Wednesday, January 26, 2011

Isu Bersalam Dengan Bukan Mahram: UMNO Gagal Membela Islam

Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia!

Mungkin jika kita menghayati betul-betul tagline di atas, maka kita faham apa maksud sebenar tagline tersebut. Keberadaan situasi sekarang di Malaysia menampakkan betapa mereka yang memimpin Malaysia sekarang sudah tidak mampu berbuat apa-apa lagi untuk mengubah negara ini ke arah yang lebih baik.

Jadi apa lagi, jom kita UBAH SEKARANG!

Tenang, sebuah tanah yang menyaksikan ALLAH melondeh topeng pemuka-pemuka munafik di Malaysia dengan begitu tenang. Ya, isu bersalam dengan bukan mahram ternyata menjadi bukti kukuh bahawa UMNO sudah tidak layak lagi untuk terus menanggung beban kepimpinan negara pada masa ini. Bahkan mungkin untuk selama-lamanya selagi dasar mereka masih memuja berhala sekularisme.

UMNO tersepit di antara dua persimpangan. Selama ini, mereka mampu berselindung dan menyembunyikan pembohongan mereka. Tetapi, kali ini isu bersalam benar-benar berjaya melondeh kemunafikan mereka. Keras?

Fikirkanlah kata-kata ini.

Bagi saya, Barisan Nasional (BN) kali ini agak tergopoh gapah sehinggakan rentak tari politik mereka seakan tergugat. Hanya apabila rakan kongsi mereka dari MCA, Chua Soi Lek dan beberapa pemimpin Gerakan tidak bijak menyusun atur serangan terhadap calon PAS dan menyebabkan pemimpin-pemimpin UMNO mula tersepit.

Kuasa ALLAH menentukan segala-galanya!

Mungkin saya cuba bersangka baik dengan Chua Soi Lek dan rakan-rakan mereka yang bukan Islam, bahawa mereka mengungkit isu ini adalah kerana mereka tidak memahami ajaran Islam yang sebenar.

Mereka kafir, maka tidak hairanlah untuk mereka merasa begitu. Tetapi, saya merasa hairan apabila memikirkan MCA, Gerakan sudah bersama-sama UMNO bukan sehari dua, atau sebulan dua tetapi sudah hampir separuh abad!

Apa yang UMNO buat kepada mereka sehinggakan mereka langsung tidak faham ajaran Islam yang begitu mudah dan nampak di mata selama ini?

GAGAL!

Mungkin hal ini tidak terfikir oleh UMNO akan menjadi satu buah pukulan yang begitu dahsyat yang mampu membuka mata rakyat terhadap kemunafikan mereka selama ini. Bab kata pepatah, terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata…..

Dalam isu ini, UMNO mungkin tahu dan semestinya mereka tahu bahawa kenyataan Chua Soi Lek itu salah sama sekali dan isu ini tidak sepatutnya didendangkan oleh rakan kongsi mereka, MCA. Tetapi akibat mereka gagal memberi didikan kepada MCA dan Gerakan dalam hal tata kelola keagamaan menyebabkan MCA dan Gerakan makin jauh dari ajaran Islam.

Malah mereka kelihatan seolah-olah menghina pengamalan sesebuah agama yang tulen. Menghina atau mencerca pengamalan agama yang lain adalah melampau dan ekstrim.Ini ekstrem yang sebenar!

Maka, salah siapa di sini?

Mungkin UMNO boleh menjawab dan membela kesucian Islam dalam isu ini, tetapi mereka akan kelihatan menyokong PAS!

Ini tidak boleh. Sudah melanggar sempadan akal pemimpin UMNO untuk membela calon PAS. Dunia sudah terbalik jika mereka sanggup melakukan sedemikian rupa.

Saya sendiri tidak mampu membayangkan bagaimana rupa apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa membuat satu sidang media untuk membela calon PAS dalam isu bersalam dengan bukan mahram dan mengatakan bahawa tindakan Cikgu Mala untuk tidak bersalam dengan bukan mahram adalah betul dan bertepatan dengan ajaran Islam yang sebenar.

Dan pastinya dia mesti mengecam kenyataan tidak bertanggungjawab Chua Soi Lek itu. Benar, saya tidak mampu membayangkan keadaan itu akan berlaku.

Membela tindakan calon PAS ketika saat yang begitu genting dalam keadaan semua media tertumpu di Tenang adalah satu tindakan terbodoh yang mungkin di ambil oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam usaha menyelamatkan imej UMNO di mata rakyat!

Tidak mungkin sama sekali untuk sebuah parti yang berjuang di atas nama kebendaan untuk melakukan tindakan sebegitu. Terbukti UMNO gagal membela Islam.

