Tuesday, February 14, 2012

Date A Girl Who Reads

Date a girl who reads. Date a girl who spends her money on books instead of clothes, who has problems with closet space because she has too many books. Date a girl who has a list of books she wants to read, who has had a library card since she was twelve.

Find a girl who reads. You’ll know that she does because she will always have an unread book in her bag. She’s the one lovingly looking over the shelves in the bookstore, the one who quietly cries out when she has found the book she wants. You see that weird chick sniffing the pages of an old book in a secondhand book shop? That’s the reader. They can never resist smelling the pages, especially when they are yellow and worn.

She’s the girl reading while waiting in that coffee shop down the street. If you take a peek at her mug, the non-dairy creamer is floating on top because she’s kind of engrossed already. Lost in a world of the author’s making. Sit down. She might give you a glare, as most girls who read do not like to be interrupted. Ask her if she likes the book.

Buy her another cup of coffee.

Let her know what you really think of Murakami. See if she got through the first chapter of Fellowship. Understand that if she says she understood James Joyce’s Ulysses she’s just saying that to sound intelligent. Ask her if she loves Alice or she would like to be Alice.

It’s easy to date a girl who reads. Give her books for her birthday, for Christmas, for anniversaries. Give her the gift of words, in poetry and in song. Give her Neruda, Pound, Sexton, Cummings. Let her know that you understand that words are love. Understand that she knows the difference between books and reality but by god, she’s going to try to make her life a little like her favorite book. It will never be your fault if she does.

She has to give it a shot somehow.

Lie to her. If she understands syntax, she will understand your need to lie. Behind words are other things: motivation, value, nuance, dialogue. It will not be the end of the world.

Fail her. Because a girl who reads knows that failure always leads up to the climax. Because girls who read understand that all things must come to end, but that you can always write a sequel. That you can begin again and again and still be the hero. That life is meant to have a villain or two.

Why be frightened of everything that you are not? Girls who read understand that people, like characters, develop. Except in the Twilight series.

If you find a girl who reads, keep her close. When you find her up at 2 AM clutching a book to her chest and weeping, make her a cup of tea and hold her. You may lose her for a couple of hours but she will always come back to you. She’ll talk as if the characters in the book are real, because for a while, they always are.

You will propose on a hot air balloon. Or during a rock concert. Or very casually next time she’s sick. Over Skype.

You will smile so hard you will wonder why your heart hasn’t burst and bled out all over your chest yet. You will write the story of your lives, have kids with strange names and even stranger tastes. She will introduce your children to the Cat in the Hat and Aslan, maybe in the same day. You will walk the winters of your old age together and she will recite Keats under her breath while you shake the snow off your boots.

Date a girl who reads because you deserve it. You deserve a girl who can give you the most colorful life imaginable. If you can only give her monotony, and stale hours and half-baked proposals, then you’re better off alone. If you want the world and the worlds beyond it, date a girl who reads.

Or better yet, date a girl who writes.

------
A beautiful soul-written by Rosemarie Urquico.

Monday, February 13, 2012

Cintailah Perempuan Yang Membaca

Cintailah perempuan yang membaca. Perempuan yang berhabis duit untuk buku dan bukan baju. Dia punya masalah dengan ruang lemari baju, kerana dia punya terlalu banyak buku. Cintailah perempuan yang punya senarai buku-untuk-dibaca, perempuan yang punya kad perpustakaan sejak dia dua-belas tahun usia.

Carilah perempuan yang membaca. Dialah perempuan yang sentiasa menyimpan buku yang belum dibaca dalam tas tangannya. Dialah yang meninjau-ninjau di dalam kedai buku dengan penuh rasa kasih sayang. Yang menjerit kecil apabila ketemu buku yang dicari. Kau lihat gadis aneh yang mencium bau halaman buku lama di kedai buku terpakai itu?

Itulah dia perempuan yang membaca. Dia tidak akan dapat tahan nafsu untuk menghidu halaman buku lama, terutamanya yang sudah mulai kuning.

