Wednesday, June 30, 2010

Perjanjian Yahudi Yang Mengubah Dunia

Mungkin sedikit peringatan kepada kita semua betapa inilah kaum terbijak yang pernah ALLAH ciptakan dalam sejarah umat manusia. Mereka merancang lebih dari 300 tahun dahulu untuk menguasai dunia bermulanya penjajahan dan keruntuhan Khilafah Turki Uthmaniyyah di Turki pada 3 Mac 1924.

Bayangkan ketelitian dan kebijaksanaan mereka seakan terbukti sekarang. Telah tersiar video pendek mengisahkan bagaimana Rostchild mencaturkan dan menstrategikkan anak-anaknya dalam misi menguasai dunia ini.

Namun begitu, kesahihan video ini tidak dapat dipastikan kerana terdapatnya watermark Palestinian Media Watch, sebuah media watchdog group milik penuh Israel dalam mengindoktrinasi dunia bahawa orang-orang Palestine mengajar anak-anak mereka membenci Yahudi.

video

Tak mengapa, kerana fokus yang perlu kita tahu ialah musuh utama mereka adalah ISLAM. Namun mereka menganggap semua kaum yang bukan Yahudi adalah najis yang perlu dibersihkan. Mereka merancang untuk menghancurkan sesiapa yang menjadi batu penghalang kepada mereka.

Benarlah firman ALLAH dalam aL-Quran,
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk ALLAH (agama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari ALLAH (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.”
Surah aL-Baqarah: 120
Kita bukanlah sesiapa untuk menentang dan mengubah apa-apa namun kita ada agama dan akidah yang WAJIB kita pertahankan. Maka bermula daripada tanggungjawab itulah kita haruslah peka dan mengambil tahu akan segala perancangan jahat lagi keji musuh-musuh ISLAM dalam usaha mereka menghancurkan agama ini keseluruhannya.

Pada 1938, Mahatma Gandhi menulis,
“Palestine belongs to the Arabs in the same sense that England belongs to the English or France to the French. It is wrong and inhuman to impose the Jews on the Arabs… Surely it would be a crime against humanity to reduce the proud Arabs so that Palestine can be restored to the Jews partly or wholly as their national home… They can settle in Palestine only by the goodwill of the Arabs. They should seek to convert the Arab heart.”
Ini hanyalah perkongsian yang begitu kerdil namun amat berharap agar kita semua mengambil tahu akan hal ini moga-moga ada manfaat yang boleh kita dapati di kemudian hari insha ALLAH.

Moga ALLAH sentiasa melindungi kita daripada tipu daya Yahudi dan sekutu mereka.

Gesaan Bersegera Melakukan Amal Soleh

ALLAH berfirman dalam aL-Quran,

“Dan bersegaralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.”
Surah ali-Imran: 133

Lagi ALLAH berfirman,

“Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari tuhan kamu dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada ALLAH dan Rasul-Nya.”
Surah aL-Hadid: 21

ALLAH menawarkan kepada kita satu promosi yang cukup lumayan. Bukan 1 balas 2, tapi 1 balas dengan sesuatu yang tak terbayang di akal fikiran.

Let’s imagine…

Kita mendirikan solat kepada-Nya, ALLAH membalas dengan keampunan dan syurga. Cuba sebut apakah perniagaan di dunia ini yang memberi kepada pelanggan sebegitu rupa hadiah atau ganjarannya?

Sebenarnya ayat Quran di atas adalah dalil kenapa perlunya kita bersegera dalam melakukan amal soleh dan kebaikan. Tak lain tak bukan adalah untuk kita mengejar ganjaran yang ALLAH janjikan itu.

Menurut ulama’, sebenarnya bersegera dalam melakukan ibadat dan kebajikan adalah salah satu cara untuk memperkuatkan iman. Semasa kuliah maghrib semalam, ustaz ada menyebutkan antara beberapa amal soleh yang perlu dilakukan oleh setiap muslim ialah:

  1. Melakukan ibadat dengan segera jangan bertangguh
  2. Beribadat atau berbuat kebaikan secara berterusan dan konsisten
  3. Melakukan ibadat secara bersungguh-sungguh dan bersemangat
  4. Merebut semula segala amalan yang sudah luput
  5. Beramal dengan mengelakkan kebosanan
  6. Sentiasa berharap agar ibadat diterima oleh ALLAH SWT

Kesemua petua ini adalah untuk memastikan tahap keimanan kita sentiasa di tahap yang mampu menyebabkan rahmat ALLAH turun kepada kita. Dalam hal bersegera dalam mengerjakan amal soleh, indikator terpenting ketika hendak solat ialah bagaimana reaksi kita ketika mendengar azan.

Kata ustaz, jika kita merasa seperti amat perlu untuk menyahut seruan itu maka itulah tanda iman kita masih lagi OK.

Namun apabila kita terdengar azan berkumandang namun hati kita masih lagi terasa itu hanyalah seruan yang ringan sahaja maka bermakna ada something wrong dengan iman kita. Maka kata ustaz semalam, jika terdengar azan latihlah diri kita untuk menghahati setiap bait alunan itu dan cuba menanam rasa yang amat berdosa jika mengendahkan seruan itu.

Kita hanya diberi peluang ketika itu untuk beribadat pada masa itu. Jika terlepas maka terlepaslah peluang untuk kita beribadat pada masa tersebut.

Moga-moga ALLAH memberi kepada kita peluang untuk terus menebus segala leakage dalam beribadat yang pernah kita buat sejak dulu lagi.

Sungguh cantik ketika Nabi Musa Alaihissalam bersegera menemui ALLAH dalam firman-Nya,

“Dan aku bersegera menuju Engkau wahai tuhanku agar Engkau redha (terhadapku).”
Surah Thaha: 84

ALLAH turut memuji Nabi Zakaria Alaihissalam dan ahli keluarga baginda dalam firman-Nya,

“(Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-Rasul itu ialah kerana) sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta dengan perasaan cemas dan takut, dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami.”
Surah aL-Anbiya’: 90

Kita perhatika dan hayati pula kisah bagaimana sahabat Rasulullah SAW, Umair bin aL-Human aL-Anshari dalam hadith Baginda mengenai ketidak sabarannya dalam mengerjakan amalan soleh termasuklah berjihad.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim RA di dalam kitab Sahih beliau daripada Anas bin Malik mengenai Peperangan Badar tatkala para pasukan musyrikin telah menghampiri pasukan ummat Islam, Rasulullah SAW bersabda bagi memberi motivasi pasukan umat Islam, “Bangkitlah kamu menuju syurga lebarnya seperti langit dan bumi!”. Berkata perawi hadith ini, Umair bin aL-Human aL-Anshari berkata, “Wahai Rasulullah, syurga luasnya seperti langit dan bumi?”. “Ya!” jawab Rasulullah. Sahut beliau, “Bakhkhin,Bakhkhin!” (Perkataan yang digunakan untuk membesarkan dan memuliakan sesuatu perkara). Rasulullah bertanya, “Apakah faktor yang mendorong anda untuk mengatakan Bakhkhin, Bakhkhin?”. Jelas beliau, “Tidak ada, demi ALLAH kecuali hanya kerana mengharapkan agar aku termasuk ahli syurga tersebut!”. Baginda menjelaskan, “Engkau memang termasuk di antara ahli syurga.” Beliau lantas mengeluarkan beberapa biji tamar dari tempat penyimpanan makanannya, dia pun memakan tamar tersebut. Setelah itu Umair berkata,”Demi sesungguhnya jika saya masih hidup untuk memakan tamar ini, sungguh terlalu lama saya hidup” Yakni Umair ingin bersegera menyahut panggilan jihad agar beliau masuk ke syurga dengan segera. Perawi kisah berkata, “Lantas Umair melupakan atau membuang buah tamar yang ada padanya kemudian beliau memerangi kaum musyrikin sehingga beliau tewas syahid”
(Hadith riwayat Muslim)

Sungguh, inilah mereka yang benar-benar sedar apakah jualan yang sedang mereka berurusan sekarang. Mereka sedar betapa pelbagai ganjaran yang ALLAH berikan kepada mereka ketika mereka berlumba-lumba mengerjakan ibadat.

Jom, tunggu apa lagi?

Promosi ini hanya dalam tempoh hidup kita sahaja.

Insya ALLAH moga kita termasuk dalam golongan yang sentiasa berkejar untuk berebut kebaikan…

Thursday, June 24, 2010

Kenapa Peduli?

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam “Hmmm, makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar?”

Ternyata yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang.

Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, “Ada perangkap tikus di rumah! Di rumah sekarang ada perangkap tikus!”

Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, “Ada perangkap tikus!” Sang Ayam berkata, “Tuan Tikus, aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku!”

Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, “Aku pun turut bersimpati… tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku.”

Tikus lalu menemui Lembu. Ia mendapat jawapan sama. “Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus!”

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular. Sang ular berkata “Elehh engkau ni… Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan aku.”

Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri.

Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Ekor ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.

Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya ke rumah sakit. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun masih demam.

Isterinya lalu minta dibuatkan sup cakar ayam oleh suaminya kerana percaya sup cakar ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapat cakar buat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya. Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia.

Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.

Ramai sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan, Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

-------
Ramainya rakyat Malaysia sekarang tak ubah berperangai seperti ayam, kambing dan lembu seperti dalam cerita di atas. Moga anda yang membaca, dapat menangkap maksud sebenar cerita ini. Kenapa peduli? Soalan yang tidak mudah dijawab sekarang.

Wednesday, June 23, 2010

Topi Keledar dan Seorang Budak

Seorang budak kecil bertanya pada seorang kakak, dengan nada penuh kehairanan.

"Kak...!" sapa budak itu kepada kakak yang sedang menyarungkan topi keledar di kepalanya.

"Ya adik...?" jawabnya ringkas.

Adik itu terus bertanyakan soalannya, "Kenapa kakak pakai topi keledar tu...?"

"Undang-undang suruh pakai topi keledar dik. Kalau tak pakai nanti, takut kena saman," ujar si kakak untuk memahamkan si adiknya. Dia menyambung lagi, "Lagi pun untuk keselamatan tika di jalan raya. Kalau berlaku kemalangan kepala kita akan selamat. Betul kan?"

Si adik mengangguk seolah memahami apa yang diujarkan kakaknya. Dia bertanya lagi, "Kenapa kak tak takut pun walau tak pakai tudung?"

Si kakaknya tercengang sambil si adik berterusan menyoal, "Undang-undang ALLAH suruh perempuan pakai tudung. Lagipun kakak tak takut ke keselamatan kepala kakak di Akhirat nanti?"

Si kakaknya terdiam. Si adik lantas menyambung lagi, seolah memberi penerangan, "Di Akhirat nanti kena bakar kepala yang tak menutup auratnya!"

Si adik berhenti sejenak, tersenyum puas.

Si kakak tadi terpinga-pinga sambil tangannya memulas minyak motor dan berlalu sambil kepalanya tidak berhenti memikirkan kata-kata jujur dari adik kecilnya itu.

Tuesday, June 22, 2010

Argentina Juara Piala Dunia 2010


Ini sebuah contest, sekadar mencuba nasib anjuran DenaiHati.com yang memungkinkan saya membawa pulang wang tunai sebanyak RM250 jika bernasib baik. Tidak mengapa, bukan itu yang mahu dibualkan.

Saya memilih Argentina atau Selección de fútbol de Argentina sebagai calon paling layak untuk memenangi Piala Dunia 2010 yang berlangsung di Afrika Selatan.

Saya meilih pasukan ini bukan kerana kelincahan Messi, apatah lagi meminati figura itu. Bukan juga kerana hatrik Higuain atau kekentalan pertahanan Heinze. Tetapi kerana perwatakan Argentina umpama seorang juara.

Saya percaya kata-kata Maradona bahawa pasukan yang akan menang ialah pasukan yang meningkat naik ketika kejohanan. Bukan sekadar hebat mengaum ketika kelayakan tapi semasa kejohanan persembahan begitu menghampakan.

Contoh terbaik ialah England. Saya pernah menyokong England tapi bila mengenang balik gaya mereka bermain rasa macam nak sepak TV depan mata tu.

