Skip to main content

Jangan Memalu Gendang Yang Salah!

Kekadang kita perlu akur kehendak politik yang memungkinkan segalanya. Siapa tidak mahu kuasa, logiknya begitu. Jika lembu boleh berfikir, tentu kita akan dapat melihat sekelompok lembu akan berlumba menjadi calon dalam PRU-13 ini nanti.

Akibat desakan natural inilah, maka tidak hairan kita dapat menyaksikan siri kempen yang serba kotor dan jijik. Mungkin tidak perlu saya menyebutkan siapa di sini, kerana rata-rata tahu pihak manakah yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah siang dan malam tanpa henti.

Itu kerja mereka yang bertanding. Mereka mencipta isu demi menjual beli undi rakyat. Oleh itu, tugas kita ialah untuk menjadi bijak.

Baiklah, ini bukan artikel untuk menyuruh kalian membeli ubat minda atau sebagainya tetapi untuk kita semua selaku pihak paling berkuasa pada 5 Mei ini untuk menjadi bijak sedikit sepanjang minggu kempen ini.

Mari kita menyelusuri persoalan bagaimana mahu menjadi bijak ketika berlansungnya pilihanraya.

Sesiapa yang tinggal di Putrajaya, seminggu sebelum pembubaran Parlimen sudah pasti kalian semua sudah menerima bungkusan hadiah daripada UMNO Putrajaya di setiap kotak postal rumah masing-masing yang mengandungi beberapa risalah yang bertemakan Anwar peliwat, Nik Aziz menghina nabi dan beberapa lagi seperti itu serta sekeping CD yang mengandungi bberapa siri video termasuklah sedutan klip video lucah yang dipaparkan dalam blog Papagomo.

Ini Putrajaya. Saya tinggal di sini, maka saya boleh menceritakan gelagat dan gaya kempen yang dilaksanakan oleh UMNO Putrajaya. Dengan kempen sebegini, mereka mengharapkan penduduk Putrajaya memilih Tengu Adnan sebagai wakil mereka, sudah tentu betul kata Husam Musa bahawa UMNO ini masih berada di zaman dinasour.

Di lama social seperti Facebook dan Twitter, lambakan poster-poster Pakatan Rakyat yang memaparkan idea dan manifesto untuk menjadikan Malaysia yang lagi baik dari sudut ekonomi dan sosialnya. Juga tidak kurang klip video ucapan calon-calon yang mahu mewujudkan beberapa polisi ekonomi dan social serta butiran secara menyeluruh jika terpilih ke Parlimen.

Mereka bercakap soal perpaduan, dasar dan polisi percukaian, mekanisme penurunan harga kereta, strategi pengimplementasian pendidikan percuma, kajian semula sistem pendidikan, usaha menurunkan kos pemilikan rumah dan pembelaan hak penjawat awam. Nampak kebijakan, terserlah!

Semua ini hadir dengan harapan iaitu untuk melihat respon BN. Bermula dari sini, pengundi harus bertambah bijak. Idea penurunan harga kereta dibalas dengan kempen DAP akan menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu.

Cadangan pendidikan percuma dibalas dengan kempen Anwar agen Yahudi dan peliwat tegar. Bercakap soal pembelaan nasib penjawat awam dibalas dengan kempen PAS sudah murtad dari perjuangan.

Kalau tidak percaya, boleh tonton TV3 setiap malam. Saentero Malaysia bercakap tentang polisi dan dasar bagi membaiki ekonomi dan sosial, sebelah pihak lagi sibuk dengan kempen murahan dan kotor. Pun begtu, masih ramai rakyat Malaysia yang tidak pandai menggunakan akal secara optimun untuk berfikir dengan bijak.

UMNO menyebut tentang DAP akan menghancurkan Islam, dia turut sama bermain dalam lumpur ini. Jika yang bermain lumpur UMNO ini terdiri dari mereka yang berapa terpesorok di pedalaman, masih boleh diterima akal, tetapi nun berada dalam pengkuliahan keilmuan yang hebat!

