Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2010

Aku dan Cinta

Manusia sering berbicara soal cinta,
apa itu cinta,
bagaimana mahu mendapatkan cinta,
kepada siapa cinta itu berhak diberi,
soal begini kerana sifatnya manusia,
lemah dan sentiasa tidak puas...

Aku jua,
tercari-cari makna cinta,
kebingungan,
aku kejung bila disoal kawan,
pernah bercinta?

Aku belajar dari seorang bijak pandai,
cinta itu tidak mengenal siapa,
aku belajar satu perkara
cinta tidak cuma mengenal manusia,
binatang pun nan bercinta...

Aku bertanyakan bijak pandai,
ketemuan lewat usia remaja,
adakah itu cinta jika sesama pria,
bah, itu uniknya cinta,
kata si bijak pandai...

Aku juga belajar perkara kedua,
cinta itu penyatuan,
Alangkah...

Mari kita fikirkan,
lahirnya bayi yang kudus atas penyatuan cinta,
yang bersulang kasih dan sayang,
ini cinta agung,
itu yang aku pelajari lagi...

Sang bapa menyintai anaknya,
si ibu bersengkang mata berlapar,
bertuah si anak untuk memiliki cinta,
aku belajar perkara ketiga,
cinta itu tuah...

Cinta tidak pernah mengenal usia,
cuma manusia yan…

Pendidikan Seks di IPTA

Pertamanya saya ingin meminta maaf jikalau ada sesiapa terasa atau sakit hati dengan artikel ini. Namun, ini adalah pendirian dan pendapat berkenaan suatu masalah atau fenomena yang seakan merebak tanpa ada sekatan sehinggakan mengganggu kelancaran sistem dan perjalanan sesuatu matlamat.

Fenomena di sini ialah sebuah polemik yang berlaku dalam diri pelajar lelaki bilamana berada di dalam dewan kuliah untuk sesi perkuliahan. Polemik ini tercetus kerana kewujudan para pensyarah wanita yang seksi atau dengan kata lembutnya, tidak mematuhi etika pemakaian yang sepatutnya.

Sungguh, hal ini menjadi seakan barah yang bukan lagi menjadi bahan lawak sesama kami malah lebih daripada itu secara jujur nya.

Mungkin kerana hal inilah saya mengatakan bahawa betapa Pendidikan Seks secara percuma dan tidak langsung telah berlaku di dalam perkuliahan dengan sesetengah pensyarah wanita. Sekali lagi saya tekankan bahawa sudut pandang kali ini adalah berdasarkan penulis sebagai lelaki dan sebagai seorang …

Pementas Ceritera Dunia

Kegembiraan menerjah segenap ruang perasaan,
lantas membuahkan satu kepuasan,
cetusan keinginan terus membuak....
melahirkan kepelbagaian rasa dan hidup...

Kerana kita adalah pencerita di pentas dunia,
maka berpentas lah kita seelok-eloknya...

Tapi beringatlah!

Bukan semua cerita indah mampu kita garapkan,
mungkin sekadar sinar henjutan dalam jiwa kita,
kita tidak dilahirkan untuk menafikan peluang...

Oleh itu bangkitlah jiwa-jiwa mu,
kerana Dia tidak pernah menutup pintu untuk kita,
meskipun kita seringkali terlupa sendirinya,
bahawa kita hanyalah pelakon kepada skrip yang dahsyat...

Bandar Baru Bangi
Julai 30, 2010

Nisfu Syaaban Garis Mula Latihan Ramaḍān

Alhamdulillah, hari ini dan semalam merupakan nikmat ALLAH kepada hamba-Nya untuk terus beribadat dan mengerjakan kebaikan demi mengejar sebuah harapan syurga nun jauh di Akhirat nanti. Dia masih lagi membenarkan kita semua kali ini untuk sampai sekali lagi di garisan permulaan bagi menjalani sebuah latihan khusus untuk menghadapi bulan membina takwa kira-kira 2 minggu lagi.

Masya-Allah kita sentiasa berdoa agar ALLAH mencapaikan hasrat itu moga-moga kita dapat menjejakkan hati kita di Ramadhan ini.

Nisfu Syaaban sebagai “starting point” buat diri kita sebagai umat Islam dalam menyediakan diri untuk berdepan ujian keimanan di Ramadan nanti. Analogi nya begitu mudah, umpama seorang atlet yang sedang bersiap menghadapi kejohanan yang besar dan lumayan ganjarannya, sudah pasti persediaan dan latihan yang perlu dilakukan adalah bukan sedikit dan main-main. Sudah tentu INTENSIF maka tunggulah INSENTIF nya.

