Friday, October 29, 2010

Keluarga Mahkota Buana

Alhamdulillah, progres nya lancar. Kini sudah hampir 40% kekemasan gerak kerja. Kerjasama antara Jawatan Kuasa Utama Karnival Islam Intelek Globalisasi 1M (INTEG) UKM dengan Persatuan Anjung Seni Bingkas Kebayan Malaysia untuk mementaskan sebuah teater muzikal di Panggung Seni UKM hampir menjadi kenyataan.

Pertemuan kedua petang tadi telah menerbitkan rasa syukur yang teramat kepada diri saya yang begitu teruja mahu melihat kerjasama ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

Kami di peringkat Jawatan Kuasa Utama Karnival Islam INTEG amat menyedari akan kepentingan untuk kita memanfaatkan medium teater demi kelangsungan dakwah di mana-mana sahaja dalam kalangan masyarakat masa kini.

Sayang jika peluang ini kami gagal manfaatkan kerana minat masyarakat kini terutamanya golongan muda ialah hiburan. Maka, kami berazam mahu menggunakan platform teater untuk menyampaikan mesej dakwah dan nilai-nilai Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW.

Teater muzikal yang akan dipentaskan di UKM nanti bertajuk “Mahkota Buana” dan dilakonkan oleh barisan pelakon kanak-kanak di bawah seliaan pihak Bingkas Kebayan. Teater yang mengisahkan bagaimana sebuah Kerajaan Kesultanan Melayu di Selat Melaka yang mahu mempertahankan kedaulatan mereka daripada serangan kumpulan jahat.

Dan menariknya, pihak Bingkas Kebayan mahu memberi peluang seluas-luasnya kepada mahasiswa UKM yang berminat untuk sama-sama menjayakan pementasan teater muzikal ini.

Oleh itu, kami sendiri menjemput rakan-rakan yang berminat untuk terlibat dalam beberapa bahagian untuk pementasan teater muzikal ini iaitu:

  1. Sesiapa yang berminat untuk membuat set atau probe terutamanya pelajar architecture
  2. Sesiapa yang mahir dalam bidang multimedia, animasi dan grafik terutamanya pelajar FTSM
  3. Sesiapa yang berminat atau mahir dalam perekaan suasana terutamanya pelajar Kimia untuk mencipta asap dan awan
  4. Sesiapa yang berminat untuk menjadi pelakon dan berlakon bersama-sama pelakon Bingkas Kebayan
  5. Sesiapa yang berminat untuk terlibat dalam pengurusan pentas (stage management) dan urusetia teater
  6. Sesiapa yang berminat untuk terlibat sebagai “backstage man“

Untuk stage management, berlakon dan backstage, kelas latihan akan disediakan oleh pihak Bingkas Kebayan secara percuma dan akan dikendalikan oleh mereka yang telah terlibat dalam pengurusan teater secara profesional dan sepenuh masa. Jom sama-sama rebut peluang ini. Kepada yang berminat,boleh menghubungi,

  1. ATA (Ketua Pengarah Karnival Islam): 013 2968738
  2. Nural’ain (Penyelaras Teater Muzikal Mahkota Buana): 013 4291788

Penyertaan ini terbuka kepada sesiapa sahaja selagi bergelar pelajar UKM. Tidak hanya tertumpu kepada mereka yang disebut di atas sahaja, tetapi kepada sesiapa yang berminat tidak kira dari fakulti mana.

Untuk pengetahuan rakan-rakan, Persatuan Anjung Seni Bingkas Kebayan Malaysia adalah satu-satunya persatuan teater kanak-kanak yang masih lagi “kuat” di Malaysia. Kewujudannya adalah semata-mata untuk mengembangkan lagi prospek teater dalam masyarakat Malaysia dan menjadi tempat untuk kanak-kanak Malaysia mengenal kehidupan dan memanfaatkan masa mereka dengan perkara berfaedah.

Diasaskan oleh Encik Ladin bin Nuawi, seorang penggiat seni yang tidak asing lagi di Malaysia telah berjaya membawa persatuan seni ini untuk mementaskan beberapa teater muzikal di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur, Istana Budaya dan beberapa tempat lagi dengan berasaskan kepada lakonan kanak-kanak.

Di sini saya kongsi kan sedikit gambar-gambar keluarga Mahkota Buana yang bertemu untuk pertemuan petang tadi.






Anyway, saya selaku Ketua Pengarah Karnival Islam amat berharap agar matlamat dan objektif dalam pementasan teater muzikal ini tercapai sekaligus akan dapat membantu melangsungkan lagi penyebaran dakwah di perbukitan ilmu UKM.

Penghargaan tidak terhingga kami ucapkan kepada Penasihat Utama Karnival Islam, Prof Madya Dr Zaki Nuawi yang juga merupakan adik kepada En Ladin Nuawi yang banyak membantu melancarkan proses kerjasama ini memandangkan kami semua masih dalam suasana peperiksaan akhir semester ini.

Saya sendiri teruja dan kami semua amat teruja untuk berhadapan dengan cabaran yang bakal dihadapi untuk menjayakan pementasan Teater Muzikal Mahkota Buana ini.

Moga ALLAH membantu mempermudah segalanya kepada kami insyaALLAH….

Monday, October 25, 2010

The Warisan Merdeka Antics

They told us, Malaysia will be one of the most develop and modern country in this world;
They told us, we will achieve it by build the 100-storey of Warisan Merdeka;
We ask them – Mr Najib, are you blind?
Long ago Steven R Covey wrote, “Put the first thing first.”
We ask you Mr. Najib to think about that;
Because there are about 27 millions of Malaysian living outside Perdana Putra;
Still grieving for a scoop of rice and a slice of bread;
Only if you think about that, Mr. Najib…

Bandar Baru Bangi,
5:41 PM

Friday, October 22, 2010

Penawar Penyakit Mabuk Cinta

Berbicara soal cinta membuatkan aku penasaran kerana aku bukanlah orang yang sesuai untuk bersoal jawab dan berhujah berpolemik dalam lubuk hati dan perasaan ini. Bukan apa, kerana sehingga kini aku masih belum dapat merasa apakah itu CINTA yang dicanangkan oleh kebanyakan rakan aku sejak dari sekolah rendah sehingga ke alam universiti.

Pernah teringin untuk mencintai dan dicintai namun apakan daya, nak peluk gunung tangan tak sampai. Kata seorang sahabat, kau bertuah kerana ALLAH menyelamatkan kau dari bahana CINTA.

Minta maaf jika pembuka bicara ini agak mengarut tetapi itulah hakikat yang aku lalui selama ini. Tujuan aku menulis ini bukan untuk menceritakan perihal diri aku yang tidak pernah merasa nikmat cinta bercinta tetapi untuk berkongsi rasa dengan semua sahabat-sahabat tentang perihal cinta di alam remaja terutamanya.

Konteksnya, setengah aku jumpa mereka ada yang terlalu MENGEJAR cinta dan ada pula yang DIKEJAR cinta tak berkesudahan. Itulah hakikat putaran dan percaturan dunia. Masing-masing ada hikmah tersendiri. Cuma tinggal kita untuk menilai dan bermuhasabah kembali tentang hakikat itu. Semalam, aku berbual dengan seorang sahabat dunia akhirat aku tentang soal cinta.

Panjang dan lebat. Panas dan menggetarkan jiwa.

Tak perlu aku sebutkan nama dia di sini tetapi cukuplah aku mengaku bahawa aku turut mahu bersama dia di syurga kelak. Itulah sahabat aku yang umpama jika dia merasa kesakitan sebegitu, aku turut merasai kesakitan itu dan aku cuba menyelami perasaan dia demi mengeluarkan dirinya daripada kemelut jiwa dan perasaan itu.

