Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2011

Usah Bercakap Umpama Sampah, Aspirasi UKM!

Saya begitu tergerak untuk memberi sedikit respons kepada artikel yang disiarkan dalam sebuah media milik Sekretariat Aspirasi UKM, Media Kampus UKM mengenai penafian mereka tentang kenyataan bahawa Aspirasi itu sebuah kelab politik yang begitu aktif di bumi UKM.

Padahal, secara hakikatnya kalian menulis artikel penafian tersebut telah menyerlahkan bahawa Aspirasi merupakan sebuah kelab politik secara terang-terangan. Ini dinamakan sebagai politik murahan. Kalian menjual nama Aspirasi selama ini atas kapasiti sebuah parti politik yang menjadi salah sebuah rakan persaingan merebut kerusi dalam Pilihan Raya Kampus saban tahun semenjak kalian menggunakan nama Tindakan Siswa Bersatu (TSB) lagi.

Tiba-tiba, hari ini kalian menafikan bahawa Aspirasi bukan kelab politik.

Kalian menghantar calon dalam pilihan raya kampus atas tiket Aspirasi, berkempen dengan risalah-risalah berlogo kan Aspirasi, memakai baju-baju Aspirasi ketika berkempen, menjeritkan slogan-slogan Aspirasi ketika berkempen, m…

UNDILAH, Because You're The Boss!

Terbaik, cukup untuk menggambarkan kempen UNDILAH oleh sekumpulan artis, blogger dan juga beberapa orang ahli parlimen yang terlibat dalam pembikinan kempen ini.

Bukan senang untuk Malaysia melahirkan sekumpulan komuniti masyarakat yang benar-benar sedar akan kepentingan rasa bertanggungjawab untuk mendaftar sebagai pengundi terutamanya dalam kalangan anak-anak muda.

Hangat berbicara soal politik.

Geram itu dan geram ini.

Tapi, mendaftar sebagai pengundi apabila layak pun tidak.

Jom layan!



54 tahun Malaysia merdeka, barulah kesedaran ini nampak semakin meningkat. Perlu kita ingat, tanah ini bukan milik UMNO dan sekutu!

Oleh itu, aku cukup yakin penambahan mereka yang sedar akan tanggungjawab mengundi mampu membanteras sedikit sebanyak aktiviti “mengimport” pengundi segera dari negara luar yang begitu rancak berjalan pada waktu ini. Tidak percaya?

Maka, aku menyeru rakan-rakan untuk turut sama merancakkan kempen ini.

Malaysia akhirnya mengiktiraf Nameewe, yang dulunya dikecam sedemiki…

Doaku Buat Adik Fathulrahman

Semalam, adik Fathulrahman mula bergelut dengan kertas-kertas peperiksaan UPSR. Dia pernah memberitahu aku, cita-citanya mahu mendapat 5A dan menyambung pengajiannya di Sekolah Sains Kuching.

Aku doakan cita-cita adik tercapai. Cukup terkilan, kerna tak mampu untuk bertemu dengan dia sebelum dia menghadapi UPSR.

Aku sampaikan doa dari jauh, moga-moga Tuhan per mudahkan segala urusannya untuk menjawab soalan dalam helaian kertas-kertas ujian itu.

Juga buat adik-adik Segubang yang turut menduduki peperiksaan UPSR bermula semalam, aku doakan kalian berjaya dengan cemerlang!

ATA, 17 Syawal 1432H