Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2010

Perjanjian Yahudi Yang Mengubah Dunia

Mungkin sedikit peringatan kepada kita semua betapa inilah kaum terbijak yang pernah ALLAH ciptakan dalam sejarah umat manusia. Mereka merancang lebih dari 300 tahun dahulu untuk menguasai dunia bermulanya penjajahan dan keruntuhan Khilafah Turki Uthmaniyyah di Turki pada 3 Mac 1924.

Bayangkan ketelitian dan kebijaksanaan mereka seakan terbukti sekarang. Telah tersiar video pendek mengisahkan bagaimana Rostchild mencaturkan dan menstrategikkan anak-anaknya dalam misi menguasai dunia ini.

Namun begitu, kesahihan video ini tidak dapat dipastikan kerana terdapatnya watermarkPalestinian Media Watch, sebuah media watchdog group milik penuh Israel dalam mengindoktrinasi dunia bahawa orang-orang Palestine mengajar anak-anak mereka membenci Yahudi.


Tak mengapa, kerana fokus yang perlu kita tahu ialah musuh utama mereka adalah ISLAM. Namun mereka menganggap semua kaum yang bukan Yahudi adalah najis yang perlu dibersihkan. Mereka merancang untuk menghancurkan sesiapa yang menjadi batu penghalan…

Gesaan Bersegera Melakukan Amal Soleh

ALLAH berfirman dalam aL-Quran,

“Dan bersegaralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.”Surah ali-Imran: 133
Lagi ALLAH berfirman,

“Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari tuhan kamu dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada ALLAH dan Rasul-Nya.”Surah aL-Hadid: 21
ALLAH menawarkan kepada kita satu promosi yang cukup lumayan. Bukan 1 balas 2, tapi 1 balas dengan sesuatu yang tak terbayang di akal fikiran.

Let’s imagine…

Kita mendirikan solat kepada-Nya, ALLAH membalas dengan keampunan dan syurga. Cuba sebut apakah perniagaan di dunia ini yang memberi kepada pelanggan sebegitu rupa hadiah atau ganjarannya?

Sebenarnya ayat Quran di atas adalah dalil kenapa perlunya kita bersegera dalam melakukan amal soleh d…

Kenapa Peduli?

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam “Hmmm, makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar?”

Ternyata yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang.

Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, “Ada perangkap tikus di rumah! Di rumah sekarang ada perangkap tikus!”

Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, “Ada perangkap tikus!” Sang Ayam berkata, “Tuan Tikus, aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku!”

Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, “Aku pun turut bersimpati… tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku.”

Tikus lalu menemui Lembu. Ia mendapat jawapan sama. “Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus!”

Dengan ras…

Topi Keledar dan Seorang Budak

Seorang budak kecil bertanya pada seorang kakak, dengan nada penuh kehairanan.

"Kak...!" sapa budak itu kepada kakak yang sedang menyarungkan topi keledar di kepalanya.

"Ya adik...?" jawabnya ringkas.

Adik itu terus bertanyakan soalannya, "Kenapa kakak pakai topi keledar tu...?"

"Undang-undang suruh pakai topi keledar dik. Kalau tak pakai nanti, takut kena saman," ujar si kakak untuk memahamkan si adiknya. Dia menyambung lagi, "Lagi pun untuk keselamatan tika di jalan raya. Kalau berlaku kemalangan kepala kita akan selamat. Betul kan?"

Si adik mengangguk seolah memahami apa yang diujarkan kakaknya. Dia bertanya lagi, "Kenapa kak tak takut pun walau tak pakai tudung?"

Si kakaknya tercengang sambil si adik berterusan menyoal, "Undang-undang ALLAH suruh perempuan pakai tudung. Lagipun kakak tak takut ke keselamatan kepala kakak di Akhirat nanti?"