Dialah perempuan yang membaca sambil menunggu di kedai kopi hujung jalan sana. Kalau kau lihat cawan kopinya, krimer bukan tenusu maseh lagi terapung di atas, dia sudah pun keasyikan. Hilang tenggelam dalam dunia bikinan si penulis. Duduklah di sebelahnya. Dia mungkin akan menjeling, kerana perempuan yang membaca tidak suka diganggu ketika membaca. Tanyalah jika dia suka buku yang dibacanya itu.

Belikan dia secawan kopi lagi.

Katakan pada dia apa yang kau fikir tentang Murakami. Lihat sama ada dia sudah melepasi bab pertama Fellowship. Fahami bahawa jika dia katakan yang dia faham Ulyssesnya si James Joyce, itu hanyalah kerana mahu kelihatan cerdik. Tanyakan kalau-kalau dia suka Alice, atau jika dia mahu menjadi Alice.

Alangkah senang bercinta dengan perempuan yang membaca. Hadiahkan dia buku pada hari jadinya, pada Hari Natal dan pada setiap ulangtahun. Hadiahkan padanya hadiah kata-kata, dalam puisi, dalam lagu. Berikan dia Neruda, Pound, Sexton, Cummings.

Biar dia mengerti bahawa kau memahami yang kata-kata itu adalah cinta. Fahamilah yang dia sememangnya tahu beza antara dunia buku dan realiti, walau dia bersungguh juga mahu bikin hidupnya seakan buku yang paling dia suka. Bukan salah kau kalaupun di mencuba begitu.

Apa cara pun, dia mesti akan perlu mencuba juga.

Berbohonglah padanya. Jika dia memahami sintaks, dia akan faham keperluan kau untuk berbohong. Di balik kata-kata ada perkara-perkara lain: motivasi, nilai, nuansa, dialog. Tidak akan kiamat lagi dunia, kalau kau bohong padanya.

Kecewakan dia dengan kegagalan. Kerana perempuan yang membaca tahu bahawa kegagalan selalunya membawa kepada klimaks jalan cerita. Kerana perempuan yang membaca faham bahawa tidak semua perkara berakhir begitu sahaja. Masih boleh ditulis sekuelnya. Masih boleh mula semula, lagi dan lagi, dan masih boleh jadi hero. Dia faham bahawa dalam hidup, mesti ada satu dua watak jahat.

Kenapa takutkan segala yang bukan kau? Perempuan yang membaca memahami bahawa manusia, sama juga seperti watak dalam buku, berkembang. Kecuali dalam siri Twilight.

Kalau kau ketemu perempuan yang membaca, janganlah dibiar pergi jauh. Bila kau ketemu dia di tengah malam jam dua pagi sedang memeluk buku ke dadanya dan menangis, buatkanlah dia secawan teh dan peluk dia rapat-rapat. Kau mungkin kehilangan dia untuk seketika, tetapi dia tetap akan kembali pada kau.

Dia akan berbicara seolah watak di dalam buku itu hidup, kerana untuk satu ketika, watak-watak itu benar-benar hidup.

Kau akan melamarnya di atas belon udara panas. Atau ketika konsert rock. Atau secara bersahaja bila dia jatuh sakit. Atau melalui Skype.

Kau akan tersenyum sampai telinga dan tertanya-tanya kenapa jantung kau masih belum meletup keluar dari rongga dada. Kau akan menulis kisah hidup kau berdua, punya anak-anak dengan nama pelik-pelik dan selera yang bukan-bukan.

Dia akan perkenalkan anak kau kepada Cat in the Hat dan Aslan, barangkali pada hari yang sama. Kau akan berjalan di musim salji bersamanya bila sudah berusia nanti, dan dia akan bacakan Keats dengan nada lembut sambil kau ketis salji dari kasut.

