Tuesday, June 8, 2010

Kisah Ashabul Ukhdud (Siri 6)

Kehidupan Ghulam mula diuji. Mula-mula dengan pangkat dan kemewahan kemudiannya mula diuji dengan kesakitan. Namun itu semuanya dari ALLAH untuk seorang anak muda yang besar jiwanya.

Mula dikenali sehinggakan ramai percayakan dia umpama tuhan kerana kebolehannya. Begitu pun, si pembawa risalah kebenaran tak akan mampu bertahan dalam kesenangan selamanya kerana pasti mereka yang kufur akan mencabar mereka.

Sama-samalah kita menghayati sambungan kisah Ghulam dakwah ini…


Begitulah kesudahan buat mereka yang mengikuti risalah kebenaran. Namun janji syurga ALLAH itu pasti. Mereka yang berpegang dengan tali ALLAH dengan seteguh-teguhnya pasti tidak mampu digoncang jiwa mereka sewenang-wenangnya.

Marilah kita mengambil sedikit iktibar daripada komik ringkas ini.

Moga-moga kita sama-sama mendapat manfaatnya. Bersambung...