Tapi ini sekadar ramalan sahaja. Mari kita soroti bakal line-up pasukan Amerika Selatan ini.

Goalkeepers: Sergio Romero (AZ Alkmaar), Mariano Andujar (Catania), Diego Pozo (Colon);

Defenders: Nicolas Burdisso (Roma), Martin Demichelis (Bayern Munich), Walter Samuel (Internazionale), Gabriel Heinze (Marseille), Nicolas Otamendi (Velez Sarsfield), Clemente Rodriguez (Estudiantes), Ariel Garce (Colon);

Midfielders: Javier Mascherano (Liverpool), Juan Sebastian Veron (Estudiantes), Maxi Rodriguez (Liverpool), Mario Bolatti (Fiorentina), Angel Di Maria (Benfica), Jonas Gutierrez (Newcastle), Javier Pastore (Palermo);

Forwards: Sergio Aguero (Atletico Madrid), Diego Milito (Internazionale), Martin Palermo (Boca Juniors), Carlos Tevez (Manchester City), Gonzalo Higuain (Real Madrid), Lionel Messi (Barcelona)

Dan ini pula track-record Argentina sepanjang beraksi di Piala Dunia.

Kita tunggu dan lihat sudah memadai. Tidak perlu menunjukkan sikap fanatik keterlaluan dalam hal ini.

Lebih banyak hal lain perlu ditekankan, diperbincangkan.

30 Strategi Membina Pengaruh

Komentar bagi ruangan buku kali ini ialah mengenai sebuah buku motivasi yang ditulis oleh Zamri Muhammad dan Haeqal Zulqarnain terbitan PTS Millennia. Buku yang berjudul 30 Strategi Membina Pengaruh mempunyai bilangan muka surat mencecah setebal 181 helaian.

Saya membeli buku ini ketika promosi yang dilakukan oleh PTS dengan diskaun harga sebanya 35% dari harga asal iaitu RM13.90. Murah sahaja, jika dibandingkan dengan ilmu yang terdapat di dalamnya.

Inilah buku yang mengubah persepsi saya terhadap perlunya saya mencairkan diri saya dengan semua orang tak lain tak bukan demi kelansungan dakwah.

Buku ini mengajar saya kenapa kita perlu membina pengaruh kecil-kecilan dengan kawan-kawan sekuliah dan sesiapa sahaja meskipun mereka yang kita bertemu di tepi-tepi jalan.

Antara kaedah membina pengaruh yang paling mudah dengan semua orng ialah melemparkan senyuman dengan sesiapa sahaja yang kita jumpa. Malah ketika menyambut kegembiraan atas kejayaan orang lain pun, buku ini mengajar bagaimana saya menyalurkan ucapan tahniah itu yang mampu mempengaruhi orang tersebut.

Mengorganisasikan sebuah aktiviti santai dengan rakan-rakan juga merupakan antara petua yang di ajar oleh penulis untuk membina pengaruh dalam kalangan kawan-kawan saya.

Antaranya, alhamdulillah petua ini berjaya saya praktikkan dengan mengorganisasikan satu perkelahan umpama rehlah bersama rakan-rakan fakulti saya di Air Terjun Sungai Gabai dan hasilnya sungguh mengagumkan.

Ternyata saya mampu mengenali hampir kesemua rakan-rakan sefakulti biarpun berlainan jabatan. Saya amat-amat bersyukur kerana apabila mereka ditawarkan untuk menjadi urusetia bagi program Freshman Camp untuk pelajar 1st year ambilan Julai ini di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina UKM, mereka semuanya bersetuju dan mampu memberi komitmen yang cukup terpuji dalam proses gerak kerja kami.

Sungguh, saya cuba praktikkan setiap petua yang diberi dan ternyata walaupun petua itu ringkas namun cukup bererti bagi saya untuk membina pengaruh dalam kalangan rakan-rakan saya.

Kepada semua pembaca, buku ini sangat direkomenkan oleh saya sendiri sebagai sebuah bacaan santai yang ringan dan bermanfaat. Segala tips dan pnduannya boleh diikuti tanpa sebarang masalah dan ternyata kebanyakkannya begitu berkesan.

Saya menawarkan 3/5 bintang bagi buku ini.

Aku Bertuah Kerana Dipertemukan Dengan Mereka

Tulisan ini adalah dedikasi khas aku buat beberapa orang insan yang begitu bermakna dalam hidup aku setelah meniti dan bertatih di jalan yang telah ditakdirkan ke atas diriku ini semenjak mendaftar masuk ke UKM.

Aku lansung tidak berniat untuk mengagungkan insan-insan ini, tetapi sekadar menghargai pertemuan aku dengan mereka dan memperingati diri aku bahawa suatu masa nanti aku juga mahu menjadi sehebat mereka ini.

Aku memohon ke hadrat ALLAH agar ukhwah yang terbina ini akan terus mekar dan mewangi bak kasturi sehingga ketemu di syurga nanti.

Meskipun ALLAH hanya mempertemukan aku dengan mereka dalam jangka masa setahun sahaja namun bagiku itu adalah saat terindah bila mana berpeluang mengenali insan-insan ini dan bekerja bersama mereka menggerakkan misi dan visi gerakan mahasiswa.

Alhamdulillah…

Abang Azizan


Pendaftaran aku di UKM pada 26 Jun 2009, menyaksikan pertemuan pertama kaliku dengan Abang Azizan. Dia datang melawat aku di bilik K11A-230, Kolej Burhanuddin Helmi pada pagi selepas pendaftaran aku selesai. Memang lansung tak sangka seorang senior datang bertandang ke bilik aku pada hari pertamaku di UKM.

Seorang yang begitu suka mengutarakan persoalan demi persoalan ketika bersoal jawab dengannya. Aku masih teringat kata-kata dia semasa melawat aku pada hari tersebut sebelum dia balik,
“Begitu bersemangat boleh berjumpa dengan enta…. Bersemangat berjumpa dengan anak muda yang berjiwa besar…”
Buat Abang Azizan, aku mendoakan semoga ALLAH sentiasa merahmati abang sepanjang hidup di dunia sehingga di akhirat kelak. Moga ukhwah kita terus bertaut.

Dia juga menulis, Asam Pedas Gulai Melaka.

Abang Farid Hamlud



Seterusnya, aku dipertemukan dengan super-senior kejuruteraan Abang Farid Hamlud @Farid Albariti. Pertemuan aku di UKM dengan Abang Farid adalah rentetan setelah bertemu pertama kali dalam satu program ketika aku masih di Matrikulasi Melaka lagi.

Bersyukur kepada ALLAH mempertemukan aku dengan Abang Farid kerana dialah insan yang paling banyak memberi tunjuk ajar kepada aku untuk survive dalam dunia yang penuh mencabar ini. Lantaran sifat dan pemikirannya yang begitu kritikal, jujur aku sentiasa teruja untuk mendengar setiap pendapat yang diutarakan oleh Abang Farid.

Hebat idealisme, hebat perjuangannya. Teringat kata-katanya pada aku,
“Ana adalah orang yang paling suka berdemo….”
Menjadi naqib usrah aku di UKM kerana aku ditakdirkan belajar satu fakuti dengan dia. Aku sempat bergerak bersama-sama Abang Farid dalam menjayakan beberapa program fakulti dan PEMATRA sendiri.

Suka gelak-gelak dan kenakan orang, tapi dalam meeting khabarnya begitu serius. Begitu banyak ilmu aku sempat kutip dari Abng Farid sepanjang setahun aku mengenali dia dan aku berdoa ukhwah yang terjalin ini berkekalan hingga ke syurga kelak. Moga ALLAH sentiasa merahmati dan memberkati perjalanan hidup abang.

Dan dia juga menulis, KACAPERMATA.

Abang Idris



Insan ketiga yang ALLAH mempertemukan aku dengannya ialah Abang Idris. Badannya kecil namun jiwanya besar. Begitu hebat idealisme dan perjuangannya. Merupakan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) sesi 2009/2010, Abang Idris merupakan seorang yang begitu mantap dalam berbicara.

Ucapannya seakan ada “zupp” pada aku. Mampu membuatkan aku tersedar ketika mengantuk. ALLAH mengurniakan bakat kepimpinan yang begitu besar buat Abang Idris.

Aku cukup-cukup bertuah kerana ALLAH mempertemukan dengannya. Mana mungkin aku tidak bersyukur apabila memperoleh senior sepertinya. Aku mula kenal dengannya bila dia mengajak aku pergi ke Usrah Nuqaba’ di Institut Perguruan Islam menemaninya untuk memberi sedikit pengisian sempena usrah tersebut.

Ucapannya jelas memukau sesiapa sahaja yang mendengarnya. Dialah antara orang yang memperkenalkan teori konspirasi Yahudi dalam setiap kali ucapannya. Kagum bilamana seorang lepasan Fakulti Pengajian Islam yang begitu mantap menghuraikan setiap titik dalam teori konspirasi itu.

Dari mulutnya aku kenal siapa Rothschild, Illuminati dan sebagainya. Sering kali dia membawa aku ke mana-mana program yang dia hadiri. Syukran ya akh!

Moga ALLAH sentiasa melimpahkan rahmat dan keampunan buat Abang Idris. Dan moga ukhwah kita terus bertaut, tak mahu lagi perang dengan Abang Idris icon smile Aku Bertuah Kerana Dipertemukan Dengan Mereka.

Abang Idris juga menulis, Tinta Duat.

Abang Ammar



Seterusnya insan yang banyak berkongsi pengalaman dan ilmu dengan aku sepanjang berada di UKM ini iaitu Abang Ammar Ishak. Mula-mula ketika aku tengok muka Abang Ammar, aku ingat dia ini garang dan tak boleh buat kawan tapi setelah beberapa kali duduk dan berbual dengannya, baru aku kenal siapa dia sebenarnya.

Abang Ammar antara orang yang bertanggungjawab mengajar dan memberi semangat kepada aku untuk terus menulis blog. Terkenal dengan penulisan propagandanya, aku sedikit terkilan kerana tidak sempat untuk menuntut kesemua ilmu penulisan dengan Abang Ammar kerana dia sudah menghabiskan pengajiaannya semester ini.

Sungguh, aku beruntung kerana bertemu dengan insan sebaik Abang Ammar. Aku tak dapat melupakan saat ketika aku dan Abang Ammar mengikuti Program Operasi Khidmat Masyarakat ISIUKM (OPKIM ’09) di Kampung Orang Asli Cheros Cameron Highland dan melakukan pelbagai aktiviti di sana.

Aku berharap dan berdoa agar Abang Ammar berjaya menjadi pendidik yang hebat di luar sana. Doaku agar ukhwah aku dengan Abang Ammar akan terus mekar hingga ketemu di syurga nanti.

Dia juga menulis, Warna-Warna Pencerahan.

Abang Affandi



Mereka yang seterusnya mewarnai suka duka hidup aku setahun di UKM ialah Abang Affandi. Merupakan seorang jeneral perang di UKM dan juga bakal menjadi pendidik tidak lama lagi insya ALLAH.

Nampak dari luar macam ganas tapi dalam hati ada taman. Inilah abang aku yang aku sering bergurau dan gelak ketawa dengan dia. Walaupun tak banyak aku dapat belajar dengan dia, namun aku merasa bertuah bila mana sempat duduk dan berprogram dengan Abang Fendi serta mendapat input-input penting terutama tentang isu semasa dan bagaimana cara nak mengggarap sesuatu isu itu.

Ucapannya memang boleh menggegarkan mana-mana hati yang mendengarnya. Aku masih teringat malam ketika ceramah umum wakil Gabungan Mahasiswa UKM berucap di PUSANIKA, Abang Fendi secara terang-terangan mencabar mana-mana SB yang cuba mengambil nama dia untuk di rekodkan.

Salute buat Abang Fendi sambil berfikir bilakah aku mampu menjadi sepertinya. Moga rahmat ALLAH keatas Abang Fendi. Doaku agar ukhwah ini terus mekar sehingga ketemu di syurga nanti.

Abang Fendi juga menulis, Mujahid Muda.

