Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2010

53 Tahun Merdeka!

Selamat menyambut Kemerdekaan kali ke-53!

Tahniah dan selak lah helaian akhbar anda. Saya bercadang mahu memuatnaik kepingan gambar-gambar yang menjadi pembuktian kepada kemerdekaan bangsa Malaysia namun, jauh di sudut hati saya tidak dapat menanggung rasa sedih dan bersalah untuk berkongsi gambar-gambar tersebut.

Lantaran saya memikirkan mereka dalam gambar itu bukanlah makhluk yang bersalah, jauh sekali ada dosa atas diri mereka. Mereka cumalah bayi-bayi yang cukup sifatnya, telah dibuang ditepian longkang dan tong sampah setelah ibu dan bapa mereka yang telah berseronok cuma 2-3 minit itu merasa puas.

Saya cadangkan untuk sesiapa yang merasa sanggup untuk menatap photo-photo menyayat begitu, silalah Googling sendiri.

Tapi ingat, kawan-kawan semua, kita sudah Merdeka!

Jangan lupa itu kerana Tunku Abdul Rahman sudah laungkan kalimah keramat Merdeka sebanyak 7 kali pada 53 tahun yang lepas. Antisipasi saya, mesti Tunku bangga menyaksikan bangsa Malaysia begitu maju dan Merdeka sekaran…

Polemik Perpecahan Kaum di Malaysia

Semakin hari, kefahaman rakyat Malaysia terhadap konsep 1Malaysia yang digagaskan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak semakin bercelaru dan kecelaruan ini jelas terserlah dengan berlakunya pelbagai kes dan peristiwa yang aku kira mampu menggugat keamanan dan perpaduan rakyat Malaysia.

Terbaru, bermula daripada kes ucapan yang bersifat hasutan dan racist oleh pengetua sekolah di Johor kemudian berjangkit ke Kedah nyata menunjukkan bahawa hal ini bukannya insiden yang tidak disengajakan tetapi adalah membuktikan bahawa inilah wajah sebenar rakyat Malaysia yang dididik dengan gagasan 1Malaysia.

Mengambil kira faktor kemajmukan di negara kita, maka aku berpendapat bahawa kerajaan hanya akan berjaya membentuk sebuah negara bangsa Malaysia jikalau kita sanggup dan berani untuk memodelkan Malaysia sepertimana negara bangsa Madinah yang ditadbir oleh Rasulullah SAW.

Hal ini kerana kepelbagaian kaum dan etnik di Malaysia seakan melambangkan sosio-demografi Madinah yang turut terdiri d…

Si Cantik

Mengandaikan sebuah kecantikan ini menjadi milik ku,
sudah tentu akan ku anggap dunia ini seakan kepunyaan ku,
cantik luaran dan dalaman si dia yang tiada tolok bandingannya,
laksana si merak mengembangkan ekornya,
alangkah indahnya jika ia menjadi milik ku,
wahai alam yang menyaksikan kata-kataku.

Bandar Baru Bangi
Ogos 26, 2010

Sakit

Termasuk hari ini, sudah 4 hari aku sakit. Mula-mula selesema, kemudian demam dan terkini mula batuk-batuk. Kepala rasa macam nak pecah akibat sakit dan panas. Selera untuk makan pun terbantut. Segala yang ditelan terasa tawar dan yang paling teruk, segalanya macam tak sempurna.

Mula terfikir kan akan satu perkara bahawa inilah bahasa ALLAH kepada aku. Dia sedang berbicara dengan aku. Dia sedang mahu ingin mengetahui keyakinan aku kepada-Nya. Aku cuma mengharapkan kafarah buat semua dosa-dosa silam ku.

Tidak berbuat sesuatu yang sia-sia itu pada ALLAH SWT. Aku cukup yakin dan mengharap.

Rasa malas mula menguasai diri. Kelas pagi tadi aku terpaksa ponteng kerana tidak tahan dengan sakit kepala yang benar-benar menyakitkan. Batuk yang tak henti-henti. Memang terseksa, hanya satu yang aku harapkan daripada ujian ini.

