Saturday, August 28, 2010

Polemik Perpecahan Kaum di Malaysia

Semakin hari, kefahaman rakyat Malaysia terhadap konsep 1Malaysia yang digagaskan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak semakin bercelaru dan kecelaruan ini jelas terserlah dengan berlakunya pelbagai kes dan peristiwa yang aku kira mampu menggugat keamanan dan perpaduan rakyat Malaysia.

Terbaru, bermula daripada kes ucapan yang bersifat hasutan dan racist oleh pengetua sekolah di Johor kemudian berjangkit ke Kedah nyata menunjukkan bahawa hal ini bukannya insiden yang tidak disengajakan tetapi adalah membuktikan bahawa inilah wajah sebenar rakyat Malaysia yang dididik dengan gagasan 1Malaysia.

Mengambil kira faktor kemajmukan di negara kita, maka aku berpendapat bahawa kerajaan hanya akan berjaya membentuk sebuah negara bangsa Malaysia jikalau kita sanggup dan berani untuk memodelkan Malaysia sepertimana negara bangsa Madinah yang ditadbir oleh Rasulullah SAW.

Hal ini kerana kepelbagaian kaum dan etnik di Malaysia seakan melambangkan sosio-demografi Madinah yang turut terdiri daripada berbagai kaum dan etnik.

Mengambil contoh dan mempraktikkan apa yang telah digariskan oleh Rasulullah SAW dalam pengurusan pentadbiran dan gagasan dasar kerajaan itu adalah yang terbaik. Kita semua maklum bagaimana Rasulullah SAW telah menyatukan semua kaum di Madinah yang berbilang etnik sehinggakan berjaya mewujudkan satu empayar Islam yang begitu kuat di Semenanjung Arab ketika itu.

Maka, terfikir kah kita apakah rahsia di sebalik kejayaan Rasulullah SAW menyatukan dan menjana penyatuan itu ke arah menjadikan Madinah sebagai salah sebuah kuasa pemerintahan yang digeruni semua?

Pastinya, jawapan yang semua sudah sedia maklum ialah Rasulullah SAW menjadikan al-Quran sebagai dasar utama perlembagaan negara bangsa Madinah. Meletakkan bahawa teras utama dalam kesemua aspek dan persoalan perlembagaan ialah al-Quran maka dari situ secara langsungnya kita telah meletakkan perintah dan wawasan yang ALLAH SWT tetapkan kepada manusia di tempat yang teratas.

Maka, segala kerangka dan corak pemerintahan yang akan dibawa oleh Rasulullah SAW dan seterusnya para sahabat Baginda sudah tentu akan berada di dalam garis sempadan yang telah ditetapkan dan diperakui oleh segenap fitrah yang wujud di dunia ini.

Berbalik kepada persoalan utama iaitu kenapa dan mengapa hal sebegitu tidak terjadi di Malaysia sedangkan rata-rata pemimpin tertingginya mengakui bahawa Islam adalah agama mereka, ALLAH itu Tuhan mereka. Wujud persoalan besar di dalam diri sebagai salah seorang rakyat di Malaysia apabila memikirkan kenapa kita gagal mewujudkan dan mempraktikkan segala tunjuk ajar Rasulullah SAW dalam aspek pentadbiran sehingga berjaya menggapai kejayaan sebagaimana pemerintahan Islam terdahulu mencapainya dalam keadaan kita dan mereka yang terdahulu adalah satu akidah dan Tuhan.

Maka, dalam hal ini kita sebagai umat Islam wajib bermuhasabah kembali apakah sebenarnya amanah yang telah dipertanggungjawabkan ke atas kita sebagai seorang makhluk yang bernama manusia di muka bumi ini iaitu tidak lain dan tidak bukan sebagai khalifah yang membawa nilai Islam sebagai rahmat ke seluruh alam.

Dalam konteks Malaysia, saya melihat satu kekurangan yang begitu ketara ialah kita membenarkan sistem yang dibentuk oleh mereka yang memusuhi Islam sebagai tunjang utama kepada segala dasar yang dibentuk untuk rakyat Malaysia dan kemudian kita mengharapkan dasar-dasar tersebut mampu menjana nilai Islam dalam masyarakat.

Mana mungkin perkara ini boleh berlaku. Jadi, bagaimana kita mahu konsep kerahmatan Islam itu tersebar ke seluruh alam jika hal ini berterusan.

Namun, ingin berbicara soal penyelesaian memang akan menemukan kesukaran yang menyusahkan kerana bukan semua orang mampu menerima penyelesaian seperti aku sebutkan di atas iaitu kembali kepada apa yang digariskan oleh al-Quran. Kerana sekuel pemikiran rata-rata rakyat Malaysia masih lagi terbelenggu dengan virus sekularisme tidak kira dalam apa jua aspek pekerjaan dan aktiviti harian kita.