Cintailah perempuan yang membaca kerana kau berhak. Kau berhak untuk dapat seorang perempuan yang boleh memberi kau kehidupan penuh warna. Kalau kau hanya sugul, membosankan dan tidak serius, adalah lebih baik kau bersendirian. Kalau kau mahukan dunia, dan dunia-dunia di sebaliknya, cintailah perempuan yang membaca.

Atau lebih baik, cintailah perempuan yang menulis.

-------
Artikel asal di sini. Terima kasih Izmil Amri untuk terjemahan bingkisan yang cukup menarik ini. Ia menggamit ingatan pada emak saya di kampung. Ternyata ayah saya telah mencintai seorang perempuan yang membaca!

Sunday, February 5, 2012

Rintihan Rindu Muhammad SAW

“Siapakah yang paling ajaib imannya?” tanya Rasulullah ﷺ.

“Malaikat,” jawab sahabat.

“Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah,” jelas Rasulullah ﷺ.

Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, “Para nabi.”

“Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka.”

“Mungkin kami,” celah seorang sahabat.

“Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau,” pintas Rasulullah ﷺ menyangkal hujah sahabatnya itu.

“Kalau begitu, hanya ALLAH dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui,” jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

“Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku,” jelas Rasulullah ﷺ.

“Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka,” ucap Rasulullah ﷺ lagi setelah seketika membisu.

Allahurabbi, bah begitu sekali rintihan rindu Muhammad ﷺ terhadap mereka yang beriman selepas kewafatannya.

Wednesday, February 1, 2012

Jika Mempunyai Peluang, Saya Juga Akan Menyertai DAP

Kenyataan ini seolah-olah saya mahu menyertai politik selepas tamat pengajian. Tidak, bukan itu maksud saya. Tetapi sedikit komentar dari saya setelah memerhatikan beberapa siri kejadian yang tidak disangka-sangka oleh ramai rakyat Malaysia yang aktif memerhatikan gelombang politik tanah air muttakhir ini.

Siri kemasukan ramai nama-nama besar melayu (terpulang kepada persepsi pembaca) ke dalam Parti Tindakan Demokratik (DAP) akhir-akhir ini menimbulkan persoalan, apakah tuduhan dan serangan UMNO selama ini terhadap parti tersebut tidak berjaya mempengaruhi orang melayu?

Saya membaca beberapa keluhan dan rasa resah dalam kalangan rakan-rakan saya dan komen-komen pembaca mengenai berita ini, dengan menganggap mereka yang menyertai DAP sudah lupa asal usul, terpengaruh dengan ideologi komunis, dasar tidak mengenang budi dan sebagainya.

Bagi saya, ini lumrah dunia politik. Orang akan mengecam segala 1001 perkara yang mereka tidak suka. Tambahan pula, apabila perkara itu berlawanan dengan kebiasaan mereka.

Dato’ Saifuddin Abdullah ada menulis sebuah artikel yang disiarkan oleh Sinar Harian berkenaan politik fitnah dan hikmah di Malaysia. Artikel yang bagus, seolah-olah Dato’ Saifuddin ingin menegur barisan partinya sendiri mungkin. Ini telahan saya.

Jika dalam artikel tersebut, Dato’ Saifuddin mengutarakan idea berkenaan politik hikmah yang wajib didasari oleh setiap warga Malaysia bagi menentang politik fitnah yang cukup keji, maka kali ini saya mengutarakan pula idea politik matang bagi mengatasi sindrom politik takut dalam diri rakyat Malaysia terhadap beberapa perkara yang dipalsukan kebenarannya oleh pihak-pihak tertentu.

Orang Melayu Sudah Lama Ditipu


Saya merujuk kepada beberapa penulisan oleh Aspan Alias dan Sakmongkol 47 selepas mereka berdua secara rasmi mengisytiharkan kemasukan mereka ke dalam DAP yang membongkar beberapa titik penting untuk dibincangkan dalam artikel ini.