Inilah senior yang sempat aku dampingi dan kenali sepanjang setahun aku berada di bumi ilmu UKM ini. Begitu banyak perkara dan ilmu yang aku dapat ketika bersama-sama mereka ini. Malah mereka semua penulis-penulis yang hebat-hebat. Boleh kalian telaah artikel dan tulisan mereka di setiap blog itu. Kebaikan mereka hanya ALLAH sahaja mampu membalasnya.

Aku berdoa agar ikatan ukhwah ini terus mekar dan berjalan sehingga ketemu di pintu syurga kelak.

Bingkisan kecil ini adalah dedikasi khas aku buat mereka-mereka insan yang HEBAT dalam mencaturkan kehidupan mereka. Benar, aku cukup bertuah kerana bertemu dengan mereka semua. Setahun aku berada di bumi UKM ini telah banyak mengajar aku tentang erti kehidupan yang sebenar dan melatih diri menjadi seorang insan yang sentiasa mengimpikan kesempurnaan.

Tanggal 26 Jun ini maka genaplah setahun umurku di UKM. Terasa seakan masih lagi baru dan mentah namun memikirkan tanggungjawab yang telah di amanahkan, kaki ku ini akan tetap aku hayun demi mencapai keredhaan-Nya insya ALLAH.

Aku merindui mereka semua…

Sunday, June 20, 2010

Relevensi Pemansuhan UPSR dan PMR

Hari ini dalam The Star online, Tan Sri Muhyidin Yassin mengeluarkan kenyataan untuk memansuhkan UPSR dan PMR supaya pelajar dan guru dapat memfokuskan terhadap perkembangan kreativiti dan pembangunan interaktif secara meluas.

Jika ranccangan ini berjaya maka guru dan pelajar hanya perlu fokus pada satu peperiksaan awam sahaja. Rancangan ini termasuklah dalam perancangan penstrukturan semula sistem pendidikan di Malaysia. Namun berbalik kepada perlunya suara rakyat,cadangan ini disuarakan terlebih dahulu untuk mendapat respon daripada semua kalangan rakyat Malaysia terhadap cadangan ini.

Cadangan ini akan menyebabkan UPSR dan PMR sekadar menjadi peperiksaan di sekolah masing-masing untuk menentukan sekolah apa mereka akan melanjutkan pelajaran kemudiannya.

Bila membaca berita ini,aku bersetuju hampir 100% berdasarkan pemerhatian awal saya terhadap kepentingan UPSR dan PMR selama ini terhadap perkembangan pelajar. Namun tekaan ini bukanlah menjadi hujah kepada saya untuk mengiyakan cadangan ini. Bagi saya kerajaan perlulah mewujudkan satu kajian yang menyeluruh berkenaan cadangan ini terhadap kesemua lapisan masyarakat termasuklah mereka dari Malaysia Timur.

Apa yang penting pasti ada pro dan kontra dalam pelaksanaan cadangan ini. Oleh itu, satu kajian terperinci dalam menganalisa pro dan kontra cadangan ini perlulah dilaksanakan agar kesan yang mungkin tidak menyenangkan di kemudian hari dapat diatasi dengan efektif.

Saya sekadar mewujudkan persoalan di sini untuk semua pembaca memikirkan akan cadangan ini dan seelok-eloknya memberi respon kepada isu ini dalam usaha kita membantu kerajaan meningkatkan lagi mutu sistem pendidikan di negara kita yang tercinta ini.

Khasnya kepada golongan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bakal atau sedang bersiap untuk menghadapi UPSR atau PMR, mereka mungkin mempunyai perspektif masing-masing akan cadangan ini kerana mereka adalah pemerhati terdekat buat anak-anak mereka yang sedang berpeluh dengan buku-buku latihan itu.

Maka saya kira cadangan dari golongan ini amat-amat perlu dinilai oleh kerajaan bagi menetukan relevensi cadangan ini.

Bina Remaja Dengan Ilmu Kenegaraan


Bagi saya, cadangan ini amatlah baik untuk diterjemahkan sebagai dasar baru di negara kita kerana saya memandang sistem pendidikan negara kita yang berteraskan peperiksaan awam ini lebih menggalakkan para generasi mendatang untuk menjadi insan yang cuma mengenal alam buku sahaja berbanding mempersiapkan diri mereka dengan skil sosial dan kemasyarakatan yang lengkap dan ilmu-ilmu yang berkisar kehidupan seharian dengan lebih baik.

Di sekolah rendah, ibu bapa dan guru-guru mendoktrinkan mereka dengan pencapaian 5A dan pemikiran mereka terbentuk bahawa aku datang ke sekolah adalah untuk mendapat 5A. Hal ini amat berbahaya kerana sepatutnya sejak kecil lagi mereka perlu dibentuk pemikiran yang menjana kepada kepentingan pembangunan masyarakat sekitar dengan melengkapkan diri mereka dalam aspek kompetensi dan sahsiah.

Barulah dari sini kita akan dapat melihat satu budaya mencabar dalam pembelajaran dapat diwujudkan seterusnya menjana generasi pelapis yang aktif dan berfikir.

Penjanaan ini haruslah bermula dari bawah yakni bermula sejak mereka mula mengenal alam persekolahan sehingga mereka keluar daripada universiti sebagai pemegang ijazah yang berjaya. Mungkin daripada cadangan ini,beberapa subjek seperti Pendidikan Demokrasi, Pengajian Am, Antrapologi dan yang berkaitan dengannya perlu dimasukan ke dalam senarai subjek yang diajar.

Mungkin cadangan ini dianggap melampau namun bagi aku,untuk permulaan mereka perlulah melalui tahap biasa kemudiannya perlulah dinaikkan tahap pengajaran itu sedikit demi sedikit.

Kerana saya berpendapat, untuk melahirkan sebuah generasi yang benar-benar matang dari sudut kemasyarakatan dan sosialnya, mereka perlulah disemai dengan nilai-nilai kenegaraan dan patriotik yang matang sejak kecil lagi.

Dari sini, nilai-nilai demokrasi perlulah diajar dan disemai dengan teliti agar mereka yang lahir dari sistem pendidikan ini bukan sekadar menjadi produk lambakan kepada masyarakat, namun mereka mampu bertindak sebagai pemikir kepada masyarakat.

Pengukuhan Moral Melalui Ilmu dan Agama


Dari kecil lagi, para pelajar wajiblah diajar dengan ilmu fardhu ain secara betul dan tersusun. Hal ini termat penting kerana hanya dengan pemantapan ilmu ini barulah impian untuk melihat generasi mendatang lahir sebagai sebuah generasi harapan akan tercapai. Maksud saya di sini ialah sistem pembelajaran agama di sekolah juga haruslah diubah daripada sistem ajar dan lari kepada sistem talaqqi.

Kerana ilmu fardhu ain bukanlah sebarang ilmu yang yang boleh diajar dan dipraktikkan begitu sahaja namun ia memerlukan kepada satu penekanan yang khusus kerana apa sahaja perbuatan kita berkenaan ilmu tersebut menjadi nilaian diri kita samada akan berada di syurga atau sebaliknya. Memang keras bunyinya namun itulah hakikat yang wajib kita telan.

Kita perlu berusaha mengubah persepsi bahawa ilmu agama hanya untuk mereka yang kuat beragama sahaja. Tidak.

Kerana ilmu fardhu ain itu WAJIB atas setiap mukallaf maka tidak ada alasan lain untuk kita mengelak daripadanya. Penekanan yang khusus dalam hal ini perlu diambil kira oleh kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan sistem pendidikan negara kita.

Syeikh Sa’id Hawwa Rahimahullah meletakkan bahawa setiap muslim itu wajib menguasai ilmu-ilmu asas barulah kita layak bergelar seorang muslim yang sebenar iaitu,
  1. Ilmu Usul Thalathah
  2. Al-Quran dan ilmu-ilmunya
  3. Sunnah dan ilmu-ilmunya
  4. Usul Fiqh
  5. Aqaa’id
  6. Feqah
  7. Akhlak
  8. Sirah dan Sejarah Islam
  9. Ilmu-ilmu Bahasa Arab
  10. Rencana-rencana jahat ke atas Islam dan umat Islam dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh umat Islam
  11. Kajian-kajian Islam semasa
  12. Fiqh Dakwah.
Banyak bukan?

Malah diri yang menulis ini pun gagal menguasai ilmu-ilmu yang disebutkan di atas. Ini adalah ketetapan yang dibuat oleh para ulama dalam menentukan kesempurnaan diri seorang muslim itu. Maka diri kita sendiri wajiblah ada kesedaran untuk mencari ilmu-ilmu di atas bagi mencapai apa yang dimaksudkan kesempurnaan sebagai Muslim itu walaupun kita sudah melepasi tahap umur 15 tahun.

Ilmu-ilmu ini boleh dikuasai dengan sempurna jika sejak kecil lagi sistem pendidikan negara kita membenarkan ilmu-ilmu ini masuk dalam senarai dan diajar dengan cara yang sebenar. Maka eloklah jika kerajaan mengambil peluang ini dengan memasukkan agenda pembangunan agama ini ke dalam sistem pendidikan negara yang akan dipertingkatkan ini.

Bersikap Tegas Dengan Hedonisme


Namun jika kita sekadar memperbaiki sistem pendidikan dan kita gagal mengubah eko-sosial masyarakat sekarang maka cadangan ini mungkin kurang efektifnya atau mungkin akan memakan masa yang lama untuk membuahkan hasil yang diharapkan. Hal ini kerana dalam pada kerajaan berusaha meningkatkan sistem pendidikan,kerajaan haruslah turut memikirkan faktor luaran yang menjadi penyebab utama kenapa generasi sekarang gagal menempakakn kualiti diri mereka.

Lambakan program realiti dan hiburan yang meruntuhkan moral masyarakat terbit tanpa henti di kaca televisyen. Dan pengaruh luar melalui internet serta media masuk ke dalam negara ini tanpa sekatan. Meskipun kita mendidik para pelajar dengan sebaik-baiknya di sekolah namun peratusan terbesar masa mereka adalah di rumah dan di luar daripada waktu sekolah.

Situasi ini akan menyebabkan cadangan dan penambahbaikan itu menjadi seakan tekanan yang lemah kepada pembentukan minda pelajar yang lebih mudah terpengaruh dengan faktor luaran yang lebih “hebat” lagi itu.

Oleh itu, dalam pada usaha kerajaan membaiki sistem pendidikan negara,eloklah kerajaan mengambil peluang ini untuk mengurangkan atau menghapuskan segala faktor-faktor luaran yang menyekat kepada pembangunan dan kematangan rakyat Malaysia. Tindakan drastik dan pantas mungkin perlu dilaksanakan dengan memperkasakan semula sistem pengurusan pentadbiran negara dan menstrukturkan semula media di Malaysia.

Kerana cadangan ini kelihatan seakan memfokuskan pada mereka yang berumur bawah daripada 15 tahun, maka dari sini kita perlu memahami bahawa di peringkat umur sebegini pelajar atau masyarakat lebih senang menerima daripada membantah. Kegagalan membentuk peribadi dan kekuatan sahsiah akan menyebabkan mereka lebih mudah terpengaruh dengan anasir liar yang saya sebutkan tadi.

Oleh itu saya sekali lagi menegaskan bahawa cadangan ini amatlah baik untuk dilaksanakan namun ia masih perlu kepada kajian dan pemerhatian terperinci dan halus bagi mengelakkan kesan yang tidak menyenangkan di kemudian hari. Kerajaan juga tidak seharusnya sekadar memfokuskan kepada penstrukturan sistem pendidikan sahaja malah kerajaan sepatutnya menilai pembangunan masyarakat dari semua sudut dan dasar yang sedang dijalankan di negara kita sekarang ini.

Saya menyokong 100% hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi yang kreatif dan interaktif kerana saranan ini bertepatan dengan firman ALLAH dalam aL-Quran berkenaan kisah anak gadis Nabi Harun yang mencadangkan kepada bapanya akan Nabi Musa untuk dijadikan pekerjanya,
“Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah, ambilah dia memjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah”….”
Surah aL-Qasas: 26
Jelas di dalam ayat di atas ciri-ciri pemuda yang berkualiti ialah mereka yang kuat lagi amanah. Maka di sini kuat bermaksud kemahiran kompetensi yang wajib ada pada setiap diri manusia dan amanah yang membawa maksud integriti dan sahsiah. Lengkapnya kedua-dua sifat ini dalam diri kita maka sempurnalah diri kita untuk menterjemahkan tindakan dalam membangunkan masyarakat dan negara.

