Tuesday, August 3, 2010

Perlawanan Yang Merugikan Penonton






Perlu kah bergaduh? Apakah tiada penyelesaian yang lebih murni?

Kenapa perlu mahkamah dalam hal ini? Siapa yang akan menjadi mangsanya?

Tidakkah kalian para cendekiawan agama tidak memikirkan akan hal ini?

Apakah kalian anggap kami mempunyai kefahaman agama setaraf dengan kalian?

Apakah pergaduhan ini membawa kebaikan pada umat Islam?

Apakah sudah tidak ketemu lagi meja perbincangan dan musyawarah?

Apakah kalian mahu melihat kami terus tersepit di celah-celah pertikaian kalian yang langsung tidak berkesudahan itu?

Tolonglah!

Kasihan melihat para agamawan GAGAL untuk bertemu muka berbincang secara tulus kemudian memutuskan apakah yang sepatutnya diputuskan yang akhirnya membawa kebaikan kepada seluruh umat Islam di Malaysia khususnya.

Jika benar ESQ165 benar-benar liberal dan SESAT, kenapa tidak kesemua mereka yang cerdik pandai agama mengharamkannya?

Kalau benarlah ESQ165 ini banyak keburukannya berbanding kebaikan, kenapa senyap bila mereka menuntut agar pihak berwajib menegur kekurangan mereka?

Kalau benarlah sistem yang diguna pakai oleh ESQ165 bercanggah dengan ajaran Islam, maka mampu kah kalian yang “melarang” memberi alternatif lain yang mampu menarik minat para mad’u untuk mendekati Islam?

Sekali lagi, kembalilah ke meja perbincangan yang lebih murni. Usahlah bermain di media dengan mengeluarkan kecaman dan kenyataan yang nyata menyebabkan kami di peringkat orang awam tersesak nafas memikirkan siapakah yang benar dan siapakah yang salah.

Atau kita ini sudah berpecah kepada 2 negara?

Fikir-fikirkanlah wahai cerdik pandai AGAMA. Usahlah kerana pergaduhan ANDA, dakwah Islam tersekat di bumi Malaysia ini.