Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2011

The Brest Fortress

Mungkin sudah ada dalam kalangan kalian menonton filem di atas, The Brest Fortress. Dan aku termasuk dalam kalangan mereka yang terlewat menyedari kewujudan filem Russia ini. Tapi, alhamdulillah aku merasa amat bersyukur kerana peluang menonton filem ini telah memberi kepada aku suatu pengajaran yang maha hebat.

Filem Russia ini yang bertajuk The Brest Fortress seakan-akan memberi bayangan kisah si burung pipit kecil yang cuba berusaha memadamkan api yang marak sedang membakar Nabi Ibrahim AS angkara kezaliman Raja Namrud.

Perbandingan ini nampak seolah-olah melampau. Tetapi itulah yang aku rasakan sepanjang menonton filem hebat ini. Lantaran rasa terpukul dan terhina dengan mesej yang aku fikirkan setelah menonton filem Russia ini, menyebabkan aku telah memainkan filem ini sebanyak 4 kali tanpa rasa jemu dan bosan.

Percayalah, jika kalian memahami frasa “God didn’t ask the outcome but effort.” maka filem ini amat cocok dengan analogi kisah si burung pipit pada zaman Nabi Ibrahim itu…