Mahu tidak mahu, kedua-dua sifat ini mesti ada dalam diri kita sebagai salah seorang anggota masyarakat yang bertanggungjawab terhadap bangsa,agama dan negara. Melalui sistem pendidikan yang efektif barulah sifat-sifat ini boleh disemai dalam diri pelajar.

Merespon kepada cadangan ini bukanlah bidang saya sebenarnya namun, merasa tanggungjawab untuk melihat generasi mendatang membangun sebagai sebuah generasi yang benar-benar berkualiti kepada negara dan masyarakat adalah wajib.

Oleh itu saya menyeru kepada semua pembaca untuk kita sama-sama memikirkan pro dan kontra cadangan ini agar keputusan yang akan dibuat nanti akan menjadi keputusan yang terbaik dalam melahirkan masyarakat Malaysia yang matang dan hebat.

Saturday, June 19, 2010

Bila Ideologi Menjadi Vokal

Pertamanya saya ingin membawa pembaca semua kepada satu dimensi dunia yang terbit daripada akal logik fikiran manusia yang begitu terbatas keupayaan dan kekuatannya. Dimensi dunia ini yang saya maksudkan di sini ialah berkenaan dunia mereka yang lebih senang untuk hidup dan mewakafkan diri mereka atas nama sesuatu ideologi yang ternyata bercanggahan dengan konsep dan syariat ISLAM sendiri.

Kita seakan menafikan kesempurnaan Islam dengan melabelkan diri kita sebagai pejuang itu dan ini. Di mana pejuang ISLAM nya?

Padahal secara hakikatnya semua benda di dunia ini tidak pernah terabai daripada pemerhatian dan ajaran Islam. Sebelum saya pergi jauh lagi, lebih baik untuk kita menghayati kata-kata As-Syahid Sayyid Qutb dalam kitabnya Beberapa Pelajaran Tentang Islam. Dalam artikel sebelum ini, Islam Agama Revolusi saya ada menukilkan kata-kata Sayyid Qutb ini,

"Jadilah seorang Islam. Ini telah cukup untuk mendorong mu berjuang menentang penjajahan dengan berani, mati-matian, penuh pengorbanan dan kepahlawanan. Kalau anda tidak dapat melakukannya, cubalah periksa hati mu. Barangkali hati itu telah tertipu tentang hakikat iman mu. Kalau tidak begitu, alangkah sabar nya anda, kerana tidak berjuang menentang penjajahan.
"Jadilah seorang Islam. Ini saja telah cukup untuk mendorong anda berjuang melawan segala bentuk ketidakadilan sosial, suatu perjuangan yang dilakukan dengan terus-terang, penuh semangat, penuh dorongan. Kalau anda tidak melakukan hal ini cubalah periksa hati mu. Mungkin hati itu telah tertipu tentang hakikat iman mu. Kalau tidak begitu, kenapa anda menjadi demikian teganya untuk tidak berjuang melawan. pencabulan hak?
"Jadilah seorang Islam. Ini saja telah cukup untuk mendorong maju ke depan berjuang melawan ketidakadilan, dengan tekad yang teguh tanpa mempedulikan kekuatan-kekuatan lawan yang hanya berupa kekuatan lalat, tetapi oleh orang-orang lemah dikira merupakan halangan besar. Kalau anda tidak melakukan hal ini, cubalah periksa hati mu, mungkin ia telah tertipu tentang hakikat iman mu. Kalau tidak begitu, kenapa anda menjadi demikian sabar nya dan teganya untuk tidak berjuang menentang ketidakadilan?
"Semua prinsip yang terdapat di atas dunia ini, semua jalan pemikiran yang terdapat di atas dunia ini, akan mengambil jalan yang berbeza-beza, masing-masingnya mencari bidangnya sendiri-sendiri, untuk merealisasikan keadilan, kebenaran dan kemerdekaan. Tetapi Islam berjuang di segala bidang itu. Ia mencakup seluruh gerakan pembebasan. Ia menggerakkan seluruh pejuang.

Maka dari kata-kata ini saya simpulkan bahawa Islam itu sudah cukup untuk memberi gelaran kepada kita sebagai pejuang keadilan, pejuang negara, pejuang golongan marhaen dan sebagainya. Dan tidak perlu lagi untuk menempelkan gelaran sosialis, nasionalis dan sebagainya ke atas nama kita.

Kita menjadikan ideologi kita sebagai vokal dalam kehidupan kita. Seolah-olah hilang ideologi maka hilang identiti.

Seolah-olah ideologi logika manusia itu mampu memandu kita ke pintu syurga. Maka dari tindakan dan interpretasi ini, lahirlah golongan yang begitu fanatik memperjuangkan ideologi karut marut ini secara membuta tuli dan secara tidak langsung, skop dan ruang lingkup perjuangan yang sepatutnya begitu luas menjadi sempit akibat doktrin ideologi pegangan masing-masing.

Kesannya yang terbesar dan paling berbahaya ialah berkenaan kekacauan akidah buat mereka yang begitu mengagung-agungkan ideologi karut marut ini.

Ya, masalah akidah menjadi persoalan utama saya pada artikel kali ini. Merujuk kepada kata-kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna dalam kitabnya Ayyuha Syabab,

“Sudut yang paling berbahaya sekali dalam sesuatu umat yang sedang membangun-terutama di ketika masih dalam peringkat permulaan kebangkitan ialah lahirnya berbagai corak fikrah dan pegangan, pelbagai seruan, bermacam-macam program, pelbagai langkah dan cara yang bersimpang siur di samping lahirnya begitu banyak orang-orang yang berlagak penganjur dan pemimpin. Semua itu hanya memecah belahkan tenaga serta mencerai beraikan kekuatan yang sedia ada lalu mengendalakan tercapai nya segala matlamat yang dituju. Menyedari hal inilah maka suatu kajian terhadap segala fikrah tadi serta suatu analisa perbandingan di antaranya merupakan suatu persoalan yang asasi yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang benar-benar inginkan reformasi.”

Kita mengkaji dan mendalami sesuatu ideologi itu bukan bertujuan untuk mengimani dan memperhambakan diri kita kepadanya kerana hal ini amat berbahaya lantaran itu tepat lah saranan Imam Hassan aL-Banna seperti di atas agar kita semua sebagai umat Islam sepatutnya ada berhati-hati terhadap perkara ini dan berusaha membebaskan diri kita daripada dibelenggu mana-mana ideologi yang menyesatkan ini.

Kesanggupan kita menjadikan ideologi sebegini menjadi vokal kepada setiap tingkah laku amat membimbangkan kerana secara tidak langsung ia akan membawa kita jauh menyongsang daripada ajaran Islam yang tulen. Kita akan mula mempersoalkan sesuatu yang tidak perlu dipersoalkan lagi seperti hak mualamat dalam kehidupan, hak asasi manusia, keadilan sesama makhluk, pengurusan ekonomi, semangat kebangsaan dan sebagainya.

Kerana dalam Islam semua perkara “remeh temeh” itu sudah termaktub secara jelas apakah boleh dan tidak boleh sesuatu dalam semua aspek.

Akhirnya, akidah kita yang mengaku beriman kepada tuhan yang Esa ini terancam dan berbolak balik. Kini, musuh-musuh Islam iaitu Yahudi dan Nasrani betul-betul mengambil peluang ini untuk menghancurkan akidah umat ISLAM tanpa kita sedari. Mereka menentang dari dalam dan luar dengan menumpukan aspek akidah yang memberi kesan yang amat berbahaya.

Ia melibatkan fahaman dan ideologi moden yang wujud sejak zaman penjajahan lagi. Ideologi moden yang karut marut ini dibawa oleh golongan sekular telah menampakkan pencambahan nya dan makin menular dalam masyarakat ISLAM.

Sungguh, jika perkara ini tidak disedari oleh kita sendiri ,bimbang-bimbang kita termasuk dalam golongan sebegitu.

Kita lihat sekarang, kebanyakan mereka yang membawakan sesuatu ideologi yang karut marut ini mula menyadur kan nama pergerakan atau pertubuhan mereka dengan nama Islam itu sendiri. Contoh yang jelas ialah PERKASA dan Sisters In Islam.

Mereka membawakan satu fenomena baru dalam pembawaan ideologi masing-masing atas nama Islam. Segala serba ucapan mereka seolah-olah menggambarkan mereka adalah pertubuhan Islam yang membawa fikrah dan manhaj Rasulullah SAW.

Namun bila mana diselidik dan diamati kita dapat melihat mereka sekadar menjadikan Islam itu sebagai alat untuk menghalalkan segala tindakan mereka. Dalam pada masa yang sama, mereka menyeru kepada sesuatu yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam.

Maka dari sini kita amat menghargai saranan Imam Hassan aL-Banna di atas yang menyuruh kita supaya mengkaji setiap ideologi dan sentimen yang wujud pada akhir zaman ini. Hanya dengan kajian yang benar-benar jitu dengan kefahaman yang mantap barulah akan melahirkan satu kesimpulan yang jelas terhadap satu-satu ideologi tersebut.

Hal ini kerana kebanyakan ideologi ini lahir adalah akibat bersepahnya lembaran falsafah yang berlandaskan logik akal manusia semata. Pengaruh ajaran falsafah ini jelas terbina selepas berlakunya zaman Gelap di Eropah kemudian munculnya era Renaissance di mana para ilmuwan Islam mula mengambil sebanyak-banyaknya lembaran dan tulisan falsafah karya Rom dan Yunani kemudian di terjemah ke dalam bahasa Arab tanpa tapisan yang jelas.

Situasi ini telah menyebabkan ajaran Islam yang tulen mula bercampur baur dengan ajaran falsafah yang berlandaskan logik akal manusia itu. Lembaran falsafah dari Aristotle, Plato dan sebagainya menjadi sumber rujukan para ilmuwan ISLAM sehinggakan lahirnya ramai ilmuwan yang menjadikan falsafah ini sebagai usul dan dalil naqli sebagai furu’ iaitu cabang. Dr. Yusuf aL-Qardhawi dalam kitabnya aL-Marjai’yyah aL-Ulya fil Islam lil Quran wa Sunnah berkata,

“Para ahli falsafah aL-Mashaai’yyin antaranya (al-Kindi, aL-Farabi dan Ibn Sina) adalah tumpuan pemerhatian mereka yang terbesar ialah menyelaraskan di antara ajaran falsafah yang mereka kagumi dan agama yang mereka warisi. Akan tetapi mereka menjadikan falsafah sebagai usul dan agama pula sebagai furu’. Dan mereka menganggap pendapat Aristotle itulah yang mereka membuat keputusan dengannya dan membuat sandaran kepadanya, dan firman ALLAH SWT dan sabda Rasul-Nya yang mulia adalah sebagai pengikut kepada pendapat Aristotle itu, sekiranya keduanya selari dengan pendapat Aristotle maka adalah amat baik, ada pun sekiranya tidak maka wajiblah ditakwilkan makna keduanya samada takwil itu adalah hampir ataupun jauh dari makna sebenar.”

Resapan ajaran falsafah ini dan kita pula membenarkan falsafah ini menjadi VOKAL dalam setiap tingkah laku dan percakapan kita akan menyebabkan hilangnya ketulenan ajaran Islam itu sendiri. Kita amat beruntung kerana lahirnya segolongan ulama yang sanggup mati mempertahankan kesucian ajaran agama ISLAM daripada diresapi dengan aliran falsafah yang karut marut ini.

Sehingga kini ajaran falsafah inilah yang menjadi sandaran kepada para musyrikin untuk mencipta ideologi karut marut dan cuba menyelaraskan dengan ajaran Islam yang serba suci ini. Kemudian para penganut Islam yang mengaku tuhan itu Esa kemudiannya sanggup menjadi hamba kepada ideologi sesat itu.

