Friday, August 20, 2010

Rumah Terakhir

Adakah kita masih ingat akan rumah kita yang terakhir,
bersedialah kita untuk berpindah ke rumah terakhir,
cukup kah bekalan kita sekarang ini?

Sedarlah wahai jiwa kotor!
kau tidak hanya di dunia fana ini sahaja,
kerna rumah terakhir mu itu sudah sedia menanti,
memanggil nama mu setiap hari….

Tuhan telah berfirman,
apabila tibanya ajal mu,
tak kan mampu ditunda barang sesaat.

Maka aku bersedia kah
Untuk bertandang ke rumah yang terakhir?

Bandar Baru Bangi
Ogos 20, 2010