Berlakunya pemisahan yang nyata dalam aspek keduniaan dengan faktor holistik dalam kehidupan kita jelas terpampang berlaku dalam kehidupan rakyat Malaysia tidak kira di peringkat mana mereka berada. Perubahan untuk perkara ini mungkin boleh dilakukan namun ianya memerlukan masa yang begitu lama kerana masalah ini seakan sudah berkarat dan kejap dalam kehidupan seharian kita.

Maka, pra-syarat terbaik dalam menangani isu ini ialah menanamkan kesedaran terhadap rakyat Malaysia akan kepentingan kita memahami konsep semangat patriotik matang dalam segenap segi.

Maksud Patriotik

Patriotik ialah rasa cinta dan sayang kepada negara dengan tiada rasa kepentingan lain selain menjadi sebahagian daripada negara tersebut. Namun, hal ini berlainan dengan semangat nasionalisme. Kerana itu aku menekankan di sini ialah kesedaran kita untuk memahami konsep sebenar semangat patriotik secara matang bukannya membabitkan diri kita ke dalam kancah nasionalisme yang lebih membawa kita ke arah penindasan sesuatu puak yang minoriti dan memberi kuasa kepada majoriti untuk bertindak sesuka hati mereka.

Dan dalam kata yang lain, namanya penindasan dan pencabulan hak.

Dalam masalah-masalah perpaduan dan segala macam yang timbul sejak akhir-akhir ini ialah kerana kita sering mempersoalkan tentang perbezaan warna kulit dan bahasa sedangkan tanpa kita sedar bahawa kita sedang DIMANIPULASIKAN OLEH MEREKA YANG BERKEPENTINGAN UNTUK TERUS BERKUASA DAN MENGAUT KEUNTUNGAN DI ATAS PERKELAHIAN DAN PERTIKAIAN SESAMA KITA!

Saya selalu menyebut tentang peri pentingnya untuk orang-orang Islam di Malaysia tidak kira apa bangsa kamu sekalipun untuk memahami betapa Islam tidak pernah sesekali mengajar kita membenci kaum lain dengan sewenang-wenangnya hanya beralasan dengan sentimen “KAUM”.

Tolong lah sama-sama memahami tentang hakikat ini. Islam tidak pernah mengajak penganutnya untuk bersifat sedemikian rupa.

Maka, hendaklah kita sedar bahawa Nabi Muhammad juga amat sayang pada bangsa Arabnya, namun Nabi Muhammad SAW tidak pernah menganiayai dan mencabuli hak kaum-kaum yang lain kerana jelas dalam al-Quran ALLAH berfirman,
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).”
Surah aL-Hujurat: 13
Apa sebenarnya yang ALLAH cuba sampaikan kepada kita wahai sahabat-sahabat seagama dengan ku?

Apakah berlainan bahasa dan warna kulit itu menjadi hujah utama kepada kita untuk sewenang-wenangnya menghina mereka yang berbeza dengan kita?

Apakah mulianya kita di sisi ALLAH jika itu yang menjadi keutamaan kita di dunia ini?

Sedarlah, sayang kita pada bangsa bukan TIKET BESAR untuk kita menindas kaum yang lain. Bukan menjadi lesen utama untuk kita melabel itu dan ini kepada mereka yang berbeza warna kulit dan bahasa. Siapa kita dan apa tugas kita di muka bumi ini sebenarnya wahai sahabat-sahabat ku?

Sejarah kebangkitan nasionalisme telah membuktikan bahawa mereka bukanlah virus “main-main” yang meresap dalam masyarakat Islam kerana runtuhnya Khalifah Uthmaniyyah di Turki juga disebabkan virus nasionalisme yang disebar luaskan oleh para penjajah terutamanya Yahudi laknatullah telah berjaya menghasut hati nurani sebahagian umat Islam ketika itu sehinggakan mereka tidak sedar bahawa mereka telah menjadi sebahagian daripada boneka Yahudi laknatullah.

Adakah kita mahu sejarah hitam itu berulang atau kalau tidak pun, sejarah 13 Mei 1969 berulang sekali lagi gara-gara kebodohan kita dalam memahami konsep semangat patriotik?

Begitu kah cara kita untuk menunjukkan kesetiaan dan sayang kita pada negara?

Oh malang, kerana hari ini pada setiap masa dan ketika kita diterjah dengan doktrinisasi 1Malaysia yang konon-kononnya memupuk PERPADUAN dalam kalangan rakyat Malaysia. Namun, kita semua celik akal dan hati betapa semua itu cuma angan-angan kosong tanpa isi.

Jelas slogan itu hanyalah kiasan politik untuk meraih undi kerana dunia Malaysia jelas membuktikan bahawa rakyat Malaysia makin keliru apakah sebenarnya yang cuba dimomokkan oleh slogan 1Malaysia dan seterusnya melahirkan figure seperti dalam berita-berita di atas.

Kerana apa menjadi begini?

