Sunday, August 19, 2012

Salam Eid’Fitri 1433H

Salam Eid’Fitri 1433H dari saya buat seluruh rakan pembaca laman blog yang usang ini. Moga kita berjaya menjadi golongan yang berhak meraikan kegembiraan ini di mata Tuhan yang Esa. Dengan serendah diri saya memohon kemaafan atas segala khilaf yang berlaku sepanjang kalian menjengah laman ini.

Mari kita sama-sama berdoa agar diberi peluang sekali lagi untuk bertemu pada Ramadan 1434H bagi menebus segala kesilapan yang kita lakukan sepanjang Ramadan yang lepas.

Ya ALLAH kau terimakanlah segala amalan kami sepanjang bulan Ramadan yang lepas. Sungguh kami tiada hak untuk mendabik yang kami berhak merayakan Eid’fitri pada hari ini.

Saudaramu,
Ahmad Tajuddin Abdullah