Berkenaan masalah ini, Syeikhul Azhar Syeikh Abdul Halim Mahmud Rahimahullah dalam kitabnya, aT-Tauhid al-Khalis aw al-Islam wa aL-Aql berkata,
“Tatkala keadaan sekitaran adalah penuh makmur dengan agama ketuhanan, yang memenuhi hatinya dengan iman dan memenuhi perasaannya dengan hidayah, para pemuja falsafah tersebut telah berusaha melalui pendekatan iblis untuk menyelaraskan di antara agama dan falsafah. Sesungguhnya penyelarasan di antara hawa nafsu mereka, andaian-andaian mereka, keraguan-keraguan mereka dan khayalan-khayalan mereka dengan wahyu dan yang maksum, dengan yakin dan hidayah. Hanya sanya ia adalah amalan yang tidak akan berjalan di dalam perjalanannya melainkan pengikut-pengikut iblis sahaja.”
Jelasnya di sini ialah percubaan menyelaraskan ajaran Islam dengan ideologi karut marut ini adalah jalan syaitan bukannya datang daripada petunjuk wahyu. Kesedaran segelintir umat Islam akan perkara ini telah melahirkan kumpulan Ikhwanul Muslimin yang bangkit di tengah kesesatan umat dengan pelbagai ajaran dan ideologi dan menyeru kepada mereka agar kembali kepada Islam yang tulen.

Kita amat bersyukur kerana ALLAH masih lagi menyelamatkan kita daripada termasuk dalam golongan sebegini yang cuba menghalalkan kepercayaan mereka atas nama Islam.

Oleh itu, sebagai orang Islam sebagaimana ditegaskan oleh ALLAH dalam aL-Quran,

“Maka sesiapa yang tidak percayakan taghut dan beriman kepada ALLAH maka sesungguhnya dia berpegang pada simpulan (tali agama) yang teguh dan tidak akan terungkai.”
Surah aL-Baqarah: 256

Berpeganglah kita kepada ajaran ISLAM yang sebenar dengan sekuat-kuatnya. Peringatan ini adalah khusus buat diri yang menulis ini dan juga kepada semua sahabat-sahabat yang dikasihi. Janganlah kita sesekali membenarkan ideologi yang menjadi rujuk pakai pada zaman sekarang sebagai vokal kepada setiap perbuatan kita.

Mengkaji dan terus mengkaji adalah satu tindakan yang amat perlu pada masa sekarang supaya kita tidak mudah terpedaya dengan pembawaan dan hasutan sesuatu perkara yang sesat. Iman yang sebenar mesti menolak semua ajaran, fahaman dan ideologi yang melampaui batas-batas ajaran ALLAH.

Kita berdoa dan berharap agar ALLAH memelihara umat Islam daripada fitnah di dunia, alam kubur dan Akhirat kelak.

Saya menyampaikan ini kerana saya menyahut seruan Baginda Rasulullah,

“Sampaikan lah daripada daku walau satu ayat.”

Moga-moga coretan picisan ini mampu membuka minda kita untuk kita sama-sama memikirkan sesuatu yang lebih besar daripada sibuk berfikir tentang diri sendiri yang tidak membawa kepada kemajuan umat.

Rujukan:

  1. Ancaman Bahaya Sekularisme karya Ustaz Zulkifli Haji Ismail, Ketua Dewan Ulama PAS Melaka
  2. Fahaman dan Ideologi Umat Islam karya Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
  3. Beberapa Pelajaran Tentang Islam karya As-Syahid Syed Qutb
  4. Blog Tinta Duat, Ustaz Mohd Idris Mohd Yusoff

Friday, June 18, 2010

Mengemis Kasih Tuhan

Benar, ALLAH tidak pernah membebankan hamba-Nya melebihi tahap kemampuan mereka. ALLAH tidak akan memberi ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hamba-Nya. Malah ALLAH sentiasa mendahului kasih sayang-Nya melebihi kemurkaan DIA terhadap keingkaran hamba-Nya.

Maka oleh itu sedarlah betapa kasih sayang ALLAH kepada kita sebagai hamba-Nya adalah semata-mata sifat Rahman dan Rahim. Meskipun kita tidak pernah terlepas dari melakukan keingkaran kepada-Nya walau sedetik, namun ALLAH masih memberi peluang demi peluang kepada kita untuk bertaubat.

Kita tidak pernah berhenti mengemis kasih Tuhan, mengulangi perangai buruk memungkiri janji ketika rasa susah dan tersepit. Tapi tuhan tidak pernah lupa.



Alangkah jahilnya dan bodohnya kita ini kerana gagal memahami segala tuntutan DIA. Padahal Rasulullah SAW hampir putus nyawa menyampaikan risalah DIA kepada kita.

Marilah kita menghayati firman ALLAH dalam al-Quran,

“Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan menyeksa sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-kitab-Nya, dan Rasul-rasul-Nya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohon kan) keampunan Mu wahai Tuhan kami, dan kepada Mu jualah tempat kembali”. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.”
Surah aL-Baqarah: 284-286

Lihat dan saksikan, janji ALLAH itu benar. Cuma kita begitu lemah untuk diuji. Kenapa?

Kadang kala kita sanggup melepasi had keupayaan kita untuk melakukan sesuatu yang tak bermanfaat contohnya berjaga malam semata-mata menonton bola atau apa sahaja. Tapi bila kita disuruh untuk berjaga malam untuk qiamullail, sila tanya diri sendiri adakah kita sanggup?

Maka di manakah kita di hadapan ALLAH kelak?

Apakah kita masih merasakan diri kita ini layak untuk mencium bau syurga?

Namun sedarlah betapa kasih sayang ALLAH itu melebihi kemurkaan-Nya. Perhatikan di dalam ayat al-Quran di atas, ALLAH mengajar kepada kita beberapa potong doa yang mustajab bagi memohon kekuatan dan keampunan daripada-Nya.

Kita sendiri dapat saksikan melalui ayat-ayat ini terpancar kasih sayang ALLAH kepada kita.
“Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami.”
Ameen…

Wednesday, June 16, 2010

Kisah Ashabul Ukhdud (Siri 9)

Si raja yang zalim tidak berputus asa untuk membunuh dan menghapuskan Ghulam. Namun kuasa tuhan tiada siapa mampu menyanggah nya. Putus harapan si raja melihat Ghulam terus hidup bebas. Akhirnya…

Benar, nyawa manusia itu di tangan ALLAH.


Sesekali kita tidak mampu melawan kekuasaannya.

Ghulam tetap berdakwah meskipun nyawanya sudah terlucut dari badannya.

Orang ramai tahu dan faham siapa sebenarnya yang berada di pihak yang benar. Bersambung...

Tuesday, June 15, 2010

Cara Negarawan Berfikir

Terkedu dan cukup terkilan tatkala membaca laporan berita Malaysiakini tentang persetujuan Tun Mahathir dalam isu pemberian lesen judi sempena Piala Dunia 2010. Dia menuduh bantahan DAP terhadap pemberian lesen judi itu bukannya berniat baik tetapi semata-mata motif politik.

Saya cuba mencari erti dan perspektif yang berbeza, namun akal tetap gagal menemui jawapan yang konkrit untuk menyokongnya. Apakah ini petanda dunia akhir zaman yang sudah dekat?

Atau begini cara negarawan berfikir?

Ini beberapa keratan kenyataan beliau berkenaan isu tersebut,

“Bantahan itu kerana politik, bukan kerana Islam. Takkanlah DAP pun hendak dokong ajaran Islam. (Bila) DAP pun dapat sertai (bantahan), ini (menggambarkan) politik parti pembangkang hendak cari isu. Sedangkan dalam muktamar PAS ada cadangan supaya semua jenis judi diharamkan, tetapi PAS tak hendak,”
“Yang dia (PAS) kata tak boleh, (judi) sukan, bola sepak (sahaja). (Bantahan) ini politik, kita kena asingkan soal politik dengan soal agama. Bagi PAS, agama adalah alat politik mereka,”
“Saya berpendapat bahawa ada lesen ataupun tidak, judi memang ada di negara kita ini kerana orang Cina memang suka berjudi. Tetapi kalau dia berjudi tanpa lesen, tidak ada cara untuk kita menentukan perjudian itu tidak berleluasa,”
“Tidak, Vincent Tan selama ini dia meniaga di luar negeri, di negeri Cina, di Vietnam, di Korea. Dia tak payah cari duit di sini,”

Lagi berita mengenai isu ini boleh dibaca menerusi portal MalaysiaKini.

Di sini beberapa highlight yang saya buat pada berita di atas untuk huraikan berdasarkan perspektif saya berkenaan isu ini,

1) Takkanlah DAP pun hendak dokong ajaran Islam. (Bila) DAP pun dapat sertai (bantahan), ini (menggambarkan) politik parti pembangkang hendak cari isu

Ulasan: Apakah Dr Mahathir mengira semua orang akan berfikiran seperti Najib Razak yang senang-senang menghalalkan judi? Sesungguhnya mereka yang membantah judi ini adalah mereka yang berakal kerana mereka tahu apakah buruk dan baiknya.

Jikalau kita meletakkan semua benda atau tindakan itu atas dasar “politik” semata, maka sebutlah apa sahaja benda yang tidak ada motif di dunia ini?

Apakah Dr Mahathir mengira judi itu halal buat Buddha dan Hindu?

Atau apakah judi itu halal buat nilai dan norma masyarakat?

2) Ada cadangan supaya semua jenis judi diharamkan, tetapi PAS tak hendak

Ulasan: Hebatnya Tun Mahathir membuat kenyataan yang sungguh berfakta. Di mana “tak hendak” itu?

3) (Bantahan) ini politik, kita kena asingkan soal politik dengan soal agama

Ulasan: Sebelum saya mengulas kenyataan ini, eloklah kita menghayati fatwa Syeikh Dr Yusuf Al-Qardawi dalam kitabnya,

“Bahawa sesungguhnya kebanyakan takwilan-takwilan jahat yang kita hadapi pada zaman ini adalah pada nas-nas yang berkait dengan hukum syarak lebih banyak dari yang berkait dengan akidah (seperti di zaman lalu). Hal ini berlaku lebih-lebih lagi selepas berjayanya penjajah-penjajah Barat dalam menyekat pelaksanaan syariat selama lebih kurang satu kurun dan lebih, dan meletakkan undang-undang ciptaan mereka sebagai gantinya, dan mendirikan satu budaya baru yang menyanggah perintah-perintah syariat dan membentuk aqliah-aqliah yang beriman dengan falsafah nya tetapi jahil tentang warisannya, yang terasing dari umatnya, yang lemah kepercayaannya kepada Tahannya dan syariatnya.”

Benar, kita sudah jelas diresapi dengan Sekularisme dalam kehidupan kita sehinggakan kita seringkali menganggap agama itu tiada dalam kaitan kehidupan dan politik. Hancur akidah kita jika kita berimankan dengan falsafah sebegini.

Seorang ulama’ besar, Syeikh Muhammad aL-Khidhr Husain yang merupakan salah seorang Syeikh aL-Azhar menggunakan istilah dhalalah (kesesatan) bagi mengungkapkan tindakan memisahkan agama daripada politik. Istilah syar’i ini merupakan yang paling tepat bagi menyebut suatu ajaran yang baru ini kerana merupakan sesuatu yang masuk dalam kategori bida’ah. Dan setiap bidaah adalah sesat.