Makanya, Ramadan adalah sebuah kejohanan ketakwaan yang menawarkan ganjaran bertaraf…

Masihkah Terbuka Pintu Taubat Untukku?

Terdapat sebuah hadith menceritakan satu kisah penuh tragis dinukilkan dalam Sahih Bukhari, Muslim dan Ahmad yang menceritakan bagaimana seorang lelaki yang telah membunuh sebanyak 99 orang yang terpelihara jiwanya. Kemudian datang sesalan di dalam dirinya akan dosanya yang mungkin tidak terampun.

Bayangkan jika kita membunuh 1 jiwa yang terpelihara, adakah pintu syurga masih lagi terbuka untuk kita?

Tentu saja dia akan dihumbankan ke dalam neraka yang tidak terperi azabnya pada anggapan kita.

Seluruh badannya dilumuri darah, tangan dan jari jemarinya bertukar warna menjadi kemerahan dek disimbah darah mereka yang dibunuhnya. Pedangnya terus terhunus dan matanya melilau mencari mangsa.

Saat tiba bila mana ALLAH meniupkan hidayah dan rasa kekesalan di dalam dirinya, dirinya yang begitu hebat dan gagah tika membunuh orang tetiba menjadi sejuk kedinginan dan menggeletar bila mengenangkan azab seksa Neraka yang bakal ditempuhinya jika di meninggal sebelum sempat bertaubat.

Dia memikirkan …

Melayu Bersatu

Tun Mahathir menulis isi hatinya dalam blog berjudul Melayu Ke Mana dan disambut girang oleh PERKASA dan beberapa individu lain dalam UMNO, dan dikuatkan lagi dengan kenyataan-kenyataan melalui Utusan Malaysia.

Tun Mahathir menulis,
"Dengan ini besar kemungkinan Melayu secara sebenar sudah menjadi puak minoriti yang tidak berkuasa di negara sendiri. Kalau mereka berpendapat mereka akan diberi layanan yang baik apabila sudah tidak sebenar berkuasa, lihatlah sahaja nasib kaum mereka yang sudah menjadi kaum minoriti di negara jiran. Masa sudah tiba untuk orang Melayu memikir dengan mendalam akan nasib masa depan mereka. Bersatu teguh, bercerai roboh. Pilihlah yang mana satu. Saya akan dituduh “chauvinist” dan “racist” kerana menyuarakan pendapat saya ini. Saya sanggup di label dengan apa sahaja label. Niat saya ialah untuk memperingati kita semua sebelum nasi jadi bubur. Berpecah dan berebut lah. Akhirnya yang dikendong akan berciciran dan yang dikejar tidak tercapai. Wahai Melayu, k…

Langit Ilahi itu Hilal Asyraf

Mungkin keterlaluan untuk aku mengatakan bahawa Langit Ilahi adalah blog terbaik kerana persoalan itu begitu subjektif dan semua orang mempunyai pendapat masing-masing.

Tak mengapa cuma nya saya ingin berkongsi sedikit review mengenai sebuah blog yang saya kira amat patut untuk dibaca oleh setiap blogger terutamanya dan semua orang umumnya kerana isi kandungan blog Langit Ilahi adalah isi kandungan yang mengajak kita untuk mengenal kehidupan.

Jemputlah teman-teman yang lain juga untuk turut sama kita menjelajahi blog yang serba bermanfaat ini agar segala kebaikan yang terkandung di dalamnya tersebar luas.

Tak pernah saya bermimpi nak buat satu entri berkenaan “blog review‘ namun Langit Ilahi seakan memanggil untuk berkongsi link blog ini kepada mereka yang lain.

Pemiliknya sudah dikenali ramai iaitu Saudara Hilal Asyraf, seorang anak muda yang berumur kira-kira 21 tahun yang masih menuntut di Universiti Yarmouk, Jordan dalam bidang Usuluddin.

Moto blognya cukup mudah, Mari menjadi Ha…

The Freshman Camp 2010

ALHAMDULILLAH, akhirnya program pertama di bawah seliaan saya berjaya dengan jayanya. The Freshman Camp terlaksana dengan jayanya selama 2 hari di Hutan pendidikan Alam UKM dengan kerjasama mantap semua urusetia dan koordinator program yang lain.