Sungguh, aku bukanlah pakar apatah lagi seorang alim tetapi cuma seorang sahabat seakidah. Aku katakan pada dia betapa sang pemberi hidayah itu adalah ALLAH. Maka, umpama kata seorang pensyarah ku, merintihlah pada tuhan mu nescaya akan ada pertolongan buat mu.

Dirinya tersepit kerana dia sering DIKEJAR cinta. Makin ditolak makin berbondongan cinta datang mengejar hatinya. Aku menghela, bertuahnya kau sahabat.

Tapi, diri dan jiwanya tidak pernah merasa bertuah kerana diberi peluang sebegitu. Lantaran kesan daripada pentarbiahan jiwa dan nafsu maka dia merasa amat berdosa dan bersalah. Nah, terkesima aku di kala dia menyebut bahawa dia amat takut jika kerana nikmat itu dosanya terus bertambah dan bertambah.

Aku pula merasa malu kerana sekurang-kurangnya ingat pada dosa itu menjadi pendinding kepada melakukan dosa yang lebih besar. Tapi, aku jarang sekali merasa sebegitu. Sekarang aku baru sedar keunikan penciptaan manusia oleh ALLAH SWT di dunia ini.

Dia meletakkan sahabat aku dalam situasi DIKEJAR cinta tapi dalam pada masa yang sama dia dikurniakan rasa berdosa yang amat pada Penciptanya tapi, ada juga mereka yang gagal merasa takut dengan dosa yang diperbuat oleh mereka. Bersyukur kerana ALLAH sayangkan kita sebenarnya.

Dia menceritakan pada aku bagaimana dirinya DIKEJAR cinta sejak sekolah rendah lagi. Masuk ke alam menengah adegan ini berterusan sehinggakan membawa kepada satu tahap yang kritikal. Bukan pada dirinya sahaja, tetapi sesama mereka yang mengejar CINTA sahabat aku ini.

Terpaksa menjauhkan diri supaya dapat mengelak daripada terjebak dengan lebih jauh lagi. Namun, nafsu ke kadang mengatasi iman. Ya itu normal sebagai manusia yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.

Bukan dia yang meminta atau memujuk rayu untuk dicintai oleh sesiapa tetapi ujian ALLAH pada dia telah meletakkan posisinya yang mudah menarik minat orang lain untuk mengejar CINTA nya. Katanya lagi, jika kisah pengalamannya itu dibukukan mungkin sudah terbit sebuah novel yang begitu tebal untuk menggarap kisah hatinya yang senantiasa DIKEJAR cinta.

Maka dia bertanyakan pada aku apakah penyelesaiannya yang sepatutnya dia ambil kerana bimbang jika keadaan ini akan terus menyebabkan dia makin berdosa dan bersalah.

Alhamdulillah, ingat ALLAH itu adalah penawar yang mujarab. Jika boleh mengelak, cuba elakkan tapi bagaimana pula dengan mereka yang berada di sekeliling dia setiap hari setiap waktu. Sudah tentu sukar untuk memberi alasan.

Jadi, aku menasihatinya agar ubahlah landskap itu menjadi medan dakwah kita kepada mereka yang cuba ingin mendapatkanINTA kita. Susah memang diakui tetapi sepatutnya kita bersyukur diuji sebegitu kerana ALLAH Maha Mengetahui kenapa Dia meletakkan kita dalam situasi sebegitu.

Namun, berbeza pula dengan situasi mereka yang terlampau MENGEJAR cinta. Percakapan seharian mesti akan berkait rapat dengan situasi yang mereka alami itu. Kadang kala rasa kasihan menjengah diri melihat beberapa orang sahabat-sahabat yang terlalu MENGEJAR cinta.

Kerana perasaan dan keterujaan itu menyebabkan mereka mudah mendekati perkara yang tidak sepatutnya. Malah ke kadang cuba mencari dalil bagi menghalalkan perbuatan mereka itu. Aku tidak tujukan pada sesiapa penulisan ini tetapi jika ada sahabat-sahabat terasa, ambillah iktibar.

Seperti sahabat aku di atas yang hidupnya sentiasa DIKEJAR cinta, begitu juga nasihat aku pada mereka yang terlalu asyik MENGEJAR cinta ini iaitu ingatlah ALLAH. Sungguh, ini adalah penawar yang paling mujarab yang mampu mencegah diri kita daripada melakukan perkara-perkara yang menghampiri zina terutamanya.

Untuk aku mengatakan cukup-cukuplah itu wahai sahabat ku, mungkin agak berat untuk mereka tetapi ambillah peringatan ini. Supaya setiap langkah kita itu masih lagi dapat menahan hasutan syaitan laknatullah. Bukan bermaksud aku menggalakkan kalian untuk terus MENGEJAR cinta tetapi jikalau kalian memang tidak mampu lari daripada polemik itu,beringatlah senantiasa pada sang Pencipta.

Teringat kata-kata sahabat aku yang hatinya sentiasa DIKEJAR cinta apabila dia melihat kawan-kawannya yang sibuk MENGEJAR cinta, “Bodohnya kalian kerana tidak mengetahui betapa merananya kalian jika memiliki cinta yang direka-reka itu.”

Ya, aku dan sahabat aku itu mengakui bahawa CINTA itu tidak haram dan BERCINTA pun tidak haram tetapi perlulah dengan syarat dan kondisi nya. Nak tau bagaimana mahu menjadikan CINTA itu halal, ada petuanya di sini.

Akhirnya, perbualan kami pada malam itu berakhir dengan satu kesimpulan – betapa hanya kerana rasa takutkan ALLAH sahaja mampu menyelamatkan diri kita daripada terjerumus ke dalam perangkap syaitan terutamanya lelaki di mana ALLAH sendiri telah menyebut dalam al-Quran bahawa ujian untuk kaum Adam yang terbesar ialah makhluk yang dicipta dari tulang rusuk mereka sendiri. Ini mungkin penawar penyakit cinta yang tidak berkesudahan, yang aku boleh kongsikan sedikit buat para pembaca.

Buat sahabat aku yang sudi berkongsi rasa hati ini kepada aku tentang kisah hidupnya, aku mendoakan agar dia terus mampu teguh melawan hasutan dan takut pada Dia yang memerhatikan kita setiap tika dan waktu.

Wallahualam…

Thursday, October 21, 2010

Lifelong Learning

People come, go and part
Some, leave a deep mark on your heart

Each human we meet, is a part of his grand design
Each meeting has it own purpose, a purpose divine

A lesson to be learnt, from each encounter, however brief
Be it a holy man, a true friend or even a thief

Our life is a long learning process
We learn from each of joy or duress

And thus forms our character, our soul, our very essence
Life is a long class, made of many such lessons

From the time we are born and as we grow
Our experiences mould our psyche that we do know

Some factor can’t be help, some we can improve upon
Absorb only the good and the right, let evil be bygone

A child is so innocent when he is born
Radiant, beautiful, like the new dawn

Untouched, unaware, pure and essentially good
Let him develop as God willed it, as he should

No prejudices, no hate, love for all fellow man
Why discrimination of caste, colour or race then??

We all love hate, cry and eat and breathe the same
Then whats in the country, the cage, the religion or the name??

We all will die and go to the same dust
So lets live a fair life as we must

Death is the only reality, the greatest truth
So let conquering our ego, mark the final pursuit

This life is a precious gift from God to us
So as he wants us to, lets live it… Thus…

-----
This poem never get old. I read it long time ago, and read again and again to remind myself. BIG Credit though to its writer.

