Saturday, February 12, 2011

Hadiah Kemenangan Dari ALLAH



Sesungguhnya ia adalah sebuah hadiah kemenangan dari ALLAH!

Benar janji Sang Pencipta buat pencinta keadilan.

Hari ini, seisi bumi dan langit menyaksikan sebuah retorik nafsu sang tirani laknatullah kembali kepada fitrah nya yang tergenggam dalam serba kelemahan manusiawi.

Esok, 12 Februari 2011 menjadi sebuah alunan kesyahduan ceritera kepada ulang tahun kesyahidan Hassan Al-Banna. Pastinya jika dia masih hidup ketika ini, maka dialah susuk jiwa yang wajib bergembira setelah kelahirannya di tengah gelombang kemunafikan Mesir kira-kira 9 dekad dahulu telah menjadi satu tujahan roh semangat dalam arus kemenangan hari semalam!

Dan, jika mereka yang sanggup berhujan panas selama 18 hari di Dataran Tahrir mahu bergembira seperti di dalam video di atas, apakah kalian mahu menyangkal kegembiraan mereka?

Tidak, kerana mereka berhak untuk bergembira. Dan kita pun sama!

Kita mesti menyembah rasa syukur kepada Sang Pencipta kerana Dia telah membuktikan di depan mata dunia akan kebenaran janji-Nya.

Aku berdoa, arus kebangkitan itu akan mengalir di bumi Malaysia tidak lama lagi. Siapa tahu?

Bahkan, cukup pasti bahawa ianya tidak akan menunggu masa yang lama. Sedikit sahaja lagi. Percayalah.

Kerana aku sangat beriman bahawa akan tiba suatu masa di mana manusia akan berbondong-bondong memasuki dan berlindung dengan agama serba suci ini!

Kalian boleh baca kronologi tersungkur nya sang tirani Hosni di sini, Egypt Revolution.