Terima kasih buat semua teman-teman yang bertungkus lumus menjayakan program ini demi adik-adik 1st year yang disayangi semua.

Kali ini biarlah gambar berbicara.


Huhu, tak larat nak tulis serba serbi tentang program ini. Anyway, you all are the best and can’t describe it by words. Really and really satisfied to all factors and hope will done well for the next program.

Thanks to Masha Ismail untuk gambar-gambar di atas. Lepas ni boleh la ajar kami guna DSLR.

Kisah Ashabul Ukhdud (Siri Akhir)

Dalam keadaan yang begitu terdesak dan penuh tekanan raja itu terus pening memikirkan apakah cara yang sepatutnya dia gunakan untuk membunuh si Ghulam ini. Sungguh, keadaan sebegini jugalah membantu Ghulam untuk berfikir secara lateral sehinggakan terbitnya idea “gila-gila” Ghulam untuk menyampaikan dakwah nya ketika itu.

Idea gila yang difikirkan oleh Ghulam ketika kini telah menyebabkan satu kampung memeluk agama tauhid. Idea gila ini telah mengorbankan dirinya namun ALLAH membalas dengan memberi hidayah kepada seluruh penduduk kampung.


Masya-Allah, kita cuba melihat hadith ini dari konteks metodologi dakwah dan menyesuaikan dengan keadaaan sekeliling kita. Sebagai seorang pendakwah, perlunya kita mempunyai kekuatan untuk menerbitkan idea “gila-gila” dalam pendekatan dakwah kita agar para mad’u mudah menerima apa yang kita sampaikan.

Saya suka memetik kata-kata Presiden GAMIS, Abang Idris ketika menyampaikan ucapan berkenaan pemikiran lateral. Katanya sebagai contoh kita tengok baga…

Selamat Datang Semester Baru!

Semalam aku pergi daftar masuk Kolej Pendeta Za’ba UKM setelah cinta suciku ditolak mentah-mentah oleh Kolej Burhanuddin Helmi UKM. Terima kasih Abang Harith kerana tolong angkut barang ke kolej Za'ba.

Dan aku mula memikirkan jadual kuliah yang memenatkan. Tutorial dan assignment yang mula bertandang. Exam sheet yang mula berselerak. Juga terfikirkan siri-siri makmal. Buku rujukan yang bertimbun-timbun atas meja.

Terbayang-bayang pigeon para pensyarah untuk submit assignment.

Tapi aku tak nak negative thinking. Insya-Allah aku nak buat lagi baik semester ini. Aku mahu ucapkan selamat datang kepada semua CABARAN yang bakal aku hadapi semester ini. Sungguh, aku tak punya apa-apa kekuatan bila memikirkan apa yang akan terjadi selepas ini.

Terfikir nak sambung Kelas Bahasa Mandarin setelah tergendala semester lepas gara-gara jadual yang padat.

5 Pengajaran Israk Mikraj Dari Risale-i Nur

Alhamdulillah semalam saya berpeluang mengikuti usrah bersama Abang Idris dengan sahabat dari Turki, Ustaz Sadiq. Mode usrah kali ini berkisar kan peristiwa Israk Mikraj yang disambut oleh umat Islam pada 27 Rejab yakni pada hari ini. Maka berpandukan dengan Risale-i Nur tulisan Bediuzzaman Said Nursi, berusrah lah kami di rumah Ustaz Sadiq yang turut dihadiri oleh Ustaz Firdaus dari Shoutul Amal.

Di sini saya ingin berkongsi sedikit input yang sempat saya sematkan dalam ruang otak berkenaan peristiwa besar yang berlaku pada batang tubuh Rasulullah yang kita cintai ini.

Seperti yang kita tahu, Israk Mikraj berlaku pada tahun 10 Hijrah dan mempunyai banyak versi dalam catatan tarikh sebenarnya secara tepat dan berlaku selepas kewafatan 2 insan tersayang Baginda Rasulullah iaitu Saidatina Khatijah dan Abu Thalib, bapa saudara nabi.

Sesetengah ulama’ mengatakan bahawa Israk Mikraj adalah peristiwa yang ALLAH tetapkan untuk “memujuk” hati baginda yang begitu sedih dengan peristiwa kewafat…

Anak Kecil Menangis

Sebuah kisah pengajaran yang ringkas dan pendek ini amat berguna kepada kita semua untuk di jadikan iktibar bersama-sama. Moga kita semua akan mendapat manfaatnya.