Monday, October 18, 2010

Belanjawan 2011 dan Harapan Islam di Malaysia

Mungkin inilah Bajet Malaysia yang terbaik mampu dihasilkan oleh Dato' Seri +Najib Razak dan rakan-rakan sejawatnya. Seperti komentar seorang rakan tentang Bajet 2011 ini katanya, bukan tidak mahu bersyukur tapi…

Saya masih lagi boleh menaruhkan sedikit kepercayaan pada Bajet 2011 ini apabila mendengar antara strategi dalam menjayakan pelaksanaan Bajet 2011 ini iaitu membangunkan modal insan dan menyejahterakan hidup rakyat. Nampak sangat baik tapi kami di bawah ini amat menanti-nantikan tindakan ke arah merealisasikan strategi tersebut.

Sebenarnya, setiap kali pembentangan Bajet Belanjawan Malaysia tidak kira apa tahun sekalipun, hati kecil meminta agar bajet dan peruntukan yang sewajarnya kepada pembangunan kerohanian dan pemantapan sahsiah kepemudaan Malaysia dapat disalurkan. Namun, dalam Bajet 2011 ini sekali lagi hati kecil ini dikecewakan oleh barisan pentadbiran Malaysia.

Hari ini, kita menyaksikan Malaysia telah dijangkiti dengan wabak penyakit sosial yang begitu parah sehinggakan ada sesetengah orang mengatakan keadaan sosial di Malaysia seakan menyamai keadaan sosial di negara-negara barat.

Mungkin benar dan mungkin juga salah tapi aku pun berpendapat sedemikian kerana menyaksikan kadar kelahiran anak luar nikah yang berdaftar sahaja sudah cukup membuatkan kita terbeliak biji mata. Maka, dari situ kita sudah dapat mengagak tahap kritikal penyakit sosial di Malaysia.

Jadi, bila melihat situasi dan kondisi ini saya amat berharap jika kerajaan mampu menyediakan sesuatu dalam mengatasi masalah ini terutamanya kerana tanpa adanya bekalan modal insan yang mencukupi, manakan mungkin Wawasan 2020 dan cetusan transformasi negara dapat dijalankan. Oleh itu, sudah pasti tindakan untuk mengatasi masalah ini perlu diambil dan dipandang serius oleh kerajaan.

Namun, sekali lagi kerajaan pimpinan Najib mengecewakan saya apabila hasil pembentangan Bajet 2011 sama sekali tidak mesra kepada proses pemulihan modal insan dan pembangunan kerohanian masyarakat tidak kira di peringkat mana umur mereka. Jom kita telusur beberapa pembaziran sumber duit dalam Bajet 2011 kali ini:

  1. RM111 juta untuk pembangunan Projek Permata Pintar
  2. RM5 billion untuk projek bersepadu “Warisan Merdeka” dengan Menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia
  3. RM85 juta untuk pembinaan hotel dan resort peranginan di kawasan pedalaman
  4. RM50 juta untuk pembinaan laluan pejalan kaki di lingkaran KLCC ke Bukit Bintang

Dan pelbagai lagi duit ke arah pembangunan material dan kroni. Cuba bandingkan dengan bajet yang disediakan untuk pembangunan pendidikan, modal insan dan kerohanian negara:

  1. RM20 juta untuk menambah peratusan akademik berkelulusan PhD
  2. RM70 juta untuk program yang melibatkan NGO terpilih bagi mengatasi kes rempit, pembuangan bayi, gengsterisme
  3. RM95 juta untuk bantuan per kapita Sekolah Agama Rakyat (SAR)

Dan beberapa lagi peruntukan ke arah melahirkan masyarakat yang teguh pendidikan dan bekalan modal insan yang mapan namun point utama saya ialah kenapa skala duit yang ditetapkan di antara senarai bajet di atas dan di bawah begitu ketara sedangkan dua strategi utama yang diumumkan oleh Najb bagi menjayakan Bajet 2011 ini ialah membangunkan modal insan dan menyejahterakan hidup rakyat.

Hal inilah yang menjadi persoalan terbesar dalam benak pemikiran saya selaku salah seorang warga Malaysia yang merdeka dan bebas berfikir. Saya boleh bersetuju dengan kata-kata seorang sahabat, Fariq betapa Bajet 2011 ini masih lagi gagal dalam membantu Malaysia ke arah memperkasakan pendidikan ke seluruh peringkat umur dan menjadi teras kekuatan kepada lahirnya warga negara yang dinamik, berakhlak dan fleksibel.

Aku tidak menafikan jika sahabat-sahabat mengatakan aku “bias” dalam mengutarakan pendapat kerana aku tidak dapat lari daripada membicarakan dalam konteks sebegini dan aku lebih suka meminjam kata-kata Fariq betapa kerajaan harus lebih fokus pada TERAS utama pembangunan yang masyarakat Malaysia mahukan.

Realiti masyarakat Malaysia yang makin tenat dengan masalah sosial dan kemarau pendidikan yang matang tidak kira dalam aspek mana sekalipun. Bukannya dengan membuang sebegitu banyak peruntukan wang negara ke arah perkara yang memungkinkan memberi keuntungan kepada mereka-mereka yang tertentu dan mengabaikan golongan yang terpencil.

Maka, sekali lagi dalam pembentangan Bajet 2011 ini saya tidak nampak usaha kerajaan ke arah memperkasakan Islam yang dimaktubkan sebagai agama rasmi negara dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Mungkin saya sendiri yang buta dalam menilai erti pembangunan material sehingga gagal menemui kebaikan-kebaikan dalam peruntukan bernilai ratusan juta yang mampu memperkasakan kerohanian dan modal insan masyarakat.

Mungkin….

Friday, October 8, 2010

Mencontohi Furkan Doğan Si Syuhada Mavi Marmara


“Ayah, saya nak pergi ke Palestine kerana mahu menolong saudara-saudara saya yang menderita di sana.”

Itulah kata-kata Furkan Doğan, syuhada berumur 19 tahun dalam peristiwa serangan Mavi Marmara beberapa bulan yang lepas kepada ayahnya ketika dia ditegah daripada mengikuti rombongan kemanusiaan itu.

Mendengar cerita ini dari mulut Tuan Azman, salah seorang sukarelawan daripada Malaysia yang turut berada di atas Mavi Marmara ketika diserang membuatkan saya teringat kembali kisah bagaimana semangatnya dua putera ‘Arfa untuk pergi berperang bersama-sama Rasulullah SAW dalam peristiwa Perang Badar semata-mata untuk memenggal kepala Abu Jahal yang begitu banyak menyeksa kehidupan Rasulullah SAW tika di Makkah seketika dulu sebelum berhijrah ke Madinah. Kisah ini diceritakan dalam Sahih Bukhari oleh Abdul Rahman bin Auf r.a.

Mungkin ALLAH SWT masih mahu menunjukkan kepada dunia betapa semangat jihad itu masih tertanam dalam diri umat Islam yang peka dan beriman dengan kewujudan Hari Akhirat kelak. Mereka yang syuhada ini dijanjikan Firdausi. Maka, Furkan pasti mahu merebut itu.

Sungguh, jika nak dibandingkan semangat kita dengan semangat Furkan, jiwa kita dengan jiwa Furqan, ketabahan kita dengan ketabahan Furkan, kekentalan kita dengan kekentalan Furkan maka kita begitu jauh sekali.

Bukan mahu merendah-rendahkan diri sendiri tetapi bila melihat sendiri video serangan itu yang dipertontonkan kepada kami semalam dalam sebuah program LL4G: End of Siege oleh Haluan Palestin di UKM telah menyebabkan saya mengakui betapa mereka yang sanggup bersama-sama dalam operasi itu adalah mereka yang benar-benar cintakan dan rindukan title syuhada.

