Thursday, June 3, 2010

Penghormatan Buat Freedom Flotilla


Jika kita di sini mengeluh kerana tidak cukup rehat, fikirkan mereka di Palestine yang beralaskan peluru setiap masa.

Jika kita di sini mengeluh mengenang duit poket yang tidak kecukupan, fikirkan mereka di Palestine yang mungkin seminggu tidak bertemu dengan makanan.

Jika kita di sini mengadu akan stress di tempat kerja, fikirkan mereka di Palestine yang begitu “senang” berhadapan dengan syaitan Yahudi laknatullah setiap masa.

Jika kita di sini bimbang untuk mengatakan kebenaran lantaran memikirkan periuk nasi kita, fikirkan apakah mereka di Palestine tidak bimbang akan nyawa mereka.

Jika kita di sini sukar sekali menyahut seruan azan untuk berjemaah, fikirkan bagaimana jika kita ditakdirkan untuk berada di Palestine maka apakah kita mampu menjadi seperti mereka itu?

Jika kita di sini mengeluh lelah dalam menasihati dan mempraktikkan dakwah kepada sahabat-sahabat kita, fikirkan mereka di Palestine yang bermandi darah mempertahankan akidah dan tanah air mereka.

Kepada para pejuang Freedom Flotilla, sesungguhnya kalian adalah insan terpilih untuk merasai jerit perih rakyat Palestine selama 60 tahun dulu lagi.

Moga kalian berada dalam naungan ALLAH untuk mereka yang bergelar syuhada.

Bangkitlah semangat mu untuk membela agama mu wahai umat ISLAM. Sesungguhnya ALLAH tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka merubah nya sendiri.

Semoga kami bakal mengikuti jejak langkah dan keberanian mu wahai pejuang Freedom Flotilla!