Friday, April 26, 2013

3 Hari di Kota Paris

Perjalanan dari London ke Paris menaiki bas kemudiannya melintasi Selat Inggeris dengan menaiki tongkang (feri, untuk bahasa formal), paling tidak perjalanan itu memakan masa lebih dari 12 jam seingat saya. Lamanya perjalanan itu membolehkan saya semalaman berjaga, belajar istilah-istilah Perancis dengan seorang kenalan yang duduk di sebelah sepanjang perjalanan di dalam bas untuk ke Dover.

Di Paris, cuma ada 3 hari 2 malam sahaja bersisa sebelum bergerak meninggalkan bumi Eropah pulang ke Kuala Lumpur. 3 hari itu berbekalkan €21 di dalam poket, dengan duit bersisa itulah makan berkongsi, mencuri-curi masuk menaiki Paris Metro, tidur beralaskan tikar mengkuang di depan Menara Eiffel. Sejuknya, tuhan sahaja yang mengerti.

Jika menaiki Metro pun, secara curi-curi. Maka, sepanjang 3 hari itu banyak berjalan kaki menjelajahi segenap ceruk Kota Paris. Bayangkan, dari Menara Eiffel, berjalan kaki sehingga ke The Grande Mosquée de Paris, menumpang solat Asar di sana. Kemudian keluar berjalan lagi, patah balik ke Menara Eiffil demi menikmati malam di sana.

Perit, tapi manis. Sejuk, tapi membahagiakan. Cuma kali ini tidak banyak gambar yang mampu dikongsi. Bacalah cerita di sebalik kepingan-kepingan gambar yang sedikit ini. Seperti biasa, bermula pagi sebelum keluar mengembara, homework adalah hal yang terpenting. Jika tidak, tentu akan banyak ruginya berbanding untung.

Pro-tip: Always do homework before start your day.

Penat berjalan-jalan, singgah sebentar di sebuah taman di sana. Gambar itu, saya sendiri yang tangkapnya. Cantik bukan?

Lovely scenery at the park.

Alangkah ruginya, apabila muzium ini sedang dalam proses baik pulih. Dalam keadaan tidak berduit, tempat-tempat begini adalah pilihan paling utama. Tapi, sayang sekali, hari itu tiada rezeki untuk melawatnya.

In renovation :(

Di hadapan Musée du Louvre, yang kononnya adalah tempat tercantik di dunia. Benar ataupun tidak, tuhan saja yang tahu. Apa pun, untuk melihat lukisan Mona Lisa di dalamnya, kami kemiskinan wang. Jadi, kerja yang boleh dibuat hanyalah tidur sambil menikmati simbahan mentari di tengah-tengah tamannya itu.

A shiny spring at “so-called” the most beautiful place in the world.

Membuat lompatan gembira di hadapan Palais De Chaillot, membelakangi Menara Eiffel. Terima kasih Syazwan untuk gambar yang menarik ini.

A rejoice work well in front of Eiffel Tower.

Gambar ini, sebelum menjelang 12 tengah malam di bawah Menara Eiffel yang disimbah cahaya lampu neon keemasan. Cantik. Malam itu, kami membuat keputusan untuk tidur di hadapan menara legenda tersebut.

A moment here. Eiffel Tower in golden lighting.

Banyak lagi memori di sana, Cuma ini sahaja mampu dicoret dalam blog kecil ini untuk pembaca semua. Moga doaku agar diketemukan semula dengan kota ini dimakbulkan Tuhan yang Esa.