Syeikh aL-Khidhr turut menulis satu artikel panjang yang diterbitkan oleh Majalah “Nurul Iman” yang kemudiannya diletakkan dalam bukunya yang berjudul “Rasa’il al-Islah”,

“Kami mengetahui bahawa yang mempunyai keinginan memisahkan agama dan politik berasal daripada dua golongan:
  1. Segolongan orang yang mengetahui betul bahawa dalam al-Quran terdapat hukum dan dasar-dasar yang berkaitan dengan pengadilan dan politik tetapi mereka menolak adanya kesesuaian ajaran-ajaran tersebut dengan maslahat yang dapat digunakan untuk mencapai tujuan optimum. Mereka tidak peduli ketika kaum Muslimin menuduh mereka telah melanggar hukum dan dasar agama bahkan mereka lebih rela disebut kafir atau orang yang menyimpang daripada agama. Mereka mengakui bahawa mereka tidak mempercayai al-Quran berserta ajaran-ajaran yang ada di dalamannya.
  2. Golongan kedua adalah mereka yang mengaku bahawa di antara ajaran agama ada yang mengandungi hukum mahupun politik tetapi mereka mengatakan bahawa ajaran tersebut tidak sesuai lagi digunakan pada masa kini kerana itu mereka berusaha memisahkan agama daripada politik. Tetapi tujuan mereka itu tidak akan berhasil dan usaha mereka sia-sia belaka. Mereka menggunakan cara yang dianggap lebih tepat iaitu menganggap ISLAM hanya mengandungi tauhid dan ibadah, mereka juga mengingkari hakikat adanya ajaran yang berkaitan dengan hukum dan politik. Mereka terus menghembuskan syubhah dengan harapan ada orang-orang bodoh yang terpengaruh dengan usaha mereka ini.”

Itulah 2 golongan yang berusaha memisahkan agama daripada politik. Kemudian mereka mendekati kekuasaan agar dapat menciptakan hukum dan peraturan bagi kaum Muslimin yang bertentangan dengan syariat ISLAM.

Mereka juga mengikuti aliran yang menggunakan ajaran yang tidak diredai oleh ALLAH SWT, kerana ajaran tersebut tidak membawa kebaikan yang dikehendaki syariat. Langkah yang dilakukan oleh kedua golongan inilah menjadi penyebab munculnya fitnah kerana mengikuti politik hawa nafsu serta mencerminkan dangkal nya pemahaman terhadap ajaran hikmah yang ada dalam syariat ISLAM.

Maka layaklah kita yang mengucap 2 kalimah syahadah ini mengeluarkan kenyataan seperti Tun Mahathir itu?

4) Saya berpendapat bahawa ada lesen ataupun tidak, judi memang ada di negara kita ini kerana orang Cina memang suka berjudi

Ulasan: Kita memikirkan sebab utama judi itu wujud kerana wujudnya cina di Malaysia dan kita mengatakan cina suka berjudi maka sebab itulah judi itu ada banyak. Namun apakah itu akan menjadi alasan kepada mu wahai pemerintah negara di hadapan ALLAH jika di tanya sebab wujudnya judi di Malaysia sedangkan pemimpinnya mengaku ISLAM?

Apakah ini alasan terkuat untuk kita menghalalkan judi di Malaysia secara terang-terangan?

Jika tetiba orang cina suka melanggan pelacur, maka kita dengan senang hatinya berkata pelacuran memang dah ada di Malaysia kerana orang cina suka melacur. Begitu kah?

Di manakah nilai kamu sebagai orang ISLAM jika kamu berkata sedemikian?

Di manakah kuasa kamu wahai pemerintah negara untuk menyekat segala kebobrokan akhlak ini?

Apakah kamu ingin menjadikan dan merasakan dan yakin lesen judi ini sebagai senjata “pencegah” judi yang terbaik?

5) Dan dana itu untuk semua orang, bukan untuk UMNO… Orang lain pun dapat. Saya fikir Vincent ini, bukan saja dia bagi duit pada UMNO. Saya ingat dia bagi pada parti lawan pun sama

Ulasan: Kasihan melihat kamu wahai Tun Mahathir. Baru tahu rupa-rupanya selama ini duit haram itu tak mengapa untuk “kita semua”. Patutlah generasi mendatang di Malaysia ini banyak mendaftarkan anak di tong-tong sampah. Rupanya penangan wang “halal” di semua tempat.

Sebelum menutup gelanggang perspektif ini eloklah untuk kita sama-sama menilai sebuah fatwa yang dikeluarkan oleh Syeikh Yusuf Al-Qardhawi,

“Daripada golongan Kufur yang wajib dikafirkan tanpa sebarang ragu dan tanpa berselindung ialah beberapa kumpulan berikut: (antaranya) pemerintah-pemerintah sekular dan pendokong-pendokong parti sekular yang menolak syariat ALLAH secara terang-terangan, yang mengisytiharkan bahawa negara mestilah dipisahkan dari agama lalu mereka itu apabila diseru supaya berhukum kan dengan hukum ALLAH dan Rasul-Nya mereka enggan dan menolak dan lebih buruk dari itulah mereka itu memerangi sepenuh tenaga mereka sesiapa sahaja yang menyeru kepada berhukum kan dengan syariat ALLAH dan kembali kepada ISLAM.”

Jelas bukan?

Siapa berani bantah fatwa ini?

Sila angkat tangan dan berdebat lah anda dengan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi..

Dan bertaubatlah wahai Tun Mahathir sebelum ajal menjemputmu…

Monday, June 14, 2010

Anak Muda dan Gerakan Pencerahan

Sebelum saya mencoret dengan lebih jauh lagi, baik kita mendalami sedikit sebanyak apakah yang dimaksudkan dengan frasa “anak muda” itu.

Dari Kamus Websters, Priceton menyatakan bahawa,
“The time of life between childhood and maturity, early maturity, the state of being young or immature or inexperienced, the freshness and vitality characteristic of a young person.”
Definisi secara interpretasi sebenar, anak muda atau pemuda merujuk kepada satu golongan yang mempunyai jiwa penuh dengan pemberontakan, mahu melihat sesuatu secara jelas, mempunyai karakter yang dinamik, optimis dan gaya pemikiran yang berkembang pesat.

Mereka tidak mudah tunduk pada tekanan fizikal yang jelas dan terang kerana jiwa mereka memang terbina atas dasar itu. Namun saya menghukum ini hanya pada sebahagian daripada mereka. Kita saksikan betapa dunia sekarang melahirkan ramai anak muda yang bervariasi cita rasa mereka.

Saya sifatkan mereka di sini sebagai golongan putih dan hitam supaya kita mudah membezakan mereka. Anak muda yang berimej kan putih pada pandangan kita mereka yang kurang terpengaruh dengan segala gejala dan penyakit sosial umat manusia zaman sekarang dan mampu menyediakan diri sendiri dengan sempurna untuk menjadi pemikul amanah kepimpinan masyarakat akan datang.

Dan satu golongan lagi ,iaitu golongan hitam merujuk kepada anak muda yang kelihatan terleka di hanyut dan dibuai dengan keseronokan usia muda mereka dengan perlakuan dan tindakan tidak sihat serta bercanggah dengan norma masyarakat. Ini hanyalah sekadar andaian dan bandingan saya sebagai salah seorang anak muda yang sama-sama merangkak untuk membina jiwa dan perasaan.

Kegagalan mereka yang melahirkan anak-anak muda ini mungkin menjadi satu faktor terpenting kenapa situasi ini berlaku. Maka bertuah lah mereka yang mempunyai anak muda yang mantap jati diri mereka bagi mengharungi badai dalam mengubah masyarakat.

Namun golongan sebegini hanyalah segelintir sahaja wujud. Mereka membangun di tengah-tengah gelojak nafsu muda dan kocakan ilmu yang mereka ada. Pemerhatian dan berfikir menjadikan mereka matang dan jauh meninggalkan rakan-rakan mereka dalam pelbagai aspek terutamanya jati diri, erti hidup, hak dan harga diri.

Mereka ditakdirkan lahir untuk merencanakan sebuah gerakan pencerahan dalam masyarakat mereka. Lahirnya mereka bukan bertujuan peribadi. Mereka merupakan segolongan yang sanggup mengambil risiko dalam menempa sebuah revolusi.

Mencongak masa depan dengan beberapa siri tindakan yang berisiko namun semangat mereka tidak pernah menampakkan mereka menyerah kalah kepada kemungkinan risiko. Tiada frasa “kenapa perlu buat ini” dalam pergerakan anak muda sebegini.

Mereka rancang dan mereka laksana. Mereka membuktikan sebuah masyarakat yang tidak mati jiwa dan hati lalu bangkit menentang segala penyelewengan. Mereka sedar tanggungjawab sebenar mereka terhadap keluarga dan masyarakat sentiasa menanti ke atas pundak bahu mereka. Begitulah hakikat mereka yang berwatakkan putih ini.

Epik dunia menceritakan perkara yang sama. Bermula dari zaman Rasulullah SAW kita menyaksikan kebangkitan anak-anak muda melakar setiap detik baginda menyampaikan risalah kenabian. Bermula dengan Ali bin Abi Talib yang berusia 8 tahun begitu juga Zubair Al-Awwan yang berusia 8 tahun sudah mengenal erti perjuangan pencerahan jiwa masyarakat.

Diikuti dengan Al-Arkam bin Abi Arkam yang berusia 12 tahun, Abdullah bin Mas’ud berusia 14 tahun, Ja’far bin Abi Thalib berusia 18 tahun, Zaid bin Haritsah berusia 20 tahun, Mus’aib bin Umair berusia 24 tahun, Umar bin Al-Khattab berusia 26 tahun dan ramai lagi anak muda yang tidak pernah mengenal erti takut mati dalam sejarah dakwah baginda.

Mereka bangun berdiri membela baginda dengan nyawa mereka hanya satu alasan iaitu mereka sedar amanah mereka.

Zaman terus bergerak dan sejarah terus menukilkan betapa ramai anak muda yang menjadi watak utama dalam mengetuai segala gerakan pencerahan dalam masyarakat. Salahuddin Al-Ayubi dan Sultan Muhammad Al-Fateh,2 watak agung dalam lipatan sejarah gerakan pencerahan.

Mereka lambang kepada anak muda berperwatakan putih. Mereka memaksimumkan segala kelebihan mereka untuk memajukan masyarakat dan membawa masyarakat mengenal pencipta yang sebenar. Mereka berjuang dan menakluki dunia dengan pengaruh dan kekuatan mereka.

Kita soroti lagi tokoh anak muda kontemporari seperti Hassan Al-Banna, Sayyid Qutb, Abdullah Azzam, Sa’id Hawwa, Ibrahim Libya dan ramai lagi mereka yang berperwatakan putih bangkit bangun menjana gerakan pencerahan masyarakat.

Anak muda ini membuktikan undang-undang buatan manusia tidak mampu menyekat jiwa mereka yang merdeka. Mereka amat benci kan kebobrokan yang berlaku lantas mengambil inisiatif keluar mencari penyelesaiannya. Namun penyelesaiannya hanyalah melalui tindakan dan aksi bukan sekadar kata-kata atau fikiran maya yang lemah rohnya. Sejarah membuktikan anak muda dan gerakan pencerahan tidak pernah bercerai kerana lahirnya anak muda untuk itu.

Oleh itu fikir-fikirkanlah wahai pembaca sekalian, hidup kita ini bukan sekadar mencari kepuasan sementara kerana kita tidak pernah dilahirkan untuk memikirkan perkara-perkara yang remeh temeh. Meskipun kita bukanlah pemikir, namun beraksi lah umpama seorang pemikir masyarakat dan agama.

Jika kita bukan seorang ketua sekalipun, tegak lah bahu mu dan bentangkan dada mu untuk amanah itu bila-bila masa ia jatuh kepada mu. Silap percaturan jiwa akan menyebabkan amanah terburai dan dosa bersepah. Kendatipun kita gagal menyaingi kehendak dunia namun kita tidak pernah gagal memenangi kasih dan rahmat tuhan yang Esa.

Gerakan pencerahan ini umpama legasi terpenting buat setiap anak muda untuk meneruskan dan memupuk jiwa kepemudaan mereka. Dari sinilah mereka membentuk jiwa-jiwa yang tegar melanggar kebodohan pemimpin yang zalim. Legasi ini menjadi azimat keramat untuk mereka melaungkan patah-patah reformasi jiwa dan negara. Mereka menjadi agen perubahan masyarakat dalam segenap hal.

Kita bertanya kenapa perlu “anak muda”?

Sudah pupus kah mereka yang berusia?

