Wednesday, May 5, 2010

Pencerahan Tarbawi di Sungai Congkak

Alhamdulillah, walaupun makin hari makin terasa berat akan amanah dan tanggungjawab yang dipikul, insha’ALLAH akan cuba dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Sudah agak lama saya tak menulis tentang perkara lain sejak peristiwa berdarah yang menimpa Allahyarham Adik Aminulrayid Amzah pada 26 April yang lepas.

Hanya kerana penulisan saya lebih kepada respons untuk kes ini selain mengutara beberapa pendapat dan pandangan selaku salah orang masyarakat yang merasa tanggungjawab dalam isu ini serta membuktikan betapa manusia itu di cipta ALLAH dalam keadaan mempunyai rasa kasih sesama manusia.

Berpeluang mengikuti pengisian rohani oleh Ustaz Idris atau saya senang memanggilnya sebagai Abang Idris dalam program motivasi di Sungai Congkak pagi tadi telah mengubah PARADIGMA saya. Banyak rupanya perkara yang missing dalam diri ini lantaran rasa malas untuk menelaah buku dan mengkaji sirah perjuangan Nabi, sahabat dan tokoh-tokoh islam sejak zaman dahulu lagi.

Lantaran itu pabila mendengar pengisian yang diberi oleh Ustaz Idris, Presiden GAMIS telah menyentap perasaan ego dan ujub dalam diriku yang penuh kedhaifan ini. Menyentuh bab jihad dan pengorbanan dalam kehidupan dan perjuangan pastinya menjadi rencam utama perbahasan tadi dan telah menolak saya ke alam REALITI betapa perjuangan itu bukan seperti mudahnya kita melafaz di bibir kita.

On the way ke Sungai Congkak aku sempat bertanyakan Abang Idris tentang beberapa permasalahan ummah berkenaan PERSPEKTIF masyarakat tentang prinsip dan pendekatan.

Berkenaan isu keterbukaan PAS dalam menerima beberapa pendekatan DAKWAH terutama dakwah kepada orang awam iaitu bagaimana Ustaz Dr.Harun Din membenarkan teater Menunggu Kata Dari Tuhan dipentaskan di Surau An-Nur, Bangi dengan menggunakan biola sebagai muzik latar.

Kebenaran itu telah mencetus gerakan perubahan kepada PARADIGMA pendakwah bahawa dakwah itu mempunyai begitu banyak pendekatan. Melainkan mereka yang begitu SHADIQ dalam menunaikan tanggungjawab ini, maka kesannya dakwah yang sepatutnya semakin berkembang akan menjadi makin mundur.

Ya, masyarakat sukar menerima pendekatan yang KERAS. kebenaran menggunakan biola dalam teater MKDT itu oleh Dr Harun Din telah menyangkal tanggapan bahawa Islam itu amat menyekat penganutnya dalam berhibur. Selagimana adanya dalil yang mengharuskan perbuatan itu maka apa salahnya kita menggunakannya demi kemaslahatan ummah.

Mungkin pada diri mereka yang HEBAT agamanya tidak dapat menerima perkara ini dan dirasakan itu terlampau RINGAN, maka janganlah menjadikan dalil ini sebagai hujah ke atas diri mereka. Dalil yang meringankan ini hanyalah ditujukan KHAS buat mereka yang belum mengerti apakah itu ISLAM yang sebenar.

Jika kita sedia untuk terbuka dalam hal ini maka sudah tentu perkara ini tidak menjadi masalah. Malah jika kita melihat perkembangan terbaru, Tuan Guru Nik Abdul Aziz sendiri membenarkan dikir barat disembahkan oleh guru-guru pondok kerana memikirkan betapa ini adalah pendekatan yang paling berkesan untuk mendekati jiwa-jiwa yang masih belum mengenali ISLAM secara mendalam. Namun sayang sekali pabila saya mendapati ada suara-suara sumbang yang mengatakan PAS tidak tetap pendirian dalam hal ini.

Dulu lain sekarang lain, maka saya ingin menjelaskan bahawa itu hanyalah PENDEKATAN dakwah. Bukannya PRINSIP.

Dalam soal PRINSIP, PAS tidak pernah berganjak prinsip mereka. Samalah juga berkenaan hal Tahalluf Siyasi antara PAS, PKR dan DAP yang mendatangkan pelbagai polemik dalam masyarakat yang menilai. Semua ini hanyalah PENDEKATAN. Selagi ianya masih releven dan tidak bercanggah dengan Quran dan Sunnah maka apa salahnya.

Kita melihat jiran serumpun kita, Indonesia melalui Partai Keadilan Sejahtera (PKS) sudah jauh meninggalkan kita dalam hal pendekatan dakwah. Mereka mampu mendekati pelbagai golongan dan menyampaikan dakwah mereka dengan berkesan kerana mereka tahu dan FAHAM akan suasana dan kondisi masyarakat mereka.