Mereka pergi ke sana dengan matlamat syahid. Mereka tidak bermimpi untuk pulang dengan selamat. Kerana itu, apabila kapal-kapal pengintip kawalan jauh milik Israel laknatullah mula mendekati Mavi Marmara para penghuni kapal tersebut langsung tidak meneriakkan ketakutan mereka malah laungan takbir makin kuat bergema.

Menyaksikan bagaimana salah seorang ahli rombongan dari Turki yang bernama Cetin sanggup menjadikan badannya sebagai bentang kepada peluru yang ditembak oleh seorang komando Israel daripada mengenai seorang bayi perempuan yang berusia 2 tahun setengah cukup menggambarkan cita-cita mereka untuk mengejar syahid yang dijanjikan makam tertinggi di Akhirat kelak. ALLAHU AKBAR!

Bergetar tangan menulis artikel ini. Bila mengenang balik video serangan itu menyebabkan saya mahu menangis. Bila mengenangkan kisah Furkan yang masih muda belia sebaya dengan umur saya menyebabkan saya kembali terfikir apakah diri ini layak untuk digolongkan bersama-sama mereka dalam keadaan masih terbuai dengan keseronokan sementara ini tanpa sedar diri terleka daripada memikirkan kehidupan di alam akan datang yang kekal abadi.

Terfikir, jika saya mendapat panggilan untuk menyertai rombongan ke Palestine demi membantu saudara-saudara di sana apakah saya menyetujuinya dan mengikutinya atau akan menolak memikirkan keselamatan diri dan perkara-perkara lain?

Ya tuhan, kurniakan lah kekuatan iman dan takwa kepada kami…

Bangkitkan lah jiwa-jiwa kami ini untuk sama-sama mengimpikan janji-Mu itu ya ALLAH.

Buat semua syuhada Mavi Marmara, berbahagialah mereka dengan kenikmatan Firdaus yang dijanjikan untuk para syuhada. Satu muhasabah buat kita semua agar kita mengambil iktibar dan kekuatan daripada pengisahan ini. Benar, hanya ALLAH sahaja tempat tujuan hidup kita.

Berbahagialah wahai Furkan Doğan!

Thursday, October 7, 2010

Setahun Time To Change

Kalau diikutkan tarikh sebenar, sudah terlewat untuk menyambut hari kelahiran Time to Change namun aku kira masih OK untuk mengeluarkan entri berkaitan sambutan sempena setahun wujudnya blog Time to Change ini. Masih teringat lagi entri pertama aku yang begitu ringkas namun itulah maksud sebenar kewujudan blog kecil ini;
“Give a second to think about Islam. How much you are ready yourself to be mujahedeen? This is a time to change ourselves. Insya’ALLAH!”
Blog ini merupakan tempat untuk aku meluangkan sesaat demi Islam. Memberi ruang kepada aku sesaat untuk memikirkan tentang Islam. Aku jadikan blog Time to Change ini sebagai medium kepada suara dan rasa hati aku. Sambil mengharapkan satu “turning point” mampu dicipta hasil penulisan dalam blog kecil ini.

Tidak kira sebesar atau sekecil mana pun kesan “turning point” itu namun mengambil iktibar daripada kisah sang burung pipit yang cuba memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim as walaupun menyedari hakikat bahawa usaha itu hanyalah sia-sia sahaja maka aku bertekad biarpun hanya sedikit atau mungkin tiada langsung kesan yang mampu aku bawa melalui medium Time To Change ini untuk mengubah masyarakat tetapi aku cukup yakin bahawa ALLAH pasti tidak akan mempersia-siakan amal perbuatan hamba-Nya walau sekecil zarah sekalipun.

Biarpun pada pandangan mata manusia, usaha ini sia-sia, tetapi aku cukup insaf bahawa ALLAH tidak pernah mempersia-sia kan hamba-Nya.

Maka disebabkan itulah, aku berusaha keras untuk memajukan Time To Change dan senantiasa mengambil tips yang berguna untuk meletakkan TTC setanding dengan blog-blog hebat yang lain. Bukan tujuan untuk suka-suka atau mengumpul duit semata tetapi hajat besar yang aku tanam mula daripada entri yang pertama itulah yang menjadi kekuatan untuk aku meneruskan usaha ini.

Kira-kira di akhir bulan Ogos tahun 2009, di inspirasi kan oleh blog senior-senior aku seperti Kacapermata, TintaDuat, Tun Hisyamuddin, Zainulfaqar dan beberapa buah blog persatuan dan pergerakan mahasiswa maka aku menimbangkan niat untuk turut belajar berkecimpung dalam dunia blog ini.

Maka, aku telah membina sebuah blog yang menumpang pada free domain Blogger.com dengan nama domain aku ata-timetochange. Menggunakan title Time to Change kerana ketika itu angin perubahan tidak kira sama ada dalam atau luar kampus terhadap politik negara ternyata makin membuak-buak.

Maka, aku memilih “ini masanya untuk kita berubah” sebagai tajuk blog.

Tajuk yang hebat tidak membawa erti apa-apa jika isinya kosong. Alhamdulillah kerana ramai senior aku terutamanya Abang Farid dan Abang Ammar membantu aku untuk menjadi seorang penulis yang mampu menulis dengan baik.

Dari sini, aku lebih memahami fungsi blog yang bukan sekadar menjadi tempat untuk kita menyampaikan apa yang kita tahu, tetapi turut menjadi tempat untuk kita merungkau permasalahan yang berlaku dalam diri kita secara langsung atau tidak langsung.

Seingat aku, kira-kira 8 bulan blog ini wujud entri yang dihasilkan ternyata masih dalam jumlah yang mengecewakan dan blog ini menjadi sedikit hangat hanyalah ketika berlangsungnya Pilihan Raya Kampus (PRK) UKM sesi 2009/2010 apabila aku banyak mengeluarkan entri yang berkaitan dengan penyelewengan dan proses membodohkan mahasiswa di UKM. Sejak dari peringkat itu, aku mula belajar bagaimana untuk berdepan dengan pelbagai ragam pembaca di blog sendiri.

Merasa selamat bila ada pembaca yang menyokong namun mula marah, geram, sedih bila ada pembaca yang membangkang dan mencerca penulisan aku.

Dari situ juga, aku belajar betapa bukan semua mampu menerima corak penulisan aku. Sambil aku tak menafikan kekurangan yang aku miliki yang menyebabkan keadaan itu berlaku. Namun demikian, keinginan untuk belajar masih membuak-buak menyebabkan aku tidak menghiraukan segala mak nenek perasaan itu.

Alhamdulillah, walaupun sedikit tertekan Time to Change masih lagi bertahan dan wujud.

PRK UKM berlangsung dalam bulan Januari 2010 dan selepas itu aku lebih banyak mengupas suasana politik luar dalam gaya aku sendiri. Keras, offensive itulah sifat penulisan aku.

Hal ini berlangsung terus sehinggalah aku mengenal Gengblogger.com, sebuah laman ping aggregator yang begitu popular khususnya dalam kalangan blogger Malaysia. Dari dunia Gengblogger.com inilah aku mula mengenal dunia blog yang begitu luas dan menarik. Dari Gengblogger.com inilah aku mula mengenal ramai blogger tidak kira dia blogger otai atau newbie namun cukup menggambarkan aku mengenali mereka yang datang dari pelbagai corak kehidupan namun berkongsi kan satu minat yang sama iaitu blogaholic.

