Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2011

Bingkisan Kecil Buat Guru

Kata seorang sarjana Barat,
“Guru yang terbaik adalah seorang guru yang memotivasikan pelajarnya berbanding mendominasi mereka, dan menginspirasi mereka dengan harapan untuk mendidik dirinya juga” – Edward Bulwer-Lytton Dialah seorang insan mulia, yang ditakdirkan ALLAH SWT untuk mendidik sekalian makhluk manusia di muka bumi ini dalam kepelbagaian cabang keilmuan. Madah sang seni di pentas dunia mengungkapkan tidak mungkin seorang yang bergelar raja itu tidak berguru dengan seorang guru.

Tidak mungkin pada akal seorang alim itu tidak berguru dengan seorang guru.

Tidak mungkin seorang hakim itu tidak berguru dengan seorang guru.

Tidak mungkin seorang pereka cipta itu tidak berguru dengan seorang guru.

Tidak mungkin seorang pemimpin masyarakat tidak berguru dengan seorang guru.

Bahkan, itulah jasa seberat Gunung Uhud oleh seorang insan yang bergelar guru!

Sebaik-baik raja, Sultan Muhammed Al-Fateh turut mengungkapkan bahawa gurunya adalah insan yang paling dia hormati. Kerana dia serba…