Monday, April 29, 2013

Mengapa Tun Mahathir Bimbang Pakatan Memenangi PRU-13?

Saya membaca dan menelaah perkongsian yang dibuat oleh Saudara Hasbie Muda dalam lama Facebook miliknya berkenaan skandal Bank Negara Malaysia (BNM), atau mudahnya orang menggelarkan ia sebagai Skandal BNM yang bermula awal 90-an sehingga menjadi penyebab kepada kerugian harta negara dalam nilai yang tidak masuk akal.

Bacalah pendedahan pengkhianatan amanah yang mereka di peringkat tertinggi negara ketika itu telah lakukan.

Secara jujurnya, membaca artikel yang penuh dengan istilah dan frasa ekonomi seperti pencairan aset, spekulasi dan sebagainya memerlukan double effort dengan merajinkan diri mencari makna dan dan definisi istiliah-istilah tersebut bagi betul-betul memahami point yang cuba disampaikan oleh penulis.

Pasca PRU-13 ini, berdasarkan artikel tersebut kita akan dapat menjangkakan pemain-pemain utama yang menyebabkan harta negara telah dijadikan duit sendiri akan kegelisahan dan tidak mustahil akan mengambil keputusan untuk meninggalkan Malaysia. Antaranya adalah Tun Mahathir sendiri. Sekarang beliau rancak dan begitu bertenaga membantu BN berkempen dengan kempen yang begitu jijik yang pernah dicatatkan dalam kamus politiknya.

Mungkin itu sahaja modal yang beliau ada sekarang demi menyelamatkan diri kelak dan mengelakkan Pakatan mengambil alih Putrajaya. Bayangkan, jika sekarang dia tidak menggunakan sentimen dan modal perkauman maka itu bukan gaya kempen Tun Mahathir.

Pengikut bawahan beliau yang turut menjadi tukang angguk dan masih lagi hidup ketika ini, harus juga merasa bimbang yang sama. Tidak lain, kerana individu-individu yang menyanggah perbuatan keji mereka ketika skandal ini hangat diperkatakan amsih lagi segar dan terus berjuang untuk menuntut keadilan ini dapat ditegakkan iaitu Saudara Lim Kit Siang sendiri.

Dalam artikel Hasbie Muda, jelas kita dapat menyaksikan bagaimana LKS berperanan menekan kerajaan bagi memulihkan semula BNM dan mengheret pengkhianat negara yang terlibat dalam skandal tersebut. Kini, LKS berpeluang besar untuk mengemukakan semula (revisit) kepada Parlimen bagi menubuhkan Suruhanjaya Diraja bag tujuan penyiasatan yang menyeluruh seterusnya menghumban mereka yang terlibat ke dalam penjara.

Mungkin nasib Tun Mahathir sedikit baik kerana Anwar dan LKS sudah berjanji tidak akan mengheret beliau ke penjara biarpun jika benar disabitkan kesalahan kelak kerana menghormati umurnya yang sudah begitu lanjut. Namun begitu, keadilan wajib ditegakkan!

Tun Mahathir dan rakan-rakan beliau secara terang berperanan dalam hal ini. Mahu tidak mahu mereka perlu menyerahkan semula harta negara yang telah dibolot sepanjang mereka berkuasa. Jika ada yang bertanyakan apakah saat yang saya tunggu selepas PRU-13 sudah tentu saat mahkamah memutuskan siapa sebenarnya pengkhianat dan dalang utama kepada kehancuran ekonomi Malaysia sedekad yang lalu.

PRU-13 ini lah masanya untuk kita menyaksikan adegan menarik ini akan berlaku. Jika tidak sekarang bila lagi?

Ini kali lah!