Si kakaknya terdiam. Si adik lantas menyambung lagi, seolah memberi pener…

Argentina Juara Piala Dunia 2010

Ini sebuah contest, sekadar mencuba nasib anjuran DenaiHati.com yang memungkinkan saya membawa pulang wang tunai sebanyak RM250 jika bernasib baik. Tidak mengapa, bukan itu yang mahu dibualkan.

Saya memilih Argentina atau Selección de fútbol de Argentina sebagai calon paling layak untuk memenangi Piala Dunia 2010 yang berlangsung di Afrika Selatan.

Saya meilih pasukan ini bukan kerana kelincahan Messi, apatah lagi meminati figura itu. Bukan juga kerana hatrik Higuain atau kekentalan pertahanan Heinze. Tetapi kerana perwatakan Argentina umpama seorang juara.

Saya percaya kata-kata Maradona bahawa pasukan yang akan menang ialah pasukan yang meningkat naik ketika kejohanan. Bukan sekadar hebat mengaum ketika kelayakan tapi semasa kejohanan persembahan begitu menghampakan.

Contoh terbaik ialah England. Saya pernah menyokong England tapi bila mengenang balik gaya mereka bermain rasa macam nak sepak TV depan mata tu.

Tapi ini sekadar ramalan sahaja. Mari kita soroti bakal line-up pasukan A…

30 Strategi Membina Pengaruh

Komentar bagi ruangan buku kali ini ialah mengenai sebuah buku motivasi yang ditulis oleh Zamri Muhammad dan Haeqal Zulqarnain terbitan PTS Millennia. Buku yang berjudul 30 Strategi Membina Pengaruh mempunyai bilangan muka surat mencecah setebal 181 helaian.

Saya membeli buku ini ketika promosi yang dilakukan oleh PTS dengan diskaun harga sebanya 35% dari harga asal iaitu RM13.90. Murah sahaja, jika dibandingkan dengan ilmu yang terdapat di dalamnya.

Inilah buku yang mengubah persepsi saya terhadap perlunya saya mencairkan diri saya dengan semua orang tak lain tak bukan demi kelansungan dakwah.

Buku ini mengajar saya kenapa kita perlu membina pengaruh kecil-kecilan dengan kawan-kawan sekuliah dan sesiapa sahaja meskipun mereka yang kita bertemu di tepi-tepi jalan.

Antara kaedah membina pengaruh yang paling mudah dengan semua orng ialah melemparkan senyuman dengan sesiapa sahaja yang kita jumpa. Malah ketika menyambut kegembiraan atas kejayaan orang lain pun, buku ini mengajar bagaiman…

Aku Bertuah Kerana Dipertemukan Dengan Mereka

Tulisan ini adalah dedikasi khas aku buat beberapa orang insan yang begitu bermakna dalam hidup aku setelah meniti dan bertatih di jalan yang telah ditakdirkan ke atas diriku ini semenjak mendaftar masuk ke UKM.

Aku lansung tidak berniat untuk mengagungkan insan-insan ini, tetapi sekadar menghargai pertemuan aku dengan mereka dan memperingati diri aku bahawa suatu masa nanti aku juga mahu menjadi sehebat mereka ini.

Aku memohon ke hadrat ALLAH agar ukhwah yang terbina ini akan terus mekar dan mewangi bak kasturi sehingga ketemu di syurga nanti.

Meskipun ALLAH hanya mempertemukan aku dengan mereka dalam jangka masa setahun sahaja namun bagiku itu adalah saat terindah bila mana berpeluang mengenali insan-insan ini dan bekerja bersama mereka menggerakkan misi dan visi gerakan mahasiswa.

Alhamdulillah…

Abang Azizan
Pendaftaran aku di UKM pada 26 Jun 2009, menyaksikan pertemuan pertama kaliku dengan Abang Azizan. Dia datang melawat aku di bilik K11A-230, Kolej Burhanuddin Helmi pada pagi s…

Relevensi Pemansuhan UPSR dan PMR

Hari ini dalam The Star online, Tan Sri Muhyidin Yassin mengeluarkan kenyataan untuk memansuhkan UPSR dan PMR supaya pelajar dan guru dapat memfokuskan terhadap perkembangan kreativiti dan pembangunan interaktif secara meluas.

