sebagai calon yang akan mewakili Temerloh dan kelihatan beliau sangat boleh berdiri atas kaki sendiri membawa ideanya kepada warga Temerloh tanpa perlu bergantung kepada populariti manifesto BN dan Najib sendiri.

Manifesto beliau nampak begitu menyentuh kehendak warga Temerloh. Jadi tidak salah jika saya menjadi pengundi di sana, saya akan memilih Saifuddin berbanding Nasrudin.

Saya mengkritik Nasrudin bukan kerana lawannya adalah Saifuddin Abdullah, tetapi saya merasa kecewa apabila saya tidak dapat membandingkan tawaran dan idea kedua pihak kepada penduduk Temerloh secara lansung apabila gaya Nasrudin nampak tidak begitu memahami keperluan semasa akibat kegagalan beliau mempersembahkan tawaran khusus PAS kepada warga di sana.

Calon Bertanding Sila Contohi Husam Musa


Kita lihat bagaimana Husam Musa beraksi di Putrajaya. Beliau nampak begitu “firm” dengan aspirasinya terhadap kawasan yang ditandinginya.

Di Putrajaya, ceramah dan kempennya tidak berusaha mempopularkan isu-isu besar di peringkat nasional tetapi cukup matang dengan pengolahan isi hati dan kehendak masyarakat setempat di Putrajaya.

Beliau begitu sibuk dengan visinya mahu mengubah Putrajaya, bukannya tidak berhenti mengulangi isi ceramah yang sama mnyentuh isu nasional yang banyak bersifat populis.

Beliau tenang dan ampuh dengan isu sistem pengangkutan awam di Putrajaya, masalah parkir kereta, hak dan pembelaan kepada panjawat awam, cukai perbandaran, isu keselamatan Putrajaya, kos sara hidup warga Putrajaya dan pelbagai lagi secara am semuanya berkait rapat dengan sepak terajang hidup warga Putrajaya.

Beliau tidak gopoh dengan kempen turunkan harga kereta, atau petrol. Ya, itu juga penting tetapi isu setempat juga lagi penting. Jadi tidak hairan corak kempen yang diamalkan oleh Husam nampak begitu berkesan dan matang.

Beliau mencurahkan idea khusus kepada warga Putrajaya bagaimana untuk menjadi lagi baik sesuai dengan persekitaran mereka. Beliau sedar yang suara dan idea itu “should present what constituency deserve for”!

Tempoh kempen masih berbaki seminggu. Saya sangat berharap pertandingan politik di Temerloh benar-benar memberi “benchmark” baru kepada mana-mana kawasan lain yang bertanding. Sudah pasti kita berpuas hati dengan kedua-dua calon yang ditawarkan, bersih dari segenap sudut. Namun, amanah sahaja tidak mencukupi. Ia perlu hadir dengan kompetensi.

Ringkasnya, saya memilih Saifuddin Abdullah bagi mewakili Parlimen Temerloh adalah kerana kekuatan idea beliau terhadap Temerloh. Jauh sekali untuk mengatakan Nasrudin tidak layak, tetapi beliau perlu mengubah corak kempennya jika benar-benar mahukan undi anak muda dan berhasrat membawa perubahan kepada warga Temerloh.

Salam Perubahan…

------
Artikel ini telah disiarkan dalam The Malaysian Insider pada 27 April 2013.

Comments

Popular posts from this blog

Pengajaran Dari Sebuah Komik

Sejak kecil lagi, saya telah didedahkan dengan berbagai jenis komik bacaan ringan seperti Doraemon , Dewata Raya, Utopia, Naruto dan sebagainya. Namun ternyata saya lebih berminat untuk “mendalami” komik-komik Kung Fu karya penulis China seperti Tony Wong melalui karyanya Jejak Wira. Seperti biasa, kepulangan saya kali ini ke kampung halaman dalam misi menghabiskan beberapa buah Jejak Wira yang dibeli oleh abang semasa ketiadaan saya di rumah.

Ternyata plot ceritanya meskipun panjang dan tak pasti bila penghabisannya namun ia tetap tidak membosankan. Menjadi semakin menarik dan sukar bilamana ia melibatkan pergolakan politik dunia yang terang-terang menyebelahi siapa yang kuat dia yang menang.

Setelah “menelaah” kesemua komik muktabar ini saya seakan terpanggil untuk mengulas karya Tony Wong iaitu Jejak Wira yang mana saya kira ianya amat dekat dengan apa yang berlaku kini di dunia realiti.


Bagaimana para penguasa negara sanggup membutakan hati dan mata demi kepentingan nafsu mereka…

Homosexuals and The Idea of Abnormality

Once ago, my friend and me have a little chat about stuff—if not mistaken, we gossiping a hot Math teacher from Italy, and from where it began, we start talking about gay and LGBT.

The pinnacle of it was when my friend proudly declares the gay people is abnormal.

I just sit still, silent and stunned.

I should start somewhere. Here it is, for myself, to be abnormal is to be true to oneself. And it is a kind of freedom that I longingly seek and understand, that is to be true to yourself, to who you are.

It is a freedom to be able to against the flow. It is a freedom when we do not favor the external to validate ourselves. To do this, first, we have to be abnormal, in the eye of the many.

Anyway, I don’t mean to philosophize anything here. It is just a version of abnormality that I always think and perceived before, and luckily (no pun intended), that day comes when my friend bluntly declare homosexuality is abnormal.

And, I have to revisit my thought on abnormality.

I am OK with her…

Laila dan Majnun

Telah sampai cherita bahwa pada suatu hari Sultan Mahmud Ghaznawi menitahkan pesuruh2nya supaya membawa Laila menghadapnya agar dapat ditanyai peri kisah kekasihnya Majnun.

Apabila tiba Laila dihadapannya Baginda bertanya: "Wahai Laila, kau yang kechantikanmu mashhur seluruh alam; yang kasih sayangmu menjadi sumber segala puisi!—aku ingin menatap wajah Majnun, ingin tahu sifat rupa yang kau chintai dengan teguh dan jujur itu."

Maka Laila menjawab seraya menangis mengenangkan Majnun bahwa kekasihnya telah hilang tiada yang tahu kemana.

Mendengar ini Baginda menitahkan kepada pesuruh untuk menchari Majnun hingga dapat supaya dibawa dihadapannya. Pesuruh menchari dikota, dikampung, didusun hingga akhirnya diperpinggiran batasan negeri dan luasan padang pasir. Disitu beliau mendapat khabar bahwa ada seorang yang berdiam sebatang-kara dipadang pasir merayau merana senantiasa menzikirkan nama Laila bagai orang sudah gila.

Orang itu dibawa kehadapan Baginda Sultan yang, sambil terk…