Saturday, November 19, 2011

Fitnah Memali: Mahathir Berkuasa Ketika Itu


Al-fathihah buat seluruh para syuhada yang gugur syahid mempertahankan diri dan keluarga daripada dizalimi pemerintah yang zalim, UMNO/BN.

19 November 1985. Waktu akan menjadi saksi. 26 tahun fitnah Memali itu terus menikam hati-hati orang yang beriman.

Percikan darah dari badan-badan para syuhada yang gugur syahid akan menjadi saksi.

Peluru-peluru yang digunakan untuk menembak para syuhada akan menjadi saksi.

Balu-balu para syuhada dan anak-anak kecil yang menjerit ketakutan akan menjadi saksi.

Keazaman dan keberanian para syuhada akan menjadi saksi.

Di hadapan ALLAH kelak, Mahsyar menjadi menjadi tempat pensaksian ke atas keparat yang mencaturkan segala kezaliman ini berlaku.

Doa kami, agar ALLAH mencucuri rahmat dan segala kebaikan kepada seluruh para syuhada dan keluarga mereka. Ameen.