Sunday, May 2, 2010

Luahan Hati Abang Saudara Aminulrasyid Amzah

Saya ingin berkongsi luahan hati naluri saya sebagai seorang abang yang mempunyai adik-adik remaja yang meningkat dewasa bersama saudara-saudari sekalian tentang kejadian yang telah menimpa arwah “Amin @ Minul”, arwah sekeluarga adalah saudara terdekat kepada isteri bapa saudara saya sendiri yg saya gelar “Pak Su & Mak Su”.

Setelah meneliti laporan fakta serta teori di samping mendengar sekali pendapat bapa saudara saya sendiri yg juga seorang inspektor polis, datuk di kuching serta saudara mara lain yang juga segelintir nya pengamal undang-undang, saya ingin berkongsi rumusan peribadi saya seperti berikut:

  1. Difahamkan sesorang anggota PDRM (tak kira pangkat apa sekalipun) tidaksewajarnya melepaskan sebarang tembakan sekira nya suspek tidak terdahulu nya bertindak ganas seperti melepaskan tembakan, mengacu senjata seperti parang dan lain-lain sehingga mampu mengancam keselamatan nyawa atau fizikal anggota keselamatan PDRM atau pun orang awam yang berada di tempat kes kejadian. Jadi soalan saya: “Bentuk ancaman apa kah yg telah dilakukan arwah untuk dikatakan sehingga mengancam keselamatan anggota terbabit pada malam kejadian?”
  2. Jika alasan mengambil kira kerana kereta arwah dikatakan mengundur ke belakang dan itu yang dikatakan ancaman kepada anggota PDRM tersebut adalah sudah cukup memadai, anggota terbabit hanya perlu melepaskan tembakan ke arah tayar kereta arwah untuk memberhentikan pergerakan kereta arwah! Takpun tembak je lah bahu arwah! Kenapa tembak kepala? Tepat pulak tu, manusia mane tak maut jika ditembak tepat ke kepala?
  3. Kalau anggota PDRM tu sekalipun bagi alasan yang tembakan tu tak berniat membunuh atau tersasar ke kepala arwah yang konon nya dikatakan suspek jenayah malam tu, anggota polis tu tidak lulus ujian tembakan ke? (Walaupun konon nya difahamkan anggota tersebut ibarat istilah baru lepasan graduate). Apapun, setahu saya setiap anggota kena lulus ujian menembak? Tak pun rabun ke? KHAYAL? MENGANTUK? Ke sakit Parkinson? Sampai nak tersasar lebih 45 darjah tu ikut perkiraan matematik. Lagipun anggota bukan sorang dua waktu kejadian. Tak kan tak lulus kemahiran psychology untuk kawal dua budak?
  4. Setiap kejadian adalah kes, setiap kes pasti kena ada tertuduh, dan setiap tertuduh kes kena dihadapkan ke muka pengadilan yakni mahkamah. MAKA, suspek tuduhan setiap kes mestilah sedaya upaya termampu ditangkap “hidup-hidup”. Sehubungan dengan itu adalah menjadi kewajipan tugas setiap anggota PDRM untuk sedaya upaya yang termampu menggunakan segala kemahiran psikologi yang telah dipelajari untuk mengelak dari terjadinya kelakuan tindakan melepaskan tembakan “maut” terhadap arwah pada malam tu yang konon nya dikatakan suspek jenayah atau mana-mana suspek jenayah, sekalipun suspek pengganas yang boleh mengancam keselamatan negara.
  5. Kalau dah suspek penjenayah konon nya dah maut di tempat kejadian gara-gara tembakan yang dilepaskan anggota PDRM, nak cakap apa kat mahkamah ek? Silap hari bulan kes digugurkan macam tu je sebab tertuduh dah mati.
  6. Mengikut kata rakan arwah yg juga berada dalam kereta bersama arwah, malam tu dia kena pijak, kena belasah cukup-cukup dengan anggota tersebut. Namun beliau bernasib baik mampu melepaskan diri sebelum mengambil tindakan nekad untuk melarikan diri dari diberkas oleh PDRM terbabit di tempat kejadian malam itu.

Jadi saya ingin bertanya pada pihak penguasa,

  • Wajar ke budak tu kena pijak bagai “memijak belacan dalam pemprosesan” seperti yang didakwa oleh beliau?
  • Cam ne leh budak tu terlepas melarikan diri? Fikir secara profesional, cuba bayangkan suspek paling dikehendaki yg telah diberkas macam tu. Boleh pulak melarikan diri dari dalam tangan, depan mata mcm tu? Cuba fikir, bukan ke nampak ada logik nye kat sini budak tu kata dia kena pijak tanpa belas sehingga mangsa nekad utk cabut lari? Esoknya dalam media cakap lain pulak. Kan?

Saya tak terdetik untuk membenci polis, kerana saya sendiri membesar dalam keluarga yang sebilangan besarnya bekerjaya dalam PDRM, malah datuk saya sendiri adalah bekas ketua polis negeri. Bapa saudara pula kini memegang jawatan inspektor, abang tiri saya juge seorang anggota PDRM bertugas di Terengganu. Juga mempunyai seorang sepupu wanita berpangkat inspektor lulusan ijazah serta dua sepupu lelaki kembar yg baru menyertai PDRM. Mereka semua adalah saudara kandung sebelah ibu saya.

Al-Fatihah buat arwah, semoga dicucuri rahmat!

Di sini juga saya ingin mohon jasa baik sekalian agar tidak berdebat sehingga menyinggung perasaan sesama kita dan mohon budi sekalian agar menghormati roh arwah.

Kasihanilah roh arwah di sana, kerana jika semakin kita di dunia ni berdebat sesama sendiri, maaf saya kata kat sini kerna bak kata alim ulama, semakin tidak tenteram roh arwah di sana.

Semestinya kita tidak berkesampaian hati untuk membiarkan perkara sedemikian berlaku ke atas mana-mana roh si mati yang kita sayangi. Biarlah roh arwah bersemadi dengan aman. Saya mohon sujud kepada saudara saudari sekalian. Amin ya rabbal al’amin. WASSALAM

Abg sayangkan amin, abg rindukan amin. Separuh nyawa bang Ijan pergi ngan amin walau abg sendiri tak pernah rapat ngan keluarga amin. Tak de lagi dah sms dari amin tiap ptg jumaat berbunyi:

“Oiitt bang, Eh lupek nk bg salam…Asmekom…!!!!abg syg amin eak…topap fone amin bang…???Jgn bg tau mak su…Hukhuk..Timeceh..”

--------
Coretan ini saya copy dengan izin dari Saudara Faizan Alfakovic dari Facebook tentang luahan dia sebagai abang saudara kepada Adik Aminulrasyid yang begitu rapat dan manja dengannya. Sama-samalah kita menghayati coretan ini dan bayangkan bagaimana jika kita berada di tempat Saudara Alfakovic dan seluruh mereka yang pernah rapat dengan Adik Aminulrasyid.

Sayu betul tika baca rangkap terakhir luahan hati ini. Kalaulah Adik Aminulrasyid ini adik saya sendiri, entah apa yang akan jadi pada anggota polis tu.

Kalaulah Adik Aminulrasyid ini adik aku sendiri. Kalaulah. Namun itu bukan menjadi alasan kepada kita untuk tidak memperjuangkan KEADILAN buat Adik Aminulrasyid Amzah. DIA adalah sebahagian daripada KITA.