Thursday, August 12, 2010

Projek Tadarus al-Quran

Salam Ramadan. Alhamdulillah kerana ALLAH masih lagi memberi kesempatan kepada kita untuk meneruskan kehidupan di saat dan di dalam bulan penuh berkat ini demi satu tujuan iaitu untuk mengejar keredaan-Nya insya-Allah.

Sebenarnya, saya menulis kali ini adalah untuk mengajak dan menguar-uarkan kepada semua rakan-rakan Blogger tentang satu projek maya yang sedang berlangsung di dunia blog sekarang yang bertujuan tidak lain tidak bukan hanyalah untuk mencari sebanyak mungkin amalan kebaikan sempena bulan Ramadan kali ini.

Alhamdulillah, pada saya amat bersyukur kerana tika ini masih ada insan yang sanggup mengambil inisiatif yang agak bercanggah dari cara sahabat Blogger yang lain iaitu Shafaza Zara Syed, pemilik blog Dunia Sebelah Zara yang telah menganjurkan sebuah Projek Tadarus al-Quran secara maya antara sahabat Blogger.

Satu projek yang amat baik dan seharusnya bagi saya untuk mempromosikannya agar kita semua mendapat manfaat daripada projek tadarus ini dan saya ingin mengajar kepada rakan Blogger yang lain untuk turut sama menyertai projek ini dan secara tidak langsung akan menambahkan lagi koleksi pahala dalam bulan Ramadan kali ini.

Ayuh, rakan-rakan untuk kita memeriahkan lagi projek ini. Kepada sesiapa yang berminat, sila klik pada link ini, Projek Tadarus al-Quran.

Firman ALLAH dalam al-Quran,
“Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk Nya, dan supaya kamu bersyukur.”
Surah aL-Baqarah: 185
Sementelah dengan firman diatas, marilah kita sama-sama menjadikan al-Quran sebagai kalam harian kita sempena Ramadan kali ini. Mari kita kembali kepada al-Quran supaya kita mengenal diri kita.

Sekali lagi saya mengajak rakan-rakan Blogger untuk kita menyertai dan memeriahkan lagi Projek Tadarus al-Quran Maya yang dianjurkan oleh pemilik Dunia Sebelah Zara, Shafaza Zara Syed.

AYUH!