Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2011

Rentetan Berdarah Peristiwa Memali 1985

Aku mencoret ini, yang diambil dari blog naqib usrah ku, Farid Al-Bariti bertujuan bukan sekadar memperingati pemergian 14 orang syuhada Memali, tetapi aku ingin mempersembahkan tulisan ini buat para pembaca supaya kita dan generasi mendatang akan terus sedar perihal kekejaman dan kezaliman yang diatur di corak oleh pemerintahan UMNO/BN.

Sampaikan lah cerita ini, moga-moga lipatan sejarah peristiwa Memali 1985 tidak mampu diganggu-gugat oleh fakta-fakta putar belit Majlis Professor Negara, buku-buku Sejarah KBSM dan mulut-mulut sang keparat yang tidak pernah gentar menyebarkan fitnah.

Hari ini, sudah 26 tahun berlalunya peristiwa berdarah Memali. Sepelaung air mata darah keluarga syuhada telah tumpah ke bumi. 26-tahun menjadi saksi segalanya. Al-Fatihah buat seluruh para syuhada Memali.

BABAK SATU (18 November 1985)Pada jam 1935 Berpusat di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai Petani, Kedah; 3600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Penang), Pasukan Senoi Perak, Anggota P…

Fitnah Memali: Mahathir Berkuasa Ketika Itu

Al-fathihah buat seluruh para syuhada yang gugur syahid mempertahankan diri dan keluarga daripada dizalimi pemerintah yang zalim, UMNO/BN.

19 November 1985. Waktu akan menjadi saksi. 26 tahun fitnah Memali itu terus menikam hati-hati orang yang beriman.

Percikan darah dari badan-badan para syuhada yang gugur syahid akan menjadi saksi.

Peluru-peluru yang digunakan untuk menembak para syuhada akan menjadi saksi.

Balu-balu para syuhada dan anak-anak kecil yang menjerit ketakutan akan menjadi saksi.

Keazaman dan keberanian para syuhada akan menjadi saksi.

Di hadapan ALLAH kelak, Mahsyar menjadi menjadi tempat pensaksian ke atas keparat yang mencaturkan segala kezaliman ini berlaku.

Doa kami, agar ALLAH mencucuri rahmat dan segala kebaikan kepada seluruh para syuhada dan keluarga mereka. Ameen.