Bermula dari sinilah jugalah, aku mula belajar untuk memahami kehendak pembaca. Namun begitu, aku sesekali tidak mengubah tekad dan niat aku mewujudkan Time to Change ini. Konsep aku mudah, yang baik aku ambil dan yang tak baik, aku tinggalkan.

Dunia online dan dunia offline sama sahaja. Masing-masing membina perwatakan masing-masing dan kita sebagai makhluk yang dianugerahkan akal, haruslah bijak dalam meletakkan diri kita di mana sahaja.

Dan bermula daripada dunia Gengblogger.com inilah aku mengenal Nuffnang.com, sebuah syarikat pengiklanan yang menawarkan platform untuk blogger menjana pendapatan melalui iklan yang tersiar di dalam blog mereka. Bermula dari sini, aku mula merasakan betapa peluang untuk menambahkan pendapatan tidak harus disia-sia kan. Aku mesti merebut peluang ini dan pada masa yang sama, aku pastikan matlamat blog Time To Change ini wujud tidak lari dari asalannya.

Bermula daripada saat ini jugalah, aku mula belajar ilmu blogging dan teknikal blog. Mula berjinak-jinak dengan Alexa ranking, Page Ranking (PR), Search Engine Optimization (SEO), google index, ping site, Google webmaster, unique visitor, bounce rate, link wheel, Search Engine Result Page (SERP), profile backlink, RSS feed dan pelbagai lagi istilah-istilah pelik dalam dunia blog ini.

Memang susah nak faham tetapi bila dah faham ternyata memberi satu kepuasan terutama apabila percubaan dan uji kaji menjadi dan memberi kesan pada prestasi blog Time To Change ini. Untuk ini, aku tujukan ucapan terima kasih buat Denaihati.com dan ariffshah.com kerana banyak entri mereka membantu aku untuk memahami segala ilmu ini.

Sepanjang setahun Time to Change, antara isu besar yang aku kupas secara panjang ialah kes tembak mati Allahyarham Adik Aminulrasyid Amzah. Cukup terasa kepuasan apabila blog Time To Change menjadi rujukan banyak pihak untuk mengetahui perkembangan dan ulasan tentang kes itu walaupun pada aku ulasan itu lebih bersifat personal namun mungkin bahana “hot keyword” telah menyebabkan blog ini sering mendapat 1st page dalam carian Google untuk kes Adik Aminulrasyid ini.

Sehingga kini, aku masih mencari rentak penulisan yang terbaik dan konsisten agar ia mampu menjadi “niche” kepada corak penulisan aku dan insya-Allah aku sentiasa mendoakan agar Dia memberi kekuatan kepada aku untuk meneruskan usaha ini.

Itulah serba sedikit cerita Time to Change buat pembaca-pembaca blog kecil selama ini. Menceritakan setahun Time to Change ini wujud di dalam dunia online. Pada aku sumbangannya amatlah sedikit dan kerdil tetapi aku optimis dengan penghargaan ALLAH kepada setiap usaha hamba-Nya insya-ALLAH.

Kini, usaha aku lebih kepada untuk mempromosikan blog Time to Change agar ianya dikenali ramai dan mempunyai pembaca setia. Inilah impian aku selain menjadikan blog Time to Change ini sebagai salah satu sumber pendapatan sampingan aku.

Jom bersama-sama saya berubah dan mengubah…

Tuesday, October 5, 2010

Merdunya Bacaan Syeikh Muhammed Taha Al-Junaid

Saya mahu berkongsikan sebuah channel dalam Youtube yang mengumpulkan sejumlah besar video bacaan aL-Quran oleh anak muda bernama Syeikh Muhammed Taha Al-Junaid.

Saya yakin teman-teman pasti sudah tidak asing lagi rasanya daripada mendengar suara anak muda ini berkumandang di merata tempat. Lunak dan merdu dengan gaya tersendiri menyebabkan ramai terpukau dengan bacaan Syeikh Taha ini.

Subhanallah kerana Dia menganugerahkan anak muda ini dengan suara yang begitu memukau sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Saya senaraikan beberapa video bacaan al-Quran beliau di sini, dan selebihnya boleh didapati melalui channel Annurhudaa, seorang pengumpul video bacaan Quran dari Kota Singa.

Surah At Tahrim (The Prohibition)




Surah Al Qiyama (The Resurrection)




Surah Al Fath (The Victory)




Surah Al-Mulk




Marilah kita mengambil peluang ini untuk memanfaatkan saluran kemudahan ini untuk meningkatkan lagi kecintaan kita kepada kita suci aL-Quran insya ALLAH.

Moga kita sama-sama mendapat manfaatnya...

Monday, October 4, 2010

Jalan Keluar

Di penghujung,
ada harapan, seakan melilau,
petunjuk jalan keluar,
untuk diri penuh noda,
kepada sang Pembersih,
agar bila tiba saat,
diri ini datang mengadap-Nya,
datangnya penuh kehormatan,
seisi langit dan bumi,
tunduk segan pada diri ini…

Meski aku sedar kalam-Mu,
betah merubah nasib kami,
tanpa jerih kendiri kami,
namun, benar kata-Mu,
kami ini fakir jiwa,
kami ini fakir iman,
kami ini fakir segalanya
ke mana lagi kami mengharap,
selain terus merintih merayu,
ihsan keampunan-Mu,
benarkanlah aku keluar,
keluar dari kepompong noda dan dosa,
untuk mencari sedikit cebisan maghfirat,
untuk bekal perjalanan ku,
menuju destinasi abadi,
seperti janji-Mu…

Jika Rabiatul Adawiyyah takut mengulang janji,
kerna bimbang janjinya dimungkiri,
maka untuk aku di sini,
cukup sedar dengan kedaifan diri,
siapalah diriku dengan Rabiatul Adawiyyah,
meski janji ku pada-Mu tidak pernah dipenuhi,
berilah kekuatan terus kepada ku,
untuk terus melafazkan janji,
daripada diri ini terus terpalit noda,
ya tuhan yang Maha Mendengar…

Aku memohon keampunan-Mu,
tunjuk lah aku jalan keluar…

Bandar Baru Bangi,
11:05pm

Sunday, October 3, 2010

Hukum Couple Halal atau Haram?

Semalam, semasa berbual dengan seorang sahabat saya Hasif dia bertanyakan soal hukum ber"couple" sama ada dalam Islam dibenarkan atau tidak. Mudahnya, hukum couple halal atau haram dalam Islam?

Terus terang saya katakan padanya, saya bukanlah orang yang pandai dalam memberi hujah dan hukum namun sekadar pendapat peribadi yang masih lagi berlandaskan nas al-Quran, saya merasakan itu sahaja kemampuan yang ada.

Dia juga bertanyakan hukum apabila seseorang perempuan itu keluar bersama-sama dengan lelaki berdua-duaan di tempat yang ramai orang, apakah hukumnya.

Buat sahabat ku Hasif, jawapan ini sebagai menunaikan tanggungjawab saya untuk menyampaikan apa yang benar dan bukannya dengan tulisan ini saya berniat untuk menghukum sesiapa. Cukuplah akal kita menjadi penilainya berdasarkan hidayah yang dikurniakan ALLAH kepada kita.

Perkara pertama yang perlu kita fahami ialah, CINTA itu fitrah. Mana mungkin seseorang itu mampu hidup di dunia ini tanpa cinta. Kerana kita telah diciptakan ALLAH dengan berpasang-pasangan lelaki dan wanita tidak lain tidak bukan ialah kerana CINTA.

Manusia itu hidupnya tidak pernah lengkap tidak kira dia itu lelaki atau perempuan. Maka, ALLAH menjadikan untuk Hawa untuk Adam sebagai pelengkap kepada kekurangan yang ada pada dirinya.

