Monday, June 7, 2010

Freedom Flotilla Bukti Israel Kebal

Saya kira semua sudah mempunyai anggapan begini sejak peristiwa berdarah Freedom Flotilla dan kapal misi kemanusiaan MV Mavi Marmara diserang oleh Israel secara terang-terangan.

Manakan tidak jika mereka sedar bahawa dunia semuanya menumpukan perhatian pada mereka, namun mereka dengan senangnya merobohkan rasa segan, takut dan hormat-menghormati sesama manusia dan bangsa dengan menyerang dan membunuh 12 orang sukarelawan itu.

Adakah mereka tidak memikirkan natijah yang akan terpalit pada mereka itu jika melakukan sedemikian rupa?

Atau mereka sedar bahawa TIADA siapa lagi mampu menyekat mereka?

Jika benar telahan ini, maka betullah bahawa mereka IMMORTAL dan bebas melakukan apa sahaja sekarang ini. Mereka langsung tak takut pada PBB kerana mereka tahu di dalam PBB itu semuanya orang dia.

Mereka tak perlu takut pada IJC atau Mahkamah Keadilan Antarabangsa kerana mereka tahu tiada sesiapa pun yang sanggup membawakan kes ini dan kalau di bicara sekalipun, hakim itu pun orang dia.

Nak dapat kecaman Amerika, tunggulah kucing bertanduk kerana Obama sendiri pun terang-terang sokong tindakan itu. Maka jawapannya ialah mereka BEBAS melakukan apa sahaja. Mereka kebal.

Media?

Tak perlu takut. Semuanya dalam kawalan. BBC, New York Times, FOX dan macam-macam lagi semuanya media yang kanan kepada Israel.

Jadi, apa nak takut. Media Malaysia pula suka sangat copy paste bulat-bulat berita dari semua sumber ini. Bukan nak kutuk media Malaysia, tapi kalau kita tengok pada sumber berita, bawah tu tertulis Reuters, BBC dan macam-macam lagi.

Kita tengok macam mana media Amerika mengawal maklumat daripada sampai kepada rakyat mereka sehinggakan walaupun satu dunia mengutuk kekejaman itu tidak mengira agama, namun langsung tidak kedengaran mereka di Amerika bangkit menyuarakan kecaman.

Kenapa ya?

Padahal dalam bab-bab macam ni, selalunya merekalah heronya…

Walaupun Israel sedar mereka bakal berdepan dengan ratusan ribu kecaman dari semua agama dan bangsa, mereka tak pernah gentar. Mereka sedar duit dunia pun mereka yang kawal. Jadi apa nak hairan?

Saya kira mereka ini sudah cukup sedar betapa tiada sesiapa lagi mampu menghalang mereka. Mereka sedar mereka KAUM terkuat sebagaimana mereka dakwa selama ini.

Bayangkan mereka menjajah Palestine selama 60 tahun lebih, apa yang dunia boleh bertindak ke atas mereka?

Atau lebih tepat dunia ISLAM mampu bertindak ke atas mereka?

Sekadar bantahan OIC yang begitu kerdil jiwanya, maka bantahan itu umpama gigitan semut halus kepada Israel.

langsung saya terfikir serangan ini tidak lain tidak bukan adalah sindiran paling PEDAS buat umat ISLAM betapa mereka adalah lemah selemah-lemahnya. Israel menyindir kita dan menghina kita dengan cara sebegini.

Kita memang amat mudah tercabar dan marah, namun setakat mana kita mengaplikasikan kemarahan kita itu dengan cara yang sepatutnya dengan membangunkan jiwa-jiwa kegersangan kita pada rasa kehambaan kita kepada ALLAH.

Ya, kita bebas menulis di blog-blog, atau forum-forum, atau di dalam mana-mana demostrasi, atau menghantar sebanyak mana sekalipun memorandum bantahan. Tapi bila kita re-check, kita gagal mengaplikasikan kemarahan itu dengan kita mempraktikkan ISLAM sehingga Yahudi dan Israel takut dengan keperibadian kita.

Saya tak nafikan semua usaha di atas tapi biarlah sepadan dengan nama kita sebagai orang ISLAM. Teringat kata-kata seorang Orientalis Yahudi,

“Kamu orang ISLAM tak akan mampu mengalahkan kami kamu Yahudi selagi mana bilangan jemaah solat Subuh di masjid-masjid tidak sama seperti mana bilangan ketika kamu solat Jumaat!”

Inilah realitinya. Inilah yang saya maksudkan di sini. Biar kita salurkan kemarahan kita pada Israel dengan memperkasakan lagi rasa kehambaan kita pada ALLAH. Bukan setakat Yahudi, malah syaitan pun tak nak dekat dengan kita.

Kita soroti kata-kata Sayidina Umar Al-Khattab ketika pasukan perang Muslimin bersiap sedia untuk bertempur dengan pasukan perang Rom,

“Aku tidak bimbang jika kamu kalah kerana kekuatan musuh dan kehebatan senjatanya, namun aku bimbang dan takut jika kau kalah kerana kelalaian kamu terhadap penghambaan kamu kepada ALLAH.”

Pembaca sekalian, kita kena ingat mulia kita bukan kerana hebatnya kita mengecam Israel. Kuatnya kita bukan kerana kempen anti-Israel yang kita hebah-hebahkan itu. Takutnya Israel kepada umat SILAM bukan kerana kita ini ramai tapi…

ISLAM itu sendiri. Sejauh mana kehambaan kita kepada ALLAH. Mari kita hayati kata-kata Sayidina Umar ketika pembukaan kota Baitul Maqdis kali pertama,

“Kita merupakan kaum yang dimuliakan oleh ALLAH dengan ISLAM, selagi man kita berpegang dengan ISLAM maka selagi itulah kita akan dimuliakan tetapi jika kita meninggalkan ISLAM maka kehinaan akan menimpa kita!”

Jelas bukan kenapa ALLAH menghina kita sebegini rupa pada hari ini?

Kita sengaja membiarkan ini berlaku. Balik dan tanya diri kita sendiri adakah aku ini benar-benar ISLAM atau sekadar di bibir sahaja. Maka tak usahlah beralasan kita lemah atau sebagainya jikalau kita sendiri pun gagal membaiki kelemahan rasa penghambaan kita kepada ALLAH.

ALLAH menghantar Israel untuk menghina kita. ALLAH menghantar Yahudi untuk menghina kita. Kita terus membiarkan tanpa bertindak. Kita tengok banyak mana ibu bapa yang sanggup menegur anak mereka yang tidak menutup aurat dengan SEMPURNA atau membiarkan mereka berpelesiran dengan sebebas-bebasnya dengan mereka yang tak sepatutnya mereka bersama.

Atau membiarkan anak-anak mereka langsung tak mengenal al-Quran dan masjid. Mereka membiarkan budaya jangan kacau hal tepi kain aku dalam segenap hal berleluasa. Ibu bapa langsung tak mampu mendidik anak-anak menjadi seorang Muslim yang sejati.

Mereka yang bertanggungjawab gagal memberi pentarbiahan jiwa secara berterusan dan jitu dan pelbagai lagi kerosakan dan kelalaian yang menjadi senjata utama kepada Yahudi untuk menghina kita sewenang-wenangnya.

Jadi salah siapa yang menjadikan Israel kebal?

Jawapannya ada pada diri kita sendiri. Muhasabah itu penting untuk mengetahui IMAN kita kepada-Nya sejauh mana mampu menggerunkan Yahudi.