Wednesday, May 5, 2010

Tindakan Adik Azamudin Tidak Perlu Dipertikaikan!


Ini menghairankan. Laporan Berita Harian benar-benar mencetuskan kehairanan. Bagaimana mungkin Ketua Polis Negara boleh mengeluarkan kenyataan yang tidak melambangkan kredibiliti begini?

Tindakan rakan Aminulrasyid, Muhamad Azamudin Omar tidak perlu dipertikaikan oleh polis. PDRM, buatlah kerja anda dengan sempurna. Itu sahaja, bukan menyibukkan diri menyalahkan itu dan ini.

Adik Azamudin merupakan saksi terdekat dalam kes ini. Kenapa dia tidak berhak bersuara setelah pelbagai tohmahan dan fitnah telah ditaburkan oleh pihak polis terhadap mangsa dan keluarga bagi cover-up anggota mereka yang bersalah?

IGP in tiada maruah dan rasa malu dengan kegagalan anggotanya, malah masih cuba mencari jalan untuk menyalahkan mangsa dan keluarga. Apakah tidak cukup lagi dengan permainan kotor kamu itu?

Sampai bila kamu mahu biarkan PDRM dipalit dengan nista dan cercaan masyarakat akibat kegagalan kamu untuk membersihkan baik pasukan keselamatan ini?

Saya yakin, Adik Azamudin sudah tentu terpanggil untuk membela diri dan arwah apabila saban hari berita utama semuanya bernada menyalahkan Adik Aminulrasyid dan keluarga arwah.

Adakah kamu bimbang kalau-kalau cerita Adik Azamudin ini bakal membongkar kan segala niat jahat dan fitnah polis selama ini kepada masyarakat umum?

Bagi saya tindakan mengadakan sidang media memberitahu perkara yang sebenar adalah langkah yang PALING TEPAT dan BIJAK memandangkan masyarakat telah pun disajikan dengan pelbagai fitnah dan tohmahan kepada arwah dan keluarganya.

Secara automatik apabila sidang media ini berlangsung dan orang ramai menilai sendiri kejadian tembak sampai mati itu, maka semua rakyat sudah tahu siapa pembohong dan tukang fitnah di sini.

Saya tak nafikan bahawa keputusan mengadakan sidang media itu ada kontranya namun bagi saya MARUAH dan NAMA BAIK Allahyarham Adik Aminulrasyid, Adik Azamudin dan keluarga arwah lagi penting untuk dibersihkan daripada sebarang FITNAH dan TOHMAHAN. Mereka ada hati dan perasaan.

Jadi, tindakan sebegini secara langsung menyebabkan masyarakat sedar mereka ditipu bulat-bulat oleh dalang sebenar yang mengada-adakan cerita ini.

Kata IGP lagi, dia pun boleh panggilkan pegawai dia yang menembak itu untuk memberi kenyataan media. Silakan!

Lagi bagus kerana seantero Malaysia akan dapat melihat siapakah gerangan nya pegawai polis yang telah membunuh remaja berusia 15 tahun dengan 20 das tembakan.

Semua rakyat negara ini muak dengan skrip yang sama yang digunakan oleh pihak polis setiap kali berlakunya tembakan oleh anggota mereka terhadap penjenayah. Sama ada mangsa adalah perompak atau penyamun, dengan beberapa bilah parang.

Untuk pengetahuan IGP, sekarang adalah zaman Facebook. Skrip sebegini sudah basi. Sila tukar skrip drama yang lain, agar setiap dakwaan polis itu nampak sedikit tidak lawak.