Kau ampuni lah segala dosa-dosa ku ya ALLAH….

Tabiat ku, yang ramai sudah maklum ialah aku memang tersangat tidak suka pada ubat dan aku hanya menelan sebiji Panadol Soluble…

Kewajaran Mahasiswa Berpolitik

Saya menonton sehingga habis video dialog antara mantan Naib Canselor UiTM dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato’ Saifuddin Abdullah dalam isu kewajaran mahasiswa berpolitik.


Saya menonton sehingga habis video dialog antara mantan Naib Canselor UiTM dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato’ Saifuddin Abdullah dalam isu kewajaran mahasiswa berpolitik. Video ini menunjukkan kepada kita betapa jurang di antara INTELEK dan JUMUD itu begitu luas. Walaupun berpangkat sebagai Naib Canselor di sebuah IPTA, namun itu tidak menjanjikan bahawa tahap keintelektualan seseorang itu terjamin dan diakui.

Tontonlah video itu, rasanya melata orang memuat naik di laman-laman sosial.

Bahasa lembutnya, mungkin inilah beza antara INTELEK dan JUMUD. Tapi bahasa kasarnya pandai-pandai lah teman-teman pembaca sendiri nyatakan. Boleh tulis di bahagian komen.

Tahniah buat Dato’ Saifuddin Abdullah kerana telah memberi satu cadangan bernas dan meletakkan satu tanda aras yang cukup baik dalam gerakan mahasiswa untuk m…

Kembara Bersama Wali Mesir

Petang Sabtu, seorang sahabat aku yang sedang belajar di Mesir dalam bidang perubatan iaitu Anas datang melawat ke UKM. Lama benar aku tak jumpa dengan Anas sementelah dia lah naqib usrah aku dulu di Matrikulasi Melaka sebelum dia fly ke Mesir.

Oleh kerana nak tunggu berbuka pun lambat lagi, aku sempat membawa Anas berjalan sekitar UKM sambil dia nak tangkap beberapa keping gambar dengan DSLR Canon sementelah aku ada meeting pada petang itu.


Petang, sebelum berbuka datang lagi seorang sahabat aku yang turut belajar di Mesir iaitu Hamzah dan turut membawa seorang kawan dia, Taufiq langsung membuatkan bilik aku menjadi bingit bangat.

Maka, berkumpul lah para doktor dalam bilik aku pada petang itu.


Makanya, berbuka lah kami dengan makan dalam dulang sebagai mengambil sunnah Rasulullah SAW. Nasinya sikit tapi lauknya masya-Allah. OK la, sekali-sekala. Setelah berbasa berbasi, malam tu kami buat keputusan untuk sembahyang Terawih di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau Masjid Besi di Pu…

Rumah Terakhir

Adakah kita masih ingat akan rumah kita yang terakhir,
bersedialah kita untuk berpindah ke rumah terakhir,
cukup kah bekalan kita sekarang ini?

Sedarlah wahai jiwa kotor!
kau tidak hanya di dunia fana ini sahaja,
kerna rumah terakhir mu itu sudah sedia menanti,
memanggil nama mu setiap hari….

Tuhan telah berfirman,
apabila tibanya ajal mu,
tak kan mampu ditunda barang sesaat.

Maka aku bersedia kah
Untuk bertandang ke rumah yang terakhir?

Bandar Baru Bangi
Ogos 20, 2010

Hikmah Tuhan

Hatiku remuk - sedih…
hiba mengenangkan apakah aturan Tuhan yang Esa,
apakah ada hikmah untuk sekalian hamba-Mu?

Aku cuba mencari jawapan,
mencari dan terus mencari…
kerna aku cukup yakin,
aturan tuhan itu tidak sia-sia,
meski betapa berat untuk menerimanya.

Hatiku menjerit, CUKUPLAH!
aku mula membenci,
pada manusia kejam yang menghiasi dada akhbar ,
dengan berita yang menyayat hati,
cukup untuk merobek hati setiap insan yang membaca.