Jika ranccangan ini berjaya maka guru dan pelajar hanya perlu fokus pada satu peperiksaan awam sahaja. Rancangan ini termasuklah dalam perancangan penstrukturan semula sistem pendidikan di Malaysia. Namun berbalik kepada perlunya suara rakyat,cadangan ini disuarakan terlebih dahulu untuk mendapat respon daripada semua kalangan rakyat Malaysia terhadap cadangan ini.

Cadangan ini akan menyebabkan UPSR dan PMR sekadar menjadi peperiksaan di sekolah masing-masing untuk menentukan sekolah apa mereka akan melanjutkan pelajaran kemudiannya.

Bila membaca berita ini,aku bersetuju hampir 100% berdasarkan pemerhatian awal saya terhadap kepentingan UPSR dan PMR selama ini terhadap perkembangan pelajar. Namun tekaan ini bukanlah menjadi hujah kepada saya untuk mengiyakan cad…

Bila Ideologi Menjadi Vokal

Pertamanya saya ingin membawa pembaca semua kepada satu dimensi dunia yang terbit daripada akal logik fikiran manusia yang begitu terbatas keupayaan dan kekuatannya. Dimensi dunia ini yang saya maksudkan di sini ialah berkenaan dunia mereka yang lebih senang untuk hidup dan mewakafkan diri mereka atas nama sesuatu ideologi yang ternyata bercanggahan dengan konsep dan syariat ISLAM sendiri.

Kita seakan menafikan kesempurnaan Islam dengan melabelkan diri kita sebagai pejuang itu dan ini. Di mana pejuang ISLAM nya?

Padahal secara hakikatnya semua benda di dunia ini tidak pernah terabai daripada pemerhatian dan ajaran Islam. Sebelum saya pergi jauh lagi, lebih baik untuk kita menghayati kata-kata As-Syahid Sayyid Qutb dalam kitabnya Beberapa Pelajaran Tentang Islam. Dalam artikel sebelum ini, Islam Agama Revolusi saya ada menukilkan kata-kata Sayyid Qutb ini,

"Jadilah seorang Islam. Ini telah cukup untuk mendorong mu berjuang menentang penjajahan dengan berani, mati-matian, penuh pen…

Mengemis Kasih Tuhan

Benar, ALLAH tidak pernah membebankan hamba-Nya melebihi tahap kemampuan mereka. ALLAH tidak akan memberi ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hamba-Nya. Malah ALLAH sentiasa mendahului kasih sayang-Nya melebihi kemurkaan DIA terhadap keingkaran hamba-Nya.

Maka oleh itu sedarlah betapa kasih sayang ALLAH kepada kita sebagai hamba-Nya adalah semata-mata sifat Rahman dan Rahim. Meskipun kita tidak pernah terlepas dari melakukan keingkaran kepada-Nya walau sedetik, namun ALLAH masih memberi peluang demi peluang kepada kita untuk bertaubat.

Kita tidak pernah berhenti mengemis kasih Tuhan, mengulangi perangai buruk memungkiri janji ketika rasa susah dan tersepit. Tapi tuhan tidak pernah lupa.



Alangkah jahilnya dan bodohnya kita ini kerana gagal memahami segala tuntutan DIA. Padahal Rasulullah SAW hampir putus nyawa menyampaikan risalah DIA kepada kita.

Marilah kita menghayati firman ALLAH dalam al-Quran,

“Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu…

Kisah Ashabul Ukhdud (Siri 9)

Si raja yang zalim tidak berputus asa untuk membunuh dan menghapuskan Ghulam. Namun kuasa tuhan tiada siapa mampu menyanggah nya. Putus harapan si raja melihat Ghulam terus hidup bebas. Akhirnya…

Benar, nyawa manusia itu di tangan ALLAH.


