Thursday, April 26, 2012

Bingkisan Ringkas Buat Saff Kepimpinan ISIUKM sesi 2012/2013

Azan Safar – Presiden ISIUKM sesi 2012/2013

Sedarilah! Di luar sana ramai hati-hati mengharapkan sentuhan yang diselimuti dengan ukhwah yang termateri dengan ikatan akidah yang kukuh oleh setiap barisan kepimpinan ISIUKM yang dilantik saban tahun. Usah menyangkal lagi, kehadiran saff kepimpinan ISIUKM yang dipilih melalui proses tapisan yang jitu di tengah-tengah gelombang penyakit sosial masyarakat kampus nyata memberi sedikit ruang bernafas buat sinar Islam terus meruap di atmosfera UKM.

Informasi dan Penerbitan ISIUKM menyunting untaian kata ini buat barisan kepimpinan yang baru dilantik – tahniah dan takziah. Moga dua klausa ini menjadi bidikan sempurna buat semua rakan-rakan pimpinan baru.

Dunia makin radikal, transformasi makin menggila. ISIUKM wajib terus berlari mengejar baton masa. 2012 bukan lagi sebuah durasi bulan madu buat barisan kepimpinan baru tetapi ianya menjadi indikator bagaimana kesempurnaan wajah badan dakwah ini dalam tempoh separuh penggal kedua sesi kepimpinan kali ini.

Berusahalah! Mencari titik pertemuan, menyemarakkan nilai wehdah.

Jauhkanlah! Dari mengungkit perbezaan dan membesarkan kelainan.

35 tahun ISIUKM megah di perbukitan ilmu ini, harapan kami agar barisan kepimpinan baru terus berdaya saing di arena mahasiswa dan penyakit sosial yang semakin membarah. Tuhan Maha Mengetahui – berdoalah!

Tahniah dan takziah buat barisan kepimpinan baru ISIUKM sesi 2012/2013!

Saudaramu,
Ahmad Tajuddin Abdullah