Apakah tidak sampai peringatan kepada mu sebelum ini?
kemanusiaan?
kewajaran?

Mana nilai darah dan nyawa makhluk bernama manusia di sisimu?
Layaknya mereka ini bukan di dunia yang cintakan keamanan.

Oh tuhan…..!
Bagaimana dengan nasib si kecil itu?
pasti robek luluh hatinya…

Maka aku bertanya sekali lagi,
maha hikmah apakah yang Kau mahu tunjukkan?

Ramadan 1431H
Puisi ini ditulis lewat peristiwa kekejaman yang berlaku pada manusia oleh sekumpulan manusia bersifat haiwan.

Menghadapi Cabaran Nafsu di Bulan Ramaḍān

Hakikatnya, memang sukar. Bahkan kita sering tewas terkulai di lembah hasutan anak didik syaitan ini. Itulah nafsu yang bersarang dalam jiwa kita yang telah siap dididik oleh ‘guru’nya sebelum diikat di dalam api neraka sepanjang Ramadan. Ya, inilah cabaran nafsu di bulan Ramadan.

Mungkin jika berbicara soal ini, saya kira umum sudah mengetahui betapa inilah perkara paling sukar untuk kita hadapi. Ya, saya turut merasai bahang amukkan si nafsu ini bila gurunya diikat oleh Tuan yang Maha Besar.

Terfikir apakah remedi yang paling mujarab bagi mengatasi cabaran ini sedangkan keupayaan iman dan takwa dalam diri begitu malap?

Ya ALLAH, hanya pada-Mu aku memohon perlindungan.

Pesan seorang sahabat, “Sesungguhnya ALLAH itu Maha Mengetahui. Maka pohon lah kekuatan daripada Dia. Sedar, Dia tidak pernah membiarkan kita berseorangan dalam mendepani ini semua.”

Argh, tersedar dari lamunan ilusi ku. Sedar bahawa ALLAH ada sedia membantu ku. Lalu kenapa aku tidak memohon kepada-Nya?

Maka…

Sentiasa …

Projek Tadarus al-Quran

Salam Ramadan. Alhamdulillah kerana ALLAH masih lagi memberi kesempatan kepada kita untuk meneruskan kehidupan di saat dan di dalam bulan penuh berkat ini demi satu tujuan iaitu untuk mengejar keredaan-Nya insya-Allah.

Sebenarnya, saya menulis kali ini adalah untuk mengajak dan menguar-uarkan kepada semua rakan-rakan Blogger tentang satu projek maya yang sedang berlangsung di dunia blog sekarang yang bertujuan tidak lain tidak bukan hanyalah untuk mencari sebanyak mungkin amalan kebaikan sempena bulan Ramadan kali ini.

Alhamdulillah, pada saya amat bersyukur kerana tika ini masih ada insan yang sanggup mengambil inisiatif yang agak bercanggah dari cara sahabat Blogger yang lain iaitu Shafaza Zara Syed, pemilik blog Dunia Sebelah Zara yang telah menganjurkan sebuah Projek Tadarus al-Quran secara maya antara sahabat Blogger.

Satu projek yang amat baik dan seharusnya bagi saya untuk mempromosikannya agar kita semua mendapat manfaat daripada projek tadarus ini dan saya ingin mengajar kepa…

Strategi Mencapai Takwa di Bulan Ramaḍān

Salam Ramadan buat semua rakan-rakan yang dikasihi ALLAH sekalian. Moga-moga rahmat-Nya akan sentiasa melingkari hidup kita terutama dalam usaha kita mengejar keredhaanNya dalam Ramadan yang penuh barakah ini insya-Allah.

Seperti firman ALLAH dalam al-Quran,

“Wahai orang-orang beriman, berpuasalah kamu sebagaimana mereka yang terdahulu berpuasa… moga-moga dengan itu kamu menjadi orang yang bertakwa.” Surah aL-Baqarah: 183
Matlamat puasa ialah TAQWA. Apa itu takwa?

