Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2012

Hak Rakyat Untuk Murka

Isu WWW1 kecoh seketika. Rata-rata yang kecoh adalah rakyat marhean. Mereka terkejut sebenarnya. RM500000 untuk sekeping plat kereta adalah hal begitu melampau buat golongan yang gaji cukup-cukup makan.

Untuk elitis, mungkin itu hal yang biasa. Tiada yang pelik. Ohhh, biasa lah RM500000 untuk plat kereta. Pak arab sekali bida mahu telan RM2-3 juta. Mungkin itu yang terdetik dalam hati mereka.

Mungkin. Telah hati saya juga.

Maka luahan-luahan “murka” rakyat marhean mula kedengaran. Maklumlah, sekarang nak jumpa sultan tidak perlu lagi pergi ke istana. Boleh “jumpa” direct dalam Twitter. Dunia iPhone kan?

Jadi, jalan cerita itu terus wujud. Mereka di paras elitis mula panas punggung mendengar “kemurkaan” para hamba rakyat. Biasa lah, orang yang terkejut pasti akan marah-marah. Itu lazim sebagai manusia. Lantaran mereka marah itu ada rasionalnya.

Rakyat marhean persoalkan, kenapa begitu boros?

Ramai yang di bawah masih tidak cukup makan. Berlambak hamba rakyat masih tidur berlampirkan la…

Lebuhraya Rakyat: Hanya Tuhan Tahu Isi Hati Mereka

Saya begitu tertarik dengan berita pecah tanah oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi membina Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai sepanjang 73 kilometer, yang akan menelan kos RM1.8 bilion. Apa yang menarik di sini ialah, lebuh raya ini merupakan jalan raya pertama yang dibina tanpa satu sen pun bantuan kerajaan pusat tetapi ianya berdiri atas sumbangan orang ramai, korporat & persendirian.

Jika tidak pun tepat, boleh lah ini dinamakan lebuhraya rakyat. Meski umum mengetahui bahawa pembinaan jalan raya bagi kemudahan rakyat adalah tanggungjawab asasi kerajaan Pusat, namun kedengkian dan ketaksuban secara membuta tuli terhadap politik sempit mereka menyebabkan rakyat di negeri itu sengsara sedemikian lama.

Semua maklum akan tugas kerajaan Pusat dalam perkara ini sebagaimana yang termaktub dalam pembahagian kuasa seperti yang ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia.

Cerita lebuh raya ini wajar dipentaskan di layar perak pada masa mendatang agar generasi akan datang tahu betapa inilah…