Antaranya, orang melayu sudah sekian lama ditipu bulat-bulat oleh UMNO/BN melalui media mereka bahawa DAP itu parti Cina. Bukan sekadar cina, malah mereka menambah lagi garam dengan mengatakan bahawa DAP itu anti-Melayu, anti-Raja, chauvinist, mahu menjadikan Perdana Menteri dari orang cina dan pelbagai lagi.

Melayu ditakut-takutkan sejak sekian lama dengan kenyataan yang tidak berasas. Seolah-olah negara ini tiada perlembagaan, dan orang-orang DAP tidak tahu menghormati perlembagaan!

Orang-orang kampung apabila mendengar perkataan DAP, seolah-olah kita menyebut segerombolan komunis memasuki kampung. Sampai begitu sekali ketakutan yang UMNO/BN berjaya tanamkan dalam diri hampir keseluruhan masyarakat melayu terutamanya mereka yang lahir pada era 80-an dan ke bawah.

Malah, tidak terkecuali sebahagian besar mereka dalam kalangan generasi saya pun!

Menakutkan Melayu Demi Survival Politik


Rasanya mungkin ini hujah paling tepat kenapa sindrom takut ini ditanam dalam diri setiap warga Malaysia. Mudahnya, mereka yang sedang berkuasa ingin terus mengekalkan survival kuasa itu dalam genggaman tangan mereka.

Cara paling mudah ialah dengan memberi gambaran seburuk mungkin kepada rakyat terhadap pihak lawan mereka. Sentimen perkauman adalah bahan bakar yang paling mudah disambar api.

Pantang disentuh, pasti marak apinya tanpa mampu disekat.

Perkara biasa yang kini hampir basi ialah kedudukan Raja, Islam dan ketuanan melayu. Inilah melodi yang dimainkan oleh parti pemerintah sekarang untuk menakut-nakutkan orang melayu.

Mereka berbuat demikian dalam keadaan mereka menyekat pelbagai sumber lain untuk rakyat menilai dan berfikir. Minda rakyat terutamanya melayu dikongkong dengan sentimen basi ini. Pantang dikritik, pasti melenting dengan isu basi ketiga-tiga di atas.

Setiap kali pilihan raya, inilah antara melodi yang paling hangat. Rakyat bukan bodoh, tetapi mereka tidak mendapat maklumat yang meluas. Mereka dipaksa untuk menerima penipuan tersebut hidup-hidup.

Mereka yang tidak pernah di ajar untuk berfikir, akan cuma pandai bertempik dengan semangat kemelayuannya yang akhirnya pak menteri bina rumah banglo bertingkat-tingkat, rakyat yang diperbodohkan miskin merempat.

Setiap tahun mereka perbaharui penipuan ini di PWTC dengan laungan penuh semangat, Hidup Melayu!

Seperti saya tulis di atas, hal ini semua dilakukan demi survival kuasa memerintah mereka.

Dato’ Onn Pencetus Idea Politik Matang


Saya masih ingat tentang sebuah artikel yang pernah disiarkan dalam akhbar Harakah, mengulas panjang tentang fenomena di Malaysia semasa dan selepas PRU-12. Kebanyakan orang tidak pernah terfikir bahawa suatu hari nanti orang melayu Islam mengundi calon Cina sebagai wakil rakyat mereka, dan juga masyarakat Cina yang sanggup menerima calon PAS sebagai wakil mereka.

Ini luar dari jangkaan ramai. Ketika Dato’ Onn menyuarakan cadangan agar keahlian UMNO dibuka kepada bukan Melayu, beliau telah ditentang oleh ahli-ahli UMNO sendiri sehingga Dato’ Onn membuat keputusan keluar dari parti tersebut dan menubuhkan Parti Malaya Merdeka (Independence of Malaya Party).

Menjadi persoalan di sini, kenapa Dato’ Onn mampu melontarkan cadangan yang begitu luar dari kerangka masyarakat ketika itu berfikir sehinggakan ramai menganggap beliau sudah tidak relevan?

