Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2012

Protes Lapar 100: Tolak Ancaman Alam

Protes ini bermula semalam, 27 December 2012 selama 100 jam tanpa henti. Insya ALLAH dengan keizinan-Nya dijangka akan tamat pada 1 Januari 2013 jam 12:00 AM. Saya kira mereka yang datang ke Dataran Merdeka bagi menyambut perayaan tahun baru boleh menjenguk mereka dan paling tidak memberi sokongan moral kepada para protestan.

Kita bicarakan soal mengubah nasib Malaysia. Ini bukan soal mengubah susun atur sofa dalam pejabat atau soal mahu pilih restoran mana untuk makan malam. Berilah sedikit ruang kepada diri untuk menjengah apa yang dibicarakan umum sekali sekala. Jangan terus merasa cerdik dengan "smartphone" di tangan dan Twitter 24 jam sehari. Maaf saya terpaksa menyindir sebegini.

Moga kita termasuk dalam golongan mereka yang cuba berusaha dan ada cita-cita untuk melihat Malaysia berubah ke arah yang lebih baik.

Meningkatkan kesedaran orang ramai tentang projek-projek yang mengancam alam sekitar dan kehidupan rakyat Malaysia seperti kilang nadir bumi Lynas, lombong ema…