Maka perlu kita fahami ialah CINTA itu tidak SALAH dan ianya fitrah sebagai manusia. Namun, ingat!

CINTA itu ada saluran nya yang telah ditetapkan oleh Pencipta kita. Menggunakan saluran yang salah, maka salah lah cinta kita itu.

Jika betul jalannya, maka subur lah CINTA itu dengan RAHMAT dan REDHA dari Pemberi Rasa Cinta dalam hati kita.

Biarkanlah CINTA itu mengembara dengan jalan yang betul, maka kita akan lebih dicintai oleh Pencipta kita.

Habis, tidak salah kah CINTA sebelum nikah?

Bagaimana mahu menjadikan CINTA sebelum nikah itu HALAL dan dipandang SUCI?

Saya berkata kepada sahabat saya Hasif, Islam itu cukup lengkap dengan panduan bagaimana mahu mendapatkan taraf HALAL pada cinta kita sebelum nikah. Cukup mudah Islam itu namun kita bukan disuruh untuk mempermudah kan nya. Bagaimanakah caranya?

Islam telah menetapkan beberapa batasan dan etika dalam pergaulan antara kaum Adam dan kaum Hawa.

Tundukkan lah Pandangan mu Wahai Sahabat ku


Peringatan khas dari Maha Pencipta kepada kaum Adam dalam surah aN-Nuur,

“Katakanlah kepada lelaki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluannya (kehormatan) mereka. Maka yang demikian itu lebih suci bagi mereka.” 
Surah aN-Nur: 30

Dan dalam peringatan seterusnya, khas buat kaum Hawa Dia turut berpesan kepada kita,

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka…”
Surah aN-Nur: 31

Maka, untuk menjadikan CINTA itu halal jagalah pandangan mu wahai sahabat ku.

Tutuplah Aurat-mu Wahai Sahabat ku


ALLAH berfirman dalam ayat yang sama di atas,

“…. dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan…”
Surah aN-Nuur: 31

Hal ini bukan tertakluk pada kaum Hawa sahaja, namun kaum Adam tidak terlepas daripada perintah ini. Ingatlah, aurat mu itu adalah harta yang tidak ternilai di sisi ALLAH. Jika tidak, mana mungkin ALLAH akan menurunkan sebuah surah KHUSUS untuk menceritakan hal berkaitan aurat dalam al-Quran.

Adanya Pembatas Antara Adam dan Hawa Wahai Sahabatku


Kita saling memerlukan dan kita mesti sedar yang kita tidak boleh hidup berseorangan. ALLAH menetapkan dalam al-Quran,

“…. dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir…”
Surah aL-Ahzaab: 53

Namun, perlu ingat perbatasan ini bukanlah alasan yang mengharamkan si Adam bertemu dengan Hawa tanpa syarat. Kerana Islam itu cukup mudah buat pengikutnya, ada keringanan yang telah dinyatakan oleh beberapa orang ulama dalam hal-hal tertentu seperti belajar, beurus niaga dan sebagainya.

Bercinta sebelum nikah boleh, tetapi jagalah PERBATASAN nya.

Adam dan Hawa Itu Tidaklah Duduk Berdua-duaan


Dalam sebuah hadith tercatat akan hal ini,

“Dari Ibnu Abbas RA berkata: saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: janganlah seorang lelaki itu berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali dengan muhrimnya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dan lagi,

“Dari Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda: janganlah salah seorang daripada kalian berdua-duaan dengan seorang wanita kerana syaitan akan menjadi ketiganya.” 
(Riwayat Ahmad dan Tarmidzi)

Berat kah?

Cuma sekadar bertanya, adakah dengan dating itu baru dinamakan bercinta?

Jika tidak dating, maka tak dinamakan CINTA kah?

Mungkin kerana kita dididik bahawa konsep CINTA itu mesti wujudnya DATING, maka kita akan merasa berat bila mendengar ucapan Rasulullah SAW ini.

Untuk kaum Hawa, Janganlah Kalian Melunakkan Suara Tika Berbicara Dengan Ajnabi


Bukan apa, kerana suara mu itu umpama panah berbisa buat kaum Adam. Gunakanlah ia untuk mereka yang halal bagi kalian kerana itu ALLAH berfirman lagi,

“… janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).” 
Surah aL-Ahzaab: 32

Untuk apa merengek dan bermanja dengan mereka yang tidak sah buat kalian?

Untuk tujuan apa dan jika tidak merengek dan bermanja, tidak dinamakan cinta kah?

Etika nya, berkata Imam Ibnu Katsir dalam Tafsir Ibnu Katsir,

“Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada isteri-isteri Rasulullah dan wanita-wanita mukminah sekalian, iaitu hendaklah kalau dia hendak berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dengan pengertiannya janganlah seseorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya.” 
(Tafsir Ibnu Katsir: 3/350)

Usah Menyentuh Si Dia Wahai Sahabat ku


Jika kalian betul sayang kepadanya, usahlah heret si dia ke neraka sekali dengan kalian. Jika kalian sanggup mengatakan akan ku renangi lautan api sekalipun, buktikan dengan tidak membiarkan si dia turut berenang dalam lautan api neraka bersama-sama dengan kalian jika benar kalian menyayanginya dan mencintainya.

Bayangkan situasi ini,

“Dari Maqil bin Yasar RA beliau berkata seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi maka itu lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginya.” 
(Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)

Fikir lah wahai sabahat ku, jika kalian sayangkan si dia.

Itulah petua mujarab untuk menjadikan CINTA sebelum NIKAH kita itu HALAL dan SUCI.

Habis, apakah hukum berpasangan-pasangan dan bercinta sebelum kahwin?

Tidak saya nafikan ramai orang menyatakan ianya haram kerana syarat di atas semuanya memberi batasan kepada mereka yang bercinta. Kita sering menganggap bila bercinta mesti begini,

  1. Orang bercinta mana mungkin akan menundukkan pandangannya kepada kekasihnya
  2. Orang bercinta tidak akan dapat menjaga batasan mereka
  3. Orang bercinta biasanya akan berdua-duaan dengan kekasih mereka
  4. Pasangan kekasih suka bermanja-manja dan merengek-rengek sesama mereka
  5. Orang bercinta mesti suka saling bersentuhan – romantik katakan
  6. Orang bercinta pasti akan terbayang wajah si dia bila tidak bersama dengan dia

Maka, jika kita bercinta seperti di atas, salah lah jalan percintaan itu wahai sahabatku. Kerana jalan itu mendekatkan diri kita dengan ZINA. Masih ingatkah ayat ini?

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”
Surah aL-Israa’: 32

Kerana kebiasaannya, bila bercinta tanpa ada syarat maka senanglah untuk membina jalan ke arah zina. Haramnya bila dikatakan bercinta itu adalah jalan menghampiri ZINA.

Di sini saya cuba memperluaskan skop bercinta itu sendiri kerana selama ini kita cuma melihat bercinta itu dengan satu perspektif sahaja. Baiklah mulakan dengan persoalan-persoalan ini,

  • Tidak dinamakan cinta kah kalau kita menundukkan pandangan kita daripada perkara yang haram atau menundukkan pandangan daripada si dia?
  • Tidak dinamakan cinta kah jika kalian menutup aurat kalian dengan sempurna?
  • Tidak dinamakan cinta kah jika tidak bertemu dan berbual?
  • Tidak dinamakan cinta kah jika kita tidak dating?
  • Tidak dinamakan cinta kah jika kita tidak merengek dan bermanja?
  • Tidak dinamakan cinta kah jika kita tidak bersentuhan?
  • Apakah cinta itu mesti dizahirkan seperti alasan di atas baru layak dipanggil sebagai sepasang kekasih?