Hakikatnya, beliau sendiri telah nampak perubahan politik yang bakal berlaku pada tahun 2008 ketika itu.

Namun, pemimpin UMNO ketika itu membutakan mata mereka daripada memandang hal yang sama. Mereka lebih senang menggunakan helah dan penipuan seperti yang saya nyatakan di atas demi mengekalkan kuasa yang ada di tangan mereka.

Saya merasa amat yakin, jikalau cadangan Dato’ Onn diterima ketika itu sudah tentu permasalahan sindrom politik takut yang melanda masyarakat Malaysia dapat ditamatkan.

Saya menghormati Dato’ Onn kerana keberaniannya melawan arus masyarakat ketika itu, demi tujuan melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang matang dan benar-benar harmoni.

Beliau cuba mendidik masyarakat melayu ketika itu, menyedarkan mereka dari tidur bahawa Malaysia ini bukan milik orang melayu sahaja tetapi mereka berkongsi tanah yang sama dengan rakan cina dan india. Beliau telah mencetuskan satu arus pencerahan yang amat sukar diterima pada waktu tersebut.

Kini, idea cetusan beliau itu makin marak malah telah menyebabkan pihak pemerintah menggigil ketakutan. Bayangkan seorang apek cina tidak malu mengangkat sepanduk “Kami Sayang Tok Guru” dan PAS sudah siap dengan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang dianggotai oleh mereka yang bukan Islam.

Kini, orang melayu mula menyertai DAP secara berjemaah!

Kenapa Sertai DAP?


Ya, saya mahu menyertai DAP. Saya mahu mendidik masyarakat di sekitar saya bahawa DAP bukan komunis. DAP bukan cina. DAP bukan anti-Melayu. DAP bukan chauvinist. DAP bukan anti-Islam. DAP bukan semua tanggapan kolot di atas.

DAP adalah parti politik yang sah di sisi Perlembagaan Malaysia. Tiada beza taraf DAP dan UMNO dari sudut perundangan. Cuma bezanya antara dua parti itu ialah DAP cuba mencerdikkan rakyat dan UMNO sudah sekian lama menipu rakyat.

Walaupun sudah ramai masyarakat Malaysia sedar tentang hakikat ini, namun hal ini hanya berlegar di kawasan yang mempunyai capaian maklumat yang tepat sahaja.

Bagaimana dengan nasib warga FELDA?
Bagaimana dengan nasib penduduk Sabah dan Sarawak?
Bagaimana dengan nasib masyarakat di kawasan pedalaman?

Hanya dengan kesediaan masyarakat yang sedar dan matang politik, untuk berani terjun melakukan sesuatu yang lain dari kelaziman maka cetusan pencerahan ke arah politik matang ini dapat dipercikkan.

Semakin ramai yang berani membuat keputusan begini, sudah tentu sindrom politik takut itu dapat dikurangkan hari demi hari. Pergiatkan program-program pencerahan kepada masyarakat.

Saya tidak tulis di sini bahawa hanya dengan menyertai DAP sahaja satu-satunya cara untuk membina sebuah masyarakat yang matang politiknya, tetapi ini salah satu usaha ke arah itu.

Masyarakat yang matang politiknya akan mampu berfikir secara rasional, tidak terpengaruh dengan sentimen perkauman, sedar akan hak mereka untuk berfikir dan memilih secara bebas tanpa dikongkong, tidak terperangkap dengan sindrom kerajaan pemerintah adalah kuasa segala-galanya tetapi insaf bahawa merekalah sebenarnya penentu siapakah yang akan menjadi pemimpin kepada mereka sendiri.

Saya terpegun dengan berita 2 graduan perundangan UiTM menyertai DAP. Timbul di benak saya, apakah ada “perancangan” yang gagal sehingga terjadinya kes sebegini terhadap graduan UiTM?

Mari kita baca ini, sambil berfikir secara orang dewasa yang matang.

Wallahualam.