Satu ketika pada zaman Khalifah Harun Ar-Rasyid, ada seorang anak kecil menangis. Dia menangis ketika melihat sebuah unggun api yang sedang marak menyala.

Lantas Khalifah Harun Ar-Rasyid bertanya kepadanya akan halnya dia menangis. Lalu si anak kecil itu menjawab, “Aku takutkan api neraka!”

Khalifah yang adil itu memujuk, “Anak kecil seperti mu ini tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka.”

Namun si anak kecil itu menjawab dengan tegas, “Aku lihat ketika orang menyalakan api, mereka akan memasukkan ranting-ranting kecil dahulu. Setelah ranting-ranting kecil itu terbakar, barulah dimasukkan kayu-kayu yang besar-besar. Aku takut hal yang sama berlaku di dalam neraka kelak, aku umpama ranting kecil itu kah?”

Mendengar jawapan si anak itu, Khalifah Harun Ar-Rasyid turut menangis. MasyaALLAH!

Kita bagaimana?

Pernah kah kita ber…

Paul The Octopus

Satu dunia sekarang seakan demam dengan fenomena sotong kurita yang menjadi Tukang Tilik yang berjaya. Sotong kurita yang popular dengan nama Paul The Octopus mula meningkat naik populariti apabila satu demi satu ramalan yang dibuatnya tepat dan boleh dikatakan hampir 90% ramalannya adalah menepati keputusan sebenar.

SUBHANALLAH kehebatan ALLAH menciptakan makhluk itu.

Namun menjadi tidak selesa apabila binatang ini yang langsung tidak bersalah mula menjadi bahan kepada para penggila judi bola sepak untuk bertaruh malah bergaduh kerana ramalan sotong kurita ini.

Saya mengagumi kesempurnaan ciptaan ALLAH dan jelas ALLAH menunjukkan kebesarannya melalui binatang laut ini. Amat sayang jika kita gagal memanfaatkan peluang ini untuk meneliti kehebatan dan kebesaran ALLAH serta mengambil iktibar daripadanya.

Bagi saya daripada manusia yang membuat ramalan, biarlah binatang laut in menjadi galang gantinya kerana pastinya binatang ini tidak tahu makna sebenar bola sepak dan Paul The Octopus …

Spain dan Teori Six Thinking Hats

Semalam Spain memenangi Piala Dunia apabila mengalahkan German 1-0 di perlawanan akhir. Sekadar keluar dari topik kebiasaan yang bercakap soal strategi dan taktikal dan sebagainya, saya memilih untuk menghuraikan pengaplikasian teori Six Thinking Hats oleh Edward de Bono dalam perlawanan semalam.

Mereka bermain dalam pengaruh dan kekuatan pemikiran lateral. Mencapah dalam mengatur strategi, penuh kreatif, sekali-sekala menimbulkan provokasi membina, perlahan-lahan membina pengaruh psikologi, jelas tujuan dan matlamat akhir dan pastinya kebijaksanaan mereka dalam menyusun keperluan teori 6 topi milik Edward de Bono pada setiap saat permainan.

Taktikal nya, mereka bergerak dalam sebutan tiki-taka, permainan hantaran pendek yang membentuk rangkaian serangan yang menakjubkan serta penguasaan bola yang begitu mengagumkan.

Spain bermula dengan menggunakan topi Hijau apabila sejak bermulanya permainan, kelihatan beberapa pergerakan kreatif dapat dilakukan yang memaksa pemain German bekerja …

Pendirian Mahasiswa Islam Berkenaan Isu Lesen Judi

Berikut adalah sedutan ucapan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Saudara Mohd Idris Mohd Yusoff Al-Hafiz semasa Himpunan Tak Nak Judi di Masjid Negara pada 3 Julai 2010 yang lepas,

“Kami gabungan mahasiswa Islam mewakili suara mahasiswa bertegas di sini bahawa kami akan bersama dengan masyarakat dan rakyat untuk memberi kesedaran bahayanya judi dalam masyarakat. Apa sekalipun alasan, judi adalah haram di kalangan masyarakat Islam,”

“Tuan-tuan, tidak ada khilaf di kalangan ulama’ tentang haram nya judi, maka tuan-tuan, tidak ada alasan yang patut kita bincangkan. Yang keduanya tuan-tuan, tidak sekali-kali boleh kita kaitkan dengan mana-mana kaum, pada hari ini tuan-tuan, kite bersama dengan masyarakat kerana judi secara jelasnya menghancurkan masyarakat. berapa banyak kes-kes perceraian di kalangan masyarakat dari segi kekeluargaannya, bagaimana kita lihat kes bunuh diri di kalangan masyarakat pada hari ini. sebelum ini kita lihat kajian kes along, kebanyakan merek…

Mana Milik Kita?

