Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

1432H - Teori Kejatuhan Rejim Tirani

Alhamdulillah. Allahuakbar!

Maha kuasa tuhan yang memegang setiap pergerakan hatta sebutir pasir di alam ini. Semalam rejim Gaddafi akhirnya tumbang di tangan rakyat yang mahukan kebebasan daripada cengkaman sang penzalim, rejim tirani. Mungkin pada kertas namanya kumpulan itu pemberontak. Media-media akan melabelkan mereka sebagai pemberontak.

Pemberontak ini buruk wajahnya. Ya, mereka memang buruk jika kita juga termakan dengan kempen pembodohan yang sedang dijalankan secara besar-besaran di setiap media.

Tapi mereka adalah pemberontak yang lahir akibat tekanan yang maha kuat daripada sang penzalim. Mereka bangkit untuk mengubah, kerana resmi dunia kalau bukan mereka yang mengubah nasib mereka sendiri, maka siapa lagi?

Mahu mengharapkan negara jiran Arab yang lain?

Atau mahu menaruh harapan kepada Piagam Keselamatan PBB untuk membebaskan mereka?

Tiada jawapan buat persoalan di atas, melainkan cuma mereka perlu bangkit melawan dan menghancurkan segala halangan yang menjadi benteng ke…

Dalam Mihrab Cinta Ramaḍān

Semalam, ALLAH memberi kesempatan untuk aku dan Faisal hadir ke majlis berbuka puasa dan usrah bersama Abi di UKM. Kalau dikira-kira, sudah agak lama aku tidak bertemu dengan Abi. Rindu dengan celoteh Abi?

Mungkin.

Pertemuan sebegitu memang sewajarnya untuk aku hadir kerana itulah tempat untuk menilai balik diri yang penuh dengan dosa. Alhamdulillah, perkongsia dua hala semalam banyak memberi sesuatu yang lain kepada jiwa ini. Bertemu dengan abang-abang dan kakak-kakak yang dulunya pernah menenking serta ‘menyeksa’ aku dan rakan-rakan adalah umpama mengembalikan memeori lama.

Allahurabbi, semalam Abi membuka persoalan tentang puasa tahun ini. Apakah yang kami dapat sepanjang puasa tahun ini. Setiap seorang disuruh untuk respon, dan masing-masing diminta memberi tema kepada jawapan tersebut.

Pelbagai. Bermula dengan puasa itu dugaan, kesungguhan, berdikari, nafsu dan sebagainya. Aku merancang untuk menyebut tentang cinta. Haaa, lain sikit. Tapi sayang, sebahagian daripada kami tidak be…

Terima Kasih Affan Ruslan

Alhamdulillah, syukur aku pada-Mu ya ALLAH atas kurniaan rezeki ini. Tak berharap lansung, namun Dia tahu bila hamba-Nya amat memerlukan bantuan dan pertolongan. Aku menang giveaway anjuran Affan Ruslan, bakal jurutera perisian yang sedang menuntut ilmu di bumi Kanada, betul kan?

Mungkin ada yang kata, ini cuma sekelumit giveaway saja… Atau, oh menang giveaway domain name ya?

Tak mengapa, bagi aku ini cukup berharga.

Insya ALLAH, akan ku gunakan hadiah ini untuk merealisasikan impian menaiktaraf blog ISIUKM. Dah lama merancang, hari ini Dia bagi ‘cash‘ kepada aku. Terima kasih ya Saudara Affan Ruslan, pemilik blog Critical Angle atas hadiah yang tidak disangka-sangka ini.

Moga rahmat Ramadhan ini sentiasa melimpahi kita semua.

2 Tahun Time To Change

Hari ini, 16 Ogos 2011. Seakan sudah agak terlambat untuk aku menulis sesuatu sempena sambutan dua tahun genapnya blog +Time To Change berada di pelayaran internet dunia.

Blog ini dibina pada 3 Ogos 2009, bermakna kira-kira 13 hari aku terlewat dari tarikh sepatutnya artikel ini ditulis. Tak mengapa, itu cuma teknikal sahaja. Apa yang penting, aku mampu untuk mecoret sesuatu di sini insya ALLAH.

Secara kasarnya, kira-kira umur blog ini sudah pun menjengah 2 tahun lamanya. Alhamdulillah, Dia masih lagi memberi kekuatan kepada aku untuk terus menulis dan mencoret segala macam perkara di sini tanpa rasa jemu.

Seingat aku, walaupun ia tergolong dalam kalangan blog yang ‘jarang-jarang’ update namun aku bersyukur kerana setiap bulan aku masih lagi diberi kekuatan untuk menulis walaupun satu artikel.Jika dulu, blog ini terkenal dengan emosi politiknya, kini mungkin wajah itu tampil dengan sedikit berbeza dari sebelumnya jika pembaca-pembaca perasan.

Aku menggunakan frasa ‘emosi politik‘ kera…

Menarilah dan Terus Tertawa

♫♫ Menarilah dan terus tertawa
♫♫ walau dunia tak seindah dunia
♫♫ bersyukurlah pada Yang Kuasa
♫♫ cinta kita selamanya…. ♪♪♪

Indah bait lagu di atas. Saya kira semua pembaca sudah dapat meneka tajuk lagu di atas tanpa perlu berfikir panjang. Lagu yang ringkas, dinyanyikan dalam suasana penuh gembira oleh sekumpulan kanak-kanak yang membawa harapan, tetapi mempunyai maksud yang cukup mendalam.

Dan saya salah seorang yang cukup tersentuh dengan bait demi bait lagu ini.