Jadi jika kita bercinta dengan menjaga batas pergaulan yang telah ditetapkan oleh Maha pencipta kita, masih salah kah cinta itu?Hakikatnya tidak ramai yang mampu berbuat demikian.

Bercinta lah kerana itu fitrah. Namun, perlu diingat cinta itu mesti kerana ALLAH bukan kerana nafsu dan keinginan. Kalian menyayanginya kerana ALLAH sebagai jalan untuk kalian mengikat si dia sehingga ke gerbang perkahwinan.

Pesanan buat sahabat-sahabat lelaki ku, jika kalian sanggup bercinta dengan syarat di atas maka kejar lah CINTA. Carilah CINTA. Nikmatilah CINTA kalian. Biarkanlah CINTA itu mengembara dengan penuh keredaan-Nya. Kalian pasti akan menemui cahaya kebahagiaan di penghujungnya nanti.

Sesungguhnya Tuhan amat menyayangi kita. Dia tidak mahu kita tersesat arah dalam nikmat bercinta. Dia tidak mahu kita terjerumus dalam perangkap syaitan laknatullah.

Dia tidak mahu kita lupa kepada-Nya jika kita asyik dengan CINTA kita itu.

Dia tidak mahu kita mengotori nilai CINTA itu dengan nafsu dan keinginan kita. Dia mahu kita menemui reda-Nya dan rahmat-Nya dalam percintaan kita.

Buat sahabat saya Hasif ini jawapan buat pertanyaan semalam. Jadikan ini sebagai perbandingan sahaja. Saya cuma memberi pandangan berdasarkan pengetahuan yang terhad dan penilaian sahabat-sahabat itu lagi penting dan hebat.

Wallahualam…

Saturday, October 2, 2010

Pemimpin Bodoh Cuba Memperbodoh Rakyat

Saya dapat merasakan ramai pembaca tidak dapat menerima tuduhan ini namun itulah hakikat yang dapat kita lihat dan saksikan telah berlaku dalam negara kita yang tercinta ini. Begitu ramai pemimpin bodoh dan mendakwa mereka lah yang terbaik dan lagi malang mereka cuba memperbodoh kan orang lain dengan kebodohan mereka.

Jelas lagi terang bersuluh perbuatan jelik dan langkah sumbang akibat tindakan dan keputusan mereka namun mereka yang bodoh ini masih lagi tidak sedar dengan hakikat itu malah makin cuba mendidik orang ramai dan masyarakat dengan kebodohan mereka.

Seolah-olah mereka itu selama ini telah berjaya memimpin masyarakat Malaysia sehingga berjaya tahap ultimate dan rakyat tidak perlu berbuat apa-apa lagi kecuali terus bergantung harap pada mereka-mereka yang bodoh ini.

Semalam, Malaysiakini melaporkan Datuk Seri Najib Razak sekali lagi mengulangi amaran bahawa kehilangan kuasa memerintah oleh kerajaan BN akan mendatangkan kesan buruk kepada pembangunan dan kebajikan rakyat.

Satu kenyataan yang disifatkan sebagai cubaan Najib untuk terus memperbodoh kan mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik yang obsesi pada pukul 8 malam melenggok depan kaca TV menonton siaran Berita Utama TV3 dan satu cubaan Najib untuk terus menonjolkan kebodohan dia kepada seluruh rakyat Malaysia yang ada akal fikiran yang waras.

Analogi nya, umpama seekor monyet yang suka mencuri pisang tetapi masih boleh menuduh si ayam yang tidak mampu memanjat pokok pisang mencuri pisang-pisang tersebut. Kalau saya menjadi hakimnya, sudah tentu saya akan mengatakan si monyet itu gila kerana seolah-olah cuba menganggap si hakim ini tidak mengenal siapa monyet dan siapa ayam.

Maka gelaran gila dan BODOH layak untuk monyet tersebut. Sama situasinya dengan kenyataan Najib, kerana obsesi nya untuk terus mengaut keuntungan dan mengekalkan kekuasaaan, dia sanggup memperbodoh kan diri dengan memberi amaran yang langsung tidak relevan dengan peredaran zaman di Malaysia.

Mungkin 53 tahun yang lepas amaran ini nampak sedikit relevan namun untuk masa ini, rakyat Malaysia bukan lagi sebodoh lembu untuk terus mengikut tali yang disadung pada hidungnya. Buta kah kita untuk menilai siapa yang benar dan siapa pembohong yang benar. Sudah tentu saya kira pembaca dapat membuat penilaian yang begitu baik dalam kes ini.

Bukan tujuan saya nak marah dan menghambur kata-kata ini sesuka hati tetapi saya merasa begitu terkilan dengan tahap pendidikan demokrasi di negara kita yang langsung tidak diambil kira oleh pemimpin negara pada masa ini.

Sedangkan pada masa yang sama kita amat berbangga dengan status Demokrasi Berparlimen yang ditulis dalam buku-buku sejarah untuk pelajar sekolah menengah. Saya sering mempersoalkan begini kah amalan demokrasi pada tanggapan para pemimpin negara pada hari ini?

Mereka menganggap amalan Demokrasi Berparlimen pada hari ini merupakan batu loncatan dan proksi terbaik mereka untuk terus berkuasa dan mengaut kekayaan hasil daripada memperbodoh kan rakyat dengan kata-kata dan putar belit mereka. Sebab itulah mereka begitu teruja untuk memperbodoh kan rakyat supaya rakyat Malaysia akan terus merasakan kebergantungan yang tinggi terhadap mereka seolah-olah tanpa mereka, rakyat kebuluran.

Seolah-olah tanpa mereka rakyat kemiskinan. Seolah-olah tanpa mereka negara hancur dan bangsa pupus. Begitu sekali didikan mereka terhadap rakyat dan mempedulikan segala hak yang sepatutnya sebagai seorang rakyat di negara demokrasi menerimanya.

Fikirlah perkara ini wahai pembaca. Persaingan politik di dalam negara sepatutnya mampu mendidik rakyat menjadi lebih bersaing secara sihat dalam menyelesaikan permasalahan masyarakat, bukan sekadar menjadi tempat untuk terus kekal berkuasa dan mengaut kekayaan.

Saya ingin bertanya, jikalau parti komunis menjadi pemerintah Malaysia sekalipun apakah mereka tidak akan membina universiti, jalan raya, bangunan, pasar raya, sekolah, hospital dan segalanya perkara-perkara yang sering dijual oleh pemimpin BN ketika berkempen semasa pilihan raya untuk membeli undi?

Sekejam mana sekalipun pemerintahan Komunis pada pandangan kita, namun pemerintah Korea Utara tidak pernah mengabaikan aspek pembangunan negara dan keselesaan rakyat sepertimana amaran Najib bahawa jikalau Pakatan Rakyat memerintah seolah-olah itu Hari Kiamat untuk rakyat Malaysia.

Umpama rakyat Malaysia akan semuanya jatuh papa kedana, banyak yang akan mati akibat sakit pasal hospital tak dibina, syarikat-syarikat akan bankrap pasal pelabur tak mahu masuk, anak-anak muda terbiar tanpa ada didikan, mahasiswa terpaksa berhenti daripada pengajian kerana universiti semuanya ditutup oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dan segalanya.

Macam itulah gambaran yang Najib cuba sampaikan kepada rakyat Malaysia jikalau PR memerintah. Bodohnya, apabila Najib tidak sedar dalam pada masa yang sama dia gagal membuktikan yang dia adalah pemimpin yang terbaik dalam segala segi.