Nampak seperti “rausyanfikir” tetapi bobrok dan penuh kekeliruan. Seolah lansung tidak tahu menilai beza madu dan racun!

Tolong, jangan tergolong dalam golongan yang memalu gendang yang salah. Sedang yang lain sibuk dengan cita-cita perubahan, mereka masih tersadung dalam kandang kejumudan. Sedih bila memikirkan golongan ini begitu mudah tertipu dengan dakyah yang terang-terangan bersifat murahan dan tiada integriti.

Berfikirlah sementara masih ada waktu untuk berfikir. Seminggu yang berbaki, pergilah kaji secara realiti dan waqi’iyyah.

Jika tidak kali ini, bila lagi?

Ini kalilah!

Comments

Popular posts from this blog

Pengajaran Dari Sebuah Komik

Sejak kecil lagi, saya telah didedahkan dengan berbagai jenis komik bacaan ringan seperti Doraemon , Dewata Raya, Utopia, Naruto dan sebagainya. Namun ternyata saya lebih berminat untuk “mendalami” komik-komik Kung Fu karya penulis China seperti Tony Wong melalui karyanya Jejak Wira. Seperti biasa, kepulangan saya kali ini ke kampung halaman dalam misi menghabiskan beberapa buah Jejak Wira yang dibeli oleh abang semasa ketiadaan saya di rumah.

Ternyata plot ceritanya meskipun panjang dan tak pasti bila penghabisannya namun ia tetap tidak membosankan. Menjadi semakin menarik dan sukar bilamana ia melibatkan pergolakan politik dunia yang terang-terang menyebelahi siapa yang kuat dia yang menang.

Setelah “menelaah” kesemua komik muktabar ini saya seakan terpanggil untuk mengulas karya Tony Wong iaitu Jejak Wira yang mana saya kira ianya amat dekat dengan apa yang berlaku kini di dunia realiti.


Bagaimana para penguasa negara sanggup membutakan hati dan mata demi kepentingan nafsu mereka…

Homosexuals and The Idea of Abnormality

Once ago, my friend and me have a little chat about stuff—if not mistaken, we gossiping a hot Math teacher from Italy, and from where it began, we start talking about gay and LGBT.

The pinnacle of it was when my friend proudly declares the gay people is abnormal.

I just sit still, silent and stunned.

I should start somewhere. Here it is, for myself, to be abnormal is to be true to oneself. And it is a kind of freedom that I longingly seek and understand, that is to be true to yourself, to who you are.

It is a freedom to be able to against the flow. It is a freedom when we do not favor the external to validate ourselves. To do this, first, we have to be abnormal, in the eye of the many.

Anyway, I don’t mean to philosophize anything here. It is just a version of abnormality that I always think and perceived before, and luckily (no pun intended), that day comes when my friend bluntly declare homosexuality is abnormal.

And, I have to revisit my thought on abnormality.

I am OK with her…

Tentang Si Genius Adi Putra

Ini coretan ringkas awal Mac 2015, beberapa hari lagi sebelum kita akan tiba pada hari yang menandakan setahun hilangnya MH370 tidak ketemu. Coretan ini tentang Adi Putra, si genius cilik yang dulunya begitu popular, semua media mahu mendapatkan cerita tentangnya.

Kini, di mana Adi Putra? Kita bertanyakan soalan begitu kerana kerisauan kita adalah kisah Adi Putra ini akan menjadi senasib generasi genius Malaysia lain-lainnya. Tentulah kita berharap ianya tidak berlaku demikian.

Hari ini mStar kembali dengan cerita tentang si Adi Putra ini. Saya antara peminat beliau. Saya kepingin mahu bertemu dan berbual dengan Adi Putra. Saya mahu berkawan dengan beliau – dan belajar dengannya. Tapi, Adi di mana?

Jika membuat carian di Google, yang berderet keluar di halaman utama adalah kisah tentang Adi Putra, si pelakon layar teater. Untuk apa ambil tahu tentang si pelakon itu. Bukanlah mendapat apa-apa manfaat pun pada perkembangan akal dan ilmu pengetahuan. Entahlah.

Cerita mStar membuka episo…