Lagu di atas, cuba menyuruh kita bergembira. Walau pada hakikatnya kita menderita pada waktu itu. Kerana sepedih mana sekalipun penderitaan kita waktu itu, hakikatnya kita masih lagi mempunyai cinta dari Tuhan yang Esa yang sepatutnya tidak kita lupa sama sekali.

Saya mahu berkongsi, sebuah cerita bagaimana Rasulullah SAW sentiasa menghidupkan suasana bergembira dengan sahabat-sahabat baginda.

Diceritakan dari Anas bin Malik RA, salah seorang sahabat baginda ialah Zahir yang merupakan pemuda Badwi sentiasa menjadi bahan gur…

Saya Bangga Dengan Adik Saya

Hari ini, 10 Ramadan 1432H.

Bermakna, mahu tak mahu kita terpaksa mengakui betapa Ramadan semakin pendek hayatnya. Bagaimana dengan rupa Ramadan kita semua?

Teringin sekali aku berkongsikan sebuah cerita gembira kepada kalian semua, yang aku bakal menerima “orang” baru dalam senarai ahli keluargaku tidak lama lagi insya ALLAH. Kali ini aku bakal medapat seorang adik ipar!

Walaupun pada pangkatnya nampak seperti muda, kerana namanya adik tetapi sebenarnya jauh lebih tua daripada aku sendiri.

Petang tadi, ayah di kampung menelefonku.

“Din, abah ada benda nak cakap dengan Din ni….”

“Ape dia abah?”, soal aku yang sedikit “cuak” dengan ke”excited”an suara ayah aku di hujung talian.

Ada orang masuk meminang aku kah?

Atau aku bakal dipaksa kahwin oleh ayah aku dengan gadis pilihan keluarga aku?

Hehe, jauh kan aku fikir.

“Macam ni, Masyitah dah nak kahwin da…”

“Haaaaaaaaaa, biar betul!!!!”

“Betul la, dengan orang Kampung Sura. Insya ALLAH bulan Syawal ni akad nikah”

Hampir nak luruh jantung a…

34 Tahun Menerjang Badai, ISIUKM Komited Mendukung Islam

Tanggal 9 Ogos 2011, Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM) telah genap bertapak di bumi UKM selama 34 tahun.

Alhamdulillah, segala puji buat Tuhan Sekalian Alam yang telah memberi kekuatan buat badan dakwah induk ini untuk terus menerajui mahasiswa yang cintakan Islam di UKM dan menjadi platform utama kepada mahasiswa Islam untuk bergerak menegakkan syiar agama yang dicintai selama 34 tahun.

34 tahun ISIUKM bertapak di bumi ilmu UKM, bukan sedikit ranjau dan duri yang diterjang bagi memastikan badan dakwah ini terus bernyawa dan subur menapak dalam kalangan mahasiswa UKM.

Dengan misi mahu menjadikan Islam sebagai ad-deen atau cara hidup di bumi UKM, ISIUKM bertekad akan terus komited membawa suara Islam dan menjadi saluran utama buat mahasiswa Islam menggembleng tenaga ke arah mencapai cita-cita tersebut.

Sejarah 34 tahun bertapak di UKM, menjadikan ISIUKM membesar dan matang setelah mengalami beberapa kali jatuh bangun dan turut berperanan dalam mencorak warna sejarah kebangkitan mahasiswa…

Iklan Ramaḍān 8TV: Belajar Memahami Sebelum Anda Difahami

Saban tahun, isu iklan kontroversi sentiasa berkocak dan membentuk suasana tidak selesa dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Terbaru, kedatangan Ramadan 1432H telah diraikan dengan sebuah iklan Ramadan 8TV, salah sebuah stesen televisyen yang bernaung di bawah syarikat Media Prima yang kelihatan begitu skeptikal terhadap masyarakat Cina.

Saya mendapat dan membaca beberapa “unsatisfied response” dan “anger word” dari beberapa orang rakan-rakan saya yang berbangsa Cina dan juga beberapa orang rakan-rakan saya yang beragama Islam berkenaan iklan di atas. Pandangan dan respons mereka berdiri di atas satu paksi yang sama, iaitu “respect and understand each other“.

Saya tidak menafikan, iklan di atas cuba menyampaikan beberapa mesej baik berkenaan Ramadan yang sedang diraikan oleh seluruh umat Islam di dunia sekarang. Saya yakin, kalian turut merasakan perkara yang sama. Namun, buat mereka yang bermain dalam dunia media haruslah faham bahawa niat yang baik itu jika tidak disertakan dengan…

Malam Pertama Ramaḍān 1432H

Semalam, aku menyambut kedatangan Ramadan dengan menyebut beberapa kali “esok raya” kepada ayah aku ketika berbual dengannya melalui telefon. Cepatnya raya, sedangkan malam tadi masjid masih lagi menangis dengan kepungan manusia yang datang mencari tarawih malam pertama dengan harapan menggunung aku semoga kebanjiran ini berterusan selama 30 hari lamanya.

Di Malaysia, perkara sebegitu tidak pelik. Suasana dan ragam malam pertama Ramadan. Usai 15 hari pertama Ramadhan, masjid sudah tidak lagi dikepung manusia dan kenderaan pelbagai ragam.

Malam pertama, aku ke Masjid Besi sambil menghebohkan kepada orang ramai dalam twitter aku. Eh, itu riya’. Sempat juga aku menguji ketahanan lutut aku untuk bertahan sehingga rakaat ke-8 tarawih sebelum menyerah kalah kepada panggilan moreh yang disajikan dengan puding jagung dan kopi panas. Ramai manusia, tersangat ramai. Kadangkala suara imam tarawih tenggelam dengan bual bicara manusia yang melepak sambil mengunyah puding jagung di tepian kolam mas…