Mereka yang terbabit tidak pernah berniat sedikitpun untuk melihat rakyat Malaysia bersatu-padu malah mereka lebih suka untuk melihat “kita-kita” bergaduh bercerai sesama sendiri dan mereka di atas bersenang-lenang mengaut keuntungan dan mengembungkan poket masing-masing. Bila bercakap soal perpaduan, semuanya berarah kepada perpaduan Melayu.

Ada apa dengan perpaduan Melayu?

Ke mana bahagian mereka yang berdarah Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya?

Tidak Malaysia kah mereka semua itu apabila kita sibuk mengetuk gendang perpaduan Melayu sana sini?

Adakah Islam mengajar begitu kepada kita semua?

Bukan niat untuk menentang soal perpaduan Melayu tapi kerana persoalan itulah menyebabkan masalah di atas terus membuak dan membara. Mereka sengaja mengapi-apikan keadaan kononnya jika tidak bersatu, Melayu bakal pupus.

Kerana beria-ia nak bercakap soal perpaduan Melayu, lantas chauvinist menerpa dalam ucapan kita. Dan penghinaan terus bertamu. Terus merancang untuk menindas. Maka di mana baiknya?

Positifkah?

Islam tidak pernah mengajar kita berjuang untuk bangsa tetapi Islam mengajar kita berjuang untuk agama. Rasulullah SAW bersabda mafhum nya,
“Barangsiapa yang berperang di bawah bendera kebutaan dan menyeru kepada perkauman, atau marah kerana perkauman atau menyeru kepada perkauman atau membantu atas dasar perkauman dan terbunuh maka matinya adalah mati JAHILIYYAH.”
(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Nasa’ie)
Jelas amaran ALLAH kepada kita yang berani mengaku sebagai umat Islam yang berjanji bahawa manhaj hidup kita adalah al-Quran yang diturunkan kepada Baginda Muhammad SAW. Amaran bahawa bukan dari kalangan umat Muhammad mereka yang beria-ia menganut ajaran perkauman ini.

Berbalik kepada persoalan terbesar kita ialah bagaimanakah caranya untuk kita mendepani segala hal ini sedangkan rata-rata rakyat Malaysia sudah tenat dengan penyakit ini?

Maka cadangan di peringkat aku sebagai seorang mahasiswa ialah kerajaan haruslah berani untuk meninjau dan mencontohi apa yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW sehinggakan Baginda begitu berjaya dalam membangunkan negara bangsa Madinah yang turut mempunyai persamaan dari segi sosio-demografi dengan Malaysia.

Seperti yang ditulis di atas tadi betapa Rasulullah sendiri amat sayangkan bangsa Arab namun Rasulullah tidak pernah sesekali melakukan sesuatu yang tidak adil terhadap bangsa-bangsa yang lain tidak kira sama ada dalam konteks undang-undang negara, akta dan perlembagaan Madinah atau perbuatan dan percakapan sekalipun.

Rasulullah amat pentingkan kasih sayang sesama manusia tidak kita siapa mereka dan dari puak manakah mereka berasal.

Rasulullah amat meninggikan soal keadilan untuk setiap makhluk yang bernyawa sehinggakan tidak pernah seorang pun mereka dari kalangan Arab atau bangsa lain merasakan kepincangan dalam pentadbiran Rasulullah SAW.

Subhanallah!

Namun, bila mana aku bercakap soal keadilan dan kesamarataan, sudah tentu ada yang akan mempertikaikan tentang Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia yang seakan tidak adil untuk mereka yang bukan bumiputera. Untuk persoalan ini saya tidak akan huraikan di sini kerana ia memerlukan satu huraian yang panjang dan teliti. Cukup mengatakan di sini bahawa Peruntukan Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia itu melambangkan sifat ADIL dalam Islam secara khususnya sahaja.

Untuk huraian yang lebih lanjut tentang pembentukan negara bangsa Malaysia dan kesan terhadap agama serta per kaitannya dengan perancangan jahat Yahudi, sila klik di sini, Asam Pedas Gulai Melaka.

Oleh itu, saya sekali lagi menasihatkan diri sendiri dan pembaca semua supaya janganlah kita sesekali membenarkan diri kita dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu untuk terus berbicara tentang perbezaan di antara kita sedangkan mereka yang berada di atas terus bersenang-lenang mengaut keuntungan sambil melihat kita sesama sendiri bercakaran.

Cukup-cukuplah berbicara soal perpaduan bangsa dan kaum sendiri kerana kita dilahirkan untuk membawa kasih-sayang dengan semua makhluk.

Pupuk lah semangat patriotik matang dalam diri masing-masing agar kita sentiasa beringat daripada mengeluarkan kenyataan ancaman penindasan dan kecaman terhadap mereka yang berlainan bahasa dan warna kulit dengan kita. Sayang kita pada negara bukan bermakna kita mesti menidakkan peluang dan hak mereka yang berlainan warna kulit.

Marilah kita mengambil peluang sempena sambutan kemerdekaan Malaysia kali ke-53 ini untuk bermuhasabah kembali tentang hakikat ini..

Dan berwaspada lah pada setiap permainan jijik sang pemerintah!