Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2010

Kullu Min Habibi Khair: Belasungkawa Buat Ibu Bapa, Keluarga, Rakan Taulan dan Guru-Guru Adik Aminulrasyid

ALLAH mengaturkan atau mentadbir urusan seluruh kerajaan-Nya, Dia memerintah, melarang, mencipta, memberi rezeki, MENGHIDUPKAN, MEMATIKAN, memuliakan, menghinakan, menukar ganti malam dan siang, mendatangkan peristiwa-peristiwa dalam kalangan manusia, menukar-nukarkan semua kerajaan dan negeri, lenyap satu kerajaan atau negara, muncul gantinya yang baru, perintah dan kekuasaan-Nya terlaksana di seluruh langit dan di permukaan bumi dan di bawahnya, di lautan dan di udara.

Pengetahuan ALLAH meliputi segala sesuatu. ALLAH Maha Mendengar segala sesuatu yang berbunyi tidak ada kekeliruan dan kesamaran bagi-Nya, malahan ALLAH mengamati kebisingan (hiruk pikuk) segala suara yang berbunyi, dalam semua bahasa, dengan hajat keperluan masing-masing yang bermacam-macam, tidak terjadi sebarang gangguan pendengaran disebabkan mendengar yang lain, tidak berlaku sebarang kekeliruan kerana banyaknya pertanyaan atau permintaan, tidak merasa marah atau bosan dengan kesungguhan permintaan hamba yang bany…

Keadilan Buat Adik Aminulrasyid Amzah

Di manakah patut ku mulakan coretan ini. Aku seakan tak pasti selepas kepeningan memikirkan kenapa dunia sekarang suka sangat mengambil jalan singkat untuk menghapuskan atau memberhentikan sesuatu tanpa memikirkan kontra di sebalik tindakan sebegitu.

Memikirkan akan ibu kepada Adik Aminulrasyid yang mati ditembak oleh pihak polis PDRM untuk menerima kenyataan bahawa anak bongsunya sudah tiada lagi pasti begitu perit sekali untuk di terima akal.

Pasti dan pasti si ibu bertanya apakah salah anaknya ini sehinggakan dihukum sedemikian rupa. Apakah PDRM sudah kekeringan otak untuk memikirkan cara terbaik bagi menangkap Adik Aminulrasyid yang dianggap penyamun berbanding mengambil jalan mudah sebegitu.

Sungguh tidak ada langsung belas kasihan polis tersebut terhadap Adik Aminulrasyid yang begitu naif dalam belajar hakikat hidup ini.

Coretan ku kali ini juga seakan-akan mengimbau bagaimana sedih dan marahnya aku terhadap DURJANA yang telah mendera dan membunuh Adik Syafiah Humairah kira-ki…

Ibrahim Ali, Rasisme dan PERKASA

Semakin hari semakin melampau puak PERKASA ini. Makin di biar makin dibuat-buat penyakit gila meroyan mereka ini. Senang-senang ketua mereka keluarkan kenyataan BODOH macam tak pernah belajar sejarah. Dia ingat Malaysia ni milik ketuanan KATAK kot.

Terjelir-jelir lidah membebel pasal demokrasi dan perlembagaan. Entah lulusan universiti mana dia ini. Dasar KATAK cium keris memang tak sedar diri.

Hmmm, aku tak tau apa nasib Malaysia kalau ketuanan KATAK ini terus dibiarkan bernafas. Kesian pada generasi mendatang. Malang betul suasana POLITIK kini yang berjaya melahirkan jaguh KATAK yang habuk pun tarak. Entah apa la yang KATAK ni tak puas hati. Cubalah jangan jadi mangkuk sangat.

“Amat wajar kerajaan tangguh dulu apa jua peruntukan dan kelulusan kepada masyarakat kaum Cina, terutama desakan-desakan MCA dan Gerakan kerana jelas masyarakat Cina di Hulu Selangor serta India tidak menyokong BN. Mereka langsung tidak hargai apa yang diberi oleh kerajaan BN walaupun kerajaan BN terpaksa meng…

