Tuesday, August 10, 2010

Awang Selamat Yang Tidak Selamat



Mahu pecah perut ketawa apabila membaca kenyataan Ustaz Idris Ahmad tentang Awang Selamat, kolumnis Utusan Melayu semalam. Itulah, aku selalu cakap kalau dah tahu diri itu bodoh janganlah tunjuk pada orang lain. Duduk senyap-senyap di rumah cukup.

Merapu tak tentu hala. Memang sudah tak selamat lagi si Awang Selamat ni. Jom baca sedikit “highlight” kenyataan Ustaz Idris Ahmad dalam Malaysiakini hari ini berkenaan Awang Tak Selamat.

“Beliau takut menzahirkan siapa sebenarnya beliau, sama ada lelaki atau pondan,”

“PAS mengibaratkan Awang Selamat sudah tidak normal dan hilang fikiran ketika mengeluarkan pandangan mengenai perjuangan parti Islam itu.,”

“Awang marah bukan kerana PAS berkawan dengan DAP, tetapi kerana banyak lombong emas Awang semakin terkambus dan tertutup sehingga perut dan tembolok nya semakin kurus,”

“Dia akan mengadu domba supaya Pakatan Rakyat berpecah maka BN akan meneruskan tradisi menindas rakyat dan memiskinkan rakyat. Mereka hendak Memiskinkan rakyat sama ada harta atau agama,”

“Awang begitu marah kerana lamaran partinya tidak berbalas, cintanya dengan PAS cinta empat segi,”

“PAS ingin mengingatkan kepada Awang Selamat, dayus ialah orang yang takut untuk menegur perkara mungkar. Contohnya suami membiarkan isteri mendedahkan aurat,”

“Awang Selamat termasuk dalam golongan dayus dan pondan kerana tidak berani menegur pimpinan UMNO yang reda dengan Yahudi APCO,”

“Awang juga dayus kerana senyap sunyi ketika khazanah negara habis di faraid oleh pemimpin negara, ketika tanah negara seluas 217 hektar di faraid kepada Singapura,”

“Awang menikus ketika Selangor di bawah UMNO menutup surau al Rahman di Seksyen 8 Shah Alam dan Surau Ikhwan di Puchong Perdana,”

“Kenapa Awang marah sangat, PAS berkawan dengan DAP? Kalau alasan DAP bukan parti Melayu, apakah MCA, Gerakan sebuah parti Melayu?”

“PAS berpandangan Awang Selamat ialah seorang tali barut kepada UMNO yang banyak mencemarkan kemuliaan Islam,”

“Orang seperti Awang Selamatlah menyebabkan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak dapat faham Islam walaupun berkawan dengan Awang Selamat. Sahlah Awang tidak selamat lagi,”

Habis Awang Selamat yang tak selamat lagi selepas ini. Aku suka kenyataan paling last Ustaz Ahmad Idris bahawa orang seperti Awang Tak Selamat lah yang menyebabkan Chua Soi Lek tidak faham-faham Islam itu apa.

Malang sungguh Malaysia kalau memilih orang sebegini memimpin negara. Malang sungguh malang. Aku tersangat setuju dengan kenyataan Ustaz Idris Ahmad kerana aku melihat Awang Tak Selamat ini sungguh melampau dalam membuat apa-apa artikel umpama apa yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat selama ini semuanya salah.

Umpama seolah-olah UMNO selam ini sangat berjaya dalam membela bangsa Melayu kononnya. Umpama UMNO lah segala-galanya selama-lamanya. Jika tiada UMNO, maka tiada Malaysia seolah-olahnya.

Lagaknya dalam Utusan Melayu tak ubah seperti orang yang terhegeh-hegeh membodek demi mendapat perhatian mereka yang berada di atas. Sudahlah wahai Awang Tak Selamat!

Kini, bukan lagi kita berada di zaman yang cuma tahu menerima. Masyarakat Malaysia kini sudah mula di tahap tahu menilai apa yang mereka dapat. Insya-Allah aku cukup yakin angin perubahan dan kesedaran akan terus merebak dan merebak.