Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadan 1431H

Salam Ramadan 1431H buat Mak dan Abah tersayang, abang kakak dan adik di kampung, sahabat seperjuangan, kawan sekuliah, pembaca blog yang disayangi dan sesiapa yang mengenali diri ini.

Maaf dipinta andai kata ada tersilap bicara dan laku. Moga kalian sentiasa berada di dalam rahmat ALLAH dan pengampunan-Nya sempena Ramadan barakah ini.

ALLAH berfirman dalam aL-Quran,
"Wahai orang-orang yang beriman,diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas mereka yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa."
Surah aL-Baqarah: 183
Rasulullah SAW bersabda,
Ubadah bin Somit RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadan hampir menjelang, "Telah datang kepadamu bulan Ramadan, di mana ALLAH melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa mu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperoleh kebaikan yang besar dan berbangga mengenai mu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada ALLAH kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat ALLAH pada bulan ini."
(Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidhi, Abu Dawud, Nasa'i, Malik, Ahmad dan Baihaqi)
BERUSAHALAH!
BERMUJAHADAH LAH!

Moga-moga kita menjadi salah seorang daripada penerima rahmat-Nya pada bulan yang penuh baraqah ini insya ALLAH!