Wednesday, June 9, 2010

Metafora Kejahilan UMNO


Mungkin tulisan ini agak santai kerana saya hanya ingin mengutarakan beberapa persoalan yang bermain dalam minda bila melihat gambar di atas. Gambar ini dimuat naik dalam Facebook oleh seorang rakan.

Apa perkataan pertama atau buah fikiran pertama kalian bila melihat gambar di atas?

Sekadar muhasabah untuk diri kita sendiri, apabila saya melihat gambar ini terbayang-bayang dalam benak akan 3 persoalan utama kenapa ini berlaku.

Pertamanya, mungkin mereka yang terlibat di atas jahil dan tidak tahu apakah perbuatan mereka itu betul atau salah. Jahil di sini mungkin sudah mencapai tahap Jahil Murakkab iaitu jahil sejahil-jahilnya.

OK la, kalau mereka benar-benar jahil maka tak ada bahagian dosa buat mereka. oleh itu kita sama-samalah mendoakan agar ALLA membuka pintu hidayah buat mereka semua ini.

keduanya, mereka tak jahil dan tahu perbuatan mereka itu salah namun mereka menyokong atas dasar menyokong dasar kerajaan bukannya menyokong perbuatan itu. Mereka merasakan bahawa itu tanggungjawab mereka untuk menyokong dasar kerajaan dan bukannya menyokong aktiviti haram itu secara khususnya.

Oleh kerana mereka merasakan bahawa mereka berasal dari parti yang sama, maka rasa kebertanggungjawaban itu amat tinggi untuk membantu kerajaan menjayakan setiap dasar yang diputuskan.

Kalau bukan mereka yang menyokong dasar kerajaan, maka siapa lagi. Tak kan nak mengharapkan puak-puak pembangkang. Itu mustahil sebab itulah mereka mengambil keputusan untuk menyatakan akan sokongan mereka kepada kerajaan secara terang-terangan.

Ketiganya, mereka mungkin jahil atau mungkin tidak jahil dalam bab hukum hakam ini namun mereka melakukan ini semua atas tujuan membodek. Atas tujuan mengampu dan mempengaruhi pimpinan parti tertinggi meletakkan kepercayaan dan terhutang budi dengan mereka dalam keadaan mereka berdepan dengan pelbagai tekanan.

Itulah persoalan dan persepsi yang timbul dalam benak fikiran bilamana melihat gambar di atas. Apa pendapat kalian?

Saya kira jika mereka benar berada pada persepsi pertama, maka mereka selamat. itu pasti kerana mereka jahil murakkab. Tapi kalau mereka berada pada dua persepsi seterusnya, maka tunggulah saat dan ketika ALLAH akan menurunkan bala kepada seluruh umat manusia di Malaysia ini.

Maka jika ini benar, maka inilah metafora kejahilan UMNO.

Jika mereka merasakan bahawa kehidupan di dunia yang panjangnya mungkin cuma sejengkal ini memberi kepuasan kepada mereka dan melupakan kehidupan Akhirat yang ada permulaan dan tiada akhirnya itu.

Janji ALLAH dalam al-Quran,
“Sesungguhnya orang-orang yang tidak menaruh ingatan akan menemui Kami (pada hari akhirat untuk menerima balasan), dan yang reda (berpuas hati) dengan kehidupan dunia semata-mata serta merasa tenang tenteram dengannya, dan orang-orang yang tidak mengindahkan ayat-ayat (keterangan dan tanda-tanda kekuasaan) Kami. Mereka yang demikian keadaannya (di dunia), tempat kediaman mereka (di akhirat) ialah neraka; disebabkan keingkaran dan kederhakaan yang mereka telah lakukan.
Surah Yunus: 7-8
Sesungguhnya ALLAH tidak pernah memungkiri janjinya. Moga ALLAH menjauhkan diri kita daripada tergolong dalam golongan orang-orang yang melampaui batas.