Saidina Umar aL-Khattab ketika ditanya oleh seseorang apakah itu TAQWA jawabnya, “Takwa itu umpama kamu berjalan di atas satu jalan yang penuh dengan onak dan duri. Pastinya kamu akan berhati-hati agar tidak tercedera dengan duri tersebut.”

Perhatikan di sana takwa itu ialah berhati-hati dari segala segi. Maka target Ramadan kali ini ialah kita mahu mencapai takwa. Kita mahu mencapai satu nilai hidup yang amat berbeza dimensinya berbanding dulu. Jika dulu kita mungkin mudah untuk merasa ringan apabila ingin melakukan maksiat…

Salam Ramadan 1431H

Salam Ramadan 1431H buat Mak dan Abah tersayang, abang kakak dan adik di kampung, sahabat seperjuangan, kawan sekuliah, pembaca blog yang disayangi dan sesiapa yang mengenali diri ini.

Maaf dipinta andai kata ada tersilap bicara dan laku. Moga kalian sentiasa berada di dalam rahmat ALLAH dan pengampunan-Nya sempena Ramadan barakah ini.

ALLAH berfirman dalam aL-Quran,
"Wahai orang-orang yang beriman,diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas mereka yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa." Surah aL-Baqarah: 183 Rasulullah SAW bersabda,
Ubadah bin Somit RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadan hampir menjelang, "Telah datang kepadamu bulan Ramadan, di mana ALLAH melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa mu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperoleh kebaikan yang besar dan berbangga mengenai mu di hadapan malaikat-malaikat. Maka…

Awang Selamat Yang Tidak Selamat

Mahu pecah perut ketawa apabila membaca kenyataan Ustaz Idris Ahmad tentang Awang Selamat, kolumnis Utusan Melayu semalam. Itulah, aku selalu cakap kalau dah tahu diri itu bodoh janganlah tunjuk pada orang lain. Duduk senyap-senyap di rumah cukup.

Merapu tak tentu hala. Memang sudah tak selamat lagi si Awang Selamat ni. Jom baca sedikit “highlight” kenyataan Ustaz Idris Ahmad dalam Malaysiakini hari ini berkenaan Awang Tak Selamat.

“Beliau takut menzahirkan siapa sebenarnya beliau, sama ada lelaki atau pondan,”

“PAS mengibaratkan Awang Selamat sudah tidak normal dan hilang fikiran ketika mengeluarkan pandangan mengenai perjuangan parti Islam itu.,”

“Awang marah bukan kerana PAS berkawan dengan DAP, tetapi kerana banyak lombong emas Awang semakin terkambus dan tertutup sehingga perut dan tembolok nya semakin kurus,”

“Dia akan mengadu domba supaya Pakatan Rakyat berpecah maka BN akan meneruskan tradisi menindas rakyat dan memiskinkan rakyat. Mereka hendak Memiskinkan rakyat sama ada ha…

Tengku Razaleigh Hamzah’s Excellent Speech in UK

The following excellent speech, We Were Once ‘Malaysians’ given by Gua Musang (Kelantan) Parliamentarian and former Malaysian Finance Minister Tengku Razaleigh Hamzah at the 4th Annual Malaysian Student Leaders Summit (MSLS) on July 30, 2010 in United Kingdom.

Thank you for inviting me to speak with you. I am truly honoured.

I have played some small role in the life of this nation, but having been on the wrong side of one or two political fights with the powers-that-be, I am not as close to the young people of this country as I would hope to be.

History and the 8 o’clock news are written by the victors. In recent years, the government’s monopoly of the media has been destroyed by the technology revolution.

You could say I was also a member of the United Kingdom and Eire Council for Malaysian Students (UKEC). Well I was, except that I belonged to the predecessor of the UKEC, by more than 50 years, the Malayan Students Union of the UK and Eire. I led this organisation in 1958/59.

I was …

Terlerainya Rindu Afuza

Subhanallah ALLAH itu Maha Pengatur. Malam tadi saya menerima kunjungan Afuza yang sedang menuntut ilmu perubatan di Al-Azhar ke bilik bersemayang d Kolej Za’ba.

