Monday, August 23, 2010

Kembara Bersama Wali Mesir


Petang Sabtu, seorang sahabat aku yang sedang belajar di Mesir dalam bidang perubatan iaitu Anas datang melawat ke UKM. Lama benar aku tak jumpa dengan Anas sementelah dia lah naqib usrah aku dulu di Matrikulasi Melaka sebelum dia fly ke Mesir.

Oleh kerana nak tunggu berbuka pun lambat lagi, aku sempat membawa Anas berjalan sekitar UKM sambil dia nak tangkap beberapa keping gambar dengan DSLR Canon sementelah aku ada meeting pada petang itu.


Petang, sebelum berbuka datang lagi seorang sahabat aku yang turut belajar di Mesir iaitu Hamzah dan turut membawa seorang kawan dia, Taufiq langsung membuatkan bilik aku menjadi bingit bangat.

Maka, berkumpul lah para doktor dalam bilik aku pada petang itu.


Makanya, berbuka lah kami dengan makan dalam dulang sebagai mengambil sunnah Rasulullah SAW. Nasinya sikit tapi lauknya masya-Allah. OK la, sekali-sekala. Setelah berbasa berbasi, malam tu kami buat keputusan untuk sembahyang Terawih di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau Masjid Besi di Putrajaya.


Lepas Terawih, apa lagi terus melantak moreh di tepian kolam Masjid Besi sambil mencuba DSLR Anas.

Malam tu, sebelum balik ke bilik, kami terus pergi ke kedai mamak untuk melantak sekali lagi. Sempat juga la tengok Arsenal belasah Blackpool 6-0 sekejap.

Malam, sebelum tidur aku sempat berbual dengan Taufiq dan Anas tentang realiti kehidupan di Malaysia. Daripada penceritaan mereka tentang realiti nilai perubatan di Malaysia, aku teringat artikel Abang Farid Hamlud mengenai urus tadbir Malaysia.

Perbualan berkisar mengenai ketidaktelusan urus tadbir dan kronisme dalam hal perubatan sehinggakan menyebabkan rakyat yang tidak berduit gagal mendapatkan rawatan yang sepatutnya untuk penyakit mereka. Bagi “mereka”, poket itu lebih penting. Namun, tidak dinafikan bahawa cabaran Malaysia kini ialah untuk mengeluarkan dan menghasilkan seramai mungkin doktor pakar demi menampung permintaan pengguna.

Kegagalan untuk menyediakan tenaga kedoktoran yang mencukupi akan menyebabkan sesebuah pusat perubatan itu tidak mampu berfungsi dengan baik. Ditambah lagi dengan budaya di Malaysia iaitu “no money, no business” maka kami di peringkat rakyat bawahan akan terus tersepit.

Dasar kapitalis yang sedang melanda negara kita akan terus menyebabkan hal ini subur.

Pagi Ahad, selepas semua bersiap-siap tetiba Hazim bagi tau yang dia nak hantarkan Anas balik ke rumahnya di Johor. Mula-mula macam tak percaya kerana memikirkan jarak perjalanan yang jauh namun akhirnya semua bersetuju. Apa lagi dalam pukul 11, kami semua sudah dalam kereta.

Dalam kereta ketika baru nak mulakan perjalanan. Sampai di Melaka, kami singgah di MRSM Kem Terendak sekejap kerana Anas nak melawat sekolah lama dia tu dan berjumpa dengan junior dia kat situ. Kami layan je.


Sebelum masuk ke Kem Terendak, terpaksa ambil kad pelawat. Maklumlah kem tentera.

Kami ketika sampai di MRSM Kem Terendak. Time tu, ada roll call sedang berjalan di Asrama lelaki. Bila melihat semua itu, fikiran aku terus mengimbau saat dan ketika aku berada di SBP dulu. Lucu dan sedih bercampur baur.

Tengok gambar budak-budak Form 1 sedang brainwashed oleh senior mereka. bila pandang wajah-wajah budak Form 1 tu, aku mula sangsi.


“Syeikh, ni budak 1st year ke budak sekolah rendah?” tanya aku curious.

Hazim menjawab, “1st year? Apa, enta ingat ni kampus ke….”

Aku tergelak. Kadang kala terbiasa dengan istilah di kampus. “OK, Form 1….” Bunyi seperti tidak full convinced. Hazim menjawab lagi, “Form 1 la bang….”

“Ye ke? Innocent gila muka diaorang. Dah la semua kecik-kecik….”

HAHAHAHAHA!

Taufiq pula sempat bergaya atas monumen sempena 25 tahun MRSM Kem Terendak. Kami ambil peluang meninjau sekeliling sekolah itu sebelum keluar dari kem tersebut. Kami pun terus meluncur ke Masjid MITC Melaka untuk solat jama’ qasar Zohor dan Asar.

Di Masjid MITC, kami sempat bertemu dengan Rahman. Dah lame betul aku tak jumpa dia. Sempat sembang-sembang pasal isu kampus dengan Rahman sebelum kami bertolak ke Johor. Rahman rupa-rupanya dah pakai motor besar.


Aku dah la tak berapa sihat semalam. Namun, kawan punya pasal. Kami terus straight ke tempat yang ingin dituju iaitu Pasir Gudang kerana rumah Anas di sana. Baru terasa betapa Pasir Gudang tu jauh.

Sampai di Pasir Gudang, hujan mula menyapa kami.


Akhirnya, sampai juga kami ke destinasi yang dituju. Ini lah rumah Anas. Sampai lebih kurang pukul 5:30 petang setelah beberapa kali berhenti sana sini ketika dalam perjalanan ke sini. Maka, kami pun terus bersiap-siap menunggu waktu berbuka. Maklumlah, kali ni mak Anas masak special untuk kami.

Anas ni separuh Terengganu separuh Johor. Petang tu, mak Anas masak Laksa Terengganu sebagai juadah berbuka puasa!


Marvelous!

Selepas berbuka dan solat jama’ Maghrib dan Isyak’,kami terus pulang kerana nak kejar terawih di Senawang. Katanya, Imam Masjid Azhar menjadi imam di sana. Bergegas lah kami di sana. Selepas selamat meninggalkan Anas di rumahnya.

Dalam kereta, kami terus melantak. Kali ni, murtabak pula jadi mangsa dan pelbagai jenis air.

Sedihnya, kami tak sempat ke Senawang. Sampai di sempadan Negeri Sembilan jam sudah pukul 11 lebih. Jadi, terus ke UKM la nampaknya.

Sampai di UKM, demam aku makin teruk. Tapi nasib baik kerana ada 2 orang doktor dalam bilik aku dan Taufiq selaku bakal doktor professional memaksa aku menelan sebiji Panadol soluble sebelum tidur.

Ini kembara aku bersama wali-wali dari Mesir yang hebat-hebat. Banyak benda aku belajar daripada mereka semua.

Namun, aku masih lagi menantikan seorang lagi sahabat dari Mesir untuk bertandang ke bilik kami iaitu Imran.

Imran!