Tuesday, April 30, 2013

Kalau Anwar Boleh Jadi Pelakon Video Lucah

Hari ini beberapa orang teman di Facebook menyebarkan sebuah video kononya sebuah gereja di Jerusalem sedang merestui dan menitahkan sesuatu bagi menguasai Malaysia dan menukarkannya menjadi sebuah negara Kristian dengan mengambil peluang perubahan yang bakal berlaku dalam PRU-13 nanti.

Bayangkan, video yang terpekik-pekik, dengan kemunculan 2-3 orang watak umpama Evangelist yang menyeru itu dan ini, bertanyakan soalan itu dan ini telah disebarkan secara galak oleh teman-teman “sepakat” dan beberapa orang rausyanfikir Facebook yang sering mendamba merekalah ulama segala waqi’iyyah!

Saya merasa, jika saya meletakkan video itu di sini secara sengaja saya telah menjatuhkan martabat saya umpama pembuat-pembuat video lucah Anwar Ibrahim. Jika mereka yang menyebarkan video ini sering bertanyakan apa substance kepada berita dan manifesto Pakatan Rakyat, maka saya bertanyakan soalan yang sama, di mana substance video tersebut?

Jikalau Anwar pun boleh menjadi pelakon video lucah bukan hanya untuk satu siri, bahkan bersiri-siri lagi, apalah sangat nak dibandingkan dengan video kononnya Evangelist Jerusalem itu?

Jika selama ini puak ini sering sangat mempersoalkan keabsahan setiap berita yang disebarkan, buktikan keabsahan gereja tersebut mengeluarkan video tersebut secara rasmi. Sila lakukan printscreen pada laman sesawang gereja dan pergerakan tersebut dan jika bimbang sangat, sila buat laporan polis!

Jangan memperbodohkan diri sendiri wahai rausyanfikir Facebook!

Jika Najib dan BN sanggup membayar berjuta-juta kepada penulis di USA bagi memburukkan Anwar Ibrahim, kenapa tidak boleh untuk membuat bayaran yang sama bagi menghasilkan video bodoh itu dengan jalan cerita yang boleh direka dengan begitu mudah?

Jika Najib dan BN sanggup menghabiskan berjuta-juta untuk mengiklankan manifesto ciplak menggunakan segenap penjuru Google Ads, masakan mereka tidak mampu membayar piahk lain untuk membuat cerita bodoh begini?

Kenapa dengan hasad dan prejudis kalian kepada DAP menjadikan kalian tidak ubah seperti keldai dicucuk hidung?

Apakah kalian ingat dengan permainan begini, rakyat tidak akan dapat menilai dan meneliti gaya permainan anda yang mahu memerangkap DAP dan Pakatan dalam kancah kebencian agama dan sentimen keagamaan yang nyata begitu sempit dan penuh kebodohan?

Tolonglah rakan-rakan pembaca, jadilah bijak sedikit untuk seminggu ini. Janganlah mudah terperangkap dengan permainan ini. Ingatlah bagaimana rupa dan gaya Tun Mahathir, Chua Soi Lek, JATI dan PERKASA berkempen untuk BN pada PRU-13 ini. Adakah mereka mempunyai modal lagi selain isu perkauaman dan keagamaan?

Inilah masanya, jika Tun Mahathir mencabar DAP untuk mengheret dia ke penjara maka inilah masanya yang tepat. Nyata dia ini lansung tidak pernah insaf dengan segala kejahatan yang dia lakukan sepanjang dia memerintah dan selepas memerintah pun!

Humbankan mereka semua ini kepada pengajaran untuk seumur hidup. Jnagan biarkan BN terus berkuasa selepas PRU-13 jika kita benar mahu melihat Malaysia berubah dan menggapai cita-cita murninya selama ini.

Jika tidak sekarang bila lagi?

Ini kalilah!