Sesekali kita tidak mampu melawan kekuasaannya.

Ghulam tetap berdakwah meskipun nyawanya sudah terlucut dari badannya.

Orang ramai tahu dan faham siapa sebenarnya yang berada di pihak yang benar. Bersambung...

Cara Negarawan Berfikir

Terkedu dan cukup terkilan tatkala membaca laporan berita Malaysiakini tentang persetujuan Tun Mahathir dalam isu pemberian lesen judi sempena Piala Dunia 2010. Dia menuduh bantahan DAP terhadap pemberian lesen judi itu bukannya berniat baik tetapi semata-mata motif politik.

Saya cuba mencari erti dan perspektif yang berbeza, namun akal tetap gagal menemui jawapan yang konkrit untuk menyokongnya. Apakah ini petanda dunia akhir zaman yang sudah dekat?

Atau begini cara negarawan berfikir?

Ini beberapa keratan kenyataan beliau berkenaan isu tersebut,

“Bantahan itu kerana politik, bukan kerana Islam. Takkanlah DAP pun hendak dokong ajaran Islam. (Bila) DAP pun dapat sertai (bantahan), ini (menggambarkan) politik parti pembangkang hendak cari isu. Sedangkan dalam muktamar PAS ada cadangan supaya semua jenis judi diharamkan, tetapi PAS tak hendak,” “Yang dia (PAS) kata tak boleh, (judi) sukan, bola sepak (sahaja). (Bantahan) ini politik, kita kena asingkan soal politik dengan soal agama. Ba…

Anak Muda dan Gerakan Pencerahan

Sebelum saya mencoret dengan lebih jauh lagi, baik kita mendalami sedikit sebanyak apakah yang dimaksudkan dengan frasa “anak muda” itu.

Dari Kamus Websters, Priceton menyatakan bahawa,
“The time of life between childhood and maturity, early maturity, the state of being young or immature or inexperienced, the freshness and vitality characteristic of a young person.” Definisi secara interpretasi sebenar, anak muda atau pemuda merujuk kepada satu golongan yang mempunyai jiwa penuh dengan pemberontakan, mahu melihat sesuatu secara jelas, mempunyai karakter yang dinamik, optimis dan gaya pemikiran yang berkembang pesat.

Mereka tidak mudah tunduk pada tekanan fizikal yang jelas dan terang kerana jiwa mereka memang terbina atas dasar itu. Namun saya menghukum ini hanya pada sebahagian daripada mereka. Kita saksikan betapa dunia sekarang melahirkan ramai anak muda yang bervariasi cita rasa mereka.

Saya sifatkan mereka di sini sebagai golongan putih dan hitam supaya kita mudah membezakan mere…

Santapan Jiwa Di Hening Subuh

Ya Tuhanku, kau ampuni lah dosa-dosa hamba-Mu yang kerdil ini. Di pagi yang hening ini kami memohon kepada-Mu dengan penuh mengharap dan belas kasihan-Mu. Sesungguhnya hanya pada-Mu aku memohon keampunan.

Sesungguhnya hamba-Mu ini teramat kotor dan hina untuk mengharapkan rahmat-Mu ya ALLAH. Tapi hanya pada-Mu kami minta pertolongan dan keampunan. Kerana tiada tuhan selain Engkau ya ALLAH.

Kisah Ashabul Ukhdud (Siri 8)

Ghulam terus diseksa demi mempertahankan akidahnya. Seorang demi seorang pegawai suruhan raja itu mati ditimpa bala oleh ALLAH SWT. Mana mungkin ALLAH akan membiarkan hamba-Nya dalam kesusahan setelah hamba-Nya berjuang menegakkan kebenaran.