Dengan pelbagai konspirasi dan tuduhan padanya yang tidak selesai-selesai, pembunuhan Altantuya, rasuah sana rasuah sini, adik aku kaya sana aku kaya kat sini, kapal selam yang takut nak menyelam, enjin jet terbang tanpa sayap, tertukar status suami kepada isteri, mengeluarkan buku fatwa terbaru tentang hukum judi di Malaysia, orang-orang tua di FELDA terus ditipu, tawaran biasiswa kepada Saiful Bukhari, pengkalan TUDM yang tergadai dan sebagainya sehingga kalau ditulis satu-satu mahu penuh satu buku setebal Syarah Sahih Bukhari oleh Imam Ibnu Hajar.

Isu dan kontroversi di keliling pinggang dia pun Najib tak mampu nak buktikan yang dia tak bersalah. Dia tak terlibat dan tiada kena mengena contohnya. Namun dia masih cuba menutup isu-isu itu dengan amaran bodohnya tentang kehancuran Malaysia apabila PR memerintah. Maka, gelaran BODOH memang wajar pada Najib.

Pada mereka-mereka yang tidak suka penulisan ini, sila komen kerana saya nak baca di mana kesejahteraan Najib itu. Sebelum nak komen, sila fahami dulu tulisan ini kalau tidak mahu di cop bodoh seperti Najib.

Era politik dunia sekarang menyaksikan kepada kematangan pengamalan demokrasi di sesebuah negara itu dan aku cukup yakin sarana Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Saifuddin Abdullah untuk memberi peluang kepada mahasiswa terlibat dalam politik kepartian demi melihat kematangan demokrasi di Malaysia terbina adalah cukup baik.

Mungkin mengambil masa yang agak lama namun itulah sepatutnya nilai yang perlu difikirkan oleh setiap pemimpin negara tidak kira mereka berdiri atas parti berwarna apa sekalipun tentang peri pentingnya mereka berperanan untuk mendidik masyarakat dalam amalan demokrasi agar kematangan itu boleh berlaku.

Kita bukannya berkhidmat semata-mata kuasa dan kekayaan. Ingatlah amanah itu datangnya bersama-sama dengan misi dan visi untuk negara yang amat besar. Bukannya kita mendidik rakyat untuk terus merasakan kebergantungan mereka terhadap kita tetapi mendidik rakyat untuk menjadi seorang ahli masyarakat yang benar-benar demokratik.

Jika benar katakan benar, jika salah katakan salah agar generasi mendatang akan menjadi lebih baik dan lebih baik. Saya bukan pemuja demokrasi tetapi saya tidak mahu dan tidak rela kita terus diperintah dan diperbodohkan oleh pemimpin yang berjiwa diktator dan autokratik membuta, atau senangnya, pemimpin bodoh!

Friday, October 1, 2010

Bicara Mereka Perihal Muhammad ﷺ

Sehingga kini, fakta itu tidak pernah berubah cuma pengikut mereka sahaja yang sering ingin melawan arus daripada apa yang telah disarankan dan diajar. Mungkin tika ini merupakan satu peluang kepada kita untuk bermuhasabah kembali diri kita tentang kemuliaan si pemilik nama Muhammad ﷺ ini.

Saya menjumpai beberapa quotes dari tokoh terkenal dan sarjana bukan Islam yang memuji serta mengagumi ketokohan dan kemuliaan Muhammad ﷺ.

These all the quotes I found on the Internet and in some books that I've read, by whom we might consider as prolific non-Muslim figures have said about our beloved Muhammad ﷺ. If you have any additional quotes your found, let me know and drop it in the comment section.

“I have always held the religion of Muhammad in high estimation because of its wonderful vitality. It is the only religion, which appears to me to possess that assimilating capacity to the changing phase of existence, which can make itself appeal to every age. I have studied him—the wonderful man and in my opinion far from being an anti-Christ, he must be called the Savior of Humanity. I believe that if a man like him were to assume the dictatorship of the modern world he would succeed in solving its problems in a way that would bring it the much needed peace and happiness: I have prophesied about the faith of Muhammad that it would be acceptable to the Europe of tomorrow as it is beginning to be acceptable to the Europe of today.”—George Bernard Shaw (26 July 1856 – 2 November 1950)

“I wanted to know the best of the life of one who holds today an undisputed sway over the hearts of millions of mankind… I became more than ever convinced that it was not the sword that won a place for Islam in those days in the scheme of life. It was the rigid simplicity, the utter self-effacement of the Prophet the scrupulous regard for pledges, his intense devotion to his friends and followers, his intrepidity, his fearlessness, his absolute trust in God and in his own mission. These and not the sword carried everything before them and surmounted every obstacle. When I closed the second volume (of the Prophet’s biography), I was sorry there was not more for me to read of that great life.”—Mohandas Karamchand Gandhi (2 October 1869 – 30 January 1948)

“Philosopher, orator, apostle, legislator, warrior, conqueror of ideas, restorer of rational dogmas, of a cult without images, the founder of twenty terrestrial empires and of one spiritual empire: that is Muhammad PBUH. As regards all the standards by which human greatness may be measured, we may well ask is there any man greater than he?”—Alphonse Marie Louis de Prat de Lamartine (21 October 1790 – 28 February 1869)

“The league of nations founded by the prophet of Islam put the principle of international unity and human brotherhood on such universal foundations as to show candle to other nations. The fact is that no nation of the world can show a parallel to what Islam has done towards the realization of the idea of the League of Nations.”—Christiaan Snouck Hurgronje (8 February 1857 – 26 June 1936)

“People like Pasteur and Salk are leaders in the first sense. People like Gandhi and Confucius, on one hand, and Alexander, Caesar and Hitler on the other, are leaders in the second and perhaps the third sense. Jesus and Buddha belong in the third category alone. Perhaps the greatest leader of all times was Mohammed, who combined all three functions. To a lesser degree, Moses did the same.”—Jules H. Masserman, former president of the American Psychiatric Association

“Head of the State as well as the Church, he was Caesar and Pope in one; but he was Pope without the Pope’s pretensions, and Caesar without the legions of Caesar, without a standing army, without a bodyguard, without a police force, without a fixed revenue. If ever a man ruled by a right divine, it was Muhammad, for he had all the powers without their supports. He cared not for the dressings of power. The simplicity of his private life was in keeping with his public life.”—Benjamin Bosworth Smith (1784-1884)

“The greatest success of Mohammad’s life was effected by sheer moral force. It is not the propagation but the permanency of his religion that deserves our wonder, the same pure and perfect impression which he engraved at Mecca and Medina is preserved after the revolutions of twelve centuries by the Indian, the African and the Turkish proselytes of the Koran. The Mahometans have uniformly withstood the temptation of reducing the object of their faith and devotion to a level with the senses and imagination of man. ‘I believe in One God and Mahomet the Apostle of God’ is the simple and invariable profession of Islam. The intellectual image of the Deity has never been degraded by any visible idol; the honors of the prophet have never transgressed the measure of human virtue, and his living precepts have restrained the gratitude of his disciples within the bounds of reason and religion.”—Edward Gibbon (8 May 1737 – 16 January 1794)

“My choice of Muhammad to lead the list of the world’s most influential persons may surprise some readers and may be questioned by others, but he was the only man in history who was supremely successful on both the religious and secular level.”—Michael H. Hart, author of The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History

Istimewanya mereka ini ialah kesemua daripada mereka merupakan penganut ajaran agama yang berlainan dengan pembawaan Muhammad ﷺ namun masih mampu mengungkapkan kekaguman mereka terhadap kemuliaan Baginda Rasulullah ﷺ.