Menurut Fathi Yakan dalam bukunya Generasi Pemuda dan Perubahan,
“Pada hakikatnya usia muda seorang pemuda ialah usia yang penuh dengan cita-cita yang tinggi dan darah yang gemuruh serta idealisme yang luas iaitu usia yang memberi pengorbanan dan menebus semula. Usia yang menabur jasa, memberi kesan dan emosional. Dari sini usia muda pemuda dalam perkiraan Islam mempunyai tanggungjawab dan nilai yang khusus dan kerana itu Rasulullah saw menekankan supaya pemuda-pemuda merasai demikian melalui sabdanya, “Ambil lah peluang lima perkara sebelum datangnya lima perkara:- Usia muda kamu sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, harta kekayaan kamu sebelum papa, masa hidup kamu sebelum mati, dan masa kosong kamu sebelum sibuk.” Dari sini penekanan adalah untuk mendapatkan faedah dari usia muda dan dari para pemuda dalam menunaikan tugas berat dan melintasi halangan-halangan serta menyahut cabaran yang diperlukan dan dituntut oleh perubahan tamadun.”
Maka dari sini kita melihat betapa seorang anak muda itu perlunya kepada sebuah persiapan yang rapi. Bimbang kita hanyut ditelan kehendak nafsu maka persiapan ini haruslah berlandaskan apa yang diturunkan ALLAH kepada Rasulullah.

Persiapan itu merupakan persiapan yang mempunyai matlamat yang cukup besar. Fathi Yakan menulis lagi,
“Sebenarnya, matlamat utama persiapan pemuda-pemuda Islam hari ini ialah untuk melaksanakan matlamat tercapai nya ‘Qawamah’ (penguasaan) Islam terhadap masyarakat dan dunia. Ini memerlukan tugas para pemuda Islam bagi memindahkan pimpinan umat dari tangan jahiliah ke tangan Islam dan juga pemikiran, perundangan dan akhlak jahiliah kepada pemikiran, perundangan dan akhlak Islam”
Inilah perubahan ISLAM yang didambakan oleh setiap anak muda. Inilah pencerahan sebenar yang menjadi nadi anak-anak muda. Secara ringkas perubahan ini terungkap dalam kata-kata Rubi’e bin Amir, ketua angkatan bersenjata Parsi apabila ditanya tentang kemaraan tentera ISLAM,
“ALLAH mendatangkan kami bagi mengeluarkan hamba-hamba (manusia-manusia) dari menjadi hamba kepada hamba (manusia) supaya menjadi hamba kepada ALLAH yang Maha Esa lagi Maha Perkasa. Dari kesempitan dunia kepada dunia yang lebih luas. Dari kezaliman beragama kepada keadilan Islam. Maka kami diutus dengan agama ALLAH kepada makhluk-Nya untuk menyeru mereka kepada ALLAH. Maka barang siapa yang menerima, kami menerima mereka dan tinggalkan mereka di tanah air mereka dan sesiapa yang enggan kami perangi sehinggalah kamu menyahut seruan ALLAH yang dijanjikan.”
Begitulah ungkapan pentingnya peranan anak muda dalam sesebuah gerakan pencerahan dalam masyarakat. Perpisahan mereka tiada, namun wujud terus membina kelangsungan perjuangan.

Kita kenang kembali manifesto Gedongkiwa 1001,
“Kami adalah sekumpulan anak muda yang amat benci kan kekalahan, apalagi dengan orang-orang yang lebih tua!”
Kita bertanya pada diri kita, di manakah posisi dan kedudukan kita sebagai anak muda?

Kerana masa muda itu hanyalah sekali…

-------
Artikel ini ditulis sebagai dedikasi khas buat mahasiswa yang akan menghadapi perbicaraan di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur atas tuduhan kes Rosmah Puaka pada 15 & 16 Jun 2010 dan Injuksi kes UKM4 di Mahkamah Jalan Duta pada 17 Jun 2010 ini.

Santapan Jiwa Di Hening Subuh



Ya Tuhanku, kau ampuni lah dosa-dosa hamba-Mu yang kerdil ini. Di pagi yang hening ini kami memohon kepada-Mu dengan penuh mengharap dan belas kasihan-Mu. Sesungguhnya hanya pada-Mu aku memohon keampunan.

Sesungguhnya hamba-Mu ini teramat kotor dan hina untuk mengharapkan rahmat-Mu ya ALLAH. Tapi hanya pada-Mu kami minta pertolongan dan keampunan. Kerana tiada tuhan selain Engkau ya ALLAH.

Sunday, June 13, 2010

Kisah Ashabul Ukhdud (Siri 8)

Ghulam terus diseksa demi mempertahankan akidahnya. Seorang demi seorang pegawai suruhan raja itu mati ditimpa bala oleh ALLAH SWT. Mana mungkin ALLAH akan membiarkan hamba-Nya dalam kesusahan setelah hamba-Nya berjuang menegakkan kebenaran.


ALLAH berfirman dalam al-Quran,
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikit pun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri. Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada Rasul-Nya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, serta Ia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran); dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang yang kafir. Kemudian Allah menerima taubat orang-orang yang dikehendaki (dengan memberi taufik untuk memeluk Islam), sesudah (orang-orang kafir itu ditimpakan dengan azab); dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Surah aT-Taubah: 24-27
Moga kita sama-sama menghayati komik ringkas ini dan mengambil pengajaran yang berguna daripadanya. Sesungguhnya ALLAH itu dekat maka mohonlah kepada-Nya.

Bersambung...

Saturday, June 12, 2010

Limitasi Dalam Memperjuangkan Ideologi

Semalam sempat selepas solat Isyak di Masjid UKM, saya sempat berborak dengan seorang sahabat baik, Aniq Rukaini tentang pelbagai isu dan masalah yang berlaku dalam masyarakat di Malaysia hari ini.

Soalnya pada mula berkisar tentang peri pentingnya semangat kebangsaan atau nasionalisme dalam diri setiap masyarakat lantaran keputusan kerajaan memperuntukkan RM20 billion dalam RMK-10 semalam untuk pembangunan sahsiah dan identiti bangsa Melayu di Malaysia yang dilihat semakin kurang semangat kebangsaannya.

Begitulah pemula cerita kami yang berlanjutan tanpa sedar sehingga hampir pukul 12 malam bermula selepas solat Isyak. Subhanallah saya menemui beberapa rangkaian jawapan berkenaan isu dan permasalahan ini hasil sembang-sembang kami tadi.

Penelitian kami mendapati bahawa sikap melampaui batasan sesuatu perkara itu adalah penyebab kenapa orang menyalah anggap sesuatu perkara itu. Sama halnya dengan semangat kebangsaan di mana Rasulullah SAW sendiri mengajar kita supaya sayang pada bangsa sendiri kerana itu adalah identiti kita secara zahirnya.

Namun Rasulullah SAW tidak pernah mengajar kita melampau dalam memperjuangkan rasa “sayang” ini sepanjang baginda menyampaikan risalah kenabian di Tanah Arab. Kita perhatikan sepotong ayat al-Quran di mana ALLAH menyebut tentang kaum,
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).”
Surah aL-Hujurat: 13
Sa’id Hawwa dalam kitabnya aL-Asas fi Tafsir menukilkan kata-kara Imam an-Nafasi berkenaan ayat di atas,
“Sesungguhnya tuhan mu menjadikan kamu berbangsa dan bersuku-sakat agar kamu saling mengetahui nasab keturunan mu agar dengan itu terpelihara asal usulnya dan bukannya untuk berbangga-bangga berdasarkan keturunan mu.”
aL-Asas fi Tafsir, Said Hawwa, Dar aS-Salam jilid 9, ms 5417
Jelasnya di sini tujuan ALLAH menyuruh kita saling kenal mengenal kerana masing-masing ada identiti tersendiri maka tidak dapat tidak semangat “sayang” pada bangsa sendiri itu tak akan mampu dibuang sebegitu sahaja kerana itu adalah anugerah daripada ALLAH kepada kita.

Cuma di peringkat kita, kami bersetuju bahawa terjadinya masalah seperti sekarang ini ada puak yang begitu fanatik dengan kemelayuannya dan ada juga puak yang begitu benci dengan semangat kemelayuan.

Kenapa perlu sebegitu rupa?

Apakah itu yang dianjurkan oleh al-Quran?

Berkenal-kenalan di sini ialah semangat toleransi. Solidariti permuafakatan, semangat penyatuan dalam pada yang sama ALLAH membenci mereka yang berbangga-bangga dengan identiti mereka. Oleh itu kita sepatutnya sedar dalam kita berbuat apa-apa sekalipun, adanya limitasi kepada pekerjaan itu.

Hal ini kerana kita tidak mahu terjebak dalam kancah kemelampauan dalam sesuatu perkara. ISLAM mengajar kita sayang pada bangsa kita tapi ada batas dan limitasinya. Melampaui batas dan limitasi itu mengundang kepada berlakunya penindasan dan kezaliman. Point ini yang SALAH dalam pada kita bersemangat membela kemelayuan kita ini kerana kemelampauan ini akan memandu kita menerbitkan kenyataan berunsur sentimen, chauvinism, menindas dan kejam pada pihak yang lain.

Contoh mudah ialah bagaimana Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyidin Yasin menjawab soalan Lim Kit Siang di Parlimen tentang negara dan bangsa. Dia dengan selamba menjawab, “Malay First, Malaysia Second“.

Apakah betul jawapan ini dengan kedudukan beliau sebagai TPM yang di dalamnya ada berpuluh kaum dan etnik?

Apakah mereka yang selain Melayu itu mampu menerima kenyataan seorang TPM yang sebegitu rupa dengan hati yang senang dan aman?

Maka saya sifatkan kenyataan ini berbentuk menindas. Maka point inilah yang menjadikan semangat perkauman ini dilarang dalam ISLAM secara tegas apabila melampau dan wujud unsur-unsur menindas kaum yang lain. Untuk apa mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Jika “jujur” sekalipun, simpan lah di dalam hati untuk santapan jiwa sendiri usahlah korbankan perasaan 46% rakyat Malaysia yang bukan Melayu itu.

Saya sendiri sebagai orang ISLAM amat terkilan dengan kenyataan ini kerana aku kira ianya amat tidak bertanggungjawab dan zalim. Zalim kepada rakyat yang memberi sokongan dan kepercayaan kepada beliau.

Sebab itulah kita digalakkan “sayang” tapi jangan sesekali melampau. Rasulullah SAW bersabda dan memberi amaran kepada kita,
“Bukan dari kalangan umat aku mereka yang berjuang kerana perkauman, bukan dari golongan aku mereka yang berperang kerana perkauman, bukan dari golongan aku mereka yang mati kerana perkauman.”
(Mafhum hadith)
Untuk apa berperang untuk kaum kalau bukan bertujuan untuk menjajah dan menindas. Kita tengok adakah pernah Rasulullah SAW menganjurkan perang kerana ingin menaikkan bangsa Arab?

Sudah tentu tak pernah…..

Maka inti patinya ialah kita dilarang sama sekali untuk berjuang dan taksub dan fanatik dan melampau dalam perkara sebegini. Sedarlah hakikat dan keindahan ISLAM itu sendiri. ISLAM tidak pernah mengajar kita membenci bangsa sendiri begitu juga ISLAM tidak pernah mengajar kita membenci dan menindas bangsa lain.

Oleh itu kita sepatutnya sedar akan limitasi itu agar semangat kita semangat yang berasas. Bukan semangat yang semberono.

Begitu juga soal tentang ideologi lain seperti feminisme, sosiolisme, kapitaslisme, liberalisme dan banyak lagi di mana kemelampauan kita memperjuangkan isme-isme itu akan menyebabkan kita terjerumus dalam perangkap penindasan dan kezaliman. Kita sudah buta dalam menilai nilai-nilai sejagat dalam masyarakat kita.

Sebagai contoh, Rasulullah SAW menggunakan isu feminisme dalam dakwah baginda kepada golongan wanita. Zaman Jahiliah menyaksikan wanita sebagai alat kepada lelaki untuk mencapai hajat mereka tak kita dalam apa jua bahagian….namun kedatangan Rasulullah SAW telah membawa satu cahaya baru kepada semua para wanita bahawa taraf mereka bukan seperti apa yang mereka terima sekarang.

