Tuesday, August 24, 2010

Sakit

Termasuk hari ini, sudah 4 hari aku sakit. Mula-mula selesema, kemudian demam dan terkini mula batuk-batuk. Kepala rasa macam nak pecah akibat sakit dan panas. Selera untuk makan pun terbantut. Segala yang ditelan terasa tawar dan yang paling teruk, segalanya macam tak sempurna.

Mula terfikir kan akan satu perkara bahawa inilah bahasa ALLAH kepada aku. Dia sedang berbicara dengan aku. Dia sedang mahu ingin mengetahui keyakinan aku kepada-Nya. Aku cuma mengharapkan kafarah buat semua dosa-dosa silam ku.

Tidak berbuat sesuatu yang sia-sia itu pada ALLAH SWT. Aku cukup yakin dan mengharap.

Rasa malas mula menguasai diri. Kelas pagi tadi aku terpaksa ponteng kerana tidak tahan dengan sakit kepala yang benar-benar menyakitkan. Batuk yang tak henti-henti. Memang terseksa, hanya satu yang aku harapkan daripada ujian ini.

Kau ampuni lah segala dosa-dosa ku ya ALLAH….

Tabiat ku, yang ramai sudah maklum ialah aku memang tersangat tidak suka pada ubat dan aku hanya menelan sebiji Panadol Soluble sahaja kelmarin lepas selepas dipaksa oleh sahabat aku, Taufiq.

Entah, aku tersangat tak suka ubat. Apatah lagi nak pergi ke Pusat Kesihatan memang bukan amalan aku sejak dua menjak ini.

Sahabat aku berkata, “Ubat cuma ikhtiar buka penyembuh penyakit.”

Ya, betul cuma aku tak suka menelan kapsul-kapsul itu.

Cuma sekadar luahan hati aku. Jarang-jarang aku mendapat demam yang benar-benar menggugat kestabilan jiwa aku selama ini seperti hari ini. Mungkin kerana Ramadan yang tidak membenarkan kita makan dan minum sesuka hati kita.

Kalau sebelum ini, demamnya tidak mencabar seperti hari ini kerana Ramadan menjanjikan sesuatu yang berbeza, maka segalanya menjadi lebih sukar dengan sebelumnya.

Tapi, aku cukup yakin bahawa Dia mahu aku mengingatinya lebih daripada biasa dengan ujian ini. Hal kerana hanya dengan demam maka nama-Nya lebih kerap disebut dan terpacul dimulutku maka tidak ada salahnya jika Dia mahu meletakkan aku dengan ujian sebegini.

Ya ALLAH, jika hanya dengan ujian yang lebih berat lagi maka hati aku ini mampu menjadi sebaik yang mungkin, maka Kau tetapkan lah ianya untuk aku.

Ya ALLAH, jika demam dan sakit ini mampu kafarah segala dosa-dosa maksiat ku, maka Kau panjangkan lah kesakitan ku ini sehingga dosa-dosa ku terhapus.

Ya ALLAH, sesungguhnya aturan dan ketetapan yang Engkau lakukan itu adalah yang terbaik…kullu min habibi khoir’. Aku mengharapkan kasih-sayang-Mu ya ALLAH.

Aku mengharapkan Ramadan mengajar aku menjadi hamba yang takut kepada-Nya. Dku terus akan meletakkan pengharapan ini kepada Engkau ya ALLAH.