Lawak Pencacai UMNO

Lawak ini dipetik dari artikel Cuit Utusan Melayu bertarikh 24 April 2010,

“Persoalan mengapa Terengganu, Sarawak dan Sabah lebih beruntung daripada Kelantan seperti kata Ku Li?  Formulanya senang sahaja. Terengganu, Sarawak dan Sabah berada dalam kerajaan yang sehaluan dengan Pusat. Mereka semuanya BN-biru dan dacing. Dulu semasa Terengganu di bawah Pas-hijau dan bulan, pun bising juga soal wang minyak ini.  Oleh itu, jika orang Kelantan mahu turut sama merasai imbuhan tunai itu, buatlah keputusan yang betul dalam PRU-13 kelak.  Hafal formula ini (Tok Pa + Ku Li – Nik Aziz = RM). Orang Kelantan kan bijak-bijak belako”
Dan inilah dia pencacai UMNO yang lawak itu.


Baguslah kau sedar yang kau itu bodoh tapi janganlah ingat orang lain bodoh cam kau juga. Lebih baik engkau berhenti kerja dan balik tanam ubi belakang rumah. Ada la baiknya dari kau terus mengarut macam ni.

Susah betul manusia yang tak sedar diri ni…

Dasar Rakus & Rompak UMNO-APCO Membuahkan Hasil

Lewat malam semalam aku membuka laptop ini untuk mengetahui keputusan terkini PRK Hulu Selangor dengan harapan menggunung agar kemenangan RAKYAT bakal tercipta di daerah FELDA itu. Namun setelah membuka portal berita, aku tersentak di depan laptop seketika membaca keputusan yang tak sepatutnya keluar di screen laptop itu.

Lalu, fikiran ku mula berputar mengimbau kesungguhan para petugas RAKYAT di Hulu Selangor selama 2 minggu nyata tidak membawa impak yang besar. Ternyata penangan gulungan not-not kertas berwarna merah biru itu lebih menarik perhatian mereka para pengundi.

Biarlah, jika itu keputusan mereka…

Namun UMNO-APCO nyata tidak pernah bertaubat dari melakukan JENAYAH pilihan raya ini. Makin menjadi-jadi perangai Yahudi itu. Entah, syaitan mana yang merasuk UMNO-APCO itu. Biarpun menang kali ini, kita golongan RAKYAT sedar pasti menunggu bilakah UMNO-APCO yang dinakhoda oleh Big Mama ini akan melunaskan hutang RM150 juta yang ditabur semasa kempen kepada rakyat Hulu Selangor.

A…

UMNO Baru Belajar Arak Hukumnya Haram

Kasihan, buat rugi je ada Biro Agama dalam UMNO selama ni. Apa yang mereka buat? Tak pelik la kenapa lesen pusat-pusat judi dengan arak asyik lulus. Tahu pula nak sembang soal hukum arak itu haram, bila dapat tahu Zaid Ibrahim itu kaki minum.

Habis selama ini siapa yang benarkan semua itu bertapak di Malaysia?

Untung UMNO pasal Hulu Selangor tu memang Hulu. Nak baca blog jauh sekali. Apatah lagi Malaysia Kini. Akhirnya Utusan Melayu dan Berita Hairan juga jadi santapan. Senang la hangpa ni perbudakan pengundi Hulu Selangor.

Tapi aku nak ungkit di sini pasal hukum ARAK dan JUDI. Rupanya UMNO baru sedar hukumnya selama ini. Siapa yang bagi lesen judi, lesen buka kilang arak, lesen buka kasino terbesar, lesen kelab malam dan seumpamanya kalau bukan UMNO-APCO?

Mungkin selama ini hangpa ni tahu. Husnu dzan lah dengan UMNO ini. Kalaulah benar UMNO dah sedar, keluarga Lim Goh Tong pemilik kasino terbesar di Asia Tenggara ni bolehlah bersiap-sedia menutup Genting Highland kerana BERKEMUNGKINA…

Kita Buta Kerana Kita Lupa

Entah mengapa hari ini aku mendengar satu ayat ALLAH yang sama ketika khutbah Jumaat tengah hari tadi dan kuliah Maghrib di Masjid UKM tadi. Seakan memanggil minda aku berfikir musabab ALLAH mentakdirkan aku untuk menghayati kalimah itu pada 2 masa yang berlainan tetapi motif penyampaian yang sama.

Khatib memulakan khutbahnya dan ustaz memulakan kuliahnya dengan sepotong ayat dari surah Taha,
“Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta”  Taha: 124 Buta bila dibangkitkan. Lalu mereka bertanya pada tuhan yang Esa mengapa ini terjadi?

