Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2011

Hadiah Kemenangan Dari ALLAH

Sesungguhnya ia adalah sebuah hadiah kemenangan dari ALLAH!

Benar janji Sang Pencipta buat pencinta keadilan.

Hari ini, seisi bumi dan langit menyaksikan sebuah retorik nafsu sang tirani laknatullah kembali kepada fitrah nya yang tergenggam dalam serba kelemahan manusiawi.

Esok, 12 Februari 2011 menjadi sebuah alunan kesyahduan ceritera kepada ulang tahun kesyahidan Hassan Al-Banna. Pastinya jika dia masih hidup ketika ini, maka dialah susuk jiwa yang wajib bergembira setelah kelahirannya di tengah gelombang kemunafikan Mesir kira-kira 9 dekad dahulu telah menjadi satu tujahan roh semangat dalam arus kemenangan hari semalam!

Dan, jika mereka yang sanggup berhujan panas selama 18 hari di Dataran Tahrir mahu bergembira seperti di dalam video di atas, apakah kalian mahu menyangkal kegembiraan mereka?

Tidak, kerana mereka berhak untuk bergembira. Dan kita pun sama!

Kita mesti menyembah rasa syukur kepada Sang Pencipta kerana Dia telah membuktikan di depan mata dunia akan kebenaran janji-…

OPKIM'11: Selagi Kudrat, Islam Dinobat

Perjalanan yang menjanjikan sebuah syurga barangkali, detik hati aku selepas tamatnya OPKIM’11 minggu lepas di Bau, Sarawak.

Di bumi Kenyalang, mereka yang bekerja untuk Islam di sana seolah-olah syurga mencari mereka!

Alhamdulillah, tiada kata lain selain ucapan syukur tidak terhingga di atas nikmat kurniaan Ilahi apabila Dia membenarkan aku untuk turut sama mengikuti Program Khidmat Masyarakat 2011 (OPKIM’11) anjuran Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM) pada 31 Jan sehingga 4 Feb 2011 yang lepas.

Biarpun terpaksa menanggung derita rindu untuk pulang ke kampung halaman ketika rakan-rakan yang lain enak bercuti sempena Tahun Baru Cina, kami seramai 20 orang peserta OPKIM’11 telah dibawa terbang oleh AirAsia ke bumi Kenyalang. Bah, satu takdir yang tidak pernah dirancang oleh benak minda ku selama ini untuk sampai ke bumi seberang Laut China Selatan itu!

Walaupun program kami pada awalnya agak kelam kabut akibat pertukaran tempat pada saat-saat akhir, namun kebijaksanaan dan kecekapan AJK P…