Sunday, April 28, 2013

Penjenayah Berfoya di Kerusi Parlimen

“I have always believed, and now believe more vehemently than ever, that The House of Commons and The Lords contain more criminals than any prison in this land.” 
– Joey Barton
Peranan PRU-13 adalah untuk menukar realiti ini di Malaysia. Saya tidak rasa perkara ini cuma berlaku di UK, malah hakikatnya di Malaysia ianya lagi parah. Di sana, kita masih dapat menyaksikan kekuatan integriti menjadi tunjang kenapa urus tadbir mereka berjalan begitu baik. Walaubagaimanapun selagi ianya berpayung di bawah nama politik maka hal di atas tidak dapat dielakkan.

Saya cuba membayangkan pasca PRU-13. Jika Najib Razak sudah bersiap sedia dengan memindahkan hampir RM7 billion ke Cayman Island, maka kita secara lansung dapat menjangkakan bagaimana pula mereka yang lain. Bagaimana dengan nasib Tun Mahathir atau Taib Mahmud dan rakan sejawatan mereka?

Inilah rupa Malaysia. Untuk menyelamatkan diri daripada pertuduhan di mahkamah dan disabitkan dari sebarang kesalahan, cara paling mudah ialah dengan memenangi pilihanraya dan menjadi YB, berfoya di kerusi Parlimen. Tutup segala masalah. Biarpun sudah berjuta lesap disapu, berguni-guni rasuah diambil namun dengan gelaran YB maka segalanya selamat.

Sampai bila hal ini mahu dibiarkan?

Sebagai rakyat kebanyakan, saya sudah pasti tidak sabar menantikan saat mereka yang selama ini berada di atas beratur menunggu giliran untuk didaftarkan di penjara-panjara dan diambi semula semua harta rakyat yang dirampas selama ini secara haram.

Mungkin minggu pertama Pakatan mengambil alih Putrajaya, jumlah halaman surat akhbar akan bertambah akibat laporan sana sini tentang pendedahan penyelewengan yang telah dilakukan selama 55 tahun BN memerintah. Mari kita senaraikan kemungkinan yang wujud:
  1. Bagaimana proses pemberian tender projek kerajaan kepada syarikat dan kontraktor telah berlansung dan individu serta proses yang terlibat.
  2. Hubungan agensi dan badan utama kerajaan seperti Kastam, PDRM, Tentera, SPRM dan sebagainya dengan “client” mereka. Sudah tentu jutaan kisah menarik bakal terbongkar selepas ini.
  3. Hubungan orang politik dalam percaturan universiti tempatan selama 55 tahun merdeka. Mungkin tidak hairan jika ada Naib Cancelor bakal menjadi penghuni penjara selepas PRU-13.
  4. Kisah penyeludupan dadah, pelacur, kongsi gelap, samseng dan rakan seangkatan mereka juga bakal menjanjikan sketsa yang menarik pasca pilihanraya. Jika selama ini integriti menjadi tunjang utama, sudah tentu hal diatas tidak akan meningkat saban tahun.
  5. Komplot pendatang tanpa izin dan pengundi haram, percaturan pengkhianat bangsa ini juga akan terdedah dan sudah tentu mereka ini bakal dihumbankan dalam penjara tanpa belas kasihan. Nantikan.
  6. Hubungan “istimewa” orang politik dan kerabat Diraja? Pun tidak mustahil akan turut menjadi penghias dada akhbar kelak.
Bab kata Anwar, kita jauh sekali mahu berdendam namun hak rakyat tetap menjadi hak rakyat sampai bila-bila pun. Sudah tiba masanya nanti, penjenayah-penjenayah suci ini akan bertemu doomsday mereka.

Mungkin sekarang mereka di tampuk kuasa, maka mereka bebas melakukan apa sahaja tanpa perlu merasa bimbang. Mereka punya pelbagai segi perlindungan. Saat mereka kalah sahaja, kita pula akan menjadi hakim-hakim kepada mereka.

PRU-13 inilah masanya. Jika tidak sekarang, bila lagi?

Ini kalilah!