Kerana engkau ingkar dan berpaling.

Berpaling dari apa?

Kitab ALLAH dan sunnah Rasulullah.

Ya ALLAH sesungguhnya hamba-Mu ini seringkali berpaling tadah dari surat-surat kalam-Mu itu. Renungan dan muhasabah buat diriku dan sahabat-sahabat semua betapa kita berada di dunia ini adalah kerana pinjaman sementara dari Dia d…

Don’t Give Up, ALLAH is Always With Us

When you fell down, or distress, or off guard or anything frustration, but happiness, indeed remember ALLAH always with us. ALLAH won’t let us down as if the peoples around us does. We as servants is no more than a man who never stop the quest for meaning.

The real meaning in our life. He is testing us as just to let us grow up the understanding of our faith in Him. Upon He is the greatest forgiveness and merciful.

To all my lovely friends, I dedicate this special song from my deep heart to all of you. The lyric itself tells us everything and hope you will enjoy it.

♫♫♫
Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost
That you’re so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never lose hope
Cause Allah is always by your side
Insya ALLAH, Insya ALLAH you’ll find your way
Every time you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
You’re so confused, wrong decisions you have made
Ha…

Pengertian Cinta dan Pengorbanan

Pada peristiwa Baiat Aqabah ke-2, 70 orang lelaki dan 2 orang perempuan dari Madinah telah berjanji setia kepada Rasulullah. Di antara 70 orang lelaki tersebut termasuklah Habib bin Zaid dan ayahnya (Zaid bin Ashim). Sedangkan 2 orang wanita itu adalah ibunya (Nusaibah binti Ka’b) dan makciknya.

Habib merupakan seorang mukmin yang sejati. Keimanan telah mendarah daging pada dirinya. Semenjak Nabi berhijrah ke Madinah, beliau tidak pernah tertinggal walaupun satu peperangan dan tidak pernah menolak tugas yang diberikan.

Pada suatu ketika, di selatan jazirah Arab muncul dua pembohong besar yang mengaku sebagai Nabi dan mengajak pada kesesatan. Seorang di Shan’a, iaiyu Aswad bin Ka’b aI-Ansi dan seorang lagi di Yamamah, iaitu Musailamah aI-Kadzdzab.

Keduanya menghasut para pengikutnya untuk memusuhi orang yang masih beriman kepada Nabi Muhammad saw serta utusannya yang datang untuk berdakwah kepada mereka. Mereka melecehkan kenabian dan menebar kerosakan dan kesesatan di muka bumi.

Pada …

Maher Zain's Hold My Hand

♫♫♫

I hear the flower’s kinda crying loud
The breeze’s sound in sad
Oh no
Tell me when did we become,
So cold and empty inside
Lost a way long time ago
Did we really turn out blind
We don’t see that we keep hurting each other no
All we do is just fight
Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don’t we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought

Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

Children seem like they’ve lost their smile
On the new blooded playgrounds
Oh no
How could we ignore , heartbreaking crying sounds
And we’re still going on
Like nobody really cares
And we just stopped feeling all the pain because
Like it’s a daily basic affair

Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don’t we share the same love
Tell me why not
Life is shorte…

Muhammad SAW: Genius & Ideal (Bahagian 4)

Jibrail turun memeluk baginda dan memaksa membaca firman ALLAH yang pertama. Simbolik betapa ilmu dan kejayaan memerlukan kekuatan dan ketabahan segalanya.

Dan ingatlah ketika ALLAH SWT berfirman,
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhan mu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhan mu lah yang Paling Pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”  Al-Alaq: 1-5 Namun tuhan itu bijak dan hebat psikologinya. Menjadikan pesuruhnya keluh kesah bila mana wahyu kedua yang ditunggu-tunggu tidak kunjung tiba.

Al-Bukhari meriwayatkan di dalam kitab al-Tabir,
“Dan wahyu pun tertangguh beberapa ketika menyebabkan Baginda berduka, mengikut maklumat yang sampai kepada kita, bahawa Rasulullah tersangat berduka, sehingga mendorong Rasulullah berkejar berkali-kali ke puncak bukit, hendak menghumbankan diri namun bila mana sampai di puncak untuk mencampakkan diri, Jibrail pun menampilkan …