Nasyid ini disyorkan oleh naqib saya, Abang Farid semasa menaiki kereta dengannya selepas bermain badminton pada minggu lepas. Secara peribadi nasyid ini telah mengajarkan kepada kita satu erti TAUHID yang Maha Tinggi dan seringkali gagal digapai oleh kita semua.

Namun bila mengenangkan insan yang mengalunkan lagu ini rasa sedih mengundang dalam diri biarpun langsung tak pernah mengenali susuk tubuhnya selain melihat di kulit-kulit album atau di kaca televisyen.

Itulah dia Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim. Gemersik suaranya mengalunkan lagu ini cukup menyentuh perasaan selaku seorang hamba yang sering melakukan kesalahan pada-Nya.

Ya ALLAH kau ampuni lah dosa-dosa kami semua…

Mana Milik Kita – Asri Rabbani♫♫♫
Mana milik kita? Tidak ada milik kita;
Semua yang ada, ALLAH yang punya;
Tidak ada kita punya, Kita hanya mengusahakan saja;
Apa yang kita dapat, ALLAH sudah sediakannya;
Kita Allah punya, Dunia ini ciptaan-Nya.
Milik lah apa saja, Tidak terlepas dari ciptaan-Nya;
Mana kita punya, Tidak …

German dan Kuasa Anak Muda

Seorang sahabat, Muhammad Hafizan menulis di wall Facebook nya,
“Kekalahan Argentina membuktikan kuasa ANAK MUDA yang luar biasa mampu mengubah dunia….walaupun Argentina mempunyai beberapa figure yang “digeruni” seperti HEP di kampus, tetapi percayalah kombinasi gerakan anak muda yang tersusun mampu menewaskan figure yang kononnya berkuasa!!!” Bernas perumpamaan ini. Jelas mesejnya dan ini bukan ilusi. Umur pemain Jerman secara puratanya ialah 25 tahun. Ternyata begitu muda berbanding pasukan yang lain yang dibarisi kuda-kuda tua.

Biarpun tidak mempunyai figure yang GAH namanya seperti Messi namun mereka mampu bergerak sebagai sebuah unit yang cukup berkesan dan meranapkan impian Argentina yang dibarisi oleh figure yang cukup terkenal dan hebat.

Piala dunia kali ini seakan memberi mesej yang cukup jelas kepada penduduk dunia bahawa mereka membina tamadun adalah melalui jerit perih ANAK MUDA. Komponen ini amat penting dalam usaha membina sebuah masyarakat yang benar-benar jitu dan utu…

Belanda dan Teori Maslow

Semalam satu dunia menyaksikan kekecewaan Brazil apabila dikalahkan oleh Belanda di peringkat suku akhir Piala Dunia 2010 dengan keputusan 2 berbalas 1.

Jangkaan awal meleset apabila melihat Robinho menyumbat gol pertama Brazil seawal minit kelapan dan menyangka Brazil mampu mencatat kemenangan mudah semalam. Namun…

Kejayaan Belanda mengaplikasikan Teori Maslow dalam corak dan strategi permainan mereka menyebabkan mereka mampu menghapuskan defisit 1 gol milik Brazil dengan 2 gol kemudiannya oleh Wesley Sneider.

Apa itu Teori Maslow?

Teori ini meletakkan MOTIVASI adalah segala-galanya dalam menggerakkan sesuatu fungsi di dalam sesebuah organisasi mengikut kepada keperluan seseorang secara berperingkat-peringkat.

Jelas walaupun Belanda ketinggalan pada awalnya namun mereka masih lagi mampu bangkit untuk menang dalam keadaan penuh tekanan apabila pasukan yang mereka berdepan ialah juara 5 kali Piala Dunia!

Jika bukan kerana MOTIVASI mereka yang tinggi sudah tentu impian separuh akhir me…