Jadi mereka menggunakan pelbagai pendekatan yang nampak berbeza dengan pendekatan-pendekatan DAKWAH yang lain. Mereka menggunakan platform HIBURAN untuk mendekati masyarakat terutama golongan muda dengan tertubuhnya Shoutul Harakah sebagai kumpulan nasyid mereka, PKS terus mengorak langkah apabila berjaya menerbitkan filem DAKWAH mereka sendiri iaitu Ketika Cinta Bertasbih yang menjadi kegilaan anak muda zaman sekarang.

Saya melihat pendekatan ini menimbulkan begitu banyak kesan positif terhadap perkembangan dan pengamalan gaya hidup ISLAM itu sendiri dalam masyarakat secara tidak lansung.

PAS mula mengorak perubahan. Alhamdulillah.

Ya, terbukti benar betapa sifat islam itu FLEKSIBEL.

Perbahasan Abang Idris tentang surah aT-Taubah dan kaitannya tentang keperluan kepada jihad dan pengorbanan amat menyentuh hati. Ya, jihad itu kosong tanpa pengorbanan. Ia tak akan wujud. Manusia yang senang akan diuji dengan PILIHAN manakala manusia yang susah LANSUNG TIADA PILIHAN. Maka mereka yang susah ini lebih senang BERJIHAD berbanding mereka yang senang akan cuba memilih PILIHAN YANG SENANG untuk dilaluinya.

Maka kata Ustaz Hasrizal sepertimana dinukilkan oleh Abang Idris, alangkah beruntungnya mereka yang SUSAH itu. Jihad menuntut pengorbanan yang cukup besar. ALLAH berfirman di dalam al-Quran:

“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)” 
aS-Saff: 10-11

ALLAH menegaskan penorbanan itu adalah pengorbanan HARTA dan NYAWA. Istilah kita, tiada yang FREE dalam hidup ini. Makanya samalah juga dengan hal ini, jika kita berkehendakkan janji-janji ALLAH maka sentiasalah bersiap sedia untuk mengorbankan harta, masa, tenaga dan nyawa sekalipun dalam perjuangan ini. Kita cuba soroti bagaimana pengobanan yang telah dimanifestasikan oleh para sahabat seperti keluarga Sumayyah, Bilal bin Rabah dan ramai lagi semata-mata menegakkan kalimah AKIDAH dalam diri mereka.

Dan kita soroti juga tokoh mu’taakhirin seperti Zainab A-Ghazali yang diseksa sedemikian rupa semata-mata ketegasannya menegakkan kalimah ALLAH di muka bumi ini. Abang Idris turut membawakan kisah pengobanan As-Syahid Dr. Abdullah Muhammad Azzam, tokoh mujahiddin Afghanistan yang syahid dibunuh oleh musuh setelah bertahun-tahun gigih melancarkan jihad menentang golongan Kuffar yang menjajah negeri ummat islam.

Malah anaknya yang berusia 5 tahun ketika ditanya wartawan tentang kematian ayahnya, dengan selamba beliau menjawab.

Itulah yang dinamakan TARBIYYAH. Dia mendidikdan mentarbiyyah anaknya sehingga menjadi sedemikian rupa HEBATnya. Kita?

Itulah susuk tubuh Syeikh Dr Abdullah Azzam yang menyerahkan 100% dirinya kepada jihad fisabilillah. Mengenang ayat-ayat ALLAH dalam al-Quran,

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: “Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah”, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah – membela ugamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: “Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.” 
At-Taubah: 38-41

Nah, apakah lagi yang menyekatmu wahai Ansorullah?

Peringatan TERPENTING buat diri sendiri, inilah PENCERAHAN TARBIYYAH buatku. Lansung saya menjadi bahan gelak ketawa nafsu dan syaitan kerana gagal menjadi orang ISLAM yang benar-benar berjihad.

Ayat-ayat di atas cukup menggambarkan betapa ISLAM itu tidak memerlukan KITA, tetapi KITA MEMERLUKAN ISLAM. Jadi,wajib ke atas diri kita berjuang dan berjihad agar ISLAM kembali ketempat yang sepatutnya di negara ini.

Terlampau banyak perkara yang disampaikan oleh Abang Idris dalam pengisiannya tadi namun saya hanya mampu mencoret sedikit sahaja lantaran lupa untuk mencatat nota ringkas semasa mendengar syarahan tadi. Saya berharap penulisan ini akan menjadi panduan berguna buat diri sendiri dan sahabat-sahabat bahawa JIHAD itu tidak mampu dipisahkan dengaan aspek PENGORBANAN.

Moga kita semua mendapat rahmat dan kasih sayang ALLAH serta manfaat yang sedikit daripada penulisan yang penuh dhaif ini. Sesungguhnya peringatan itu berguna buat orang beriman. Nukilan wasiat As-Syahid Dr. Abdullah Azzam kepada para da’ie,
“Carilah kematian niscaya anda akan dikurniai kehidupan. Janganlah kamu semua sampai tertipu oleh angan-angan kalian. Janganlah kalian sampai tertipu oleh buku-buku yang anda baca dan amalan-amalan sunnah yang anda lakukan sehingga anda melupakan kewajiban besar”
Oh tuhan, sesungguhnya hidayah-Mu itu berada di mana-mana…