RINDUUU!

Sudah setahun lebih kita tidak bersua muka. Wajahnya sudah semakin matang umpama suami orang. Hanya tunggu masa katanya. Moga pertemuan ini makin menyuburkan nama kami di dedaun jannah nanti.



Tak tau nak tulis apa lagi. Doaku moga rahmat ALLAH sentiasa bersama-sama dengan dikau. Harapan kepulangan mu nanti menjadi seorang doktor perubatan Islam yang terkemuka akan termakbul insya-Allah.

Pencarian

Berjalanlah wahai hamba,
Teruskan langkah mu,
Moga ketemu di hujungnya cahaya Ilahi…
Teruskan lah langkah mu
Andai kata di pertengahannya ada onak,
Maka bertahanlah…
Sesungguhnya perjuangan itu menuntut sebuah pengorbanan,
kerna kita adalah HAMBA…

Bandar Baru Bangi
Ogos 8, 2010

Perlawanan Yang Merugikan Penonton

Perlu kah bergaduh? Apakah tiada penyelesaian yang lebih murni?
Kenapa perlu mahkamah dalam hal ini? Siapa yang akan menjadi mangsanya?
Tidakkah kalian para cendekiawan agama tidak memikirkan akan hal ini?
Apakah kalian anggap kami mempunyai kefahaman agama setaraf dengan kalian?
Apakah pergaduhan ini membawa kebaikan pada umat Islam?
Apakah sudah tidak ketemu lagi meja perbincangan dan musyawarah?
Apakah kalian mahu melihat kami terus tersepit di celah-celah pertikaian kalian yang langsung tidak berkesudahan itu?
Tolonglah!
Kasihan melihat para agamawan GAGAL untuk bertemu muka berbincang secara tulus kemudian memutuskan apakah yang sepatutnya diputuskan yang akhirnya membawa kebaikan kepada seluruh umat Islam di Malaysia khususnya.
Jika benar ESQ165 benar-benar liberal dan SESAT, kenapa tidak kesemua mereka yang cerdik pandai agama mengharamkannya?
Kalau benarlah ESQ165 ini banyak keburukannya berbanding kebaikan, kenapa senyap bila mereka menuntut agar pihak berwajib menegur kekur…

Program Imam Muda Penawar Hedonisme

Syukur pada ALLAH kerana masih ada lagi insan seni yang berfikiran seperti Pengurus Saluran Astro Oasis, Encik Izelan di Malaysia yang sanggup menongkah arus dunia seni dengan mengusahakan dan menerbitkan sebuah rancangan realiti berbentuk islamik iaitu Program Pencarian Imam Muda.

Baru sahaja berakhir kira-kira 2 hari yang lepas dengan pingat pertama dimenangi oleh Ustaz Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan berusia 26 tahun yang berasal dari Sungai Gelugur, Pulau Pinang. Namun begitu, Ustaz Asyraf adalah tidak jauh bezanya dengan Ustaz Hizbur, pemenang tempat kedua aku rasa memandangkan tahap keilmuan mereka dalam bidang agama adalah hampir setaraf.

Apa pun, TAHNIAH buat kesemua peserta program Imam Muda khasnya dan seluruh koordinator program islamik ini umumnya kerana ANDA telah berjaya membuktikan bahawa rancangan ISLAMIK adalah merupakan penawar terhebat kepada arus hedonisme yang makin melarat dalam masyarakat kita pada hari ini.

Saya tak mahu membicarakan soal kemenangan yang berpihak …

Hero

Yesterday, someone told me to be a HERO in whatever I do
I lift my head and stare at her eye,
She sang to me a song,
It’s the HERO from Mariah Carey…

I am smiling to her,
Full of misunderstanding,
She kept smile and stare at my eyes,
Yes she ask me to be a HERO to myself…

HERO is someone who understand the responsibility that comes with his freedom…
HERO is someone who has given his life to something bigger than oneself…
HERO is an ordinary person who endeavor the strength to endure in spite of overwhelming obstacles….

Bandar Baru Bangi
Ogos 2, 2010