Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2010

Kempen Besar-Besaran: Bongkar Penyelewengan Pilihan Raya Kampus UKM

Assalamualaikum,

Berkenaan Pilihan Raya Kampus UKM baru-baru ini yang banyak berlaku penyelewengan, pihak kami telah membuat aduan secara profesional. Namun, aduan kami hanya dibakul sampahkan. Justeru, saya menyeru sahabat-sahabat yang mempunyai ruang seperti blog, FB dan lain-lain, sila “publish”kan penyelewengan-penyelewengan ini secara besar-besaran. Biar semua orang tahu bahawa ada sekumpulan manusia yang sedang menindas mahasiswa di UKM.

Yang pasti, di akhirat nanti akan saya tuntut satu persatu dari setiap orang yang merupakan PENINDAS, pendokong kumpulan penindas, penyokong dan mereka yang berdiam diri tatkala melihat penindasan. Kalau kamu yakin di pihak yang benar, jangan takut dengan ayat saya ini.

Kepada pimpinan ASPIRASI dan CCC yang kononnya bijak mahu mengajar kami supaya menggunakan pendekatan “nego” dalam menyelesaikan masalah, jangan anggap kami bodoh. Jangan anggap kami selalu demontrasi sahaja.

Kami sudah banyak kali “nego”. Saya bersedia berdebat dengan mana-mana …

Murni Kata-Kata Itu Sahabatku

Alhamdulillah syukur pada ALLAH kerana dia masih lagi memberi ruang dan peluang untuk aku terus bernafas di muka bumi-Nya, menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim yang ditaklifkan ke atasnya pelbagai amanah yang berangkai sehingga di Hari Pembalasan kelak.

Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Rasulullah SAW moga rahmat ALLAH ke atas baginda dan keluarga.

Entah kenapa aku sejak akhir ini runsing bilamana ramai sahabat-sahabat menegur akan “bahasa” penulisan aku dalam artikel sebelum ini. Ya aku runsing bila aku meletakkan EMOSI aku bukan pada tempat yang sepatutnya. aku yakin pasti ramai mereka yang terkejut dengan artikel menyerang dalam posting sebelum-sebelum ini lantaran rasa MARAH yang membuak di dada dan tidak mampu dikawal tika jari menaip pada keyboard laptop.

Malah ada yang menggelar aku sebagai Aduka Teruna Jr. walaupun aku langsung tidak menyukai gelaran itu.

Insya ALLAH segala kekhilafan yang telah dilakukan akan dijadikan kayu ukur untuk masa hadapan. Nasihat dan …

Lawak Apakah Lagi Wahai Pentadbiran UKM?

Tetiba selepas JUMAAT tadi Masjid UKM kecoh pabila MAHASISWA mula berbicara di sudut pidato mengenai situasi dan keadaan sebenar mengenai PRK yang berlangsung semalam. Ramai sekali mahasiswa SEDAR membanjiri kawasan masjid kerana mahu mendengar ucaptama beberapa orang pemimpin MAHASISWA setelah dihebohkan mengenai penyelewengan yang berlaku semalam.

Mereka berkumpul atas satu niat iaitu ingin mendapatkan maklumat yang tepat mengenai keputusan PRK semalam tanpa sekelumit ingin menimbulkan kekacauan apatah lagi MERUSUH.

Namun pelik bin ajaib bin hairan bilamana sekumpulan FRU mula menyerbu dan merempuh para MAHASISWA yang sedang berkumpul dan berbicara di sudut itu. Tetiba je muncul FRU di UKM. Aku ulang FRU muncul di UKM!

Mereka lengkap bersenjata! Cuma mahu menangkap sekumpulan MAHASISWA yang tengah berucap mengenai isu kampus! Lawak apakah ini?










Begitu PROFESSIONAL mereka ini. Siapa yang bagi ARAHAN pada mereka? Pentadbiran UKM kah? Hebat betul pentadbiran UKM. Cekap menangkap MAHASIS…

Politik Kampus: Antara Kebajikan Mahasiswa dan Kepentingan Politik

Tatkala tika ini kita sibuk berbicara tentang Pilihan Raya Kampus sesi 09/10 yang berlangsung sekitar 2-3 minggu ini telah terungkap pelbagai kerenah dan ADEGAN yang kadang-kala kontra dengan perwatakan seseorang itu.

Manakan tidak bila EMOSI menjadi sentimen dalam menentukan segalanya. Aku berbicara ini sebagai buah fikiran buat mereka di luar sana yang rancak mengatur strategi agar CALON-CALON yang dipersembahkan memikat hati pengundi.

Ya, tidak salah sama sekali tindakan kita untuk membangkitkan semangat dan kesedaran politik dalam kalangan mahasiswa di kampus yang semakin hari semakin hanyut dalam sikap KETIDAKCAKNAAN kita pada hal sekeliling. Namun ingat ANDA sedang diperhatikan oleh mereka yang BERFIKIR!

Di kampus UKM hanya tinggal sehari lagi untuk mereka di luar sana berkempen. macam-macam ada. jadi “PAK GUARD” yang tak bertauliah sepanjang PRK ini. Lahirnya TUKANG PUKUL yang setaraf The Rock. Kumpulan-kumpulan mahasiswa di SPEAKING CORNER sibuk mengutarakan idealisme merek…

Mereka Semua Telah Mengajar Aku

Antara Masjid Jamek dan Dataran Merdeka pada malam ini adalah amat berbeza suasananya. Mungkin sahabat-sahabat tahu apakah sebab musabab kenapa itu berlaku pada malam ini. Sambutan ambang tahun baru 2010, THIS IS MY FIRST TIME.

Mengujakan, menyedihkan, membolak balikkan, menyentap, meyampah, meronta, memberontak, menafikan dan sebagainya yang aku ingin menyatakan perasaan aku tika menyaksikan sambutan tahun baru 2010 di Dataran Merdeka tadi sebagai salah satu misi dakwah para mahasiswa Islam kepada masyarakat luar di bawah nama Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS).

Hampir 500 orang mahasiswa dari seluruh kampus di Malaysia turun bagi menjayakan misi dakwah ini. ALHAMDULILLAH ALLAH telah mempermudahkan segalanya.

Inilah pengalaman ku bertemu dengan pelbagai ragam manusia yang aku begitu naif tentang mereka. Ya, mungkin pada kita mereka adalah teruk tapi jauh di sudut hati mereka memerlukan kita untuk membimbing mereka. Seperti kata-kata seorang sahabat aku, “Anak muda macam ini …