Rasulullah menggunakan sentimen feminisme ini untuk membuat perbandingan antara layanan ISLAM dan jahiliah terhadap wanita. Namun sesekali Rasulullah tidak melampau dalam memperjuangkan nasib wanita Arab Jahiliah ini kerana Rasulullah menggunakan hikmah dalam segala hal.

Mereka mampu menerimanya kerana itu adalah fitrah mereka yang sepatutnya mereka di layan sepertimana dianjurkan oleh ISLAM. Itulah semangat feminisme yang diperjuangkan oleh Rasulullah SAW namun pada hari ini kita lihat puak-puak pelampau ini menggunakan isu feminisme untuk memburuk-burukkan ISLAM umpama ISLAM ini agama menindas.

Mereka melampau dalam pendekatan dan strategi. Hasilnya kita lihat lahir ramai mereka yang cendekiawan dari golongan wanita namun lantang mengkritik apa yang ditetapkan oleh al-Quran.

Di Malaysia sebagai contoh pergerakan Sister in Islam (SIS) yang begitu melampau dalam memperjuangkan ideologi Feminisme ini. Mereka melewati batas dan limitasi sehingga mereka sanggup mencabar apa yang sudah qat’ie. Maka apakah alasan untuk mereka berbuat sedemikian rupa?

Jawapannya ialah kerana mereka tidak faham apakah sebenarnya inti pati ajaran ISLAM yang serba indah ini dan diselarikan dengan apa situasi dan kondisi mereka.

Dari contoh-contoh di atas jelas menggambarkan kontradiksi antara mereka yang berjuang kerana “sayang” dan mereka yang berjuang kerana “terlampau sayang”. Kami sama-sama bersetuju bahawa dalam setiap perkara perlunya seseorang sedar apakah batas-batas perjuangan dan semangat mereka.

Tapi seharusnya kita sedar betapa ISLAM itu cantik dan sempurna. Sebutlah apa sahaja semangat “sayang” yang wujud dalam dunia ini, maka apakah ianya tiada dalam perbicaraan ISLAM selama ini.

Semoga coretan ini mampu menyedarkan diri kita bahawa perlunya limitasi dan had kepada semangat “sayang” kita itu kepada sesuatu perkara agar kita tidak terjerumus dalam perangkap penindasan dan kezaliman terhadap golongan dan puak yang lain.

Moga-moga ALLAH sentiasa melimpahi keampunan kepada kita insya-Allah…

Mengapa Manusia Bongkak Dengan Tuhan?

Saya berkongsi kan video mengenai kisah galaksi dan bintang dan bumi. Sebenarnya ia berkenaan realiti kita sebagai manusia, makhluk yang diciptakan ALLAH selepas ditentang oleh para malaikat akibat kekhuatiran mereka terhadap sifat manusia yang bakal memusnahkan alam ini.

Kita juga makhluk yang begitu dibenci oleh syaitan, hanya kerana ALLAH memerintahkan dia untuk sujud kepada Adam. Video dokumentari ini jika dihayati dan difikirkan dalam-dalam ternyata menyebabkan kita tertanya-tanya di manakah kita sebenarnya letak duduk kita.

Kata orang-orang tua, mengenal hakikat langit itu tinggi atau rendah.

Ini kisah tentang Milky Way, nama kepada lingkaran galaksi yang bumi dan matahari menumpang. Tuhan yang Maha Kaya lagi Agung, sesungguhnya tidak terbayang kebesarannya.

Ini kisah galaksi yang kita diami. Kisah tentang Milky Way (Kemaskini video).



Di sebalik rasa penuh ketakjuban, rupa-rupanya galaksi Milky Way hanya salah satu daripada jutaan galaksi dicipta tuhan. Tidak terbayang sama sekali, di manakah akan berhenti perkiraan nombor jika mahu dihitung jumlah bintang-bintang, planet dan sebagainya dalam lingkaran-lingkaran galaksi ini.

Dalam Milky Way, bumi dan matahari menumpang. Jika kita terlopong dengan besarnya matahari berbanding bumi, kita sudah pasti tidak dapat mengagak betapa-betapa halus nya bumi jika di banding dengan Arcturus, Aldebaran dan adik beradiknya yang lain. Sebagaimana kisah perbandingan matahari dan bumi boleh ditonton di sini (Kemaskini video).



Begitulah seterusnya. Ini kisah dalam Milky Way, belum lagi ke lingkaran-lingkaran galaksi yang lain.

Tontonlah, bagaimana Hubble menerangkan gambar yang ditangkap mereka tentang lingkaran-lingkaran galaksi yang wujud. Maha Agung tuhan semester alam (Kemaskini video)!



Sebenarnya ini panggilan tuhan buat semua hati-hati manusia yang bongkak dengan janji-janji-Nya.

Sebenarnya ini perkhabaran tuhan tentang diri kita, yang langsung tidak berharga di sisinya kalau kita gagal untuk menuntun perintah-Nya.

Sebenarnya ini kisah yang menunjukkan segala-galanya tentang The Ultimate Power. Kisah ini supaya kita kembali merenung kebongkakan dan keangkuhan dan kesombongan kita kepada-Nya. Manusia bongkak, kadang kala kerana jahil.

Ciptaan ALLAH Maha Agung dan segalanya diciptakan adalah untuk manusia berfikir akan kebesarannya. Sepotong ayat dari al-Quran,

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal (iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka”
Surah ali-Imran: 190-191

Moga kita terpelihara dari azab api neraka lantaran kebongkakan kita selama ini.

Friday, June 11, 2010

Islam Agama Revolusi

Sayyid Qutb, salah seorang pejuang Ikhwanul Muslimin dalam bukunya “Beberapa Pelajaran Tentang Islam” yang menyebut,

“ISLAM adalah aqidah revolusioner yang aktif dengan erti kata, kalau ia menyentuh hati manusia dengan cara yang benar, maka dalam hati itu akan terjadi suatu revolusi; revolusi dalam konsep, revolusi dalam perasaan, revolusi dalam cara menjalani kehidupan, dan hubungan individu dan kelompok. Revolusi yang berdasarkan persamaan mutlak antara seluruh umat manusia. Seorang tidak lebih baik dari yang lainnya selain dengan TAQWA. Berdasarkan kehormatan manusia yang tidak meninggalkan seorang makhluk pun di atas dunia, tidak suatu kejadian pun, dan tidak suatu nilai pun. Revolusi itu berdasarkan keadilan mutlak, yang tidak dapat membiarkan ketidakadilan dan siapa pun juga, dan tidak dapat merelakan ketidakadilan terhadap siapa pun juga. Baru saja manusia merasakan kehangatan aqidah ini, ia akan maju ke depan untuk merealisasikannya dalam alam nyata dengan seluruh jiwanya. Ia tidak tahan untuk bersabar, untuk tinggal diam, untuk tenang-tenang sahaja, sampai ia benar-benar telah menyelesaikan realisasi nya di alam nyata. Inilah pengertiannya bahawa ISLAM itu suatu aqidah REVOLUSIONER yang aktif-dinamik.”

Sungguh, tiap patah perkataan dan tulisan As-Syahid menggambarkan begitulah pejuang ISLAM yang sejati. Mereka tidak duduk diam melihat kejahilan dan kemunafikan berleluasa dalam masyarakat tanpa cuba membentengi nya.

ISLAM tidak pernah mengajar penganutnya supaya hidup dengan rendah diri tambah-tambah bilamana mereka berdepan dengan pemerintahan yang zalim. ISLAM mengajar kita untuk bangkit dan mengatur strategi menentang segala kemunafikan.

ISLAM amat benci kan penindasan dan begitulah juga jiwa yang diciptakan ALLAH ini pasti dan pasti benci kan penindasan.

Jika kita melihat penganiayaan dan kita langsung tidak cuba menggerakkan kaki, tangan dan lidah kita untuk membantah meskipun kita mampu sebenarnya, maka apalah erti kita mengucap 2 kalimah syahadah itu sedangkan itulah lafaz baiah kita di depan ALLAH bahawa tiada tuhan melainkan DIA dan Muhammad itu pesuruh-Nya.

Setiap yang mengaku ISLAM pasti tidak sesekali akan reda dan membiarkan pemerintahan yang zalim terus berkuasa dan berjalan bebas di bumi ALLAH ini sewenang-wenangnya, menjadikan mereka seperti umpama anak emas di bela dan di pelihara dengan rapi. Padahal kita di lahirkan sebagai orang yang merdeka jiwa dan raga serta kenal pencipta kita yang sebenar.

Kata As-Syahid Syed Qutb, kita tidak perlu menjadi nasionalis untuk memperjuangkan kemerdekaan, kita tidak perlu menjadi sosialis untuk memperjuangkan golongan marhaen, kita tidak perlu menjadi pejuang keadilan untuk menjadi pejuang menentang pemerintahan yang zalim.

Kerana kita sudah mempunyai modal yang cukup lengkap. Modal kita ialah syahadah yang menafikan segala isme-isme ciptaan logik akal manusia itu. Kita sudah mempunyai gelaran yang diiktiraf dunia malah Akhirat juga iaitu kita orang ISLAM.

Mari kita hayati kata-kata As-Syahid Sayyid Qutb berkenaan hal kita sebagai orang ISLAM,

“Jadilah seorang ISLAM. Ini telah cukup untuk mendorong mu berjuang menentang penjajahan dengan berani, bermati-matian, penuh pengorbanan dan kepahlawanan. Kalau anda tidak dapat melakukannya, cubalah periksa hati mu. Barangkali hati itu telah tertipu tentang hakikat iman mu. Kalau tidak begitu, alangkah sabar nya anda, kerana tidak berjuang menentang penjajahan.”
“Jadilah seorang ISLAM. Ini saja telah cukup untuk mendorong anda berjuang melawan segala bentuk ketidakadilan sosial, suatu perjuangan yang dilakukan dengan terus-terang, penuh semangat, penuh dorongan. Kalau anda tidak melakukan hal ini cubalah periksa hati mu. Mungkin hati itu telah tertipu tentang hakikat iman mu. Kalau tidak begitu, kenapa anda menjadi demikian tegar nya untuk tidak berjuang melawan pencabulan hak?”
“Jadilah seorang ISLAM. Ini saja telah cukup untuk mendorong maju ke depan berjuang melawan ketidakadilan, dengan tekad yang teguh tanpa mempedulikan kekuatan-kekuatan lawan yang hanya berupa kekuatan lalat, tetapi oleh orang-orang lemah dikira merupakan halangan besar. Kalau anda tidak melakukan hal ini, cubalah periksa hati mu, mungkin ia telah tertipu tentang hakikat iman mu. Kalau tidak begitu, kenapa anda menjadi demikian sabar nya dan tegasnya untuk tidak berjuang menentang ketidakadilan?”

Ayat yang di nukil kan beliau begitu dalam maknanya. Sindirannya pedas buat diri kita yang begitu lemah untuk menentang segala penyelewengan nafsu, syaitan dan para munafik dalam negara ini. Sudah cukup gelaran orang ISLAM kepada diri kita tanpa perlu ditampal dengan jenama ilusi yang lain.

Jelas kata-kata As-Syahid tertuju khas buat mereka yang sibuk memperjuangkan ISLAM atas nama nasionalis, memperalatkan ISLAM atas nama kepentingan diri sendiri, bangga mempamerkan semangat sosialis dengan alasan memperjuangkan keadilan ekonomi rakyat dan mereka-mereka yang mengaku ISLAM sedangkan dalam masa yang sama mereka menghancurkan ISLAM.

Kerana ISLAM itu agama REVOLUSI maka ia menuntut penganutnya agar sentiasa sedar dan bangkit melawan ketirisan dan kezaliman sesama manusia.

Sabda Rasulullah secara mafhum nya baginda menyebut orang ISLAM haruslah mempunyai sensitiviti yang tinggi dalam masyarakatnya. Keinginannya untuk berubah dan mengubah itu mestilah memuncak selari dengan gelaran dan nikmat keimanan yang dikurniakan kepada mereka.

Moga kita sentiasa memupuk jiwa REVOLUSIONER dalam diri kita. Kita memimpin revolusi yang mampu mengubah landskap politik, sosio-ekonomi, sahsiah, pentadbiran dan kegemilangan tamadun ISLAM.

Insya-Allah…