ALLAH berfirman dalam al-Quran,
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa ka…

Limitasi Dalam Memperjuangkan Ideologi

Semalam sempat selepas solat Isyak di Masjid UKM, saya sempat berborak dengan seorang sahabat baik, Aniq Rukaini tentang pelbagai isu dan masalah yang berlaku dalam masyarakat di Malaysia hari ini.

Soalnya pada mula berkisar tentang peri pentingnya semangat kebangsaan atau nasionalisme dalam diri setiap masyarakat lantaran keputusan kerajaan memperuntukkan RM20 billion dalam RMK-10 semalam untuk pembangunan sahsiah dan identiti bangsa Melayu di Malaysia yang dilihat semakin kurang semangat kebangsaannya.

Begitulah pemula cerita kami yang berlanjutan tanpa sedar sehingga hampir pukul 12 malam bermula selepas solat Isyak. Subhanallah saya menemui beberapa rangkaian jawapan berkenaan isu dan permasalahan ini hasil sembang-sembang kami tadi.

Penelitian kami mendapati bahawa sikap melampaui batasan sesuatu perkara itu adalah penyebab kenapa orang menyalah anggap sesuatu perkara itu. Sama halnya dengan semangat kebangsaan di mana Rasulullah SAW sendiri mengajar kita supaya sayang pada bangs…

Mengapa Manusia Bongkak Dengan Tuhan?

Saya berkongsi kan video mengenai kisah galaksi dan bintang dan bumi. Sebenarnya ia berkenaan realiti kita sebagai manusia, makhluk yang diciptakan ALLAH selepas ditentang oleh para malaikat akibat kekhuatiran mereka terhadap sifat manusia yang bakal memusnahkan alam ini.

Kita juga makhluk yang begitu dibenci oleh syaitan, hanya kerana ALLAH memerintahkan dia untuk sujud kepada Adam. Video dokumentari ini jika dihayati dan difikirkan dalam-dalam ternyata menyebabkan kita tertanya-tanya di manakah kita sebenarnya letak duduk kita.

Kata orang-orang tua, mengenal hakikat langit itu tinggi atau rendah.

Ini kisah tentang Milky Way, nama kepada lingkaran galaksi yang bumi dan matahari menumpang. Tuhan yang Maha Kaya lagi Agung, sesungguhnya tidak terbayang kebesarannya.

Ini kisah galaksi yang kita diami. Kisah tentang Milky Way (Kemaskini video).



Di sebalik rasa penuh ketakjuban, rupa-rupanya galaksi Milky Way hanya salah satu daripada jutaan galaksi dicipta tuhan. Tidak terbayang sama seka…

Islam Agama Revolusi

Sayyid Qutb, salah seorang pejuang Ikhwanul Muslimin dalam bukunya “Beberapa Pelajaran Tentang Islam” yang menyebut,

“ISLAM adalah aqidah revolusioner yang aktif dengan erti kata, kalau ia menyentuh hati manusia dengan cara yang benar, maka dalam hati itu akan terjadi suatu revolusi; revolusi dalam konsep, revolusi dalam perasaan, revolusi dalam cara menjalani kehidupan, dan hubungan individu dan kelompok. Revolusi yang berdasarkan persamaan mutlak antara seluruh umat manusia. Seorang tidak lebih baik dari yang lainnya selain dengan TAQWA. Berdasarkan kehormatan manusia yang tidak meninggalkan seorang makhluk pun di atas dunia, tidak suatu kejadian pun, dan tidak suatu nilai pun. Revolusi itu berdasarkan keadilan mutlak, yang tidak dapat membiarkan ketidakadilan dan siapa pun juga, dan tidak dapat merelakan ketidakadilan terhadap siapa pun juga. Baru saja manusia merasakan kehangatan aqidah ini, ia akan maju ke depan untuk merealisasikannya dalam alam nyata dengan seluruh jiwanya. Ia…