Malah, jika dia sanggup melakukan sedemikian rupa, alamak periuk nasinya pasti akan bergetar ketakutan kerana memikirkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri akan tergugat.

Betapa tidak jika isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansur pun nampak HALAL dan bebas untuk bersalam dengan sesiapa sahaja terutamanya memeluk Lee Chong Wei dengan penuh mesra!

Arghh, tidak mungkin. Tindakan yang akan menggerudi akal setiap pemimpin UMNO. Gila!

Tidak mungkin sama sekali!

Jadi, untuk menyelamatkan diri UMNO cuba pendekatan untuk senyap dan membisu dalam isu ini. Jelas, tiada sebarang kenyataan di akhbar tentang isu ini dari lidah-lidah pemimpin UMNO bermula dari pemimpin atasan sehingga pemimpin bawahan mereka.

Senyap tidak mampu mengubah keadaan. Membisu bukan alternatif terbaik dalam menyelesaikan masalah yang sedang membuak.

Bersuaralah!

Jika UMNO terus membisu dalam isu ini, maka akan nampak begitu ketara betapa UMNO GAGAL MEMBELA ISLAM!

Sedang pada masa yang sama, PAS bertungkus lumus membela kesucian amalan agama tersebut. Rakan-rakan NGO lain termasuklah PERKASA mampu bersuara membela tindakan Cikgu Mala. Mereka bersuara bukan atas kepentingan politik!

Mereka bersuara kerana isu ini adalah isu yang menghina ajaran Islam, tetapi, UMNO terus tidur. Gagal membela Islam secara total. Membisu bukan caranya. MCA dan Gerakan tidak akan faham ajaran Islam dengan membisu nya UMNO dalam isu ini.

Seingat saya, UMNO lah selama ini juara dalam TV bahawa mereka adalah pembela Islam yang sebenar!

Kering air liur mereka berteriak di dalam Perhimpunan Agung UMNO untuk membela Islam.

Bergegar pentas PWTC dengan jeritan Hidup Melayu, Hidup Islam!

Tetapi, sekarang?

Di mana Ulama Muda UMNO yang begitu hebat memperjuangkan Islam di dalam UMNO?

Maka, UMNO memilih untuk senyap. Sekali lagi mereka GAGAL membela Islam. Terbukti dakwaan saya benar dan berasas.

Mereka tersepit. Bersuara membela salah, tidak bersuara membela pun salah. Jadi apakah penyelesaian terbaik buat UMNO.

Kata saya, bersuara lah membela Islam. Jangan bersuara membela PAS tetapi bersuara membela Cikgu Mala dalam isu ini kerana Islam!

Kalau bukan rakan karib yang menasihati kita, siapa lagi yang mampu menasihati kita?

Jika selama ini UMNO adalah rakan karib MCA dan Gerakan, maka UMNO lah bertanggungjawab memahamkan mereka tentang ajaran Islam. Bukankah UMNO adalah pembela Islam tegar di Malaysia selama ini?

Maka, bertindaklah!

Inilah masanya. Jangan kita tunggu lagi. Marilah kita ubah sekarang. UMNO sudah tenat dengan penyakit tuanya. UMNO sudah tidak mampu membawa apa-apa perubahan lagi di Malaysia ini. UMNO sudah tiba masanya untuk bersedia menghadapi saat kematiannya.

Perkara utama yang sewajibnya kita semua sedar, UMNO bukanlah tempat untuk kita mengharapkan Islam itu akan terbela!

Saya ulang sekali lagi, UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA!

Mungkin tika ini, pemimpin UMNO sedang kelam kabut mencipta topeng baru bagi menggantikan topeng lama mereka yang sudah terlondeh itu.

Maha Suci Engkau ya ALLAH, sesungguhnya benarlah bahawa setiap detik anak Adam itu tidak akan terlepas sedikit pun daripada perancangan-Mu yang Maha Angkuh!

Jika manusia mampu bersikap angkuh dengan ajaran Tuhan, ingatlah betapa ALLAH lagi besar angkuhnya berbanding manusia yang serba hina ini!

Maaf kerana tidak meletakan gelaran Dr. di depan nama Chua Soi Lek kerana saya merasa jijik untuk menyebut Dr pada mereka yang mengamalkan seks bebas. Tidak layak.

Sampaikan lah tulisan ini seluas mungkin kepada sesiapa sahaja yang bergelar rakyat Malaysia. Saya amat-amat menghargai sesiapa yang sudi menyebarkan tulisan kecil ini. Tidak perlu kredit kepada +Time To Change, cukuplah dengan tekad mahu membentuk sebuah pencerahan di negara kita.

Kepada pengundi di Tenang, pilihlah pemimpin yang mampu me”manusia”kan manusia.